KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Jumaat, 31 Disember 2010

learn from the past

sedar tak sedar, pengalaman banyak mendewasakan aku. yela.! everyone know yang aku ni sangat childish. suka coklat. main buaian. makan kopok dan cekedi..jadi, sangat kebudak - budakkan dan mungkin tak berapa nak matang.

sebagai manusia biasa yang tak pernah sempurna. aku mempunyai banyak kelemahan dan tabiat buruk. selain tak suka berfikir secara dalam ataupun dalam kefahaman bahasa melayu yang lebih detail, aku ni kalau ada masalah ataupun perlukan otak aku berfikir panjang, bila sampai satu tahap yang mana aku dah tak dapat apa - apa idea, aku akan tangguhkan berfikir. maknanya, takde niat nak sambung fikir lepas makan etc tapi membiarkan qoda dan qodar yang tentukan what happen will be..*faham tak.?? tak faham buat - buat faham je haha*

bila aku rasa sangat kecewa tahap gaban, aku akan menangis macam budak kecil tak dapat ikut ayah die pergi kerja. lepas nangis, ngantok dan nak tidur sambil minum susu haha budak - budak, biasa la. ;P walaupun itu masa bebudak tapi aku still nak korang tau, dah besau pun sama jugak.! TT____TT

macam tak percaya je budak kecik ni dah berumur 21tahun

tak mau asyik membebel je hihi pengalaman banyak mendewasakan aku. walaupun aku tak besau - besau dah. walaupun tak tinggi - tinggi lagi, aku telah banyak belajar daripada setiap inci kesalahan yang aku telah lakukan. walaupun tak mampu berpatah balik untuk membetulkan segalanya, aku cuma berharap yang aku diberi peluang kedua untuk menjadi seorang kawan, kakak, anak, anak buah, cousin yang lebih baik..

EPY NEW YEAR WORLD 2011

smileeee ;)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 27 Disember 2010

my first jurney part 1

perghhh.! memang tak boleh blah. title nak bahasa omputih je. padahal, budak tadika pun boleh buat title macam tu haha *i tryyy...*

nahh..aku nak membebel sikit je. act, aku nak bagitau yall's yang aku ada kat Ipoh.! hahaha untuk sembang kencang lagi. aku sediakan beberapa picture picisan yang aku capture guna left hand memandangkan right hand sedang mengawal stering and tak boleh berhenti sesuka hati di lorong kecemasan oke.! so, aku drive sambil bersiar - siar dengan kelajuan kekadang je 100km/j hahaha

selepas percubaan keTIGA baru berjaya..hahaha

yeahhh..! ipohhhh here me come.!! ;))

SHINee..SHINee ride. haha

memang stering tu camtu..dengki kat aku ;P

so..macam tu la citernye.. aku nak benti capture enviroment yang indah indah ciptaan tuhan ni tapi bila difikirkan balik tentang line kecemasan tu. aku rasa lebih baik terus ke Ipoh je tapi bila sampai Ipoh aku terus stuck.! ehhh..??? mana enviroment tadi.?!!! arghhhhhhh...!!!!


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 26 Disember 2010

aku seorang yang nonsense

aku seorang yang sangat nonsense. itu yang digambarkan oleh seseorang yang amat dekat dan mengenali aku. haha aku baru tahu yang aku ni nonsense. sangat pelik an.?! first of all aku ingatkan, hanya diri aku je yang faham siapa aku sebenarnya. ai dont ever care about what the mulut - mulut tempayan nak menjaja cerita *ai care actually* ! siapa mereka nak judge aku.?! hahaha

the point is, korang nak letak aku dalam category apa pun aku tak kisah. selagi korang tak menyusahkan hidup aku. memang life tanpa bersosial ni sangat bosan. kekadang teringin gak nak melepak je. tapi, semua tu terhad. aku sangat mementingkan kerjaya dan family *semua sedia maklum* tanpa kerjaya takde la sosial life. tanpa family takde la matlamat hidup. cewahhhh.!

hah. ramai sedia maklum, aku ni suka sangat menjalinkan hubungan jarak jauh. jauh. jauh dan jauh sangat. bosan sebenarnya ! yang dekat tu ada tapi masih tak nampak istimewanya. yang caring dan sangat loving tu pun ada *maksud aku, kawan rapat BUKAN special boy* tapi tak cukup menyentuh dijiwa. haha boleh je !

last 4 days, aku demam. macam biasa la. kalau dah demam sangat susah nak baik. menyepi je. *who care kau demam.?! poyo.! haha* so, memang no one care TT__TT seyes.! NO ONE tapi, aku agak menyusahkan bff aku dan menggedik je nak call die. yela, aku cuma mampu dail last call je. nak taip nombor lain memang tak lah *gedik!* mungkin sebab melayan aku yang gedik. die pun join advanture demam sekali. nak tercabut jiwa aku dengar die demam ! *perkara paling aku takut TT__TT*

apa kau rasa tetiba je kau menggeletar dan kau sejuk sangat tapi badan kau panas gila.?! then, kaki tiba - tiba kejang.! aku nak mengucap panjang boleh.?! aku dah fikir malaikat izrail datang cabut nyawa aku TT__TT aku takut *first time sakit teruk - teruk macam tu* so, aku fikir. if, aku mati pun malam tu, orang terakhir yang bercakap dengan aku.....kawan baik aku. ahhhh.!! aku tak mampu nak kejutkan sesiapa pun time tu.! TT__TT *insaf*

tobat aku taknak demam lagi.! walaupun aku sangat tak larat tapi aku push gak badan aku untuk bangun dan drive pergi kenduri tapi "ayah..cepat sikit" itu jela yang terpacul daripada mulut aku. fikiran aku asyik fikir "cepat la balik..cepat la balik.." aku sangat tak larat tapi daripada biarkan ayah kau naik bas. lebih baik kau gagah perkasakan badan kau untuk memandu !

time ni, aku fikir...'kalau la aku ada seorang kakak...'
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 23 Disember 2010

tips mencari kawan sejati dekat dihati

oh sangat berkecamuk disini. *muka blur patrick star*

sepatutnya, aku celebrate new year ni dengan si skinny a.k.a makcik ataupun lebih femes sebagai Noor Suhadah. Anak kesayangan En.Rahmatullah.  memandangkan she the only ONE my bff. hehehe. tapi, ini kisah sedih. atas sebab aku ni seorang yang workerholic *konon* aku sangat sayang untuk meninggalkan kerja dan dalam masa yang sama sebenarnya aku sedang berusaha untuk ke Ipoh.! haha kerja gila kan.? nahhh..!!

walaupun jauh dimata tapi dekat dihati..katanya..haha

nahhh, memandangkan aku ni seorang yang suka merapu merepek. *bercita - cita nak bagi tips tak bertauliah kepada korang* sila jangan buat aku kecewa. baca la ekk *suara comel menggoda kononny* huhu

tips nak pilih kawan ;

1. kawan kau tu mestilah cantik dimata korang.! bukan cantik luaran ye tapi cantik dimata, artinya *dailog P.Ramlee* bila korang pandang kawan korang tu, dalam ati korang kata 'cantiknya kawan aku ni..' walaupun orang lain cakap die macam apon.! sila jangan dengar cakap orang lain.!

2. kawan yang sanggup cancel date dengan bf die sebab korang perlu an die disisi korang *agak kejam.! jangan try ni ekk..cian bf kawan korang. mengalah la selagi boleh tau.! demi kebahagian kawan korang gak. tak salah pun tunggu die abis date. esok kan ada...hahahaha.*

3. kawan yang akan buat kerja gila semata - mata nak buat korang epy. artinya *dailog P.Ramlee lagi* die sanggup ambil risiko berani mati buat surprise walaupun korang tak suka. dalam masa yang sama die sanggup berhabis duit semata - mata untuk korang *ingat.! duit tak boleh beli sebuah persahabatan yang abadi tau..*

4. kawan yang sentiasa ada. artinya, die nak bertafakur kat toilet ni..tapi disebabkan time tu korang dengan bermasalah sangat die pospone niat tu. borak dengan korang sampai habis kedit. *jangan lupa topup an die alik.! nanti marah bf die..huhu*

5. kawan yang tak berpura - pura. maksudnya, dia be honest dengan korang. dia tak suka dia cakap tak suka.! kalau dia tegur, jangan pulak korang tak terima. untuk kebaikkan gak sebabnya dia sayang kat korang *sila percaya.! dia sayang tapi ego nak bagitau.!*

6. kawan yang tau apa yang korang suka dan tak suka. yang korang suka, dia akan buat dan buat lagi. contohnya, aku suka makan daging masak merah yang tak berapa nak jadi tapi sedap gilak tu.! tiap kali dia masak lauk tu dia akan call aku *nekk.! makcik masak daging ari ni.!* memang berperasaan tegang aku ketika tu.!

paling penting !

7. kawan korang tu terima baik dan buruk korang. cover keburukkan korang. percaya kat korang. bukan percaya kat kata - kata orang. walaupun korang ni nonsense. sewel ataupun tak berapa nak normal. dia still terima korang seadanya. dan akan nasihat an korang dengan cara yang betul dan waras ;)

ok la. itu sahaja pun. buat masa ni, semua tu sangat berguna buat aku dan kebahagiaan aku hoho ini sebab la aku jadi se'chubby' gini. hati senangkan..huhu she the best and never replace..i love you ketat ketat makcik.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 22 Disember 2010

i'm back !

Bagi sesiapa yang sangat mengenali aku secara dekat memang mereka sangat pasti, tak dinafikan malah aku mengakuinya juga..kekadang aku ni sangat cute. Hahahaha


Tipu je.! Jangan percaya statement diatas tapi kalau dah percaya tu. Teruskan... ;P

Berbalik ke jalan yang benar.

Yup.! Sebenarnya, aku ni sangat cintakan bidang penulisan dan bercita – cita untuk jadi penulis bebas memandangkan aku telah terlepas peluang untuk menjadi seorang journalist (yang sebenarnya aku tak berbakat pn jadi journalist haha) dan sebenarnya, aku pemalas. Haha aku decided untuk menjadi bloggers yang under‘duduq’ takde la se-fofular Hanis Zalikha sampai masuk paper..*beliau sangat saya kagumi sejak awal penglibatan saya..Luv u.! I am your 2nd fans after HIM.! (jeles dowh mamat tu wt vidiyo sweet sgt.!) haha*

+owh..saya baru lepas habis baca blog Hanis Zalikha+
(sempat je.! Hahaha)

So, mana aku pergi selama ni.?? Hampir berbulan lamanya tak update blog. Haishhh..siap deactive lagi *ayat facebook* supaya orang lain tak baca. Hahaha apakah yang telah berlaku dan dilakukan.? Jeng.! Jeng.! Jeng.! Sila nervous eh.! Hohoho


Aku sebenarnya....


Sebenar – benarnya...


Yang sebenarnya....


Aku cantik.! Hahahhaa *kompom si Mimi and si Kila meluat gila ngan aku time ni..!*

Tade la guys.! Aku tengah busy an diri aku ni after kecundang dalam cinta. Hihi ini pun tipu gak. Aku nak bercinta.?! Hmmm...hehe *gebang gila aku ni an.? An.? ;))* aku sebenarnya sangat busy dengan keje la. Haish. Perlu bekerja kuat dan kuat lagi untuk menjana pendapatan seharian. Hehe berwibawa gilak.! ;))

2nd reason adalah, aku perlu berebut line tenet. Since aku ajar ayah online youtube ni, balik kerja youtube. Cuti youtube, youtube je kejenye..haish.! huh.?? Buat apa.?? Aegooo..kalau adik aku bukak vdeo2 citer and mv korea *adik.! Jangan lupa vdeo SHINee ek.!*, ayah aku pulak hindustan.! Nahhh.! Buffering tak ingat masing – masing. Yang aku ni (pakai wireless) nak bukak page blog tu, bangun, tido, makan..sume da settle tapi..hmmm..memang sangat berperasaan tegang oke.! Now, dah ada P1 4G.! Hahaha sila jeles ek.~

3rd reason lak, aku buat ‘casa impian’ sikit kat blog aku ni. Back from basic and my fev color. White.! Jiwa kacau la pakai warna lain..haha white juga yang melekat dihatiku.! Hehe selain itu, aku menambahkan ilmu mengedit aku (yang tak bertambah – tambah langsung.! Haha) dan juga ilmu berblogging aku ni (yang memang takde turun naiknye..hihi) semuanya kerana nuffnang aku pun tak pernah bertambah selepas aug 2010.!! Arghhhhhh...jiwa berperasaan tegang.!

Hoh.! Banyak tol reason aku. Ngee..~

3rd reason ta leh pakai. Haha tengok la. Aku bukan renovate pape pun.! Dengan background yang tade kena mengena dengan kisah seorang perempuan dan header yang...hahaha memang lari tajuk lah.! Aegooo..sbr jela an dengan kePELIKan aku ni. Hahaha

Kesian korang. Mesti berperasaan tegang jugak bila nak blogwalking je tak boleh. Hehehe..*perasan dah aku ni, macam ade je orang yang rindu aku.??* btw, tenkiu for my blogger fren, shybie sebab sudi menanti kehadiranku.! Hahaha *sila jeles ye. aku ada peminat setia..hahahhaa* tanks much.! much.! ;)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 25 Oktober 2010

rasa yang busuk

cis.! update je terus luahkan perasaan. hadoiyai. what happen with me.?! warghhh.! i'm so stress with my life. others never give me a good feeling. why treat me like this.?! ini tidak adil.!

woahhh.! why im so emo.?? not good lah.

happy story is i'm in happiness love. i'm in love bebeh.!! warghhh. i never expect more then now. b'coz, i just playing around. menjalankan tanggungjawab dan ikhlas (even perit dan sangat terluka before. nangis sampai tertido. makan coklat bebanyak sebab sakit hati then obesiti..huhu). seyes, aku tak pernah meminta untuk memiliki. kalau aku dah miliki sesuatu, akan ku jaga sehabis baik. biarpun ada masanya aku tidak sengaja membiarkan.

guys. pernah rasa 'perasaan yang sangat busuk' tak.?! bila korang dah start fedup dengan seseorang yang korang sayang then korang dah jadi tak kuasa nak melayan sedangkan korang masih sayang. bila korang rasa dah tak sehaluan sedangkan masih lagi sayang. bila korang rasa sangat taknak jumpa dia lagi dah.! putus.! putus.! tapi sebenarnya nak jumpa.! rindu.! bila semua yang korang buat, dia akan jadi moody. dan korang start 'arghhh.! malas lah.!' then korang jadi jiwa kacau. penah rasa tak.?!

huhuu kesimpulannya, aku stress dan tak dapat nak kongsi dengan korang. huhuhu

psss : sorry la. tulisan kali ni merepek meraban. hm. sorry..takde mood.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 12 Oktober 2010

bestnye. macam tak percaya.!

hei guys.!

dalam takde mood and sadness pun, ada juga hal yang buat aku tersenyum dan ingin berlawak jenaka. (skemanya ayat kau.! haha) actually, kepada sesiapa yang aku tag dan baca cerita ni. mesti dah dapat agak kenapa la aku ni macam excited tertonggek - tonggek kan.?! kan.?! haha

nampak tak apa yang aku nampak.?!
ok la hadiah saguhati daripada takde langsung.! haha

aku memang tak expect pun aku akan dapat hadiah ni. yela, aku cuma join untuk suka - suka je. aku ni, bukan la kaki contest ni. kalau ada pun, susah naw nak join. (malas) ini pun aku tak mengharap pape sebabnya aku tak yakin 0.01% pun yang aku akan terima hadiah saguhati.(see..?! target terima hadiah saguhati pun takde.! haish.)

nah.! tiba - tiba check email (selepas berbulan tak check.!) ada pulak email yang bagitau aku terima hadiah saguhati.! macam tak percaya der.! ;)

dalam tak mengharap tu. aku terus gak tuntut adiah.! hahaa.~

tersenyum aku seorang diri. ape lagi.?! tenet yang lembab ni pun aku sabar menunggu semata - mata nak tuntut hadiah. hahaha oke ta picture tu. ye! ye.! poyo sikit. haha sangat poyo. eh.?! suka taw poyo - poyo ni. huhu nikmat.!


p/s : tanks to alliance bank.! you make me smile.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 9 Oktober 2010

im speak here

im silent.
but im dying inside.

aku sangat tak faham. apa yang tengah berlaku.?! aku buat apa.?! dosa sangat ke.?! semuanya jadi kacau.! ye.! semuanya kerana aku. yup. aku emosi. yup. aku tahu aku salah. dan aku taknak dengar sebarang penjelasan ataupun buat sebarang pembetulan. biar la.

but. it's still my mistake. aku berdosa dan buat silap. semuanya kerana emosi. tapi, aku tak bermaksud nk sakiti sesiapa. aku tak bermaksud nak masuk campur hal sesiapa pun. aku tak bermaksud apa - apa selain nak dia happy dan nak betulkan apa yang tak betul antara kami. aku cuba untuk tidak peduli langsung tentang masalah dia. tapi, hati aku sakit.! aku cuma tak mahu dia disakiti dan mungkin cara aku tak betul. hm.

aku bukan nak putar belit cerita, nak berbohong, menagih simpati atau apa pun. jadi, aku berhenti disini. aku sangat kecewa.! aku sangat malas nak peduli dah.! apa cerita yang keluar tu. dengar. aku taknak betulkan apa - apa lagi. aku cuma nak minta maaf kepada semua yang terasa hati. honestly, bukan niat aku dan buat hubungan orang lain kacau bilau, itu bukan mainan aku.! siapa yang betul - betul kenal aku. akan tahu, apa yang aku suka dan tak.! juga mainan kegemaran aku. :)

takde siapa yang faham dengan apa yang kita lakukan. tiada siapa yang boleh baca kelakukan dan setiap tindakan kita kecuali Yang Maha Mengetahui. jadi, aku tak kisah kalau berapa ramai pun nak salah anggap. pada aku, setiap manusia punya pendapat yang berbeza. samada buruk atau baik, itu dinilai olehNya. bukan kita.! hm. dan aku tak marah kalau orang berprasangka. itu lumrah. aku redha.

pengorbanan bukanlah sesuatu yang dilakukan untuk dihargai. yup.! perlu dihargai. tapi, bagi aku. pengorbanan ni adalah sesuatu yang ikhlas kita lakukan untuk orang yang kita sayang. dan, aku tak perlukan sebarang penghargaan untuk itu. kalau kita lakukan kerana Allah swt. kita akan mendapat keredhaan daripadaNya dan pengorbanan tu akan dibalas oleh Allah swt nanti melalui pelbagai cara yang dikehendakiNya.

aku tersenyum, lega dan bersyukur. aku redha dengan segala yang sedang berlaku. aku tahu, suatu hari nanti akan terbukti samada aku benar atau tidak. samada aku salah atau tidak. terima kasih kerana ada ketika aku memerlukan. haish.! aku marah pun cuma seketika. kecewa. sedih. semuanya hanya seketika. :)

aku happy sebab dia happy sekarang. jadi, aku pergi. biar la aku jadi orang yang pernah ada disisi dia suatu masa dulu. aku dah tak mampu nak jalani semuanya. aku nak mulakan hidup yang baru.!

u hate me.?! just leave me.!
u like me.?! stay beside me.!

hahaha aku oke sekarang.

ps : sorry guys. aku sangat emosi. hm.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 30 September 2010

keMALASan yang memuncak.!

dua hari aku malas.!
semua kerja aku tak mau buat.!

sebenarnya, aku puasa. betul der. aku puasa. huhu

"dah lembik camni pun masih nak kacau orang lagi.!"

dailog siapa tu.?! siapa lagi kalau bukan adik tercinta. muah.! muah.! haha

"orang lain kumpul puasa dapat pahala. kau dapat dosa je nanti.!"

cis.! dia ni kan..kalau dah bercakap makan hati betul dengar.

wa bosan beb.! takde keje (sebenarnya banyak.!) sebab tu la wa kacau lu.! lu saja mau layan wa. nanti, kalau wa kacau itu kakak lu (my third sister) beliau nangis ngadu kat ibu. haiya.!! kasian la kakak mu ini. (gaya Johan Raja Lawak cakap cina.!)

disebabkan adik aku nak amik PMR dan si kakak pun nak amik SPM. jadi, aku redha jela ( TT__TT takde orang nak layan aku. siot ar.) so, aku decide nak jumpa kesayanganku.! (walaupun kenyatannya aku sangatlah happy moody dan rajin malas. POSE LAH.!) disana la aku habis an separuh masa BERborak, BERgosip, BERgaduh, BERcakaran, BERmanja, BERkelahi, BERjemur, BERmesra. heee..

selebihnya, aku habiskan masa dijalanan menjadi seorang Super Duper Hardcore Drifter (amik kau.!) hahaha. aku suka laju.!

nota dinding : jangan bagitau ibu. aku yg conteng dinding ni. oke.?! set.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 27 September 2010

rakyat malaysia akan menjadi manusia pertama berkomunikasi dengan alien.

selamat pagi garnier.! (rindunya ucapan tu. huhu) pagi bangun. selesaikan tanggungjawab aku. start enjin kereta SAGA BMW 1.3 TT___TT dan on radio. pagi ni, nak dengar hotfm la. hee.~

tiba - tiba terdengar berita ni ;

Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik. - utusan

perghhh.!! wa cakap lu. terkejut wa dengar bai.! tersenyum riang je aku sambil drive (sebenarnya, jalan tak jam pagi ni. so..pagi isnin yang indah haha) sangat bangga tak terkata. aku bangga jadi rakyat Malaysia.! 1Malaysia.~

nota tepi news paper : sebenarnya rakyat Malaysia ni hebat belaka..hihihi
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

apabila sah terbukti yang kita ni tak sempurna.

aku perlu berubah. aku akan berubah. itu janji aku untuk diri aku sendiri.

sambil tu, aku nak pastikan tentang sesuatu. mungkin kejam. tapi, aku perlu. untuk dapat jawapan kepada semua masalah aku. entah la, aku cuma rasa aku perlu lakukan sesuatu. sesuatu yang akan mengubah segalanya. aku dah tak mahu dengar daripada mulut orang lain. aku nak dengar daripada mulut dia sendiri.

ya.! aku sangat ego. tapi, ego aku hilang apabila bersama dia. aku tak tahu samada dia sedar atau tak.

maafkan aku jika aku berlebihan. aku perlu lakuan yang terbaik. aku dah puas 'makan hati' dan mendiamkan diri. aku perlu berani ambil risiko. risiko...kehilangan dia.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 25 September 2010

awak..sebenarnya..

awak.


kita membesar bersama.
bila saya sedih.
awak selalu buat saya ketawa.

tapi, awak dah ada kawan lain.
saya hilang awak.
saya sunyi.

saya pernah tanya awak ;
"kalau suatu hari nnt, saya hilang keupayaan diri. adakah awak akan terus berkawan dgn saya.?"

awak tak jawab pun.
saya tak kisah.
saya cuma tanya je.

suatu hari,
awak hilang penglihatan awak.
gara - gara kawan awak.
saya benci dia.

semua orang buang awak.
saya tak sanggup.
saya taknak awak rasa lemah.

saya tipu awak.

kita hidup susah.
saya tahu awak marah.
tapi saya tak kisah.
sebab saya dah janji akan jaga awak.

awak.
saya tahu awak terseksa.
awak nak mata awak.

sabar ye.
saya sedang usahakan
saya bekerja untuk itu.

suatu hari,
doktor sahkan saya menghidap penyakit kronik.
saya akan mati.

risaunya saya.

saya tak peduli kata doktor.
saya perlu tinggalkan wang secukupnya.
saya tak mahu awak susah.
tanpa saya disisi awak nanti.

hari yang awak impikan telah tiba.
awak akan dapat mata awak.

gembiranya saya.

akhirnya awak dapat melihat semula.
walaupun tanpa saya.
awak ada mata saya.

leganya saya.

tapi, maafkan saya.
saya tak dapat teman awak lagi.
saya tak dapat cium pipi awak lagi.
saya sayang awak.

awak.

masa saya semakin singkat.
saya tunggu awak disini.
saya rindukan awak.
sangat rindukan awak.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 24 September 2010

menipu dalam kepura - puraan

hei,
ingat lagi.?
kali pertama kita bersua.
kita diam seribu bahasa.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah tidak ingin berkawan.
sedangkan dihati penuh keinginan.

hei,
kau masih ingat.?
ketika kau jatuh dan terluka.
ku baluti luka dengan tenang.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah aku tidak bimbang kegelisahan.
sedangkan hatiku menangis kerisauan.

hei,
kau ingat lagi.?
ketika kau kesedihan.
dan kita keluar bersama.
aku cuma berlawak berjenaka.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah aku tidak peduli.
sedangkan ku mencuba buat kau tersenyum kembali.

hei,
benarkah kau tidak tahu.?
ketika aku melafaskan sayang.
berbicara tentang dia.
dan dia adalah engkau.
menipu dalam kepura - puraan.
aku tahu hati kau sakit tak terkata.
maafkan aku, buat kau tertanya - tanya.

hei,
aku cuma ingin kau tahu.
sedang aku mencintai kau.
sedang aku merindui kau.
kau pergi meninggalkan aku.
buat aku kehilangan.
buat aku kesedihan.

hei,
nyawaku hilang.
tubuhku keawangan.
jiwaku luka berdarah.
hatiku menangis sepi.

saat ini.
aku ingin katakan.
"aku cinta. terlalu cinta padamu."
biarpun kau tidak tahu.
biarpun kau tidak kembali.

aku masih cinta.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 23 September 2010

sweet memory..aku suka karma

apa itu karma.? sejenis kurma ataupun coklat.? hoo.~ aku tak sure tentang tu. hihi. aku tahu tapi nak explain aku tak tahu. haaa..jangan ar suh explain k. peace ;)

cantik kau bertudung. aku suka.

jom flashback alik story pasal aku.

malu. tapi, dulu aku ni muka tak malu. sangat havoc dan gila. sewel. mereng. semuanya aku. yela, time ni bebudak lagi. jiwa happy je memanjang. tak kenal erti 'masalah' ataupun dalam bahasa omputihnya 'problem'. (sekarang tak lagi.!) haha

si baju kuning tu member aku yang paling rapat ah.

ok. tipu je. takde la rapat sangat tapi rapat ah. hm. eh.?! aku pun tak tahu nak explain camne tentang keakraban kami ni. huhu

actually, dia ni member aku time sekolah menengah. aku ni notty gila time tuh. aku suka kacau dia sebab dia ni sangat lemah lembut dan memang sesangatlah lembut (dulu ah). so, bila kacau ke. buli ke. dia akan cakap 'jangan ah.' then dia senyum. aku pun tak pasti dia marah ke tak time tu. haha

Kami terpisah sebab aku berpindah ke home-sweet-home ; rawang. so, lost contact setahun dua. tak.! tiga tahun. hmm maybe lima tahun. haha

Facebook la yang menemukan kami kembali. memang tak disangka. dia kenal aku. cess.! sape boleh lupa orang yang pernah buli kita an.? lain lah orang yang membuli tu (aku) memang lah tak ingat. haha

"kau ingat tak.? kita yang jahanamkan moto salad dulu.." dia start flashback kisah zaman sekolah dulu. hadeh.! aku tak ingatlah bhai.!

"hah.?! bila..??" abis wayar yang berkarat kt otak aku ni, kena polish balik baru ingat kot. haha

but now.! i'm remember dear. yela, that time kau kata kau reti bawa motor an. so, aku pun best ar kejap jadi pembonceng. tapi, bad luck ar time tu. memang aku tergelak gelak bila dah ingat ni. haha very funny.

now. dia dah berubah sikit. haha sebab rajin buli aku. (nah.! terkena kat aku pulak hihi) aku tak kisah dia buli aku. aku suka gila.! tanda dia sayang aku.! hoit.! aku taknak lupakan kau ah. kau memang best. hihi

nota tepi sampul : ni blog dia. memang sweet macam orangnya. hihi

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

sotong kering betul.!

semalam, adik aku buat aku tergelak besar dan dia buat aku berfikir balik. haha

dah lama aku tak gelak macam tu. maksud aku, gelak dan hati aku happy giler.! yela, even aku ni seorang yang sengal a.k.a sewel. masalah dan segala kesukaran aku hanya aku je yang tw. tettt.! mungkin sebab kimia antara aku dan bff aku kot. semalam, dia bagitau dia happy dan malam pulak aku gelak dengan happy nyeeeee hahaha

act, adik aku bercerita something kat aku yang tengah drive. lol.!

"jup. kau cakap ape tadi.?" soal aku balik. dem.! memang aku tak dengar apa pun. haha

"b***h.!" marah adik.

haha memang aku kena pukul ar dalam kete time tuh. seyes.! aku mengelamun dan jangan tanya aku mengelamun apa sebab aku tak tahu. disebabkan itu, aku gelak terbahak bahak.

pastu, aku beli ar ayam uncle bob kalau tak silap ah namanya. so, aku tengok kureng hot dan aku suh letak lebih lada supaya jadi hot and spicy. then, adik adalah orang pertama makan ayam tu (feberet food dia.!).

"ayong. boleh belikan aku slurpee tak.?" soal dia dengan tenang.

"lah.?! kenapa je.??"

"pedassssssss.!!" haha memang tak senang duduk lah dia dalam kereta tu.

aku tak habis gelak lagi. abang yang jual ayam tu pun usha pelik je. haha adik sampai duduk terbaliklah sebab tak tahan pedas. ngee.~

ok. itu yang lates.

yang paling kelakar sekali. ada la one day tu, aku hang out dengan member. lepak kat mapley a.k.a kedai mamak. actually, aku memang sangat malas time tu. mengatuk apa tah lagi. memang lah.! then, member aku ni dok bebel dan bebel..

"oit.!" segar bugar aku bila kena terjah macam tu. guys.! aku tidur.! hahaha dalam keadaan kedua belah tangan aku menongkat dagu. hahaha.

banyak la, aku buat pe'el camni. sampai adik aku panggil aku 'spenda kering' ah. kekadang dia cakap aku ni 'tunggul kayu' hihi dah tau kan kenapa kekadang adik aku panggil aku 'sotong kering'.! hoho actually sangat tak sengaja.

paling teruk. aku mengelamun dalam kelas. lecture suh aku answers question die kat white board (kelas maths) aku boleh terpaku depan white board tu. haha ok. time tu aku ingat kenapa. sebab aku kungfu fighting dengan suhadah. tapi, aku boleh jawab dengan baik sebeb aku takde la mengelamun banyak sangat time tu. hihi

haaa..kalau awak borak ngan saya.
saya try untuk tak tidur ok.? hihi


nota surat cinta : rasanya ramai kot yang makan hati berulam jantung kalau bercakap dengan aku. hihi

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 22 September 2010

lagu raya Yuna sangat best.!

Selamat Pagi.!

Apa mimpi saya bangun pepagi ni.?? (haaa..nampak ngat selama ni aku tak rajin bangun pagi. haha) saya mimpi awak la. so, saya tak sesabar nak terjaga daripada tidur untuk wish morning kat awak.! haha

disebabkan bermimpi yang indah. tenang dan nyaman..aku muncul lebih awal daripada mentari hari ni. =)

seperti keluarbiasaan, aku buka channel 8tv. yelah, pepagi ni sume program tv tak berapa nak menarik. tetiba je, aku terdengar lagu raya nyanyian Yuna - Raya Oh Yeah. tajuk pun dah sempoi, ini kan pulak lagunya. perghhhhh.! sangat like dan like sekali.

kenapa sangat like dan like sekali.?

sekiranya, anda juara jangan lupa lirik yang telah dinobatan sebagai jutawan, yang mana RM1juta tu tak terhabis guna untuk 7keturunan (bagi mereka yang tak rajin berhutang dan tak membayar hutang shj). anda la orang yang layak dan tahu jawapan kepada soalan diatas. haha

ape.?

ta mau jawab.! hahaha tengok lirik dan nyanyi. lu pikir ar sendiri.! salam syawal semua.!!




nota bertampal : merapu merepek diatas bukanlah dibawah pengaruh alkohol atau dadah.! peace no drug. ;)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 21 September 2010

owh doktor gigi.

awalnya bangun hari ni. malam tadi, aku dah plan tak tidur, apesal boleh tertidur pulak.?! haish. pastu, plan baik punya buat - buat tidur mati. ibu ni, macam tau tau je aku ada agenda tersendiri. huhu. owh, kenapa mesti aku.?! kenapa.?!!

eh.?! sorry sikit.! aku takut dengan doktor gigi.?! mengarut ah.!! aku kan seorang yang berani. cekal. gagah. perkasa. TT___TT

stupid picture.! dem.!

hmm..dah sebulan lebih aku sakit gigi. hm. tak..sakit mulut. heee.~ sakit semua bahagian dalam mulut sampai effect pada kepala aku sekali. warghhh.!!

sakit wehhh.

"itulah, dulu suka ngat makan coklat la. candy la. askem la. haaa. pastu selalu ngat lupa gosok gigi. kan sekarang ni gigi dah rosak.!" bila ibu dah start berkata - kata.

gosok ar..TT____TT

"mana ada tak gosok.! gosok ah.! hari - hari tak penah miss.." hmm..lagi - lagi time sejuk, tak mau mandi pagi. aku gosok gigi tau. haaa.~

"dah. ada je alasan kau. siap cepat.!" takde kompromi langsung ke.?!! warghhh.!! "dah berbulan kau tangguh je nak jumpa doktor gigi. nak tunggu ronggak baru nak jumpa.?!" haish.!

"tak mau ar.!!" weh. mana ada aku nak nangis. habuk masuk mata ja.

"kau ***** sangat dengan doktor tu apesal.?! bukan dia makan kau pun." hm..

oh gigi. kau memang spoil mood aku tiap - tiap hari. lebih - lebih lagi, raya hari tu. aku tak dapat makan nasi impit dengan kuah kacang. tapi, nasib baik aku masih boleh sental almond london kat rumah sedara aku. syukur disitu.

hee.~ rasa nak rotan - rotan ja.!


p/s : ta mo tulis nota.! huh.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 19 September 2010

aku bukan angau oke.!

ha'a. aku rindu kau lah b***.!

huh. itulah perkara yang paling sweet giler. kau jarang maki aku. tapi, bila kau maki..aku punya la hepi. tuhan je yang tahu. hohoho. seronok tak terkata. aku tahu, bila kau maki aku tu maknanya mood kau sedang sedang saja. so, aku tak kisah. sumpah aku suka gila b***.!

haha ngade ah.!

itulah, aku memang suka menggedik kat kau. kekadang kau layan. selalunya tak.! tapi aku suka. sebab bila kau tak layan, aku tahu kau mesti tersenyum sampai telinga baca mesej aku sampai kau blur nak mati tak tahu nak balas apa (oke. part ni aku tambah tambah je) sumpah aku suka jugak.!

ape lagi.?!

kau penah tengking aku. kuat kuat. touching aku. eleh, berapa lama sangat kau boleh marah aku.?! seminit pun paling lama. pastu, kau pujuk aku balik. aku buat bodoh je (niat nak balas dendam) tapi, dalam hati aku gelak terbahak bahak. "yes.! yes.!" suka gila s***.!

dia cantik. idaman jejaka mamak malaya.!

aku selalu cakap ;
"kalau kau tak cantik. takdenya aku nak kawan dengan kau. nasib baik kau cantik.!"

aku tahu kekadang kau sentap tapi kau dah tak lalu nak sentap selalu sebab aku selalu sangat cakap bende tu. haha kau tak tahu (nak bagitau ni. kalau kau baca lah blog aku ni huhu) sebenarnya, aku tak pandang kepada kecantikkan kau ataupun kisah hidup kau. apa yang aku pandang tentang kau adalah hati. hati kau baik gila.!

tahu tak korang.?

dia selalu jaga hati aku. susah dia nak buat aku kecik hati (aku je selalu cakap lepas) dia selalu jaga aku walaupun dia tak selalu ada dengan aku. dia ugut aku pun sebab aku ni degil. keras kepala. stubborn. sumenya ada pada aku. tapi, dia still rindu dan sayang aku. (oke. part ni, aku tambah tambah jugak. huhu)

dia sweet gila. aku memang tak boleh marah dia lelama. muka dia innocent gila.! memang lah, kalau dia buat apa pun tak boleh nak marah lelama. kira, memang tak boleh la. pastu, dia sengal. kira, aku yang moody ni boleh jadi happy mood ah. haha pastu an, dia cakap laju. dia cerita laju gila. kekadang aku terpaksa fokus untuk pick up apa yang dia cakap. hihi.

dia la mamak kesayangan aku.! yup.! dia mamak. aku sayang dia oke.!

sebenarnya,

aku rindu gila kat minah ni.!
rindu lah kat makcik.!

pagi tadi je die text aku. tengahari takde. petang takde. malam.? hm warghhh.!! jangan la takde.! kredit ada je. hm. mana dia pergi ni.? aku text die.? heee.~ aku ni bukan ego taknak apa, nanti kalau aku text dia tak balas, aku kecewa guling guling nanti. (oke. dia tau macamne aksi ni. *agaknya*)

jiwa kacau ni. aku sangat perlukan dia. aku malas nak text dia, kalau dia busy...aku kacau nanti dia kena marah pulak. hee.~ tak suka dia kena marah. hm. nak makcik.!

nota dalam gambar : aku perlukan someone.! anybody free.??


*sebenarnya rumah aku tengah wt open house
tapi, otak aku asyik fikir nak text suhadah je ='(


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

saya, awak, dia dan ....

awak.
tak pernah tahu
saya suka awak.
sayang awak.
cinta awak.
bila awak dengan si dia.
hati saya sakit.
saya sangat terluka.
sesekali rasa nak menangis.
tapi..saya belajar.
untuk kuat.
untuk tenang.
untuk redha.
sebab saya selalu fikir.
mencintai tidak semestinya memiliki.

kerana tak mahu si dia terluka.
saya mengalah.
tapi, awak percayalah.
saya takkan hilang.
saya selalu ada untuk awak.

suatu hari, dia hadir.

entah kenapa, saya serba tak kena.
entah kenapa, saya rindu dia.
entah kenapa, saya sayang dia.

awak..
saya dah jatuh cinta.!

tiba tiba dia mengaku pada saya.
tentang satu perkara ;

dia milik orang lain.

sumpah saya terluka.
sumpah saya sakit.
sumpah saya sedih.

tapi saya tak mampu nak luahkan.
setelah saya angau.
kini, saya jadi suram. seram.
saya jadi takut.

saya dah banyak berfikir.
apalah seterusnya.?
apalah akan berlaku.?
apalah nasib saya.?

jahat ke saya.?!
mencintai lelaki milik orang lain.??
kenapa mesti letak saya ditempat itu.?!

kalaulah dari awal lagi saya tahu.
saya tak mencintai awak.
saya tak mencintai dia.
saya takkan jadi begini.

sungguh.!
saya kecewa.

kesihatan saya bertambah tak menentu.
saya nak awak.!
awak dimana.?!
kenapa awak hilang diwaktu begini.?!
awak...

saya keliru sangat.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 18 September 2010

hyperthyroidism

jom baca tentang sesuatu..!!

