Dalam hidup ni, ada pelbagai masalah . . ada pelbagai rintangan . . hidup kita ni saling berkait dengan apa yang kita lakukan . . itulah dinamakan qada dan qadar . . selain itu, hidup ni ibarat roda . . kekadang diatas dan dibawah . . berbeza dengan aku lah sebab selalunya dibawah dan sukar untuk berada diatas . . alhamdulillah dan aku redha . . kepayahan yang aku jalani ini ada hikmahnya . .
Bagi aku, tiada manusia yang memahami kehidupan . . kepayahan . . kesakitan ataupun perasaan manusia yang lain . . cuma SATU yang akan faham iaitu Allah swt . . Dia yang selalu dekat dengan kita . . selalu ada waktu kita memerlukan Dia . . cuma, janganlah kita ego ataupun berlagak sombong bodoh ! Kita tidak meminta pertolongannya kerana kita rasa diri kita mampu mengharungi setiap kepayahan itu . . sebenarnya, kalau tidak kerana Nya . . mustahil untuk kita lalui jalan itu . .
Aku bukan gadis sosial yang setiap masa ada untuk kekawan . . melepak . . bershopping atau apa je . . kerana, aku adalah kakak . . along . . ayong . . anak sulong dan sekarang ni, aku memegang tanggungjawab untuk tanggung keluarga aku . . maka, mana pun aku pergi haruslah dengan izin ibu dan ayah . . keluar kerana urusan keluarga tiada urusan aku ataupun untuk diri aku sendiri . .
Ya ! Aku jarang hang out . . dating apatah lagi . . susah sekali . . kerana, keluar je aku dari rumah adalah bersebab . . dan bila keluarnya aku bermakna, aku membawa ahli keluarga yang lain untuk menyelesaikan masalah atau melakukan aktiviti kegemaran mereka memandang cuma aku sahaja yang mempunyai lesen D kat rumah ni . .
Kerana itu, aku tak pernah berjanji untuk melepak dengan sesiapa pun walaupun jauh disudut hati aku . . ingin sekali aku join korang melepak . . payah untuk aku keluar rumah dalam tempoh yang lama seperti satu hari . . kerana keluarga aku memerlukan aku . .
Ambil adik balik kerja . . hantar ayah ke rumah kawannya untuk merepair komputer ataupun bawa beliau ke lowyat untuk membeli barang . . bawa ibu membeli barang dapur ataupun kemana je yang beliau nak kerana beliau la queen kat rumah . . hehe where I'm going she is there . . adik mintak tolong hantar dia melepak dengan member kat pekan . . adik minta tolong untuk ke kedai dan sebagainya . . betapa sibuknya aku . .
Kalaulah aku melakukan semua tu tanpa ahli keluarga aku . . pasti mereka berkecil hati . . sudah - sudah la aku buat mereka begitu . . aku tidak pernah sanggup buat mereka begitu . . selalunya, tanpa niat aku keluar melepak untuk mengabaikan keluarga aku . . bukan niat aku . . tapi, itulah . . aku tak sanggup keluarga aku salah sangka lagi . . maafkan aku kekawan . . keluarga aku sangat penting bagi aku . . hidup aku bukan milik aku sepenuhnya . . tapi hidup aku milik keluarga aku . .
Aku sedar . . ramai yang berkecil hati malah aku terima pelbagai tomahan seperti "susah nak mintak tolong khai sekarang ni . . " . . "tak boleh tolong takpe lah . ." . . "Khai sombonglah . . ajak keluar tak pernah nak" . . "Khai asyik bagi alasan je sekarang ni, dah takmo tolong kita ?!" . . YaAllah ! Jauh disudut hati aku, ingin saja aku bantu sesiapa yang inginkan dari aku . . namun, apa lah daya aku ?? aku bukan hidup sendiri yang boleh membantu kekawan atau sesiapa je . . aku hidup berkeluarga . . keluarga aku patah kaki jika aku tiada . .
Demikian itu, YaAllah . . biarlah aku hidup untuk 100 tahun lagi . . ~
1 ulasan:
yaya pun anak sulung.. :')
Catat Ulasan