KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 11 Januari 2012

Aku Maafkan Kamu



Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 20 Disember 2011

Aku . . tak boleh

Assalamualaikum . . hello there !

Aku selalu tersangkut dengan kisah - kisah semalam. Cepatnya aku hidup dalam kenangan. Selain belajar daripada kesilapan, aku juga belajar untuk menjadi lebih baik. Tapi, tak semua perkara aku boleh lakukan dengan baik. Ada perkara bukan bakat aku. Bermakna, aku tak boleh buat.


Aku . . tak boleh nak pujuk orang yang merajuk. Lagi - lagi, aku ni kuat merajuk juga. So, ada waktu aku sendiri tak tahu samada aku ni perlu di pujuk atau tak ?

Aku . . tak boleh simpan duit. Aku pemurah. Yang teramat sangat. Sangat ! Ada je duit, minta la aku mesti bagi. Sampaikan, aku sendiri takde duit nak makan dan pergi kerja. Hmm. Tapi, takde siapa tahu dan takde siapa yang faham kecuali . . dia . .

Aku . . tak boleh mencintai seseorang setulus hati aku. Jika berlaku, bermakna aku sanggup makan hati daripada buat dia sakit hati. Hm. Mungkin, dia juga tetap sakit hati dengan aku. Aku boleh merana dan sebut nama dia setiap hari . . apabila celik ja mata ini . . nama dia.

Aku . . tak boleh hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku rela jadi nonsense dimata dia daripada dia takde disisi aku. Bila dia takde, hidup aku kosong. Kali itu, hanya ada Tuhan dan Aku. Kali itu. Tiada la senyum tawa tapi hanya seorang budak yang sombong, moody dan annoying. Mungkin.

Aku . . tak boleh terlalu mengambil berat tentang orang lain. Kalau aku buat, akan  ada yang rimas. Kan ? Aku membebel suruh buat itu ini. Aku selalu fikir semua tu untuk kebaikan tapi aku tak sedar yang aku buat orang rimas. Betul tak ?

Aku . . tak boleh melakukan sesuatu perkara dengan betul. Pasti ada salah ja. Jadi, aku perlu ditegur setiap masa !


Lihat la, itu baru sedikit. Kalau kau dah kenal aku, kau akan tahu. Aku ni sangat memerlukan kau disetiap masa aku. Cuma, mulut ini je tak pernah betul mengucapkannya. Selalu berkata - kata dalam nada suata yang kasar dan menyakitkan hati. Maafkan aku.


Sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 18 Disember 2011

Sekali Lagi

Assalamualaikum . . hello there !

Kalau lah mulut ini boleh berkata - kata, meluahkan apa yang terbuku didalam hati . . entah apa yang akan jadi ? Yang pasti, kau akan pergi bila tiba masa itu nanti dan aku . . akan kembali menjadi seperti apa yang sering aku lalui sebelum ini . . melayari hari - hari suram . . memikirkan tentang kehidupan yang sebegini singkat.

Kau tahu ?

Aku tak mahu kau tinggalkan aku sendiri . . tak mahu kau hilang daripada fikiran . . lenyap daripada pandangan mata . . pergi jauh daripada diri ini . .

Sekali lagi . .

Kita perlu berpisah dan kali ini . . mungkin lama atau mungkin selama - lamanya . . aku tak mahu itu ! tahu ? aku tak ingin itu ! tolonglah aku merayu padaMu Tuhan . .






Jangan Pisahkan kami . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 13 Disember 2011

Tiada tajuk

Assalamualaikum . . hello there !


8.44 PM - Waktu ni, aku masih di pejabat lagi. Bahu aku dah lenguh sebenarnya. Mata aku pedih, asyik menatap monitor daripada tadi. Tapi, takpe. Aku tak kisah. Ini rezeki aku untuk tahun ni. Tahun depan, aku nekad untuk kejar cita - cita aku . . tak kira susah mana pun. Tak kisah kalau ada yang nak ketawakan aku lagi. Alah, aku dah lali jadi bahan ketawa bila setiap kali bercakap tentang cita - cita.

Hmm . . sejak akhir - akhir ni, aku banyak mengeluh. Entah. Kekadang, aku tak sedar pun tapi aku tahu aku banyak mengeluh. Selera makan aku pun entah ke mana. Sampaikan kena gastrik. Tapi, takpe. Aku kan kuat . . hehehe

Aku mungkin takkan online untuk jangka masa yang lama. Hmm . .


Semoga berjumpa lagi . . ^^





| Aku tak dapat senyum |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 24 November 2011

T-ara Cry Cry MV

Assalamualaikum . . hello there !

Masa yang dinantikan berakhir juga . . daripada fourth album T-ara Black Eyes . .


Akhirnya T-ara buat comeback pada 18 November di Music Bank . . wahh ! Sememangnya orang yang busy seperti aku ni tak dapat tonton secara live. . maka, ehsan youtube dapat la aku berjimba - jimba dengan lagu baru dorang berjudul "Cry Cry"

Aku memang tak sabar nak tunggu MV dorang yang release pada 31 Oktober 2011.

T-ara ni memang suka buat mini-drama untuk setiap lagu baru dorang . . MV kali ni febret aku !


Dalam MV CRY CRY . . Jiyeon digandingkan dengan pelakon yang super hebat Cha SeungWon . . kesinambungan daripada MV kali ni akan disambung dalam MV lain dorang berjudul "Lovey Dovey" yang aku pun tak tahu bila akan keluar ^^ weee . .


Aku memang gilakan Jiyeon dan Eunjung !! so, kalau rajin . . layan la kegilaan aku ni yer . . chow !

Cry Cry (Dance Version)
Cry Cry (Ballad Version)
Comeback 111118 on Music Bank


| Bulan kemurungan . . hmmm |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 21 November 2011

Maafkan Aku

Assalamualaikum . . hello there !

Sebenarnya, dalam hidup aku . . aku selalu menyakitkan hati orang yang aku sayang . . buat mereka terluka dan menangis . . terasa hati dan bersedih . .


Ya !

Itu aku . .




Aku tak tahu nak minta maaf bagaimana lagi . .

Aku tak tahu . .

hmmmm



kecewa dengan diri sendiri . . bye




|Aku nak pergi jauh daripada hidup mereka semua supaya aku tak menyakiti mereka lagi |


T______________T

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Lambat !

Assalamualaikum . . hello  there !

Hari ni, aku lambat !!!!!!

Bangun pukul6.10 . . sampai office, punch pukul6.55

Dari Rawang pukul6.30 . . sampai air panas selayang (turun bukit rawang) pukul6.35 . .

Kat masjid negara pukul6.49 . .







Aku tak tahu macamana aku drive ?? Tapi, jalan tadi memang jam . . cuma, aku tak tersangkut kat Pasar Borong . . eh ?? Semua orang lambat ke ??




pssstt : banyak la caci maki aku dapat pepagi ni kan ? hawaw la aku drive tadi, itu sudah tentu. Betul tak ?? urmmm . . sorry . .


| Menangis - nangis call Kak Ekin sebab bajet sampai pukul7.15 . . lambat owh ! Cari parking, sure lif penuh. Pastu punch pun pukul8.15 camtu. Padahal dah sampai office sebelum pukul8 hm |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca