KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 12 Februari 2011

Hans Hanis Contest : Gunakan Imaginasi Anda



Aku ni jarang nak join contest. kalau aku join pun sekadar suka - suka dan kerana niat nak update blog ni. hahaha act, Hans adalah member blogger yang sering berkunjung ke page aku. tak mengenali beliau dengan rapat tapi beliau seorang yang menyenangkan dan entry beliau walaupun panjang tapi aku masih boleh baca sampai habis. haha !

jom baca imaginasi cinta aku ! ;P


Hans seorang jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara - gara lakonan hebatnya yang persis superstar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan serta superstar Rajnikanth. Sebut sahaja filem apapun yang dibintangi oleh beliau pasti filem itu akan meletup dan mencapai tahap box office walaupun kadang - kadang beliau hanya memegang watak tambahan yang kemunculannya tak sampai pun 10 saat. Memang begitu ramai pengarah filem yang berebut - rebutkan si Hans untuk berlakon di bawah produksi mereka sehinggakan setiap poster filem mereka pasti diletakkan wajah Hans walaupun Hans masih belum memberi kata putus untuk berlakon dengan mereka. Ini membuatkan Hans bersikap takbur, angkuh, sombong, bongkak, berlagak dan sebagainya lagi kerana tahu khidmatnya ditagih ramai pihak. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari......

Hans ditinggalkan oleh teman wanitanya iaitu Deepika Padukone setelah 5 tahun bercinta tanpa pengetahuan umum. Deepika ataupun nama manja beliau D, mula tidak tahan dengan sikap Hans yang telah berubah sejak beliau mengecapi populariti secara mendadak. Malah, Hans sering mengabaikan dirinya dan asyik berpoya - poya dengan artis wanita lain.

"Kalau kau nak pergi, kau pergi ! setakat perempuan macam kau..petik jari je aku boleh dapat penganti !" kata Hans dengan bongkak.

Mendengar kata - kata Hans membuatkan airmata D mengalir hiba. D melangkah keluar dengan perasaan kecewa. Namun, jauh disudut hatinya beliau terlalu mencintai Hans. Langkah D terhenti. Tidak mampu rasanya untuk dirinya meninggalkan Hans tapi hatinya tidak dapat menanggung lagi apabila sering terguris dan disakiti dengan kata - kata Hans.

10 minit kemudian,

Hans masih lagi duduk merenung ke arah pintu. Hans yakin, D akan berpatah balik seperti biasa. Tetapi, tidak pernah pula D mengambil masa yang lama untuk berpatah balik. Hans menarik nafas kecewa. "Arghhhh ! Bodoh !" Jerit Hans lalu mencampakkan gelas ditangannya ke dinding. Semuanya kerana ego ! Airmata Hans mengalir kesal.

D mengambil keputusan untuk bercuti bagi mencari ketenangan ke Seoul, Korea.

Di Seoul, D sering bertemu dengan pemandu teksi muda yang menghantarnya ke hotel iaitu Nickhun. Nickhun seorang pemuda yang sederhana dan bekerja sambilan sebagai pemandu teksi untuk menyambung pengajiannya dalam bidang seni pentas. Mempunyai paras wajah yang comel, lelaki berkacukan cina dan thai ini sangat manis apabil tersenyum.

Sepanjang di Seoul, D ditemani oleh Nickhun. Nickhun mengingatkan lagi D kepada Hans yang dikenalinya 5 tahun dulu. Setelah seminggu meninggalkan Mumbai, hati D terlalu merindui Hans.

Di Mumbai, Hans mula tidak tentu arah. Menanti panggilan daripada D. Sikap Hans bertambah teruk. Hans mula panas baran dan tidak hadir ke lokasi pengambaran. Keadaan Hans bertambah teruk apabila timbul pelbagai cerita negatif tentang Hans di akhbar, berita dan majalah.

Meskipun hatinya terlalu merindui D namun tidak sedikit pun perasaan egonya hilang.

"Kau akan kembali pada aku !" Jerit Hans didalam biliknya. Keadaan Hans sangat tidak terurus. Perkara itu membimbangkan sahabat baik Hans merangkap managernya Lisa Surihani ataupun lebih dikenali sebagai Lisa.

"Kau tak boleh macam ni.." Nasihat Lisa, menghampiri Hans dengan tenang.

"Aku cintakan dia.." Beritahu Hans.

Hans dan Lisa berkawan sejak mereka dipangku sekolah menengah lagi. Oleh kerana terlalu rapat, hanya kepada Lisa sahaja Hans boleh bercerita segalanya.

"Jadi, kau perlu dapatkan dia kembali.." Lisa cuba memberi rangsangan kepada Hans.

"Tidak..dia perlu kembali kepada aku tanpa aku pinta.."

"Kau tak boleh selamanya ego macamni.." Pujuk Lisa lalu menatap wajah Hans secara berdepan. Rambut Hans diusap dengan perlahan. Hans dibelai seperti anak kecil.

"Apa orang lain akan kata nanti ??" Ternyata ego Hans masih ada, pelbagai perkara dijadikan alasannya.

"Mereka dah berbicara tentang perkara ni sejak dulu lagi. Kau tak perlu nak ambil peduli tentang semua tu.."

"Macamana dengan kerjaya aku ??"

"Hans.." Tangan Hans digenggam dengan ikhlas. "Selagi kau ada aku..tentang kerjaya kau, kau tak perlu bimbang. Aku tahu, D sedang menunggu kau. Kau perlu dapatkan dia kembali. Percaya pada aku..." Nasihat Lisa sambil tersenyum. Ternyata hanya Lisa yang mampu melembutkan hati Hans.

Di Korea..

"Macamana kalau Hans datang untuk pujuk awak ?" Soal Nickhun.

"Itu adalah perkara yang paling membahagiakan.." Jawapan D membuatkan Nickhun tersenyum lebar.

"Kalau itulah yang awak rasa, teruskan merasainya. Saya yakin, dia akan datang untuk dapatkan awak.." Memandang wajah Nickhun membuatkan hati D berasa sangat tenang. D menggeleng perlahan kerana D tahu Hans sentiasa dengan egonya. Nickhun sekadar tersenyum. "Percayalah.." Ujar Nickhun lagi.

Seminggu kemudian, Hans mengambil keputusan untuk mendapatkan D kembali. Ditemani oleh Lisa, mereka terbang ke Seoul, Korea. Sebaik sahaja sampai di Seoul, secara kebetulan Hans dan Lisa bertemu dengan Nickhun. Oleh kerana sering terlihat wajah Hans diwallpaper handphone D, tanpa menyoal panjang Nickhun membawa mereka ke hotel tempat D tinggal. Malah, Nickhun turut membawa mereka ke depan pintu bilik D. Sikap Nickhun membuatkan Hans berasa curiga.

"Siapa dia ??" Soal Hans apabila D asyik tidak mempedulikan dirinya. "Jadi, inilah punca kau ke sini ?!" Marah Hans.

"Hans.." Panggil Lisa, cuba untuk menenangkan Hans kerana Lisa terlalu masak dengan setiap tindak tanduk Hans.

"...untuk tenangkan fikiran konon !"

"Diam !" Marah D. "Cukuplah dengan apa yang berlaku antara kita selama ni. Kau patut berterima kasih dengan Nickhun.."

"Owh ! jadi, nama dia Nickhun lah ?! Bodoh punya jantan !"

Pang !

"Cukup Hans ! Cukup ! apa yang kau dah janji dengan aku sebelum kita bertolak ke sini ?!" Tanpa Hans duga, buat pertama kalinya dia dilempang oleh Lisa. Ternyata kesabaran Lisa ada tahapnya. "Kalau kau masih mahu aku jadi kawan kau, tolonglah jangan buat D macam ni. Bagi D peluang untuk jelaskan segalanya.."

Suasana menjadi sepi seketika. Lisa beredar keluar untuk berikan waktu kepada Hans dan D berbincang.

"Maafkan aku.." D bersuara. Hans memandang wajah D. "Aku rasa ini yang terbaik untuk kita. Aku dah tak mampu lagi.."

"Adakah kerana lelaki tu ??"

"Tak. Aku dah buat keputusan ni selepas berfikir panjang."

"D..."

"Kenapa ?! Kenapa kau tak halang aku pergi ?! Kenapa kau biarkan aku terus rindukan kau ?! Hati aku terlalu sakit..maafkan aku. Aku tak mungkin kembali kepada kau.." Airmata Hans mengalir. Lidahnya menjadi kelu.

"Aku faham..." Kesal. Namun, Hans sedar. Keputusan itu adalah yang terbaik untuk D..Hans tidak mampu lagi menyakiti hati D. Hans tahu, dia bukan yang terbaik untuk membahagiakan D..

Hans dan Lisa kembali ke Mumbai. Hans hanya mendiamkan diri sepanjang penerbangan mereka.

1 tahun kemudian

Karier Hans berjalan seperti biasa.  Lisa masih menjadi manager Hans dan juga kawan baik Hans. Sikap Hans berubah dengan ketara. Hans menjadi seorang yang rendah diri dan sopan melalui pertuturannya. Malah, Hans tidak lagi terlibat dengan aktiviti sosial yang berlebihan. Kini, Hans lebih fokus kepada kerjayanya.

Hans turut merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik, mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Shah Rukh Khan dalam 56th Filmfare Awards 2011.

"Lisa. Tanks sebab selalu ada dengan aku.." Ujar Hans dengan senyuman.

"Kita kan kawan.." Jawab Lisa seperti biasa.

"Boleh tak kita jadi, lebih daripada tu ?? Aku tahu perasaan kau. Maafkan aku sebab abaikan perasaan tu.." Kata Hans lagi. Lisa tidak menduga akan mendengar kata - kata itu. Perasaan yang dipendam sejak sekolah lagi berbalas tanpa diluahkan..

D mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana ingin melanjutkan pelajarannya di Korea.  Walaupun telah setahun putus, perasaan cinta D terhadap Hans tidak pernah luput malah tiada sedikit pun niat untuk membuang kenangan cinta mereka. D masih lagi solo dan masih belum bersedia dengan sebarang hubungan yang serius.

Manakala, Nickhun telah tamat belajar dengan cemerlang dan kini menganggotai kumpulan k-pop yang popular di Korea iaitu 2PM. Walaupun begitu, D dan Nickhun masih berhubung dan berkawan baik.

T H E____E ND

Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-


1) Blogger Khairul Farhan (RM50)
2) Adzlan (RM20)
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

Trivia :
  • Aku hampir gila sebab perlu search kat internet tentang artis Bollywood.
  • Secara peribadi, aku tak berapa reti eja nama Shah Rukh Khan. Lebih gila lagi, aku tak tahu langsung tentang dunia Bollywood..
  • Aku kenal Deepika melalui Noor Suhadah dan Google.
  • Aku tak boleh eja nama Deepika sebab tu aku letak D je haha !
  • REKOD ENTRY AKU YANG TERPANJANG pernah aku buat.
  • Aku mengambil masa 4 jam duduk depan Laptop (9mlm - 1pagi) untuk siapkan entry ni (sambil tengok tv. hahaha) 
  • CREADIT TO : Nayeem Shah Rahmatullah dan Google for info tentang Bollywood.
  • SPECIAL THANKS TO : Amirul Syahmi yang sabar melayan karenah aku yang TERlupa nak text beliau sebab terlalu leka dengan entry nih ! T.T
  • Aku tahu Hans minat giler dengan Lisa Surihani so, aku bagi dorang happy ending. hahaha
  • Cerita ni inspirasi daripada lagu Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
p/s : Aku join sebab aku berminat dengan Lomo Lens 35MM ! hahahaha

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

8 ulasan:

hans berkata...

hahahahahaa
karya yang hebat dari segi penulisan dan susunan plot
bagus
terhibur aku baca
hahahahaha
apa2pun moga ekau berjaya lah yer
good luck n thanks coz support den dengan join contest nih
(^_^)Y

P/S : Jangan Lupa Letar Banner Contest Dekat Sidebar Blog kamu dan sentiasa alert dengan nama penaja baru untuk contest nih yer..Moga berjaya!

Sunah Sakura berkata...

wah! memang panjang! hahaha~ macam mana ni...

Unknown berkata...

sunah.

sbb tu la letak trivia. hahaha bc trivia pn oke ;P

Jue berkata...

best2
plot2 smua tersusun baik
kalau camnie wat karangan time skolah
wa kasi A+++
seyes mmg best

Unknown berkata...

ahahaha biase je pn. btw, tenkiu ;)

Tanpa Nama berkata...

waaaa.. nice love story..
leh jd kn novel or cerpen nie....

gud luck erk :)

lalink7 berkata...

gud luck!

$hakirShafiee™ berkata...

sggh baca entry.. semoga bejaya