KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 31 Mei 2011

Happy belated birthday Mama

Assalamualaikum . . hello there !

Intro ; Warghhh ! mengantok gilakkkk . . . cepat - cepat update, pastu tidowww ~

Hyeppp . . korang ! rindu aku tak ? sumpah aku rindu korang sume tapi sekarang ni aku memang busy yang-amat sampaikan tahap kerajinan aku untuk update blog kurang berbanding tidur . . faham tak ?? buat - buat faham oke ?! heee

Last friday, aku join advanture dengan member office untuk celebrate brithday Kak Amy . . lama sebenarnya kitorang plan tapi banyak pula rintangan yang datang bila beliau asyik terlibat dengan kemalangan je . . so, banyak cuti . . huuuu ~

At last !

Ni la muka gedik brithday mama tuh . .

Beliau adalah mama kepada anak dalam kandunganya oke ! 25 tahun sudah . . heee . . orang yang paling hey-pening kat office tuh . . ada je benda yang dia nak cakap buat kitorang gelak . . oke, beliau paling suka menduga kesabaran aku dan membuli aku . . huuuu . . sabar jelaaaa . . bak kata Kak Leny . .

"Awak pergi UO tak ajak saya pun ! Saya nampak beg plastik UO kat awak . ." Heee masa dia cakap ni, aku nyaris - nyaris kantoi !! Tapi, nasib baik makcik ni lambat sikit . . errr . . hahaaa takde pape ;p

tapi . . kalau beliau takde, memang tak hey-pening lah office tuh . . heeee

Kak Ekin . . dalang segala rencana . .

The best group ever !! Luv u guysss !!

Orait ! itu je . . takmo membebel panjang, ngantok sudah . . hey, untuk Kak Amy . . happy belated brithday . . ! huuu . . semoga dapat anak yang comel ye . . cayang awak lah !

Opsss !! Maafkan saya . . saya terpijak mayat . . weee ~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 28 Mei 2011

B2ST - Fiction

Assalamualaikum . . hello there !


Right now I'm writing such a happy story but it's all just a wish . . still

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 25 Mei 2011

tiada tajuk

Assalamualaikum . . hello there !

Aku takde idea langsung untuk tajuk entry kali ni . . belasah jela eh . . heee . .

Actually, korang perasan kan ? sejak dua tiga empat lima dan semenjak ni . . entry aku asyik touchy je . . huuu  . . bila baca . . macam entry orang putus cinta tapi cerita sebenarnya . . aku bukan putus cinta tapi putus kawan . .

Down yang teramat sangat sampaikan aku taknak bincangkan apa - apa tentang tu . . sampai satu ketika tu, aku taknak langsung bercakap tentang hal tu, padahal jauh kat sudut hati aku ni . . sakit yang teramat sangat . . untuk tinggalkan kawan yang paling aku sayang . . memula, aku ingat nak tinggalkan sekejap je sebab nak prepare surprise birthday untuk kawan yang paling aku sayang . . tapi aku pulak yang dapat surprise yang sangat mengecewakan aku . .

Susah nak hadapi tapi aku cuba . . seboleh - boleh, aku taknak tinggalkan dia tapi . . waktu tu, macam - macam datang . . ada yang tak suka . . buat aku rasa sangat meluat . . yang ada dengan aku waktu tu . . sis . . dia terlalu berbeza dengan yang lain . . sekurang - kurangnya dia tak buat aku rasa yang aku ni salah sangat . . dia banyak beri aku semangat . .

Sis . . aku buat dia menangis . . bila . . aku start tak larat dengan semua tu . . aku hampir putus asa . . aku jadi lemah yang teramat sangat sampaikan aku tak mampu nak menipu diri aku sendiri . . aku tak happy . . dia buat aku happy . . bila dia gelak . . aku pun turut gelak sama . . dia buat aku terlupa tentang kawan yang paling aku sayang tu . .

Waktu tu aku sangat sedar yang aku sesangat tak adil dengan sis . . tak patut aku hukum diri sendiri dan dia kerana nak puas-kan hati orang lain . . tapi . . saat tu, aku memang dah putus asa dan taknak apa - apa selain teruskan hidup dengan melupakan tentang masalah tu . .

Aku tak sampai hati buat sis risau lagi . . aku taknak buat sis sedih lagi . . aku tahu, dia penat balik kerja tapi dia still spend time on call dengan aku semata - mata nak beri aku semangat dan buat aku ketawa . . aku kesian dengan dia . . dia sentiasa berusaha untuk ada waktu aku memerlukan dia . . aku tak sampai hati nak susahkan dia . . banyak perkara lagi dia nak fikir selain dari aku . .

Tentang ni . . aku kecewa sangat dengan diri aku sebab tak boleh nak handle masalah sendiri sesorang . .

Macamana aku taknak ibu dan ayah bimbang atau menangis kerana aku . . macam tu la aku taknak sis lalui . . macamana aku nak jaga ibu dan ayah macam tu juga la aku nak jaga sis . .

Hmmm . . semakin kuat rasa sayang aku kat sis, semakin takut aku akan kehilangan dia . . tolonglah . .


Maaflah . . aku ni budak cenggeng !

psssttt : ni yang terakhir . . pasni, takde post sedih - sedih dah ! promise !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

mem-busy-lah lepas ni

Assalamualaikum . . hello there !


Nahhhh ! Jangan tanyalah kan kenapa aku mendiamkan diri pasni . . huuu . . now, aku sedang me-rai-kan hari - hari terakhir bersuka ria kerana esok dan seterusnya . . aku mungkin akan mem-busy-lah tahap cipan sebab kerja dah sampai . .

Dalam satu fail tu . . mininum ada 1 form . . maximum mungkin melebihi 100 buku form . . kena semak dan make-sure perfect sebelum key-in . . yang rasa nak muntah bila ada form yang tak lengkap . . huuu . . untuk aku, banyak ni kira oke lagi . . tapi, member lain lebih kesian sebab dorang punya lebih berlambak . . heee . .

Gud.luck guys sebab masing - masing akan rushing gila untuk siapkan kerja ni kerana . . ni kerja last minute sebelum masuk projek baru bulan depan . . owhh ye, kenapa last minute sebab banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan . . heheee . .

*tengah fikir, mana nak letak fail - fail yang akan datang lagi esok . .*

Pssstt : mulakan hidup baru . . kali ni, aku kena lebih kuat !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 23 Mei 2011

urm . .

Assalamualaikum . . hello there !

Urmmmm . . tau apa aku dah buat ?? Aku tau aku tak perlu buat macam tu . . oke . . aku silap . . hahaa sangat silap . . arghhh ! menggeletar seluruh tubuh aku tadi . . jari jemari aku tak rasa pape dah . .damn !

Sakit hati wehhh !!

Sumpah bodoh !! bodoh !!

Aegooo . . sangat kot !!

Hahahaaa

KAU IGNORE JELA KAWAN YANG DAH TINGGALKAN KAU !!
KAU AKAN DAPAT YANG LEBIH BAIK NANTI !!
.
.
.
.
aku bukan yang terbaik oke . . aku minta maaf . .

Aku takkan update blog ni dalam masa yang terdekat ni . . 24 jam lagi, aku akan deactive blog ni buat sementara waktu . . sorry guys . . aku taknak korang bosan baca benda yang sama . . bila aku dah pulih nanti, aku kembali . .


MAAF !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Aku . .

Assalamualaikum . . hello there !

Hyepp ! Secara am-nya . . aku dah beritahu . . aku telah pulih sepenuhnya selepas down gila - gila beberapa minggu lepas . . err . . bukan . . beberapa bulan lepas . . hee . . try-lah tinggalkan orang yang kau sayang untuk kebaikan diri sendiri dan dia . . berapa lama kau boleh hadapi ? harus-lah seumur hidup kan ? heee . .

Oke !

Aku bukan nak ungkit semua cerita lama tu . . aku cuma nak share dengan korang tentang aku . . aku suka tengok awan . . bukan sejak akhir - akhir ni tapi sejak dulu lagi . . sejak aku sedar . . tujuan aku dilahirkan didunia ni . . aku mencari sesuatu pengganti diri . . dan bila memandang awan . . aku sedar . . itulah aku . .


Kalau rindu aku . . tatap lah awan itu . . aku . . sentiasa ada untuk semua yang aku sayang kecuali apabila waktu aku telah tiba dan ketika itu . . maafkan aku kerana tiada . . jujur bukan niatku . .


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan

Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya

Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

kalau lah . .

Assalamualaikum . . hello there !

Khas untuk sis saya !

*Sila baca ala - ala nabil dalam maharaja lawak . . episod penyiasatan detective conan*

Hei sis, saya nak bagitau macam - macam tapi awak cakap lebih laju dan lebih padat dari saya . . oleh itu, saya tak boleh nak beritahu awak . . kerana . . setiap kali saya nak mencelah, tidak berjaya . . kesian saaaaya . .

Hee . .

Sis sayaannggg . . kalau lah saya ada masa selama satu hari . . saya ingin habiskan bersama awak . . saya nak dengar semua cerita awak . . saya nak dengar sampai saya tertidur lena . . sebab saya yakin . . saya boleh tidur dengan lena . . kerana kekadang, awak cakap laju sangat . . okee . . saya tipu . . awak cakap memang laju . . walaupun itu sebabnya . . saya tetap suuuuka . .

Heee . .

Sis sayannngg . . kalau lah saya ada kedit yang teramat banyak . . saya ingin on call dengan awak sampai bateri hp saya habis . . heee saya suka dengar awak gelak . . walaupun selalunya saya tak buat lawak . . tapi, awak gelak jugak . . oke . . saya tipu lagi . . bukan awak je . . ayah saya, kawan saya, adik saya . . semua gelak bila saya cakap . . saya mulai curiga . . adakah saya seorang yang lucu ??

Heee . .

Sis sayannggg . . kalau lah saya mengaku awak kata saya cute . . adakah awak akan mengalah dengan saya ?? . .  err . . sesekali saya nak cuba tetapi sesekali itu jarang berlaku kerana saya tetap rasa nak mengalah dengan awak . . tahu kenapa ? kerana saya sayang awak . . takpe awak menang . . tapi, awak tak tahu sebenarnya saya menang berkali ganda dari awak . . sayang awak !

Heee . .
Sis sayannngg . . kalau lah saya cakap semuanya tentang apa yang saya nak dari awak . . nanti, ramai pula pembaca nak buat awak jadi kakak mereka . . jadi . . saya berhenti disini . . heheee

Semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti . . ! Jagalah diri awak bebaik ! Sayang awak sesangat !

THE END

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 21 Mei 2011

recovered

Assalamualaikum . . hello there !

Bajet bahasa omputih power je aku ni an . . tittle tak boleh pakai langsung . . hahaaa . . by the highway . . aku baru balik daripada mencuci otak dengan clorox . . orang degil macam aku ni . . hanya boleh bertemu buku dan ruas je . . so . . aku akan pulih ! itu promis aku . . cukup la minggu ni aku down sangat . . !



AKU OKEY !!!
JYEAHHHHH !!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 20 Mei 2011

Realiti Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam hidup ni, ada pelbagai cabaran . . ada macam - macam cerita . . sejujurnya . . sesekali, aku rasa penat yang teramat sangat . . seperti dah tak sanggup nak fikir, apa lagi kesilapan yang telah aku lakukan kali ni ? apa lagi yang salah telah mereka perkatakan ? apa lagi yang telah aku buat pada mereka ? apa lagi ?!

