aku bukan nak bercerita panjang lebar. tapi kenyataannya aku memang memandu dengan laju. ye..! taw la kadang.kadang salah tapi bila bawa 80 km/j aku rasa macam kereta tak bergerak je.huh.! ngantuk kot bawa slow.slow..
berbalik pada jalan yang benar. jujur dan ikhlas. aku memang drive 100km/j paling laju. tapi, petang tadi tepat pukul 3.02.46 pada tarikh 24 Jun 2010 hari khamis bertempat di jalan kuching, aku telah berlumba.lumba secara tak sengaja dengan sejenis kenderaan berat yang aku lebih kenali dengan nama glamor dan scientific nya LORI HANTU (alah.! lori yang angkut tanah kat tapak pembinaan tuh.!) yang bernombor plat WFG 4639. kepala lori warna merah hati.
yeah.! apabila aku berada di line paling kanan die mengekori dengan rapat.rapat dan terus rapat dengan kelajuan 100 km/j (aku memandu dengan tenang sekali..) nampaknya kereta depan jenis toyota lama (yang tak berapa dikenali model ny) memandu dengan sangat sopan, buat aku mula memotong disebelah kiri. masih dengan kelajuan yang sama dan diekori dengan rapat juga. aku ambil insentif untuk mencelah kembali ke line kanan kerana kereta jenis myvi hitam yang berada didepan aku sangat sopan santun orangnya (perempuan).
lori itu tersangkut kat situ.
aku sangka semuanya telah berakhir dengan kemenangan mutlak berpihak kepada aku, jadi, aku stay di line yang sama dengan kelajuan yang sama dan pemanduan yang tenang lagi. tak sampai beberapa saat, tiba.tiba aku nampak kelibat lori yg sama.
"Ish.! aku benci la lori spesis ni ekori aku dgn rapat. dah ar jarak aku dgn kereta depan pun rapat..!"
"aku dah fedup.! nak stay kat line ni je.! lantak ah..!"
apabila kereta depan rasa dirinya terganggu oleh aku yang mengekori dengan rapat, dia kembali ke jalan yang lurus di line tengah. aku still memandu dengan kelajuan 100km/j. sampai di bawah bulatan batu caves. lori tersebut memintas aku (potong di line tengah). tak sampai seminit dia dah berada terlalu jauh daripada pandangan aku.
aku memang nak kejar. aku speed 120 km/j pun tak dapat kejar. korang rasa berapa speed lori tuh..?? hmm...
psstt : jangan tiru gaya pemanduan aku okey..?!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan