KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 17 November 2011

SEKEJAP . . dalam dialek kelantan ??

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam perjalanan pulang selasa yang lepas, macam biasa . . aku balik dengan Kak Ekin dan Mas. Perjalanan kami seperti biasa . . ada je perkara yang nak didebatkan . . lagi - lagi kakakku tu . . suka sangat usik adik dia sampai rasa nak gigit orang je aku ni dibuatnya . . heee !

Oke ! this is the point . . sedang kitorang berdebat, aku ni macam biasa la . . mempraktikkan dialek kelantan ni yang aku cuma tahu pun 2 perkataan je

(Perbualan sebelum tu, dirahsiakan . . padahal lupa )

Aku : Ye . . "menta" . . "menta" . . Ish ! Geramnya dengan kakakku sorang nih !

Kak Ekin : Mas, awak nak tahu tak ? Khai ni kalau cakap kelantan yang dia pandai sebut 2 perkataan je "menta" dan "tahu" . . yang lain dia tak "tahu"

Mas : "Menta" tu apa kak ?!

Kak Ekin : Sekejap . . (menjawab sambil tersenyum kambing . . geram je aku tengok dia time ni . . gelakkan aku la tuh . . grrrr)

Mas : . . . . . . . (masih belum pick up lagi) "menta" tu apa kak ??

Aku : Sekejap . .

(sunyi sepi)

Mas mula tak senang duduk . .

Mas : Akak ni buat apa busy sangat, Mas tanya . . "menta" tu apa ?

Aku dan Kak Ekin dah saling berpandangan dan kemudian masing - masing gelak tak ingat dunia . . terganggu pemanduan aku disebabkan budak ni sorang . . hahaha aku masih tak boleh lupakan situasi ni . . memang terkena sangat Mas waktu ni . .

Salah kitorang jugak sebab tak jelaskan betul - betul pada Mas . . kesian dia jadi bahan kitorang malam tu. Sampai Mas ni tertanya - tanya "Aku tak buat lawak pun, asal korang gelak ?!" . . aku la yang paling jahatnya sebab tak habis - habis gelakkan dia. Aku memang jahat bab ni . . hahaha

Seyes ! Kalau la Mas ni takde, aku rasa sunyi la dunia aku . . selalunya, kalau dia moody pun aku still boleh gelak lagi . . kejam kan aku ni ? heee . . aku rasa, dia pun sama je kot sebab dia kata muka aku ni lawak, muka tak serius langsung (macam penah dengar je ayat ni) . . aku marah, gelak . . aku menangis, gelak . . aku sedih, gelak . . eh ? menta ! sebenarnya dia nak cakap aku ni gila ke ?! ceh !! kenapa baru sekarang aku terfikir sebab ni ?! adeh ! siap dia nanti . . aku nak tanya dia ?! (garang nih)




pssst : sebenarnya, aku tak tahu eja "menta" tu camne . . belasah jela ! korang faham tak ?? huhu

| Mas takde . . takde la gelak tawa dalam hidup aku . . Kak Ekin takde . . takde la dapat aku rasa kasih sayang seorang kakak lagi . . hmm . . |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: