KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Isnin, 16 Mei 2011

Mencintai Dua Lelaki . .

Assalamualaikum . . hello there !

Selamat pagi, sementara menunggu mesin punch card kat office ni berbunyi menandakan masuknya waktu kerja . . heee . . aku nak story kat korang semua tentang dua lelaki dalam hidup aku . . hanya dua lelaki yang aku cintai sepanjang aku mengenali mereka . . dan cinta aku ? tak boleh disangkalkan dengan kata - kata . . cewahhhh ! jiwang nih ! hahaaa . .

Lelaki itu adalah . .

Ayah . . En. Rohaili Mohamad Kernia . . seorang lelaki yang sangat tabah menempuhi ranjau hidup beliau . . setiap kali pergi dan balik kerja . . pasti dia akan membebel panjang . . aku sekadar mendengar saja kisah hidup dia dari kecil hingga dewasa kini . . daripada kosong sehingga mempunyai empat orang anak yang degil, kecik, ego, panas baran (heee), comel (hee) sama seperti siaran astro . . macam - macam ada . .

Ayah sanggup berkorban untuk ibubapa beliau, anak - anak dan isteri . . beliau rela ikat perut pergi kerja untuk berikan apa yang anak dan isteri beliau mahu . . jadi, tak salah kan kalau aku pun korbankan cita - cita aku untuk ayah ?? aku tak suka ayah bersusah payah lagi untuk membahagiakan kami sekeluarga . . ayah tak perlu nak korbankan perasaan beliau untuk membahagiakan kami . . takpe, kami dah besar dan akan bahagiakan ayah pula lepas ni . .


Ayah . . seorang lelaki yang memegang erat tangan anaknya diketika anaknya sedang bersedih, jatuh mahupun kecewa dengan hidup . . beliau tidak pernah membiarkan genggaman itu terlepas walaupun sesaat . . itu yang aku sangat kagumi . . cinta ayah terhadap keluarganya bukan sesuatu yang boleh dikarang dengan sempurna . . terima kasih Tuhan . .

Lelaki kedua . .

Seorang yang aku mula cintai sejak lima tahun dulu . . cinta yang aku tidak pernah duga akan berbalas . . perasaan yang aku pendam demi kebahagiaan orang lain . . yela, diri aku tak penting . . orang lain lebih penting . . heee . . aku akan bahagia kalau orang disekeliling aku bahagia . . terima kasih Amirul Syahmi Jamarluddin kerana sudi menerima budak kecik ni . . heheee . .

Aku ni, tak pandai bercinta lelebih lagi . . aku tak berapa berminat dengan bercinta sebelum kahwin . . macam tak feel je ! arghhhh . . apakah ?! Memang la, aku lebih suka bercinta selepas kawin, so . . akibatnya, kekadang aku terlupa yang aku ada beliau . . hahaa . . jahat gila !

Disebabkan pandangan aku tentang 'bercinta lepas kawin' . . ada orang dah tak sabo nak kawin . . haishhh . . aku pulak yang cuak . . takutnyeee . . sudah bersediakah ?? . . heee . .



Cukuplah bercerita tentang cerita seram ni . . berbalik pada tajuk asal . . aku sangat mencintai dua lelaki ini . . tulus dari hati kecil ni . . cinta aku ?? tak boleh dihuraikan walaupun dengan sebuah entry panjang . . sebuah cinta yang dikongsi bersama Yang Maha Mengetahui . . semoga, Dia melindungi dua lelaki ini . . terima kasih Tuhan . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

5 ulasan:

d_tieah berkata...

Perghhhh.. Aku pun belum temui mr.right aku.. Sadis lagi statement aku.. Ermmm :) Serius, dah jumpa tapi salah.. Lelaki itu gay!!! Damn!!! Asal aku jumpa dengan 2 lelaki yang sama je??? Sama muka,, perengai ok lagi.. Ni dua2 gay.. Adoi.. Last last, aku single je lah.. Malas nak bercerita pasal cinta.. Menyakitkan dear.. Better cinta lepas kawen.. Setuju dengan kau..


Entry Terbaru : Nur Kasih The Movie ; Tonton Bersama Fizz Fairuz

Amni berkata...

memang tak bley blah baca komen dtieah kat atas ni.. =P mungkin belum jumpa jodohnya lagi...=)

Amni berkata...

memang tak bley blah baca komen dtieah kat atas ni.. =P mungkin belum jumpa jodohnya lagi...=)

Khairul Atikah @ Cik Yuki berkata...

d_tieah. hahahaa lawak lah kau ni. cian kau . . sbo jela. cinta lps kawin lbh besh kot ! heeee

Khairul Atikah @ Cik Yuki berkata...

amni. itu la. cian die . . hehee