KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 20 Disember 2011

Aku . . tak boleh

Assalamualaikum . . hello there !

Aku selalu tersangkut dengan kisah - kisah semalam. Cepatnya aku hidup dalam kenangan. Selain belajar daripada kesilapan, aku juga belajar untuk menjadi lebih baik. Tapi, tak semua perkara aku boleh lakukan dengan baik. Ada perkara bukan bakat aku. Bermakna, aku tak boleh buat.


Aku . . tak boleh nak pujuk orang yang merajuk. Lagi - lagi, aku ni kuat merajuk juga. So, ada waktu aku sendiri tak tahu samada aku ni perlu di pujuk atau tak ?

Aku . . tak boleh simpan duit. Aku pemurah. Yang teramat sangat. Sangat ! Ada je duit, minta la aku mesti bagi. Sampaikan, aku sendiri takde duit nak makan dan pergi kerja. Hmm. Tapi, takde siapa tahu dan takde siapa yang faham kecuali . . dia . .

Aku . . tak boleh mencintai seseorang setulus hati aku. Jika berlaku, bermakna aku sanggup makan hati daripada buat dia sakit hati. Hm. Mungkin, dia juga tetap sakit hati dengan aku. Aku boleh merana dan sebut nama dia setiap hari . . apabila celik ja mata ini . . nama dia.

Aku . . tak boleh hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku rela jadi nonsense dimata dia daripada dia takde disisi aku. Bila dia takde, hidup aku kosong. Kali itu, hanya ada Tuhan dan Aku. Kali itu. Tiada la senyum tawa tapi hanya seorang budak yang sombong, moody dan annoying. Mungkin.

Aku . . tak boleh terlalu mengambil berat tentang orang lain. Kalau aku buat, akan  ada yang rimas. Kan ? Aku membebel suruh buat itu ini. Aku selalu fikir semua tu untuk kebaikan tapi aku tak sedar yang aku buat orang rimas. Betul tak ?

Aku . . tak boleh melakukan sesuatu perkara dengan betul. Pasti ada salah ja. Jadi, aku perlu ditegur setiap masa !


Lihat la, itu baru sedikit. Kalau kau dah kenal aku, kau akan tahu. Aku ni sangat memerlukan kau disetiap masa aku. Cuma, mulut ini je tak pernah betul mengucapkannya. Selalu berkata - kata dalam nada suata yang kasar dan menyakitkan hati. Maafkan aku.


Sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 18 Disember 2011

Sekali Lagi

Assalamualaikum . . hello there !

Kalau lah mulut ini boleh berkata - kata, meluahkan apa yang terbuku didalam hati . . entah apa yang akan jadi ? Yang pasti, kau akan pergi bila tiba masa itu nanti dan aku . . akan kembali menjadi seperti apa yang sering aku lalui sebelum ini . . melayari hari - hari suram . . memikirkan tentang kehidupan yang sebegini singkat.

Kau tahu ?

Aku tak mahu kau tinggalkan aku sendiri . . tak mahu kau hilang daripada fikiran . . lenyap daripada pandangan mata . . pergi jauh daripada diri ini . .

Sekali lagi . .

Kita perlu berpisah dan kali ini . . mungkin lama atau mungkin selama - lamanya . . aku tak mahu itu ! tahu ? aku tak ingin itu ! tolonglah aku merayu padaMu Tuhan . .






Jangan Pisahkan kami . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 13 Disember 2011

Tiada tajuk

Assalamualaikum . . hello there !


8.44 PM - Waktu ni, aku masih di pejabat lagi. Bahu aku dah lenguh sebenarnya. Mata aku pedih, asyik menatap monitor daripada tadi. Tapi, takpe. Aku tak kisah. Ini rezeki aku untuk tahun ni. Tahun depan, aku nekad untuk kejar cita - cita aku . . tak kira susah mana pun. Tak kisah kalau ada yang nak ketawakan aku lagi. Alah, aku dah lali jadi bahan ketawa bila setiap kali bercakap tentang cita - cita.

Hmm . . sejak akhir - akhir ni, aku banyak mengeluh. Entah. Kekadang, aku tak sedar pun tapi aku tahu aku banyak mengeluh. Selera makan aku pun entah ke mana. Sampaikan kena gastrik. Tapi, takpe. Aku kan kuat . . hehehe

Aku mungkin takkan online untuk jangka masa yang lama. Hmm . .


Semoga berjumpa lagi . . ^^





| Aku tak dapat senyum |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca