KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 25 September 2010

awak..sebenarnya..

awak.


kita membesar bersama.
bila saya sedih.
awak selalu buat saya ketawa.

tapi, awak dah ada kawan lain.
saya hilang awak.
saya sunyi.

saya pernah tanya awak ;
"kalau suatu hari nnt, saya hilang keupayaan diri. adakah awak akan terus berkawan dgn saya.?"

awak tak jawab pun.
saya tak kisah.
saya cuma tanya je.

suatu hari,
awak hilang penglihatan awak.
gara - gara kawan awak.
saya benci dia.

semua orang buang awak.
saya tak sanggup.
saya taknak awak rasa lemah.

saya tipu awak.

kita hidup susah.
saya tahu awak marah.
tapi saya tak kisah.
sebab saya dah janji akan jaga awak.

awak.
saya tahu awak terseksa.
awak nak mata awak.

sabar ye.
saya sedang usahakan
saya bekerja untuk itu.

suatu hari,
doktor sahkan saya menghidap penyakit kronik.
saya akan mati.

risaunya saya.

saya tak peduli kata doktor.
saya perlu tinggalkan wang secukupnya.
saya tak mahu awak susah.
tanpa saya disisi awak nanti.

hari yang awak impikan telah tiba.
awak akan dapat mata awak.

gembiranya saya.

akhirnya awak dapat melihat semula.
walaupun tanpa saya.
awak ada mata saya.

leganya saya.

tapi, maafkan saya.
saya tak dapat teman awak lagi.
saya tak dapat cium pipi awak lagi.
saya sayang awak.

awak.

masa saya semakin singkat.
saya tunggu awak disini.
saya rindukan awak.
sangat rindukan awak.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

10 ulasan:

vidadarisakura berkata...

:)

Biela Sapine berkata...

so sadd, hurmm

hamzah ian berkata...

weh

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

ehhh....
lu story pasal menda apa ni??
kisah seseorg ke barang>>??


nge~~

fzikuz berkata...

perh... it touch my heart.... T_T

Cik Yuki berkata...

vida. ;P

Cik Yuki berkata...

biela. yeke.? huhu biasa je.

Cik Yuki berkata...

hamzah. yew.?!

Cik Yuki berkata...

alvin. dedua pn bleh. hahaha kekadang ak ta tw ap y ak tulis ;P

Cik Yuki berkata...

fzikuz. me too act. haha