KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 28 Julai 2010

malam yang indah untuk dikenang

since aku ta de mood untuk berfoya.foya. bajet nak lepak mapley a.k.a restoran mamak. pekena kopi ais. borak.borak. sembang.sembang. so, ta de la aku bajet nak dress up ala.ala miss world. cuma berpakaian sesempoi kaum adam ke mamak store untuk beli sekotak rokok (t-shirt and straight cut black color). dengan selipar crocs kesayanganku. so, sangat kesengalan malam tu.

memang surprise sangat sebab sume bajet aku salah.!

malam tu keluar dengan ALMAS. SALAD. HAFIF dan SEORANG AKU.! at last kitorang pergi Wangsa Walk (first time aku pergi sana) seorang aku telah menjadi seorang jakun disana.

actually, almas and salad kawan sekolah aku dulu. memang aku rapat dengan dorang tapi at last aku pindah. so, lost contact. dengan salad, da berkali jumpa tapi dengan almas, first time since terpisah dulu. hafif ni kawan almas dan salad. so, tak berapa kenal tapi boleh go on.

(atas) almas dan hafif.
(bawah) salad dan seorang aku.
malam tu kitorang karoke sampai pecah sore aku.! nampak sangat aku yang banyak nyanyi hahaha aku happy sangat.! luv u guys.~

di petronas.

sebuah kereta jenis SAGA BLM 1.3 SPORT DIAMOND black color berhenti di pam bernombor 7 (nombor favorite aku!). pemandu tak keluar pun (aku). salad yang keluar (support minyak keta).

tiba.tiba almas keluar.

dia berlari laju mendapatkan salad. hati aku ta sedap. hmmm..support minyak jugak la. aku pun sama.sama dengan almas berlari mendapatkan salad.

almas dan aku ; salad.! salad.! panggil kami.

sampai pada salad. segera aku keluar an RM10 daripada poket aku (memang tu je yang aku bawak pun malam tuh.! yela, bajet pun mapley). aku berikan pada salad. aku usha, almas belek.belek duit die dalam purse. hohoo..nak support minyak gak. fikirku.

sementara aku menoleh memandang hafif yang tengah get ready untuk pam minyak kedalam tangki minyak keta sport aku tuh.

tiba.tiba

almas ; nah.! (sekeping kad mesra..)

aku ; lah..?! hahahahaha ingatkan nak support ke ape.?!

salad ; aku dah bajet lega la tadi ingat semua nak support minyak. hahaha

aku dan almas kembali mendapatkn hafif sementara salad meneruskan nawaitu beliau dikaunter bayaran. memang gelak ta ingat aku dan salad pada almas. kelakar juga orangnya. hahaha btw, malam tu almas belanja aku makan Spicy Chicken McDeluxe..nyummmy..~ tq almas.!




pssst : tanks korang.! malam tu, indah sangat.~
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 26 Julai 2010

tak salah kan kalau I HATE MONDAY.!!

der. aku bukanlah nak salahkan takdir. (dosa.! dosa.!) tapi kesalnya aku.~

tiap kali isnin tiba. jantung aku bagai nak pecah (over.~) huish.! macam.macam hal. permulaan minggu yang agak teruk jugak r. huhu tak perlu kot nak cerita detail.detail. kalau korang rajin, meh baca apa yang berlaku hari ni. yang lepas.lepas tu abaikan sebab tak best kot kalau nak dikenang. haha

selepas subuh ;

isnin yang indah, aku decide dok study kat umah sudah. so, aku just hantar ayah pi opis dia.

(RAWANG-KL-RAWANG)

lepas beli bekpes, aku balik rumah terus on lappy kesayangan aku si babyboy (luv.luv.luv) tapi 30saat kemudian terus black out.~ damn.! (semua nota.nota and excercise dalam inbox yahoo mail.~) TT___TT

tunggu punya la tunggu...

...zZzZZzzZZZzZzZz...

harap maaf siaran tergendala seketika

1ptg ;

letrik masih takde.! disebabkan kat area rumah aku nak buat lebuhraya bertingkat (kalau tak silap) so, dorang nak alih tiang elektrik tu. demi keselamatan pekerja, lalulintas elektrik terpaksa dimatikan ditamatkan dipadamkan di..pape jela.!

actually, aku ni ada darah gemuruh dan suka sangat think negativ bila jadi camni. even dah buat revision pun aku still takut takleh jawab gak. so, aku pun pergi la korek pape rujukan. memandangkan ELEMENTRY ANALYSIS ala.ala ADD MATH. so, aku pun pergi la korek apa yang patut. rujukan time SPM dulu. nangis kot TT____TT

4ptg ;

drive ke kolej dengan resah. gelisah. gemuruh. meninggalkan rumah yang masih lagi tiada bekalan elektrik.

masuk dalam kelas.

"Okey, boleh rujuk pada learning kid kamu semua.."

"What.?! Miss..?!!"

"Kenapa.?? saya dah bagi kelonggaran kepada awak untuk rujuk pada buku.."

"Tapi Miss...saya..." Kelu lidah aku. tak terkata. aku dah menangis ulangkaji bagai nak rak.! at last.?! owh, perkara ini tidak membahagiakan aku.!

Sebagai tanda protes, aku pun jawab semua soalan tu tanpa bukak buku.! If result keluar nanti, at least aku puas hati. (ada la sikit.sikit yang aku kompius tu aku jeling.jeling tapi tak bukak buku tau.!)

+Your Question Finish Here+

"aik.?? apesal ada soalan yang sama dan ada........JAWAPAN.?!"

menggelabah aku selak balik kertas soalan tu.! aku pandang kertas class mate aku. damn.! memang ada jawapan.! aku terus bangun pergi kat table miss.

"Miss..soalan sampai sini je.?" tanya aku.~

"Yelah, nak saya tambah lagi ke.??" Perli Miss dengan rasa tak bersalah. haha

"Takde la, ada lagi ni. siap jawapan lagi.?!"

"Jawapan.?! Lah.?! Ishhh..~ awak ada tiru tak.??"

"Tak la.! Tak sempat. Boleh pulak saya tanya Miss, kalau tak..sempat kot tadi."

Miss tergelak. satu kelas kecoh. ada yang marah aku kerana hantar awal sangat sebab dorang nak kertas soalan aku. ada yang kata aku beruntung dan dorang semua selak kertas soalan masing.masing mengharapkan ada jawapan untuk dorang. hahaha aku first student yang keluar daripada kelas.!

bila difikirkan balik..walaupun agak teruk. ada jugak yang baiknya. huhuhu even aku dah kompom ilang 3markah.! damn.! (ego sangatkan.?? orang lain nanti dapat 100%..aku paling rendah. padan muka aku.!)



pssst : satu tabiat aku, aku jenis tak suka belek soalan dulu. aku akan terus buat sebab masa itu emas. jadi, memang aku tak perasan langsung yang last tu ada jawapan. hahaha hope miss percayakan aku.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Super Junior No other MV HD

aku paling suka lagu ni. sangat sweet. hehehe


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 24 Julai 2010

kau dah berubah.! aku tak suka.~

terkejut aku.!

sumpah aku nak pengsan. tapi, aku take positif sebab aku tahu dia tegur kerana dia sangat sayangkan aku. dan mungkin dia turut rasa kehilangan dalam diri aku. yang mana sebenarnya aku tak perlu berubah.

hei.!

tak payah jaga hati aku kalau aku menyakitkan hati kau. ingat pesan aku ni.?!
tak payah jaga hati aku kalau aku buat kau nangis. ingat yang ini jugak.?!
tak payah jaga hati aku kalau aku buat kau tak senang hati. ini paling penting.?!

aku suka bila ditegur. maknanya, ada yang perhati dan peduli. dan aku paling tak kisah kalau kena marah untuk kebaikan. jadi, takde la aku asyik lakukan kejahatan (kejahatan.??) TT____TT

aku akan kecewa kalau tak ditegur.
ohh.! sakitnya hati aku bila tak ditegur.

der..selepas sekian lama, aku tak post entry yang masyuk. maaf la otak aku tak center lagi dan aku sedang berusaha untuk kembali normal. memang tak lah.! banyak sangat minum coke time frust.frust ni. tertonggeng.tonggeng aku frust. huhuhuu.~ layan jiwa yang lara. nasib baik ramai yang ada dengan aku.

especially, tanks to Noor Suhadah yang selalu ada dengan aku. aku tahu, dia memang ada.! dan aku minta maaf tak sengaja sebab terabaikan perasaan kau.


psstt : tanks jugak untuk korang yang tak jemu.jemu menjenggah blog aku ini. bila normal nanti, aku akan berikan korang pembacaan yang lebih berilmu menarik. ^.^
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 21 Julai 2010

boy and girl

nota malas : emosi je minggu ni.~

aku menangis sebab kau la girl.
sakit hati aku.


aku perlukan kau la boy.
rindunya aku dengan pujukan kau.


girl. boy.
aku rindukan kalian.~
kenapa kalian jauh daripada aku.?
seolah - olah dah hilang daripada hidup aku.



pssttt : nak tido please.~
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 20 Julai 2010

ini sepatutnya sebuah cerita bahagia

Tiada Cerita









Semua yang aku harapkan. Tak menjadi langsung.
Tiada langsung yang indah selain sakit.!
Adakah aku patut marah.?!
Hmmmmmmmmmmmmmmm...



pssstt : simple request, simple promise tapi at last.?! upset for that. hati aku sakit sangat.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 18 Julai 2010

suatu ketika dahulu

suatu ketika dahulu aku sangat cantik.!

hahahahahahaha.~

tipu jela. ngee.~
suatu ketika dahulu aku sangat kurus.
tapi sayang..
semua gambar.gambar yang menunjukkan betapa kurusnya aku..
sudah aku FORMATkan sekali dengan segala jenis folder.folder penting
TT_________TT

tapi

ketika ini

tidak lagi...!!

arghhhhhh.~

diet.
diet.diet.
diet.diet.diet.
diet.diet.
diet.

(errkkk.~alhamdulillah)






pssst : sedapnya buger daging ni.~ =.=
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 16 Julai 2010

kebahagiaan dalam perpisahan

der. kalau anda adalah fanatik aku (perasan betol.!!) korang akan perasan..betapa bosan (atau memang bosan..??) sangat blog ni. aku moody sangat. aku tak happy. semuanya kerana SATU hal je. alah, kalau anda.anda.anda dan anda seorang wanita/gadis/girl dan sewaktu dengannya..yang normal. ditegaskan sekali lagi ye. yang normal.~ anda pasti akan mengalami masalah yang sama dengan aku. hehehe ops.~ lelaki normal juga. hehehe

haaa..da taw kan kenapa.? gud. gud.

aku sangat happy. at least, kitorang boleh berkawan lagi walaupun tak sama macam dulu. ini adalah kali pertama aku rasa sangat happy. banyak cerita yang nak diborakkan. memang ta cukup.! aku rasa macam nak pergi je kat dia. tapi memang TAK la kan..hahaha sebab aku bukan jenis camtu :(

bila dia dah takde. maksud aku, bila aku dapat tau je dia dah tak boleh ada. (faham tak.?? buat₂faham jela.) baru la aku sedar satu perkara. aku tak boleh kalau dia takde. bayangkan, sumone yang korang rapat. rapat sangat. korang da macam belangkas ngan die. tiba₂dia takde. haaa..macam tu la yang aku rasa.

hoit. membengkak kot mata aku sebabkan die sorang. memang rindu sangat la.

tapi, bila die call je aku tadi..huh.~ melayang-layang aku. tangan terketar.ketar nak tekan button pick up tuh. bila dengar je sore die. perghh.! terhenti nafas aku. pastu, jantung aku berdenyut selaju kete formulaOne tuh. sepanjang borak, aku ni asyik gelak je. even die citer pasal sumting yang aku taknak dengar sebenarnya..huhu (over pulak.~)

hehehehe cover.cover.~
hahaha

adakah ini..??

ohh.~ tidak.!
memang mustahil la.~
cukup la dia ada.
itu pun dah buat aku happy sangat.

der..aku happy kalau dia happy.

orait.~
sekian.














 hehehehehehe brithday aku 7 Ogos ni hahahaha














pssst : kalau aku tak follow korang lagi. sorry tau sebab dah limit 300 orang. tapi, nanti aku mesti follow korang. hmmm aku pun tak tau. leh tak taknak ada limit.limit ni. tak ceria la hidup aku kalau 300 orang je. :(

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 12 Julai 2010

kembali normal

sebenarnya tak normal pun. huhu hati susah der. tak tahu nak buat macamana. aku asyik berusaha bersungguh.sungguh untuk hiburkan hati aku dan tergelak sana sini. buat lawak. malasnya nak fikir.fikir ni. tapi, luaran je der. dalaman, aku je yang tahu kot. huhuu.

blog malas ni da jadi bertambah bosan der. hahahaa.

rasa nak kembali jadi baby.
macam
benjamin button
ahakz.~

psstt : nite.nite :)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

aku seorang yang sangat teruk

aku seorang yang sangat teruk.
aku tahu, teruknya aku.!

cukuplah untuk menunjukkan betapa teruknya aku.! hmmm..

this note for you :

aku tahu. aku bukan yang terbaik. aku minta maaf. aku tak sengaja. aku fikir kau bahagia sedangkan aku tahu yang kau sedang sengsara.

aku diam bila aku risau kau bersusah hati kerana aku.
aku marah bila aku takut kau diapa.apakan.
aku bising kau bila aku takut kau dipermainkan.
aku biar hati aku sakit bila lihat orang lain bahagiakan kau dan aku tak mampu untuk itu.

ya.! aku ego. maafkan aku.

lihatlah betapa teruknya aku.! aku tak berani memperkatakan kepada kau. aku sekadar menulis didalam blog ini yang mana aku tahu, kau takkan buka. jarang untuk kau buka jika tidak aku suruh dan mungkin bila kau buka blog ini, perkara ini telah lama berlalu dan pada waktu itu...mungkin hati kau dah parah selama berkawan dengan aku.

makcik, chipsmore, indah, baby...adakah ketika kau membaca post ni. hati itu masih terluka lagi.?? maafkan aku.



Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti

Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu

Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

aku sayang kau. betul.betul sayang kau. sangat sayang kau. kau tahu kan.? aku cuma ada kau. kau tahu itu.

psssttt : ......
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

this post not about world cup ツ

laa..ape kes ngan lu ni beb.? apesal mesti rindu orang yang tak rindu kat lu.?! kenapa mesti ingat orang yang tak ingat kat lu.?! kasi lupa sudah. tak payah fikir lagi. kesimpulannya, lu macam sure je die tak fikir kat lu, die tak rindu kat lu, die tak ingat kat lu an.? huhu macam bagus je.

merepek apa.?

owh, bila bercakap dengan diri sendiri macam tu la jadinya. sendiri soal, sendiri jawab. kesudahannya, aku jadi emo. emosi la..bukan budak emo tu..tak.! aku tak pakai pakaian macam tu okey.?! make - up macam tu pun tak la. aku cuma gadis biasa je. peace ~.~

haa..ingat lagi tak pasal keluhan aku last day.?! hahaha lawak sikit kot, last.last aku buat kerja sia.sia je an.? tapi, hari ni aku teman adik aku Khairul Anwar. dia nak beli kasut. aku pula memang nak beli kasut tapi takde la desperate sangat an (cover sikap cerewet..) tapi, suddenly je aku ternampak lak satu kasut ni. terus aku minat. kira cinta pandang pertama la haha

ini lah kasutnye. bum equipment.

actually, aku ni fanatic converse shoes tapi kesian la dengan ayah aku. parak die nanti hahahaa setakat orang macam aku ni. biasa.biasa sudah.!

psssttt : bila aku dah minat, ayah terus suh amik sebab dia tahu aku ni cerewet sangat beli kasut. haha

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 11 Julai 2010

just hope


aku berfikir.

aku terlalu ego.!
ya. aku sedar.

cuma.

aku tak mahu luahkan.
aku tak sengaja.
aku tak duga.
aku tak pandai.

aku berharap.
kau ok.
kau bahagia.
ada yang boleh buat kau ketawa.

aku berharap.
aku ada dengan kau sekarang.
peluk kau ketika kau mengalirkan airmata.
usap rambut kau ketika kau perlukan belaian.
berikan bahuku yang kecil ini.

sekurang - kurangnya..

ada tempat untuk kau mengadu.
ada yang mendengar luahan hati kau.

aku berharap.
kau dapat apa yang kau nak.
kau dapat kebahagiaan yang kau impikan.
kau dapat penuhi hajat kau.

aku berharap.

banyak yang aku harapkan.

..:: xoxo ::..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 10 Julai 2010

bahasa cina o0o0o bahasa ibunda

isk. kalau korang nampak aku kat petaling street tu bersyukur la sangat. dah habis rajin la aku keluar tu. haha sikit punya banyak sangat (ayat baru) malasnya diriku untuk keluar. gila crowded tempat tu, haiya..dalam mimpi jela. tapi, aku betul.betul dah keluar. percayalah..~(ops.! ternyanyi lagu ct plak.) hahaha

aku bukan la tak suka keluar (ayat cover..) aku malas la keluar (rasanya dah gemok sebab berperap dalam rumah) kenyataannya, tak bagus keluar tu (cover lagi) ok. aku tipu.! hahaha ringkasan ; aku tak suka keluar.

der, tadi kat petaling stress street, aku ingat nak beli kasut la. tak kisah la kasut jenis apa pun (converse je) sebab aku malas la nak gi midvelly, times square ataupun yang sewaktu dengannya. huhu.

at last. aku tak beli pape pun, balik macam tu je (memang ayah aku orang paling happy sebab duit dia selamat giler). sumenya sebab aku dah stress. da la crowded. bau buah yang kena bakar tu..huhu buah apa ye.? haish.! pastu dengan bising. lagu macam.macam ada macam iklan astro tu.

yang paling sakit hati, dorang tuh (majoriti kaum cina) asyik speaking chinese language je dengan aku. haiyo.! sumpah sakit hati kot. aku nak beli, tapi kalau dari awal sampai akhir die gi explain kat aku dalam bahasa tu, apa yang aku faham der.?!

wo ai ni tau la huhuu

check it out..korang rasa aku ni muka macam anak cina ke.?! hadoi.!! aku perlu belajar bahasa cina la macam ni. bukan sekali tapi dah berjuta kali.!

ini jela picture.picture aku yang paling cute. haha jarang bergambarlah. (saya seorang pemalu.~)

haih.??? salah pic la..haha aku tak de ar secantik ini.

hahaha ini baru betul. ish. tak.! tak.! aku bukan yg cantik tuh. yg sebelah kiri. haa..yg tak berape nak cun pakai baju kuning tu. cute ada la hehehe (capture before sleep..)


psst : aku tak suka pergi kedai cina. TT___TT

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 8 Julai 2010

punca sebenar kekalahan german

haaa..ini la yang aku nak beritahu. aku dah selidik dengan bersungguh.sungguh. aku dah buat macam.macam kajian. malah, aku siap masuk ke dalam lab sekolah adik aku untuk buat kajian yang lebih terperinci tentang kekalahan pasukan feveret aku german dengan menggunakan segala tabung uji didalam makmal itu supaya kesahihannya terbukti benar.

selepas aku kaji demi kaji demi kajian aku buat. sah.! kekalahan german pada spain semalam iaitu 0-1 (haiya.! tepuk dahi terus.!) bukanlah berpunca daripada si Paul sotong kurina yang berlagak pemes. kononnya dia rasa dia lebih pemes daripada cristiano ronaldo ataupun mesut oezil atau mungkin juga miroslav klose dan tak mustahil juga si lionel messi yang dikatakan sebagai pemain world cup sebenar. haha

(gila hebat aku taip nama penuh dorang an. hehe credit to FIFA page.!)

semuanya berpuca daripada...
.
.
.
.
.
.
.
.
jup..selak.selak alik kertas kajian saiz A4 td.
.
.
.
.ok.
.
.
dan puncanya ialah.
.
.
.
.
.
.
.
aku

der.! aku tertidur semalam..yang aku ingat semalam, german sepak bola je. belum sempat pas kat member team lain aku dah tamat siaran. TT__TT aku tak sengaja wahai thomas mueller.! aku memang nak tengok. aku siap kunci alarm untuk bangun. bila da bangun, aku siap peluk spongebob untuk pastikan aku tak tidur tapi ternyata spongebob tu terlalu empuk untuk di peluk. (alasan.!)

aku adalah aset penting pada kemenangan german. kesahihannya terbukti sewaktu german lawan serbia. kenapa kalah.? sebab aku tidur..! huhu aku betul.betul kecewa. jangan risau wahai sayangku david villa. aku akan support team sayang sehabis baik dan janji tak tidur dah. (haa..curang sudah.!) hahaha



pssst : apa.apa pun german tetap di hati. 4tahun lagi yeah.! aku akan pastikan aku tak tidur.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 7 Julai 2010

(resah + gelisah) x (gembira + suka) = ..??

"sengal.! aku cinta bangat sama kamo0o.!" katanya bersungguh.sungguh.

"hoi.! gila apa.?!" kataku.

pelik kot, macam.macam aku fikir.

"dia ni ada buat salah ke.?" rasanya tak..! da lama kot tak bergayut dengan dia. jadi, takde la gaduh.gaduh.
"dia ni ada masalah ke.?" rasanya tak juga sebab hati aku tak susah. maknanya, dia takde masalah.
"dia ni betul ke tak.?" rasanya macam betul sebab dia ingat je esok ada exam.
"dia ni da...??" owh.! tidak.! tidak mungkin..!!!

tapi.

memang pelik der..

suhadah ni, bukan seorang yang jiwang taw. selama aku berkawan dengan dia, dia tak pernah cakap macam tu..(kalau dengan buah ati dia penah la kot) kalau aku menjiwang pun dia takde nye nak layan. dia gelak guling guling lagi ada la. tak pun dia menari macam spongebob buat tangan lembik tuh. huh.? apa dia cakap.?

ini ;

"sengal itik. ang rindu aku tak.? ang sayang aku tak.?" soalnya. aku pun dah gelak.gelak kehairanan. ape kes la minah ni.?!

"nek (nenek)..mak cik tanya ni, nek rindu mak cik tak.? sayang mak cik tak.?" tanya dia lagi. lebih enak bunyinya daripada bunyi soalan di atas.

"rindu la. sayang la." simple. ringkas tapi padat. haha

"banyak mana rindu.? banyak mana sayang.?"

"banyak la." sempoi an.? padahal dalam fikiran, aku da menari.nari macam si patrik star.

"hoi sengal.?! wa rindu giler ar kat lu. lama kot kita tak jumpa. bila dalam kereta, wa bising.bising marah lu (time ni wa da tacing tak hingat..dia marah wa) pastu lu diam je. selalunya wa yang cari pasal tapi lu yang pujuk wa, lu cakap sorry kat wa (o0o0o baru taw, selama ni dia dok kenakan aku. huh.)..." dia pun bebel.bebel, sumenya dia citer. dari A sampai Z. aku pulak tengah gelak.gelak...macam mimpi je der.

aku pun da lupa kot apa aku buat ngan dia. dia boleh ingat.?! perlu berjaga.jaga lepas ni..maknanya, apa yang kitorang buat sesama ada sentimental value..hahaha i like.~

tapi, seyes ar..dah bertahun kawan, first time dia jadi camni. aku dah hairan binti ajaib a/p magic. fikiran dah berBAU negatif ada..positif pun ada. aku sangka dia ni takde perasaan. ada rupanya. hahaha yela, aku memang tau pun dia sayang aku tapi yang aku tak tau, dia ingat sume yang aku buat dengan dia. huhuu sengal.~

pssst : aku rasa la..dia ni betul.betul da mabuk cinta kot dgn mamat tuttt tuh.? haha tak kisah la asalkan dia jangan buat aku nyanyi lagu im loner (wetoria) CNBLUE sudah.!! menangis aku.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 6 Julai 2010

The Twilight Saga Eclipse

der..pukul3 jup lagi si suhadah duduk depan tv melayan citer She Wolf kat TV3. aku.? memang tak join la. aku kurang menonton tv kecuali pukul5 nanti. TV9 hahah.~ bercakap pasal tv, sepatutnya pukul2.30 sampai pukul5.30 aku duduk depan tv tapi disebabkan malas berebut dengan ibu aku, tak pe..aku mengalah jela. janji pukul5 nanti jangan kacau aku. (citer pe.?? hahaha tengok la guide astro korang. la la la)


der..khamis ni, ingat tarikh keramat ni 8 July 2010 (der..aku fikir brithday aku..hahaa salah pulak. brithday sendiri pun aku lupa.ngee.~ sengal) the twilight saga eclipse akan muncul di pawagam berhampiran dengan rumah ibubapa anda.

yeay.! aku tak sabar.sabar nak tunggu habis download.! aku boleh tengok dulu sebelum korang hahaha

pape pun, aku tetap akan ke panggung untuk join advanture dengan korang sume. ya.! aku akan pergi sorang.sorang saja. hehehe suhadah kat IPOH. memang TAK la aku nak bertemankan.? hahaa.~ aku suka gila dengan edward cullen dan jacob black. (punca kenapa si adam bukan nama sebenar tak mau temankan..) huhuu.~ tak pernah miss lagi tengok kat panggung the twilight dan the twilight saga.! good.~

psstt : jangan lupa germany lawan spain 7 july nih.!! jangan percaya cakap si paul sotong lembik itu..kita tengok game tu nanti sesama.!
psstt : suhadah layan she wolf kat tv3. dia wolves girl dan aku vampire girl hahaa.~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 5 Julai 2010

hei kekawan. aku sangat perlukan pertolongan korang.

der..aku tak tau apa masalah. laptop aku da terlalu banyak virus atau.....arghhh.!! tolong.! tolong aku jup.

apa yang korang nampak kat blog aku.?

page macam ni..?

or
.
.
.
.
.

tolong bagitau.

aku dah tukar template blog aku. tapi bila aku view..still macam di atas juga.!
sampai dah jahanam semua aku delete tapi still view macam atas tu jugak..

tolong weh..

please..please.

TT__TT

psstt : aku sedang terketar.ketar kesejukan.!! aduh..macam.macam hal la. sob.sob.sob

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

bila aku da marah.

der..wa tengah marah..jadi, kena paham.paham la yang entry in sangat beremosi. kepada sesiapa yang tak berminat sila baca sekali imbas sudah. pape pun, tanks sebab sudi melepak kat page buruk ini (akan direnovate okey.!) huhuhu.~ luv u.


dalam life aku ada dua perkara penting.
FAMILY and BESTFREN
(boyfriend juga akan berada di status bestfren)
perkara ni sangat penting.!
jangan sesekali buat aku marah.
jangan sesekali lukai mereka.
jangan buat.!
aku tak suka.


haish.~ salah..ni adik die. kira bestfren aku jugak. syg die.

haaa.~ ini yg PALING aku sayang. up sikit...PALING SAYANG.

aku tak suka sesiapa je yg sakiti dua perkara itu.
jangan buat aku marah.
TITIK



pssstt : picture family adalah picture paling aku sayang nak kongsikan hehehee later la aku kongsikan ok. hehee btw, i luv my family so much.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 3 Julai 2010

surat rasmi. kita putus.!

Dear my darling tenet,

you know i luv you so much sampaikan i adalah orang yg paling malas nak keluar daripada rumah semata.mata ingin bersama dengan you. i sanggup biarkan adik i pergi kedai kat tingkat bawah sebab i taknak berpisah dengan you. i sanggup tinggalkan feveret drink i, coca cola brrrr.!! semata.mata malas nak biar you kesorangan dirumah untuk ke kedai. i pulang dari kolej awal daripada biasa sebab i risau you kena tinggal lama.lama.

but now, i rasa you tak sayang i.!

semalam, i berjaga sampai pukul5pagi sebab nak edit blog i ini. i buat dengan sabar sebab you lembab. at last you off line. i bengang sangat sampai rasa nak buang you kat bawah.! then, you tengok apa jadi kat blog i..? macam haram kan.?? takpe. i sabar.

bila i dah malas, i surf benda lain. laju pulak you berjalan. i hepi bila you laju,jadi i online facebook. tapi, bila i online facebook. you kembali melembabkan diri you dan i ketinggalan jauh dalam forum perbualan bersama dengan bestfren i suhadah. i moody. mesti dia ingat i marah dia. i marah you sesangat.!

sekarang, i kena keluar rumah. i dipaksa oleh Khairul Hazwani untuk ke sekolah dia. ada karnival. i rasa you lebih memahami i yang tak suka pergi tempat.tempat crawded then you melajukan diri you. but, why honey.?! why.?! why you laju setelah i bersetuju ikut adik i.?!

i benci you.! benci.! mulai hari ni kita putus.!

pepandai la you fikir alik camne nak pujuk hati i ni. you cari la doktor untuk simen hati i yang patah ni, untuk cuci luka dijiwa i.

bye.

your lover,
CIK YUKI
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 2 Julai 2010

jawapan untuk indah dari cinta

entry kali ini akan buat aku kelihatan seperti gay.! (hahaa benci ayat lebian. gay nampak metroseksual sikit la la la) jangan terpedaya dengan tajuk diatas.! hahaa.~ tertipu sudah.

der..kenyataannya (aku baru lepas melepak kat blog ini) aku memang sangat jiwang karat, lebih karat daripada besi karat taw. geli best jiwang nih.! tapi, menyakitkan hati bila tak dilayan. merujuk pada post cik intan ini (sangat memberi inspirasi. aku suka blog cik intan taw.!)

ok, actually aku ni memang sangat setia ok.! tak kira la dengan sesiapa pun. kawan ke, future boyfriend ke, future husband ke..setia.! itu tak dinafikan (punca single sampai sekarang.)

cerita pasal indah. aku sebenarnya disahkan mereng apabila terpesona dengan keindahan langit ketika aku melepak keseorangan di area taman tasik perdana (feveret place aku. aku ada disana setiap kali aku hilang). jadi, aku terus mereng dan mereng la melayan emosi aku. yelah.! jiwa jiwang kan. hahaa.~ penyakit mereng tu masih belum pulih lagi hari ni. huhuu

suhadah (bestfren yg gila baik) pesan, mesej dia kalau dah sampai rumah dan aku hampir lupa berbuat demikian jadi untuk tidak diketahui tentang kealpaan itu, aku bagi ayat ini. "hai Indah.! diriku telah tiba di rumah. itu sj utk report petang ni. sekian. wasalam. tq" (sumpah aku heran.! dalam hp pendek je ayt ni. apesal bila taip jadi panjang.?! huh.) dan dia balas malam (dia memang balas lambat.)

psstt : dia tak jiwang taw.! tapi gila mental hepi go to laki. hahaa.~

start dari hari tu, aku panggil dia indah dan dia panggil aku cinta. aku malas nak soalkan kenapa panggil aku cinta sebab aku never care pasal tu. aku cuma anggap dia pun disahkan mereng selepas terpesona dengan seorang jejaka yang telah jatuh cinta padanya..hahaa.~

hari ni dia tanya. "why u call me indah.?"

dengan mood jiwang ; sebab banyak perkara yang indah tentang makcik (panggilan manja) beri dlm hidup orang. mck nmpak sgt indah dipandang. begitu juga dengan kelakuan mck y lucu dan pelik..beri rasa yang indah bila diingatkn balik..see.? u r sooo indah dlm idop orang, kalau tanya tuuutt pun dia mesti setuju. (dengan ikhlas dan bersungguh.sungguh taw aku beritahu dia.)

dah send aku pun tersenyum..hehee..~ mesti dia terharu giler.! (anggapanku)

psstt : diingatkan sekali lagi, aku masih lagi mereng setelah terpegun dengan keindahan semalam.!

then, dia pun balas la mesej tu "sengal ko.! belasah t.! jgn ah gedix2 ngok.." haaa..kan aku kata dia tak jiwang.! dia tak pernah layan jiwang aku. paling tinggi pun die gelak sampai sakit perut. hahaa.~ layan jela.

perkara yg sama berlaku juga dengan si Adam (bukan nama sebenar) apabila aku cakap "sayang sangat..! gila tak sayang..!" (sweet kan.?) then dia balas "lu memang gila pun cayunk.ha ha ha" see.? sorang lagi. aduh.! by the way, aku suka sikap sempoi die walaupun dia tak jiwang hahaa.~

pssstt : adakah aku sangat gay. . .?! memang TAK ah.! aku straight ok. huhuu.~ suhadah bestfren aku sampai mati.! never replace (aduh.! jiwang pulak..ngee.~)
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca