KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 14 September 2010

Melaka 2010

o0o0o..balik kampung.!

menggunakan khidmat kereta kesayangan aku SAGA BLACK yang akan di transform kepada BMW X6 (10 tahun lagi..) aku memandu menuju ke selatan pada hari raya keTIGA.

aku lahir di Negeri Sembilan, secara automatiknya aku anak jati Negeri Sembilan.!

"poyo.! makan cili sos pun tak tahan pedas..negeri sembilan sangat.." ces.! berani beliau memperlekehkan aku. takpe. ada ubi ada batas ada hari aku bahas.!

tapi...

aku balik raya kat Melaka lor. Sungai Udang. Paya Rumput. hmm aku pun tak pasti mana satu nama kampung, mana satu nama tempat. haish.!! asal kan aku dah balik dan dah belajar jalan balik kampung sendiri. like disini.! lepas ni, ada rezeki nampaknya merewang sana jela. hahaha

yang penting.!

akhirnya, aku jumpa juga dengan PAK LONG and MAK LONG. haha tujuan pun sebab nak jumpa dorang. yela, sejak dorang pindah melaka ni, macam macam dugaan yang datang untuk menggagalkan rancangan aku melawat dorang.. huhu itu la..masa dekat dulu malas nak jenguk. bila dah jauh la baru gatal tergedik gedik nak rindu lah..ape lah.!

banyak gila aku makan kat rumah pak long, tengok muka mak long lagi an.? an.? lagi banyak lah aku makan. memang ibu aku terkejut sesangat la tengok aku makan banyak tu. hahaha sebabnya ada udang.! dalam tom yam ada udang..ada sambal udang.~ (huh.! bestnya..lagi pun aku lapar nasi dan paling lapar lauk berkuah. dah berapa hari aku tak usik nasi..)

lepas tu paling special.!

aku pergi rumah PAK LANG aku kat seri rampai (kalau tak silap) pak lang masak..sekali lagi ek..PAK LANG MASAK.! an gulai lemak cili padi kaki lembu. eh.? aku pun tak tahu..jangat kalau tak silap dorang panggil. aku tak makan kaki lembu tapi ada sambal udang tu yang best.! sangat suka.! gulai lemak tu..kuahnya pun aku suka cuma pedas. perghhh.! senak otak aku mencari air. huhu

raya aku tahun ni agak bermakna. riang gembira. like disini.!

nota kad raya : ces.! semua nama kampung aku salah. ta de yang betol rupanya.hahaha tq to cousin feveret aku sebab betulkan.! hahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

2 ulasan:

Aida Manap berkata...

ayong, caner nama kampung pun salah ni? meh kakngah kasik betulkan..

Nama Kampung - Kg Paya Rumput Jaya (kalau org melaka shortform panggil pempot je...pemenang kg tercantik kebangsaan tahun 2008 *sempat pomot*)

Lokasi - Sg. Udang, Melaka (daerah Melaka Tengah)

Umah Pak Lang - Bukit Rambai, bukan Seri Rampai..itu kat KL...

Last, jgn lupa beraya kat pj..heheheh

Cik Yuki berkata...

hahaha tq k.ngh.!
mmg menunggu pun k.ngah betul an..
hahahaha