Hypothyroidism : Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah

Hyperthyroidism berlaku apabila kelenjar titiod mengeluarkan tiriod yang berlebihan. Hormon tiriod mengawal kadar metabolic badan dan bagi pesakit ini, tiriod berlebihan dalam system mereka menyebabkan badan terlebih ransang. Keadaan ini membuat jantung berdegup kencang, berpeluh tapak tangan, perasaan takut, turun berat badan, terlalu lesu dan lemah kaki. Ujian klinikal darah akan menentukan samada tiriod ini kurang aktif atau terlebih aktif
 
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism :
  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning - lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka)
  • Pendarahan haid banyak dan tak menentu (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan / kurang
  • Rambut gugur
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

Pemakanan :
  • Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang

  • Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma)

  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol

  • Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti assionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)

nota kertas A4 : macam macam ada. haha

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 16 September 2010

sayang manja

aku bukan seorang yang cantik. malah tomboi lagi. kelakuan, perwatakkan jauh sekali lemah lembut. sangat jauh. selain itu, bagi yang mengenali aku. mereka kenal benar dengan sikap aku yang cepat panas dan selalunya bersikap endah tak endah dengan sesuatu situasi.

"manja.!" ah.! sumpah aku tak suka dengan panggilan tu. aku bukan manja.! tak macho langsung nama timangan tu.

"kenapa kak.?" kenalkan, ini kakak aku. satu satunya saudara kandung aku. beliau tua setahun daripada aku. jadi, fikiran aku..beliau dan aku tiada beza walaupun realitinya aku dan beliau sangat berbeza.

"mak panggil makan. jom.?!" ajak beliau. aku memandang rakan rakan aku yang masih rancak bermain guli. yela, mereka semua lelaki. lelaki hm.

"nanti la. kau makan dulu."

"manja. jom la makan. dah petang ni. tadi, tengahari pun manja tak makan lagi."

"sejak bila kau pandai membebel ni.?!"

"sayang.! panggil manja masuk..makan.!" tempik mak dari dalam rumah. hm. nama panggilan kakak aku, sayang. mungkin mak dan ayah lebih sayangkan dia kot. haish. aku tak peduli semua tu. asalkan, hidup aku tak terganggu.

"jom la makan.." ajak beliau lagi. kali ni. muka beliau sangat cute. hih. aku tak cakap pun aku dan beliau tak bersefahaman langsung kan.? aku cuma beritahu, kami berbeza.

"aku tak nak la. aku kenyang."

"makan apa je sayang.? guli.? manja..tengok la baju ni. kotor. kulit tu semakin gelap. manja kan perempuan. perempuan kena kelihatan kemas. bersih dan paling penting kena jaga pemakanan.."

"supaya.?"

"supaya jadi macam kakak.."

"haaa..itu aku suka.!" aku terus berlari masuk kedalam rumah untuk basuh kaki dan tangan lalu ke meja makan untuk menjamah sepinggan nasi memandangkan sejak pagi lagi, aku tak makan.

oh ya.

setiap kali nak makan, kakak aku akan beri ayat yang sama. dailog yang tak pernah berubah. kenapa aku nak jadi macam beliau.? sebab aku sayang beliau dan beliau adalah role model aku. walaupun kenyataannya, aku takkan jadi macam beliau. eh.? ada niat pun ok kan.? hahaha

nota tepi meja : hoit.! aku mana ada kakak. aku anak sulong lah. hahaha semua di atas tu cuma saja..suka suki buat cerita hihihii..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 15 September 2010

mimpi yang sangat gila tapi best....part I

aku mimpi pelik semalam. semalam punya semalam pun mimpi gak. malam tadi lagi ah mimpi juga. huuu.~ kuat mimpi aku ni. yang peliknya, Noor Suhadah mesti ada dalam mimpi aku. huh.?! sibuk pun ada minah tu..haha tapi, mimpi ni lah yang paling best.!

Journey to Center of Dreams begin...

watak utama :
Noor Suhadah, Aku dan Perempuan Ajaib.
watak sampingan :
Pemandu Helikopter.
perwatakan :
Noor Suhadah : sejibik macam Angelina Jolie dalam Tomb Raider. siap pakai sut hitam. huh.!
Aku : aku jadi Brad Pitt. boleh.?! (da mimpi camtu, camtu la jadi nya. memang aku jadi lelaki ensem.! huh. korang ni. jeles la tuh.)
Perempuan Ajaib : ya.! beliau sangat ajaib. aku ta kenal. haha

scene satu :
(dalam helikopter yang sedang berlegar - legar kat lautan)


nota hujung kertas : siapa yang tengok movie 2012 : End Of The World dan Titanic je dapat bayangkan tentang mimpi aku ni.


"Perempuan tu buat apa dalam helikopter ni.?!" soal Noor Suhadah dengan nada suara yang agak tinggi. terkejut aku.! time ni, aku tengah minum air kotak milo kot. habis sut putih aku.!

"lah.?! dia an team kita. safe the world bebeh.!" macho syial.! *perasan tol aku. mentang mentang ah dalam tubuh Brad pitt.* jangan sangka Brad Pitt tak boleh berbahasa melayu. hahaha

"korang ok ke.?!" soal Perempuan Ajaib pula dengan suara yang lembut je. haish. kalah aku. eh.?! lupa pulak. aku an seorang lelaki time ni. hahaha

"ish. ok je. ala, tak payah layan Sue ni.dua tiga saat lagi, dia frenly la." kataku dengan relax dan cool.

"apa kau kata.?!" soal Noor Suhadah pulak. dalam helikopter an.? kompom ar pendengaran die tak jelas ngat. haha

"aku kata, layan je tengok laut kebiru - biruan ni.." cover cepat..!

fuhh.! selamat aku.! time ni, aku dok pikir kena tolak kuar je daripada helikopter ni. free2 je ikan yu (skema tol ikan yu.! haha) telan aku nanti.

"kau kutuk aku, aku tolak kau jatuh dalam laut ni. biar rasa kau.!" huh.! kan aku dah kata tadi. hahaha
scene dua :
(cuaca buruk dan tak terkawal. angin. taufan. ribut. puting beliung. lesung. pinggan...sume ada)

"Mydin. Mydin.!" panic sangat kot encik pemandu helikopter ni, sampai salah hahaha

"weh. apesal ni.?!" soal Noor Suhadah..muka dia takde lah panic sangat.

"tak tahu..." belum sempat aku habis an dailog aku, helikopter pun terhempas jatuh dalam laut.

scene tiga :
(dalam laut yang biru. dailog takde. aku, Noor Suhadah dan Perempuan Ajaib bukan duyung jadi kitorang tak boleh bercakap dalam air. harap maklum.)

masa dalam laut ni, ada bangunan runtuh. aku tengok Noor Suhadah tengah berenang untuk ke dataran tapi bila dia menoleh dan nampak ada bangunan nak rebah kat aku, dia pun patah balik berenang menuju kat aku. (terharu gila time ni, dia berenang bersungguh sungguh!).

belum sempat Noor Suhadah sampai, salah satu serpihan bangunan tu dah jatuh atas aku. kena kepala aku. haa..time ni, muka Noor Suhadah memang panic gila.! (ces.! time ni aku tak macho langsung.! sebab ta dapat bergerak.!) tapi, belum sempat dia sampai..Perempuan Ajaib dah sampai dulu. Perempuan Ajaib tu la yang bawa aku ke daratan. time ni, aku tengok Noor Suhadah blah macam kecewa je. hm.

to be continue.

nota kulit buku : tulis pepanjang nanti korang bosan pulak. hahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 14 September 2010

Melaka 2010

o0o0o..balik kampung.!

menggunakan khidmat kereta kesayangan aku SAGA BLACK yang akan di transform kepada BMW X6 (10 tahun lagi..) aku memandu menuju ke selatan pada hari raya keTIGA.

aku lahir di Negeri Sembilan, secara automatiknya aku anak jati Negeri Sembilan.!

"poyo.! makan cili sos pun tak tahan pedas..negeri sembilan sangat.." ces.! berani beliau memperlekehkan aku. takpe. ada ubi ada batas ada hari aku bahas.!

tapi...

aku balik raya kat Melaka lor. Sungai Udang. Paya Rumput. hmm aku pun tak pasti mana satu nama kampung, mana satu nama tempat. haish.!! asal kan aku dah balik dan dah belajar jalan balik kampung sendiri. like disini.! lepas ni, ada rezeki nampaknya merewang sana jela. hahaha

yang penting.!

akhirnya, aku jumpa juga dengan PAK LONG and MAK LONG. haha tujuan pun sebab nak jumpa dorang. yela, sejak dorang pindah melaka ni, macam macam dugaan yang datang untuk menggagalkan rancangan aku melawat dorang.. huhu itu la..masa dekat dulu malas nak jenguk. bila dah jauh la baru gatal tergedik gedik nak rindu lah..ape lah.!

banyak gila aku makan kat rumah pak long, tengok muka mak long lagi an.? an.? lagi banyak lah aku makan. memang ibu aku terkejut sesangat la tengok aku makan banyak tu. hahaha sebabnya ada udang.! dalam tom yam ada udang..ada sambal udang.~ (huh.! bestnya..lagi pun aku lapar nasi dan paling lapar lauk berkuah. dah berapa hari aku tak usik nasi..)

lepas tu paling special.!

aku pergi rumah PAK LANG aku kat seri rampai (kalau tak silap) pak lang masak..sekali lagi ek..PAK LANG MASAK.! an gulai lemak cili padi kaki lembu. eh.? aku pun tak tahu..jangat kalau tak silap dorang panggil. aku tak makan kaki lembu tapi ada sambal udang tu yang best.! sangat suka.! gulai lemak tu..kuahnya pun aku suka cuma pedas. perghhh.! senak otak aku mencari air. huhu

raya aku tahun ni agak bermakna. riang gembira. like disini.!

nota kad raya : ces.! semua nama kampung aku salah. ta de yang betol rupanya.hahaha tq to cousin feveret aku sebab betulkan.! hahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 11 September 2010

bila housewive dapat cuti raya

yeah.! itulah kesudahannya.

"bagi pendapatan ayong lah. better ibu tinggal kat rumah mak ngah je. lagi pun rumah macam tongkang pecah. nanti, kalau ibu balik mesti ibu lagi penat. jadi, biar kitorang balik rumah dulu. kasi kemas bersih. tersusun. rapi semua baru ibu balik.."

perghh.! ayat power an.? an.? haaa..itu la ayat orang bijak ngelat daripada dibebel. hahaha

lepas selesai segala sessi sarapan, sembahyang raya dan sessi bermaaf - maafan sekeluarga..aku terus suruh ibu siap - siap (die tengah bebel wooo time ni..) pergi rumah mak ngah hantar rendang, nasi impit, kuih raya dan pelbagai juadah lagi.

jarak 25km takde la jauh sangat kalau speed 100km/j tapi aku dah jadi gegirl sekarang ni. punya la sopan.!

ok la. cut disitu.~ jom ke chapter seterusnya..

pagi tu, aku tinggalkan ibu kat sana. aku balik rumah sebab adik ayah (pak teh) nak datang rumah. buat la apa yang patut then dorang ajak beraya pulak. join jela walaupun aku tengah mengantuk gila.! (please don't do this in your life..) tapi time nih rumah memang bersepah, kiranya kalau ibu tengok. memang kesian lah kat adik aku WANI..!!!! (suka naw die jerit nama dak sorang nih. haha) satu taman leh dengar kelantangan vokal beliau. siau tol. hihihi i luv u ibu.~

lepas dah decide nak bagi dia cuti sampai esok. so, kitorang dah bertukar kapten bila ayah ambil alih. tapi, tak sampai beberapa minit balik..dia dah OFFLINE dulu. huh. aku la ambil alih tugas beliau. oleh kerana serius punya banyak tak terurus. dibantu oleh adik fevret aku.!

"kau buat bahagian dapur. biar aku simpan semua barang ni bagi tersusun sikit..cian kau." see.?! terharu aku.! hahaha yelah, dari pagi tadi kot drive sana sini pastu dengan jam nye..(dah ramai ORANG KL sekarang nih) memang lunyai lah aku.

lepas dah siap semua kerja. cek hp ad 12 MMS. Noor Suhadah bagi. huhu boleh wat album dah. owh ye. tahun ni FIRST EID kitorang as BFF. huhu setahun dah. hm aku dapat duit raya daripada bro kadet kesayanganku.! wahh.! best giler. (dah naik kapal pun bestfren aku tuh) then, mak ngah bagi aku duit raya gak. diikuti dengan mak su aku. huhu ada jugak duit raya eh.?? malu seh.!

hmm itu jela untuk cerita raya. panjang an.? mesti korang kebosanan.

SELAMAT HARI RAYA.

nota sampul raya : ngantok seh.! nite korang..aku nak tido dgn patrick star.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 8 September 2010

yeah.! yeah.! esok raya.!

hish. excited sangat lah. kenapa pun aku tak tahu. haha mungkin sebab aku yang paling banyak menurut perintah ibu kot.

first round ;
"ayong.! jom cat rumah ni.."

second round ;
"ayong.! cat pintu ni.."

third round ;
"ayong.! tukar langsir ni.."

last round ;
"ibu..ayong tidur.!" adik aku ni memang spoil lah.!

so, selama bulan puasa ni entry pependek. haha ingatkan nak tamatkan je cerita di atas. tapi, alang - alang menggoreng ikan pekasam..biar sampai jiran sebelah bau. alang - alang bercerita sakan..biar sampai korang cemburu. hahaa Khairul Atikah melaporkan untuk TV303 ;p

"oit. apa buat.?!" aku menegur adik aku. (hm nak tegur sape lagi an.? an.?)

"hmm..rabun kau dah teruk nih." haish. sabar jela bulan puasa ni.

huu. main mesej lagi bagus. urm. sejak pakai hot ticket ni, makin jarang pula aku main mesej. haish. rugi je RM15 aku. eh.?! tak rugi lah. ahaha nanti aku cerita. ;p

to : kawan_saya
txt : hohoho esok last pose pastu rya.! suka ny sy.. XD (dah la tak bagi salam. main terjah macam tu je. melodi betul aku ni. haha)

kawan_saya balas : esk last pose.?!

to : kawan_saya
txt : ha'a lar.! bosan lah taon ni kau ta de huhu bestny da nk rya.! (masih dalam mood excited sangat. niat jahat nak bagi orang tu jeles.!)

kawan_saya balas : raya hari kamis ke jumaat.?

to : kawan_saya
txt : ari jmaat lor. hihi (dgn confident level yg sgt tinggi)  

kawan_saya balas : hari ni selasa rite.?

hoh.?! dengan sepantas lipas cukup sifat aku terus cek digital calendar (dalam hp daa.). ops.!!

to : kawan_saya
txt : hehe slh r..

kawan_saya balas : hihi bt org panic je.

fuh.! nasib baik lah kawan_saya sangat memahami yg aku ni sengal je. haa. itu lah, niat jahat kan.?! nah.! sebijik aku dapat. nasib baik kawan_saya puasa (mungkin ini la ayat hati die kot) haha

nota kad raya : haha pagi ni ibu ajak kemas rumah pulak. hm aku bukan duduk kat rumah banglo tapi, semalam dah kemas. apa yang tak bersih lagi.?? urm. ai.ai kapten.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 7 September 2010

kisah budak sengal beraya

assalammualikum..

"dibawah duli duli yang maha mulia raja raja. dengan ini saya mengistiharkan bahawasanya hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada....."

"ayong.!!! kau buat apa tu.?! sini.~ tolong ibu buat kuih ni. menghadap laptop je kerja kau. cuba la kau tolong ibu buat karipap ni, jap lagi berbuka..kau juga yang makan.."

haish.! kan aku dah terlepas tarikh raya.! nak berangan pun susah.


nota kidal : tahun ni, ibu seorang je yang excited nak raya. aku empat beradik yang bertungkus lumus. ibarat komander dan kadet kadet nya..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 5 September 2010

misi berani mati pukul3 pagi

misi : snack plate KFC for sahur.
visi : keberanian adalah kekuatan sejati.!

plan berani mati :

1. pastikan kunci kereta ada bawah bantal.
2. pastikan line clear (check kondisi ibu, adakah beliau sedang nyenyak tidur.?!)
3. don't make an noise please.~
4. cari kunci pintu. gate. pagar. tingkap. (supaya boleh masuk rumah. jangan sampai kena kunci dok luar.!)
5. kuar.!!!
6. tak payah ngade gatal gedik gedik nak tolak kete.! (macam aku larat je.?!)
7. start your enjin. hahaha (jangan gelak kuat sangat.!)
8. jangan panaskan enjin kereta lama lama nanti kantoi. kejap sudah.!
9. here we go.! drive jangan laju sangat. nanti kena saman.
10. itu dia.! restoran KFC 24 hours.!

"kak..snack plate satu. potato wedges satu. air..cuma nak pepsi atau coke je. makan sini.! cepat sikit ek.?! mak tunggu kat rumah." wahh.~ belum apa apa aku dah plan nak order apa. hahaha


wahhh.! jangan fikir bukan bukan. aku belum keluar lagi.!
MESTI DAPATKAN di mana mana restoran KFC.

pukul3pagi mesti punctual ye.! plan ni mesti menjadi and guys.! please don't try this at my home. your home takpe. hihii.

pesana ringkas bukan SMS : as a best best busted fren. please don't tell my ibu.! my ayah takpe. haha

nota tepi pintu : jangan tanya kenapa.?! aku pun heran. kenapa aku tak beli and makan kat rumah je.?! nak cakap adik mintak. die bukan bangun sahur pun. hmmmmm..~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 4 September 2010

aku suka menulis

mood : resah gelisah. merindu.
songs : avril lavigne - when your gone.
tahap kewarasan : separuh normal. (aku baru bangun tidur kot.! gigi pun tak gosok lagi.! hahaha shhh.~ diam kau disana. ini rahsia kita.)

aku suka menulis.
cinta sangat.
minat sangat.

aku suka tulis pelbagai hal.

tentang perasaan.
tentang kehidupan.
tentang kesengalan.

apa yang aku tulis.
tulus dari jiwa yang paling dalam.
sesekali dibawah paras normal.
ada kala jauh daripada kewarasan.

satu idea curahat yang sangat unik.
satu idea penceritaan yang singkat dan menarik.
satu idea pemberitahuan yang mudah difahami.

mempersetankan pertikaian lain.

"bosan"
"tak menarik"
"mengarut"
"itu..ini"

asalkan aku tulis.
apa yang aku ingin ilhamkan.

kejam sangatkah.?!

tiada kaitan dengan yang hidup. sakit. mati atau yang putus cinta.
jadi, tidak pun bercerita tentang si polan itu, si polan ini.

yang baik dijadikan pedoman.
yang buruk dijadikan tauladan.

salam bergembira alam blog tercinta.

nota hujung buku : kecewa dengan sesetengah pihak yang kaitkan penulisan aku tentang hidup. puisi aku tentang cinta adalah satu perasaan jiwa. bukan tentang aku. kalau tentang aku. bukan dalam bentuk puisi tetapi cerita..alah.! cerita tentang adik yang korang baca tuh. hihihii.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 3 September 2010

satu perasaan yang membunuh

aku kena terima.
dia benar pergi.

aku harus terima.
dia tiada lagi.

aku perlu terima.
dia tak muncul lagi.

aku terima.
hidup tanpa dia.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

adik prihatin

ini cerita tentang adik perhatian prihatin. ye.! bersyukurlah anda kerana memiliki adik yang prihatin. biarpun dia suka damn anda. sebagai kakak yang hati kering ataupun, untuk lebih puitis jiwa rocks.! mahupun, untuk lebih aslinya dipanggil hati batu (haha aku sangat blur..apa da.~) jadi tiada sedikit pun heart feeling nak touching touching nih. (saya sedang menipu.!)

jujur dan ikhlas. adik aku sangat cakap ikut sedap. tapi aku suka.

"adik.." aku baru bangun tidur. sangat mamai. adik duduk depan laptop aku.

"kenapa kau.?!" lihatlah. terharu aku. dia memang prihatin. kan.? kan.?

"hm.." niat nak bermanja. tapi macam tak berjaya. dia asyik dengan cerita korea yang aku download tu.!

*silent*

"bibir kau pucat.." wahaha.~ berbunga - bunga jiwa ni.

"adik.." panggil dengan lemah longlai. sangat mengada - ngada aku nih.!

*saya perlukan perhatian*

rasanya itulah yang tertepek kat dahi aku kot.

"hm.." ada respond tapi dia tersengeh - sengeh (weh.?! betul ke eja ni.?? ke..tersengih - sengih.?? urm..) layan cerita korea tu.

"aku tak sihat ni. perut sakit.." tolong jangan muntah biru ok.?! aku sakit lar.

"so.?"

benci ah.!

nota tangan kecik : rasa nak tampo die tapi sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 2 September 2010

no title

beritahu anda : sebenarnya aku sangat serabut dan blur dengan satu kejadian. kejadian itu benar melukakan aku.

awak.

bila awak terleka dengan mereka.
saya rasa sunyi.
saya rindu.
saya cemburu.

bila awak kata tak sayang saya.
hati saya sakit.
saya geram.
saya kecewa.

bila awak kata saya macam macam
saya tersenyum.
saya anggap awak bergurau.
saya tak kisah.
saya merajuk sikit je.
sesaat kemudian saya ok je.

awak.

suatu hari, awak dengar sesuatu yang buruk.
awak tak tanya saya pun.
tapi awak marah saya.

saya tersenyum.
saya tahu awak nasihat saya.
awak..tak marah saya kan.?

tapi..
awak marah lagi dan lagi.
tersinggungnya saya.
saya rasa awak tak faham saya.
saya rasa awak tak kenal saya.

saya marah.

kita bergaduh.
saya dan awak ego.
kita terus salah faham.

saya kecewa.

kerana marah saya hilang awak.
kerana marah awak benci saya.
kerana marah kita dah tak macam dulu lagi.

saya sedih.

jika kita bersama lagi.
pasti akan terungkit cerita ni.
pasti akan menjadi punca.
pasti kita tak bahagia.

awak.
saya rindu awak.
saya nak kita macam dulu lagi.

alangkah bahagianya saya jika waktu boleh diundurkan
alangkah bahagianya saya jika kita tidak terpisah.
alangkah bahagianya saya jika kita tidak bertengkar.

nota kecik : sesal dahulu pedoman sekarang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 31 Ogos 2010

jarang jarang itu bermakna..

hey guys. morning.! salam sahur. hihii.

berkata : aku terfikir tentang sesuatu. penjelasan ataupun alasan.??

awak.
kepala saya sakit.
tapi, saya kuat.
awak jangan risau ye.

sebenarnya,

awak.
saya ada banyak masalah.
saya tak kuat.
tapi, saya taknak awak risau.
jadi, biar la saya tanggung sendiri.

...

awak.
saya gembira bila awak gembira.
saya tak kisah.
asalkan awak boleh ketawa.

sebenarnya,

awak.
saya tak gembira.
ada perkara yang perlu awak tahu.
asalkan awak tanya.
macamana susah pun saya akan cuba ceritakan.

...

awak,
jangan sakiti hati awak.
saya tak suka bila awak susah hati.
saya sayang awak.

sebenarnya,

awak,
hati saya sakit bila lihat awak begini.
tolonglah fikirkan tentang saya.

...

awak,
awak saya akan selalu ada dengan awak.
saya tak pergi mana mana pun.
awak jangan risau ye.

sebenarnya,

awak,
saya rasa nak lari jauh daripada awak.

...

aku seorang yang hopeless. aku tidak pernah mengharapkan apa apa dalam hidup aku. samada kawan, kekasih dan keluarga. tetapi, jika mereka berikan aku sesuatu yang sesekali pernah aku fikirkan tanpa aku pinta. itulah hadiah terindah dalam hidup aku.

nota fikiran : aku selalu ada untuk orang lain. tapi, bila aku perlukan seseorang....aku mencari.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca