KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 19 Januari 2011

monolog dalaman "She's Gone"

apa yang aku dah buat ni ?! kenapa lembut hati lagi nak fikir dia sakit la bagai ?! biar jela ! berlambak lagi orang lain jaga dia. yang aku ni terhegeh - hegeh nk jaga dia sangat ni kenapa ?! dia bukan kisah pun !

semalam, aku tengking dia. first time aku marah sangat dengan dia sampai aku rasa sangat jelik nak tatap gambar ataupun nak baca segala mesej dia. entah kenapa, aku marah sangat dengan tindakkan dia. keputusan dia tu sesuatu yang pernah dia janji dengan aku bahawa tidak sesekali pun dia buat perkara tu. tapi, kenapa nak buat pulak ?!

mungkin itu cara dia. salah aku sebab menegur. silap aku sebab membantah. aku tak sepatutnya buat semua tu. kawal dia ?! bukan macam tu ! aku cuma tahu perkara itu salah ! sangat salah ! jadi, aku tak nak dia kena marah ! dia ingat tak pesan aku tu ?? hmm bila keputusan itu dibuat, aku sedar. dia tak ingat langsung pesanan aku. maknanya, pesanan aku tak penting bagi dia. pesanan aku tu sekadar gurauan bagi dia. perlu ke aku protect dia lagi ? aku kecewa sangat dan rasa aku tak perlu protect dia lagi.

aku sedar, dia mempunyai ramai lagi orang disekeliling dia yang ambil peduli pasal dia, yang sayang dia. tapi aku juga sedar..mereka tak benar - benar sayang dia seperti aku. aku pernah janji untuk buktikan bahawa dia adalah yang TERBAIK ! tapi, aku GAGAL ! aku sekadar insan sampingan je. mungkin bila ada baru dia nampak dan bila takde dia tak ambil kisah ! ahhh ! bodoh ! aku tak tahu kenapa aku asyik berfikiran negatif sejak semalam lagi. hm. aku terlalu sayangkan dia sehingga tak mahu dia terluka, kecewa ataupun dimarah. tapi, dia tak faham semua itu. bagi dia..aku BUKAN APA - APA.

aku menyesal kerana tengking dia semalam. selepas aku lalui pelbagai rintangan dan tiba - tiba aku jadi hilang kawalan ? bodohnya aku ! sungguh bodoh ! aku sangat tertekan. tindakan dia semalam memang buat aku lebih tertekan. aku minta maaf kerana itu. aku tidak dapat kawal perasaan aku. sekarang dia sedang sakit. aku dah jangkakan perkara ini. tapi, perlu ke aku buat tak tahu je ?!

aku terasa seperti ingin call dan beritahu sekali lagi "makan ubat. jangan tidur lambat.." seperti yang aku lakukan sebelum ni. padahal aku dah taknak peduli pasal dia lagi. tapi, jauh disudut hati aku penuh dengan kerisauan...Ya Allah ! ujian apakah ini ?! tolonglah pulihkan kesihatan beliau. tolong jaga beliau. Kau tahu apa yang terbaik dalam persahabatan kami.

maafkan aku kerana gagal lagi.


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

8 ulasan:

Biela Sapine berkata...

Heyy Cik Yuki, what wrong ? Chill ok dear :)

Unknown berkata...

cik biela.

sedikit kekecewaan..

mama_iris berkata...

jgn sedey2 ok...hari nih kan raya....ekekkeke.....sori terbuat lawak tak kelakar...=)
chill up k...

Unknown berkata...

mama. hehe ta pe. oke tu. hurmmm tenkiu ;)

Aleen Aiden berkata...

entah knape,tapi aku rase ade sedikit persamaan.knape aku sebuk lagi pasal die...haish!

mummysyafie berkata...

takmo la sedeh..hari ni kan cuti, apa kata gi jln2 ngan geng

Unknown berkata...

aleen.

itu la..hmmm ta leh nk buat ta tahu je.. ;(

Unknown berkata...

mummy.

geng busy keje lar..