Ingatkan, bila dah jauh begini . . diam tanpa suara . . membisu . . maknanya tiada lah cerita tapi ada jugak . . aku malas sangat nak ambil port, kalau ikutkan . . luka lama masih berdarah lagi . . sepertinya, ada yang baik hati nak toreh - toreh luka tu jadi semakin dalam . .

Jika benar itu salah aku . . lancang mulut aku memperburukkan tentang dia tanpa aku sedar aku menyusun sepuluh jari . . memohon ampun dan maaf . . tolong maafkan aku andai kata aku menyebabkan dia terluka ! sejujurnya bukan niat aku !

Namun . .

Jika itu adalah satu fitnah daripada duri dalam daging . . tahniah kepada anda ! anda berjaya buat dia membenci aku ! anda berjaya buat seluruh keluarganya membenci aku . . tahniah !

Aku ?

Aku cuma akan berdiam diri tanpa sebarang comment . . cukup la aku dilabelkan sebagai seorang yang suka menagih simpati orang lain . . seorang yang berlagak baik . . seorang yang kuat berdrama . . seorang yang suka memberi alasan . . duri dalam daging . .

Berdiamkan diri lebih baik daripada bersuara . . cuba menegakkan benang yang basah ?? kerja sia - sia . .



YaAllah . . tolonglah berikan aku kekuatan untuk segala kemungkinan . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 19 Mei 2011

Aku Ingin Berubah

Assalamualikum . . hello there !

Aku dapat pelawaan daripada Nadh untuk join satu contest yang dianjurkan oleh Laman Muslimah Optimis . . aku berfikir agak panjang untuk join contest ni sebab aku tak tahu apa yang perlu aku tulis . . dalam hidup aku yang serba kekurangan ni . . banyak yang ingin aku ubah . .

Dalam hidup aku, keluarga sangat penting . . ibu dan ayah . . sis . . kak safa . . bro kadet . . sahabat aku (biarpun dia tak tahu) . . hurmm . . mereka semua ibarat nyawa aku . . kekuatan aku . . lagi - lagi, aku ni seorang yang sangat lemah . . mahupun dari segi kekuatan mental, fizikal . . kesihatan . . serba serbi kurang . . meskipun aku kuat ! tapi sebenarnya, aku sangat lemah . .

Aku ingin berubah . .

Aku nak dapat kerja lebih baik . . bukan bermaksud tak bersyukur dengan apa yang ada tapi . . setiap kali gaji masuk, aku bukanlah orang yang paling gembira . . gaji aku cukup - cukup je untuk bayar kereta dan ASB . . kekadang tu . . ada lebih dalam beberapa puluh je . . selepas tolak duit lain - lain . . kalau ada lebih, dapat la ibu merasa duit aku . . walaupun dah bekerja, ayah masih belikan aku baju kurung baru . . mungkin dia asyik tengok aku pakai baju lama je . . yelah, apa je yang ada dengan gaji sekarang ni . .

Aku nak berubah sebelum ayah pencen tahun depan . . aku taknak ayah bekerja lagi . . memandangkan kerjaya aku sekarang ni . . memang tak cukup nak menampung keluarga . . aku nak belanja ibu selalu . . dia nak macam - macam tapi . . aku hanya mampu belikan yang murah - murah je . . kekadang tu, aku tak mampu langsung dan bergurau . . "kedai tu dah terbakar la ibu . ." . . padahal, jauh disudut hati aku . . rasa kecewa yang teramat sangat . .

Aku nak beri ayah duit . . dah banyak kali ayah cakap dia nak bukak kedai . . aku tahu, ayah banyak fikir macamana hidup dia lepas pencen nanti . . ayah tak berhenti fikir walaupun dah berkali aku suruh berhenti fikir . . ayah, ayong tengah fikir la ni . . nanti . . ayong cari duit ye . . ayah buka la bisnes ayah tu . . sabar ye . . jangan la fikir banyak sangat . .

Aku bukan taknak kawin muda, tapi aku nak tengok ayah dengan ibu gembira dulu . . aku nak dorang puas merasa duit gaji aku . . aku taknak guna duit dorang untuk majlis perkahwinan aku nanti . . aku juga nak . . bila aku tinggalkan dorang nanti . . dorang tak hidup susah macamana dorang susah sekarang nih . .

Aku ingin berubah . .

Aku nak cepat sihat . . aku nak dapat berlari jauh - jauh . . kuat - kuat . . aku taknak berjalan je . . jalan sikit dah semput ! aku tak tahu apa yang tak kena . . tapi, aku takut kalau aku sakit teruk . . aku tak mahu asyik demam panjang . . mesti ayah dan ibu akan risau . . aku taknak dorang kusut . . aku tahu aku kaki dorang . . kalau lah suatu hari nanti aku takde, patah la kaki dorang . . aku tak mahu jadi lemah . . aku nak makan nasi . . aku nak jadi kuat !

Hmmm . . aku join contest ni bukan untuk menang . . aku cuma nak kongsi dengan korang . . aku bukan la anak yang boleh dibanggakan . . terlalu banyak perkara yang aku dah buat ibu dan ayah menangis, kecewa . . sampai aku tak tahu macamana nak betulkan semuanya . .

Maafkan ayong . . ibu . . ayah . .


untuk join sama klik picture bawah . .


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 17 Mei 2011

akhirnya . .

Assalamualaikum . . hello there !




















AKU DAH AGAK SEMUA NI . . BYE !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

I'm Sorry I Love You

Assalamualaikum . . hello there !

Apa pun yang berlaku atau aku lakukan . . tiada sesaat pun aku terlupa tentang dia . . aku malu dengan diri aku sendiri . . aku tak tahu, apa yang sedang berlaku . . cuma, apa yang aku tahu . . segalanya sudah berakhir . . aku tidak boleh berpatah balik . . aku tak boleh betulkan apa - apa lagi . . aku cuma boleh minta maaf . . maafkan aku . . semua salah aku . .


Tulus, aku menyayangi . . lebih daripada segalanya . . dulu dan selamanya . . tiada sedikit pun berubah . . meskipun sebenarnya aku kecewa . . tapi tiada sedikit pun rasa sayang itu berubah . . cuma, aku tidak kuat untuk kembali berpaut . . seolah - olah patah semangat untuk dia . .

Selangkah aku pergi . . sukar untuk aku berpatah balik . . seolah - olah menyusuri sebatang sungai . . aku tidak kuat untuk melawan arus itu . . berkali aku cuba tetapi aku jatuh dan terluka . . kepala aku terhantuk kuat menyebabkan aku pengsan dan apabila aku sedar . . aku telah jauh meninggalkan dia . . sesungguhnya . . aku terlalu menyayangi dia . . tapi . . aku hilang arah untuk kembali padanya . .

Mungkin bukan takdir kami untuk terus bersama didunia ini . . aku berserah padamu tuhan . . hanya Kau Maha Mengetahui . . cuma aku tidak pernah berhenti berharap agar dia adalah sahabatku disyurga kelak . . amin . .


Song : Bawalah Cintaku by Afgan
dedicated to my bestfren . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 16 Mei 2011

Budak Cenggeng

Assalamualaikum . . hello there !

Kalau aku dah rindu seseorang tu . . mesti nangis . . macam budak - budak ! hurmmm . . bila aku dah start tersenyum sesorang teringatkan seseorang, lepas tu . . mesti airmata ni mengalir . . bila aku dah start rasa rindu tu . . mesti hati ni jadi sebak . . hurmmm . .

Maaf . . aku memang camni . .


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Mencintai Dua Lelaki . .

Assalamualaikum . . hello there !

Selamat pagi, sementara menunggu mesin punch card kat office ni berbunyi menandakan masuknya waktu kerja . . heee . . aku nak story kat korang semua tentang dua lelaki dalam hidup aku . . hanya dua lelaki yang aku cintai sepanjang aku mengenali mereka . . dan cinta aku ? tak boleh disangkalkan dengan kata - kata . . cewahhhh ! jiwang nih ! hahaaa . .

Lelaki itu adalah . .

Ayah . . En. Rohaili Mohamad Kernia . . seorang lelaki yang sangat tabah menempuhi ranjau hidup beliau . . setiap kali pergi dan balik kerja . . pasti dia akan membebel panjang . . aku sekadar mendengar saja kisah hidup dia dari kecil hingga dewasa kini . . daripada kosong sehingga mempunyai empat orang anak yang degil, kecik, ego, panas baran (heee), comel (hee) sama seperti siaran astro . . macam - macam ada . .

Ayah sanggup berkorban untuk ibubapa beliau, anak - anak dan isteri . . beliau rela ikat perut pergi kerja untuk berikan apa yang anak dan isteri beliau mahu . . jadi, tak salah kan kalau aku pun korbankan cita - cita aku untuk ayah ?? aku tak suka ayah bersusah payah lagi untuk membahagiakan kami sekeluarga . . ayah tak perlu nak korbankan perasaan beliau untuk membahagiakan kami . . takpe, kami dah besar dan akan bahagiakan ayah pula lepas ni . .


Ayah . . seorang lelaki yang memegang erat tangan anaknya diketika anaknya sedang bersedih, jatuh mahupun kecewa dengan hidup . . beliau tidak pernah membiarkan genggaman itu terlepas walaupun sesaat . . itu yang aku sangat kagumi . . cinta ayah terhadap keluarganya bukan sesuatu yang boleh dikarang dengan sempurna . . terima kasih Tuhan . .

Lelaki kedua . .

Seorang yang aku mula cintai sejak lima tahun dulu . . cinta yang aku tidak pernah duga akan berbalas . . perasaan yang aku pendam demi kebahagiaan orang lain . . yela, diri aku tak penting . . orang lain lebih penting . . heee . . aku akan bahagia kalau orang disekeliling aku bahagia . . terima kasih Amirul Syahmi Jamarluddin kerana sudi menerima budak kecik ni . . heheee . .

Aku ni, tak pandai bercinta lelebih lagi . . aku tak berapa berminat dengan bercinta sebelum kahwin . . macam tak feel je ! arghhhh . . apakah ?! Memang la, aku lebih suka bercinta selepas kawin, so . . akibatnya, kekadang aku terlupa yang aku ada beliau . . hahaa . . jahat gila !

Disebabkan pandangan aku tentang 'bercinta lepas kawin' . . ada orang dah tak sabo nak kawin . . haishhh . . aku pulak yang cuak . . takutnyeee . . sudah bersediakah ?? . . heee . .



Cukuplah bercerita tentang cerita seram ni . . berbalik pada tajuk asal . . aku sangat mencintai dua lelaki ini . . tulus dari hati kecil ni . . cinta aku ?? tak boleh dihuraikan walaupun dengan sebuah entry panjang . . sebuah cinta yang dikongsi bersama Yang Maha Mengetahui . . semoga, Dia melindungi dua lelaki ini . . terima kasih Tuhan . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 15 Mei 2011

Kena Tinggal Lagi . .

Assalamualaikum . . hello there !

Hei cuter's . . disebabkan anda cute hari ni . . so, 'saya' nak jadi lebih cute dalam penulisan saya . . penulisan je oke . . saya tau saya tak cute . . manis tu ada lah . . heee

Hari ni, citer tak berape nak beshhh ! Saya kena tinggal sudah . . pepagi lagi dikejutkan oleh ibu . . untuk hantar adik saya . . dia kena ikuti PLKN . . cewahhh . . berkhidmat untuk negara tuuu . . heee . . saya bangun dan mandi . . saya tanya ibu . . "nak pergi mana ni ??" . . heee nampak sangat saya tak peduli dia nak pergi kan ??

Haishhh ! bukan camtu la . . saya cuma taknak rasa terlalu sedih sangat walaupun saya sebenarnya menangis sebab tu lah takmo bukak sunglassess tadi . . kalau nak ikutkan, saya dan wani bukan lah rapat . . ngam . sampai melekat sesangat . . selalunya, kami tak tahu tentang kehidupan memasing . . tapi, kalau dah nama pun adik beradik . . tipu la kalau tak sayang . . saya sayang dia sesangat . . cuma, saya jarang nak tunjuk . .


Sedihhh oooo die takde pasni . . sape saya nak buli sampai nangis ?? Saya nak gaduh dengan sape lagi pasni ?? Sekarang ni, kat umah tinggal saya dan mira je . . budak kecik tu ? Layan kpop jela kerjanya . . heee takpe la . . saya tau dah nasib saya pasni . . kena buli dengan mira . . huuuu tragis !

Kisah sedih diteruskan bila saya ni asyik fikir tentang sis saya je . . nak jumpa dia lagi ! Saya ambil tindakkan drastik pergi Gombak semata - mata nak jumpa sis . . saya tak puas jumpa dia semalam . . hurmmm . . walaupun semalam first time jumpa tapi saya punya happy . . sampai tidur tersenyum - senyum . . heee walaupun saya batuk teruk semalam . . hahaa padan muka saya, makan jeruk bebanyak lagi . . heeee


Selamat jalan sis . . jaga diri bebaik . . khai tau sis independent . . pandai jaga diri . . tapi, kali ni, jaga diri lebih lagi sebab sis dah ada khai . . camne kalau sis sakit ?! adakah khai perlu pergi Dubai ?? PERLU LAH !

hurmmm . . saya kena get ready buat passport camni . . heee . . saya tak pernah keluar daripada Malaysia so sekarang ni 'buku' tu perlu untuk masa akan datang . . huuuu

Seperti biasa, saya memang suka spoilkan keadaan . . boleh pulak saya ni touchy ! Haishhh ! Sayu pulak hati saya tadi . . saya sebenarnya takmo sis peluk saya sebab saya tahu dah kompom saya nangis punya . . betulkan ? kan ? saya nangis tadi . . nangis teresak - esak . . owhhh hati saya sakit sangat . . nasib baik rambut depan saya agak panjang . . boleh la tutup muka . . menyorok . . huurrmmmm . .

Saya berharap wani pandai jaga diri kat sana . . jangan nangis kalau kena buli . . kau kena kuat ! Kalau kau rindukan aku ibu . . mesej la . . nanti, hujung minggu aku bawa ibu jumpa kau oke ?! Kau jangan malu dengan kelemahan diri kau sebab aku tak kisah . . jadi, tak payah ambil kisah tentang anggapan orang lain !

Untuk sis, saya berharap sis ingat kat saya . . jangan risau . . habis jeruk ni, khai tak makan dah sangat . . megi . . khai dah benti makan sejak sis suruh dulu . . dah lama tak makan pun . . ubat . . khai akan makan dan janji akan sihat nanti bila kita jumpa lagi . . pls come back soon . . !

lots of love,
Khairul Atikah
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

hari yang membahagiakan . .

Assalamualaikum . . hello there !

Heypp ?! Tak tidur lagi ? heeee . . selepas 2 hari sasau sebab blogspot buat hal . . aku kembali ceria kerana hari ni . . aku jumpa sis ! akhirnya . . ! haaa . . aku tak pernah expect yang aku akan jumpa dia . . menaruh harapan ? heee . . 10% adalah . . tapi, aku happy sesangat sebab dapat jumpa dia walaupun 1jam pertama aku sangat speechless dan . . sengal ! boleh pulak aku terkedu ?! haishhhh ! perasaan ? macam jumpa artis . . sumpah ! heeeee

Hei sis ! tenkiu ! heee . . hope pasni dapat jumpa lagi . . eh ?? sudah - sudah la duduk Dubai tu . . meh la sini kat Malaysia . . ada saya . .  heeee . . takde la hidup aku sunyi lagi . . asyik bersedih dan mengenangkan kisah lama . . aku mula membiasakan diri dan rasa sangat happy ! jyeahh !


Jangan tanya, aku memang suka buat muka buruk . . sori sis, rosakkan gambar je . . heeee

Heee . . macam tak caya je jumpa tadi . . aku pun macam tak percaya sesangat yang die tercegat kat depan aku tadi . . aku sampai tak tau nak buat apa ?? nak sembang apa ?? heee . . yela, apa yang ada kat Wangsa Walk tuh ? Laaa ni . . tak payah dok kecoh - kecoh . . aku dah tawaf satu Wangsa Walk tu . . aku dah tau apa yang ada . . nama kedai semua . . hahaaa . . oke, teman sis jejalan . . besh tengok muka excited dia . . hahaaa . . dah lama tak temankan orang shopping . . wehhh . . itu hobi aku . . temankan orang tersayang shopping . . heeee . .

cuba teka mana satu tangan aku ? hahaa pepandai lah yeee . .

Now ! aku ada satu lagi silver ring . . dah jadi 3 cincin kat jari aku . . heee rasa lengkap je hidup sekarang ni . . *wink* . . *wink* . . heh . . cincin kat jari dia tu . . aku yang belikan . . sama pulak tu . . hahaa suka sangat . . tenkiu sis !


Aku dapat ini ! Haaa . . jangan jeles . . aku dapat tadi . . sis tanya, apa nama teddy ni ?? . . secara spontan aku terus bagitau dia . . "sara" . . sis tanya lagi . . bukan "sasa" ?? . . "tak . . sara . ." . .  heee actually, nama tu je pun yang ada kat kepala otak aku time tuh . . aku tetap suka nama tu . . heee . . tenkiu sis !

Lagi ?? aku dapat jeruk from penang . . nak habaq mai kat korang semua . . habis sudah satu bungkus . . heee memang sakit lah tekak aku ni kan ? hahaa sudah la batuk . . memang terbatuk - batuk aku makan jeruk tu tadi . . tenkiu to boyfren sis sebab sporting and sudi bawakan jeruk tu dari penang ! terbaik derrr . .

Aku dapat coklat . . sedapnyewwww makan sambil tengok tv . . haishhh harus diet dengan bersungguh - sungguh la pasni . . heeee

Walaupun sebenarnya hari ni aku demam . . tapi, aku rasa sangat happy . . sudah la hujan . . aku ingat tak dapat jumpa tapi tak sangka sebab dapat jumpa juga . . daripada demam yang tak terlarat tadi . . nampaknya semakin sihat . . adakah ini demam rindu ?? kita tengok esok camne . . jyeahhh . .

Oke la, aku nak tidur dengan lena malam ni sambil pelok 'sara' yang cute ini dan bermimpikan Sara Aqila yang cantik itu . . love her so much and tenkiu for giving me a lovely day . . hope dapat jumpa lagi pasni and teman khai joging yer . . heee

Another one ! aku tak expect langsung yang akan menang contest hans tu . . almaklum la aku ingatkan dah ada pemenang ! haaaa alhamdulillah . . terima kasih tuhan kerana berikan aku hari yang terbaik sangat !

*aku bagi cincin and coklat je kot ! haishhh !*
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 14 Mei 2011

blog oh facebook

Assalamualaikum . . hello there !

Jam ! Semalam memang jam giler ! tak dinafikan . . aku rasa sesak nafas sebab takleh update blog . . memula, aku ingat . . aku sorang je yang jadi camtu heeee . .

Lastly, aku online facebook . . sumpah bosan ! hahaaa . . lelagi, facebook tu account baru sebab yang lama dah kena block . . terbaik disitu . . heeee nak add kekawan lama ? malas pulok ! mana yang terjumpa jela aku add . . heee

Seperti yang tak ramai tahu, aku bukan lagi pengguna facebook yang tegar seperti dulu . . huuuu malas gila ! tapi . . disebabkan atas permintaan akak cayang . . online lah jugak . . huhuuu . . jadi, takde motif lain aku online facebook selain daripada dia . . ;)

Eh ?! rindu la kat dia la ni . . heeee . . woahhhhh ! today, aku ada date dengan sis ! jyeahhh ! Tuhan . . tolonglah lancarkan hari ku . .  huuuu

psss : demam macam tak demam tapi kalau layan demam ni . . sampai bulan depan pun tak tentu oke lagi . . eh ?? da minggu ke 3 aku ni sakit . . huuuu cepatlah sembuh !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 11 Mei 2011

Masalah II : Tetap takde jugak list blog following ku . . ! Damn !

Assalamualaikum . . hello there !

Hi ! Saya, budak malas disini . . sedang meratap bersedih . . sudah la hilang . . nak jejak balik ?? Hmm saya rasa lebih baik saya kirim salam je kat pakcik P1 ! terima kasih sebab buat saya camni . . laju sungguh awak . . macam siput pig !

MANA BLOG . . BLOG FEV SAYA ?! semua sudah hilang . . adakah saya di hack ?! demmmmm ! saya tak tau ! saya cuba untuk bersabar walaupun sebenarnya saya panik . . saya buntu dan hilang arah tujuan . . saya seorang pelupa . . camne saya nak ingat link dorang ? Hurmmm . . mungkin saya bukan pembaca blog yang tegar . . tapi . . hilang la penyeri hidup saya laaa ni . . huh !

HACK TU APA ?! *lari tajuk sudah padahal hati tengah susah*

Hi sekali lagi ! Saya budak malas . . baru sat ni perasan yang facebook hotfm kena hack . . sebab baru sat ni activate fb pun . . kesian pun ada . . tapi malas sangat nak amik port . . biaq pi kat depa . . cuma . . kenapa hack ?? jangan la camni . . saya buta rabun IT . . kalau tak pakai spek tak dapat baca dengan baik . . tulisan tak nampak jelas . . saya nerd . . saya takmo hack sesape . . saya jugak takmo belajar hack . . gegula hacks pun saya tak suka . . tapi . . ajar la saya camne nak ada balik semua blog yang saya follow sebelum ni . .

Saya kan budak malas . .

maaf . . saya tengah benggong sebab blog list tu hilang . . sedih . . T_T

psss : dah la otw tak sihat . . batuk sampai sakit dada yang teramat sangat hmm

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 10 Mei 2011

Masalah : semua blog yang aku follow HILANG !

Assalamualaikum . . hello there !

Guys . . aku teruja dengan citer asmara . . aku rasa macam pelik bila tengok lelaki macam asmara . . wujud ke lelaki macam tu ? heee . . oke, thats not the point . . masalah wehhhhhh ! TOLONGGGGGG ! camne ni ?? aku tak sedar pun sebelum ni . . tapi, bila tengok . . semuanya dah LOST !!


Semua blog yang aku follow dah hilang daripada list blog following . .  camne nak buat ni ?? aku kena jejak balik . . aduhai . . dengan tenet laju macam siput pig ! memang sangat teruja la kan untuk jejak satu per satu ! arghhhhhhhhh !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 9 Mei 2011

kebahagiaan saya

Assalamualaikum . . hello there !

Aku sekarang ni, rajin update entri dengan pos baru . . memacam nak citer . . opsss ! sorry kalau background music blog aku ganggu korang . . hehee . . walaupun camtu, aku susah nak dapat bw . . dapat dua tiga blog je . . pastu aku kena out . . ada kerja lain kena buat . . huurrrmmm . .

2AM nak datang Malaysia !! jyeahhhhh !! excited lebeyyy . . macam aku boleh pergi je . . tapi . . kalau lah aku boleh pergi . . . ngeee . . oke, done ! lupakan . . huhuuuu

Lately, aku rasa hidup aku dah berbeza . . rasa lengkap sangat dengan kehadiran insan - insan yang tersayang selain family aku . . pape pun, family first oke ! heeee . . btw, tanks to sis and kak safa yang hadir buat aku ceria dan excited hampir setiap hari . . oke, aku tipu . . setiap masa . . heee


Sayang dorang sesangat ! sangat ! sangat ! sangat ! heeee . . haven dowhhhh !

Warghhh ! Aku mengantuk sudah tapi, aku rindukan seseorang . . entah kenapa, aku jadi rindu gila kat blogger sya . . haishhh . . jenuh jugak aku jejak dia ni . . almaklum la, dia dah tukar layout blog die . . susah aku nak cam . . lagi - lagi, aku ni seorang pelupa . . tapi . . aku ingat, dia ni selalu berkunjung kt blog aku nih dulu. . heee . . salam rindu ye miss sya . . tanks to pijahh . . rajin betul awak jelajah blog saya ye . . tenkiu . . tenkiu . . heheheeee

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 8 Mei 2011

Kesayangan saya

Assalamualaikum . . hello there !

Aku selalu cakap kat ramai orang bila berborak . . kekadang aku cakap kat adik - adik aku . . masih menggunakan ayat yang sama . . "Kalau nak adik, boleh mintak kat ibu tapi kalau nak kakak ? Mintak kat sape ehh ?" Aku pernah juga cakap kat ayah . . hehee

Aku nak ada kakak . . untuk bermanja . . berkongsi cerita . . layan karenah aku yang macam astro . . macam - macam ada . . hahaaa . . nak mengadu . . "kak, sakit !" . . "kak, lapo !" . .  oke, aku gedik . . hahaaa abang ? Takpe la, aku ni dah ramai sangat abang . . hehee al-maklum la, ramai kawan lelaki and anak ayah . . heee . .  dah cukup merasa di-protect . . nak rasa dimanja pulak . . huhuuu . .

Aku baru story, yang aku berjanji dengan someone . . oke, aku tak pernah terfikir untuk itu dan bila dicadangkan . . wahhh ! bahagianya rasa . . hahaa . . siapa ? nama penuh dia Safarizan binti Selamat . . yup . . single lagi . . ngee . .

First jumpa, aku memang susah nak ingat nama dia . . itu kelemahan aku . . heee . . but she sweet . . tersenyum je aku tengok . . macam takde masalah . . slow motion . . nampak macam kasar . . oke, kasar sikit tapi sebenarnya dia ni lembut dalamanannya . . macamne tu ? macam . . entah la . . tak pandai nak explain . . heee

Marah ke, sedih ke, happy ke . . camtu je . . tapi, hanya dia je yang tahu perasaan dia sebenar . . aku ? mesti la aku dapat rasa sikit - sikit tapi takkan nak tunjuk ? kalau dia boleh cool . . aku kena la cool jugak kan ? hehee tapi . . satu masa je yang aku tak boleh nak cool . .

. . time 'bulan' menjelma . . cian kat dia . . honestly, aku tak pernah kena senggugut yang teruk . . tapi, tengok dia camtu pun aku dah sakit . . resah . . risau . . apatah lagi dia yang tanggung kan ? huuu . . aku tak suka tengok orang sakit . . so, buat la apa yang patut . . turun naik tangga jugak cari ubat . . heee . . time ni, aku dah dapat rasa . . aku dah gemok . . stamina ke laut . . hahaaa joging beb !

Orang cakap la apa pun kat dia . . tapi, dia susah nak balas pape . . aku pulak yang benggang . . aku tak suka sesiapa pun sakitkan hati dia . . bila dia sakit hati . . aku tak pandai nak ubatkan . . huuu . . aku tak pandai nak ceriakan mood seseorang tu . . hurmm . . so, jangan la sakitkan hati dia . . time tu aku tak dapat nak fikir pape selain nak buat dia lupa sakit hati tu . . aku cuma boleh berusaha untuk ada dengan dia . . always there for her . .

Dia baik hati . . rajin belikan aku bekfes dan suruh aku makan nasi . . yelah, aku ni susah nak makan nasi . . dia la selalu jadi mangsa aku . . aku suapkan dia balik nasi aku tu . . hahaa banyak jugak dia makan . . hampir 2 bungkus . . yelah, nasi aku lagi . . nasi dia jugak . . ngeee . . sorry . . tapi, aku cuma nak dia cukup makan je . . hahaha *tak munasabah langsung alasan aku* . . 

Dia tak pandai nak ekpresi-kan apa yang dia nak buat . . cakap . . rasa . . kekadang tu, aku dapat juga la dalam mesej . . hahaaa . . dia kira rajin melayan juga . . so, happy aku dibuatnya . . cuma bila dia buat kerja luar tu . . aku memang macam kehilangan . . mood kat office sedikit terganggu . . huhuu susah nak explain . . sejujurnya . . aku lagi suka kalau dia ada kat office . . heee

Aku ada ramai kakak . . kawan . . tapi mungkin sorang tu berbeza dengan yang lain . . mesti ada seorang yang lebih penting . . yang lebih disayangi . . aku sayang dia . . dan aku janji takkan lupa . . janji tu . . terima kasih sebab hadir dalam hidup aku . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Janji

Assalamualaikum . . hello there !

First of all aku nak wish selamat hari ibu kepada semua ibu diseluruh dunia . . mood ibu aku tak berapa nak baik . . dia tak tahu yang kitorang semua dah plan nak bawa dia makan malam . . heheee . . siapa lagi head master kalau bukan aku . . walaupun gaji tak masuk - masuk lagi *dammmnnn!* aku korek jela apa yang ada pun hehee . .

Hari ni,

First time dalam hidup aku . . aku make a promise dengan someone yang sangat special . . hehee she is my others sister . . kakak yang paling rapat kat office tu . . dia ni minat sangat dengan warna ungu . . ala . . aku pernah story sesikit tentang dia kat entri ni dan siap pernah buat entri gedik lagi sebab kena tinggal sebelum ni . . sampai aku buat satu label khas untuk dia . . hahaa

Janjinya ialah . . . . rahsia ! hahahaaa mana boleh bagitau korang . . tapi, aku happy sangat sebab first time in my life orang suruh aku buat janji dan korang tahu kan ? aku ni berpegang pada janji . . walaupun suatu hari nanti aku seperti telah hilang dihujung dunia tapi aku tidak pernah lupa janji aku . . dengan izin tuhan, aku akan berusaha untuk terus berpegang kepada janji tu . .


psss : tak sabar nak tunggu sis balik jumaat nih ! jyeahhh !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 7 Mei 2011

Untuk Sayang Saya

Assalamualaikum . . hello there !

Best dapat berborak dengan dia . . ermmm . . oke, aku rindu dia sesangat dan lagu ni khas untuk dia . . Luv you sayang !


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Nur Kasih & Kongsi & Suju

Assalamualaikum . . hello there !

Bulan ni . . bulan pokai . . sebab bulan ni paling banyak aktiviti sosial yang aku rasa 50/50 . . nak buat ke tak ? nak pergi ke tak ? mana satu lebih penting . . apatah lagi, bulan ni akan keluar dua buah movie yang aku nanti - nantikan . . . kongsi dan nur kasih . .

Mula - mula, warming up jadi setan jap . . tengok la citer langsi ! Kongsi . . hahahaha (12 Mei)

Pastu tengok citer Nur Kasih pulak . . heheee (19 Mei)


Dengar cerita Suju nak datang KL . . Suju ?? Super Junior lah der . .  hehee . . tapi, aku masih tak dapat pape berita tentang kedatangan dorang melalui media elektronik . . sedang nantikan . . atau . . aku je yang masih tak tahu ?? heheee

Lagu paling aku minat ; Bonamana . . terbaik !


Persoalannya . . Adakah ketiga - tiga perkara tu aku akan lakukan ??

Jawapannya . . TIDAK ! heheee . . kan sudah ku beritahu . . aku sedang pokai . . so ? gigit jari jela . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 6 Mei 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Walaupun aku jarang ada masa untuk bw . . setiap kali aku nak update blog . . aku mesti singgah kat blog Ben Ashaari . . ini pengakuan jujur . . !

Join . . join gak . . singgah la mengomen entry lain yer . . tegur salah silap . . heee . . jom . . jom . . layan music bank ! jyeahh !

psss : hope aku ada peluang kedua untuk join gath yang telah dihebahkan dalam entri SINI . . last time dah la tak dapat join ! haishh !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 5 Mei 2011

contest : gambar desktop lappy

Assalamualaikum . . hello there !

Nak join contest awek nih !



ini picture desktop aku !

Aku sangat sayangkan lappy aku . . baru je upgrade windows dan ram . . buat masa ni, lappy aku tak pernah buat hal sampai tahap aku rasa nak campak kat dinding . . belum pernah ye sejak 4tahun lepas . . hah ?! 4tahun dah usianya . . ?! pandai aku jaga . . wahahahaaaa ;p

Sememangnya aku tak suka icon berserabut bebanyak kat desktop tu . . aku gunakan gambar Kim Hyun Joong bukan la sebab aku ni minat giler dengan dia ! tapi . . sebab beliau ada ciri - ciri lelaki idaman aku . . "wahh ! demand !" . . tak ! tak ! . . bukan nak lelaki kacak macam dia lah ! tapi, kalau siapa yang rajin tengok We Got Married . . korang tau lah kenapa . . eh ? tak bermaksud aku cari lelaki macam dia . . malas nak cari . . apa yang ada tu . . aku terima je . . aku bukan seorang perempuan yang memilih sangat ! heeee . .

sesiapa nak join contest ni ?? sila klik link ni dan jangan memalu untuk join yer . .

Aku tag : cik tieah dan mummy syafie !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 4 Mei 2011

Kena Tinggal

Assalamualaikum . . hello there !

Pagi ni, aku rasa malas yang teramat sangat untuk pergi kerja . . sudah la badan tak berapa nak sihat tapi disebabkan tak sanggup biar ayah pergi kerja naik bas dalam hujan . . takpe, aku gagahkan jugak . .

Sampai kat office, aku dah tahu yang hari ni mesti aku rasa macam sunyi . . kakak kesayangan, dia buat kerja luar . . so, takde la dalam office . . boleh pulak, aku ni kena migrin . . memang spoil !

Tapi . . rasa bertuah kerana masih ada yang ambil berat bagi makan ubat . . nasi . . aku gagahkan juga badan aku untuk berpura - pura oke padahal kepala ni berdenyut - denyut sakitnya . . aduh . . memang menusuk ! rasa macam nak cabut kepala and lempar jejauh . .  heeee . .

Now, on the way nak demam . . adakah sebab aku kena tinggal tadi ?? hahahaaaa . . tidak lah tapi sebab aku terlalu penat dan tak cukup rehat . . itu yang pasti !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca