KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 16 September 2010

sayang manja

aku bukan seorang yang cantik. malah tomboi lagi. kelakuan, perwatakkan jauh sekali lemah lembut. sangat jauh. selain itu, bagi yang mengenali aku. mereka kenal benar dengan sikap aku yang cepat panas dan selalunya bersikap endah tak endah dengan sesuatu situasi.

"manja.!" ah.! sumpah aku tak suka dengan panggilan tu. aku bukan manja.! tak macho langsung nama timangan tu.

"kenapa kak.?" kenalkan, ini kakak aku. satu satunya saudara kandung aku. beliau tua setahun daripada aku. jadi, fikiran aku..beliau dan aku tiada beza walaupun realitinya aku dan beliau sangat berbeza.

"mak panggil makan. jom.?!" ajak beliau. aku memandang rakan rakan aku yang masih rancak bermain guli. yela, mereka semua lelaki. lelaki hm.

"nanti la. kau makan dulu."

"manja. jom la makan. dah petang ni. tadi, tengahari pun manja tak makan lagi."

"sejak bila kau pandai membebel ni.?!"

"sayang.! panggil manja masuk..makan.!" tempik mak dari dalam rumah. hm. nama panggilan kakak aku, sayang. mungkin mak dan ayah lebih sayangkan dia kot. haish. aku tak peduli semua tu. asalkan, hidup aku tak terganggu.

"jom la makan.." ajak beliau lagi. kali ni. muka beliau sangat cute. hih. aku tak cakap pun aku dan beliau tak bersefahaman langsung kan.? aku cuma beritahu, kami berbeza.

"aku tak nak la. aku kenyang."

"makan apa je sayang.? guli.? manja..tengok la baju ni. kotor. kulit tu semakin gelap. manja kan perempuan. perempuan kena kelihatan kemas. bersih dan paling penting kena jaga pemakanan.."

"supaya.?"

"supaya jadi macam kakak.."

"haaa..itu aku suka.!" aku terus berlari masuk kedalam rumah untuk basuh kaki dan tangan lalu ke meja makan untuk menjamah sepinggan nasi memandangkan sejak pagi lagi, aku tak makan.

oh ya.

setiap kali nak makan, kakak aku akan beri ayat yang sama. dailog yang tak pernah berubah. kenapa aku nak jadi macam beliau.? sebab aku sayang beliau dan beliau adalah role model aku. walaupun kenyataannya, aku takkan jadi macam beliau. eh.? ada niat pun ok kan.? hahaha

nota tepi meja : hoit.! aku mana ada kakak. aku anak sulong lah. hahaha semua di atas tu cuma saja..suka suki buat cerita hihihii..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

2 ulasan:

almas liyana berkata...

kai!!
da confuse bce tw x.
ingtkn wani tulis kn.
haiyo...
rosak otak ak cmnih!!

Cik Yuki berkata...

hahaha yelah.~
sbb tu r..
sj nk wt org len hot.
hahaha