KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 6 April 2011

awak . . .

Assalamualaikum . . hello there !

WARNING ! NOTA CINTA NI PANJANG SANGAT ! JANGAN BACA . . BAGI SIAPA YANG RASA AKAN MUAL . .

Hurmmm . . saya sayang awak ! Sangat - sangat sayang ! Sampai saya tak mampu nak sebut perkataan tu lagi, sebab saya takut jika saya tak mampu nak bahagiakan awak . . macamana dia selalu bahagiakan awak . . walaupun hati saya sakit . . saya tak kisah kalau awak nak kawan dengan dia sebab saya tahu, jauh disudut hati awak . . ada saya dan saya tahu yang awak tahu betapa sayangnya saya pada awak . .

Saya tidak pernah bosan menunggu awak . . sejauh mana pun awak pergi . .

Saya tahu awak tak suka saya merunggut . . walaupun kekadang saya teringin nak merunggut kat awak betapa rindunya saya kepada awak . . saya teringin nak merunggut kat awak . . betapa penatnya saya menunggu . . awak . . balik lah !

Saya tahu kerja awak . . risiko . . kepayahan yang awak alami . . saya taknak awak berceloteh panjang seolah - olah saya tak faham tentang kerja awak . . saya bukan merunggut dengan sengaja . . tapi, saya benar - benar rindu awak . . nak jumpa awak . . kalau la awak faham semua ni . . kalau la awak faham betapa kecewanya saya . .

Awak . .

Ramai orang tanya . . saya tak rindu awak ke ? Ada juga yang kata Port Klang dengan KL bukan la sejauh mana untuk saya pergi berjumpa awak . . mungkin mereka tak tahu kan ?? Kos turun kapal tu . . saya taknak awak bazirkan duit awak kerana saya . . saya tahu, awak bercita - cita untuk jadi 4rd Engineer . . jadi, saya tak kisah kalau awak simpan duit awak untuk capai cita - cita awak . . saya taknak paksa awak jumpa saya walaupun sebenarnya saya rindu awak teramat sangat . .

Awak . .

Saya cakap "Saya bukan nak jumpa awak pun . . jadi, tak payah nak turun kalau tak boleh . ." entah la . . kalau la awak faham maksud disebaliknya . . tapi, kalau awak faham . . mesti awak gelisah . . saya taknak awak macama tu . .

Awak . .

Saya tak salahkan awak kalau awak salah faham dengan setiap apa yang saya perkatakan . . saya tak kecil hati kalau awak taknak peduli tentang apa yang saya cuba beritahu pada awak . . saya tak kisah kalau awak tak suka apa pun idea saya . . saya tak marah kalau awak tak jumpa saya bila awak turun kapal nanti . . sebab saya tahu . . salah saya kerana biarkan awak . .

Apa la yang boleh saya lakukan ? Kekadangan saya menangis kerana terlalu rindu. Tapi, saya tak boleh beritahu awak sebab saya tahu . . awak penat dengan kerja awak . .

Saya tak kisah apa pun . . sebab saya sayang awak . . cuma, tolonglah jangan buat saya bosan menunggu . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: