KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Isnin, 28 Februari 2011

erti sebuah kehidupan

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hai korang. Lama dah aku tak update blog. owhh ! macam - macam cerita ada tapi tak terluah je. senang citer, susah nak luahkan apa yang kita rasa. Aku pun sangat blur, saat nak tulis title and update entry ni.

Life aku sekarang sesuai sangat . .  lonely . . owhh sangat - sangat ! Amirul Syahmi dah naik kapal. So, waktu untuk berborak ataupun mesej dengan dia sangat terhad. Bila terhad, mesti ada salah faham. Itulah yang aku kena hadapi sekarang ni. Sabar dan terus bersabar.

Selain tu, aku memang diduga sangat. Jadi, aku kena ambil keputusan yang drastik.

Lebih baik sakit hati sekarang daripada kemudian hari...doakan aku berjaya tempuh hari - hari yang menyakitkan ni.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 23 Februari 2011

Header PERCUMA oleh SyedGraphiX

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hai korang ! Aku sangat kebuntuan kat sini nak update blog pun ta tau nak tulis tentang apa. Aku terbaca tentang Syed yang nak buatkan header free..free wehh ! free oke ! Hihihi memandangkan header yang aku buat nampak sangat tak chantek T__T jadi, aku rasa lebih baik serahkan kepada yang pakar ! Thanks untuk Syed yang sudi membantu !


Ni ciri - ciri header yang aku nak :
  1. Tema : Aku Perempuan Itu, beliau TAKMAKAN sos ! (ikut macam header aku sekarang ni. Jenis font pun sama..) Warna font tak kisah ! (saya bukan seorang yang cerewet..barang free kot ! kalau cerewet tu memang tak boleh blah ! hahaha)
  2. Aku nak header yang transparent tau. Senang nak sesuaikan dengan background aku nanti !
  3. other else?? up to u ! hihi
Pandai - pandai lah buat supaya aku nampak lebih cute daripada pic nih hihi

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 21 Februari 2011

Derita merindu

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Haa..layan lah korang mood rindu merindu aku ni ! haha derita lah merindu ni ! Aku rasa sangat penat dan asyik nak bermalas - malas, contohnya . . tidur lebih awal daripada biasa ! online facebook untuk 2 jam sehari dan blogwalking tak buat pun ! Maafkan aku ! Aku akan buat nanti, bila aku kembali normal !

Dalam entri ni, aku dah bagitau . . macam - macam karenah aku, beliau kena layan. Bukan beliau je, tapi sesiapa jela yang rapat dengan aku . . sebenarnya, bila aku rindu aku akan jadi sangat menjengkelkan ataupun dalam bahasa arab 'annoying' ! Aku akan menangis ! aku rindu . . ~

Lebih teruk lagi, aku takkan jengguk page facebook beliau, picture beliau semua aku hide kan, mesej beliau semua aku delete, in coming call semua !  semua ! semua yang berkaitan dengan beliau ! lebih kurang macam . . berpura - pura oke ! 

Rindu ! tapi takmo call ! (nanti mesti nangis and cakap "rinduuu..~") Rindu ! tapi takmo text mesej ! (nanti mesti text camni "rinduuu ;'(" . .) oke ! memang lah sangat pelik disitu. Sila upset ehh . .

Aku benci ar derita camni ! Tapi . . aku sayang !

Si Amirul Syahmi lak esok dah nak naik kapal. Hmmmm . . bertambah menderita lah aku nanti ! T.T dan bertambah menderita lah korang baca omongan kosong aku tentang topik hangat iaitu 'rindu' sorry !

Please take me away from this feeling . . !

"i miss you like crazy . . ever since you went away . . every hour of everyday . . i miss you like crazy . . no matter what i say or do there's just no getting over you . . i miss you . "

"i miss you like crazy . . even more than words can say . . every minute of every day . . girl i'm so down when your love's not around . . can't you see that my pain's so real . . when i think of you . . i don't know what to do . . i miss you ."





p/s : ada sebab tertentu yang buat aku lebih runsing ;( tapi tak boleh nak story kat sape - sape, even nak tulis dalam dairi macam takde jiwa hmmm..
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 19 Februari 2011

Rindu Setengah Mati !

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Beberapa hari ni, aku rindu sangat pada Noor Suhadah. Rindu yang teramat sangat ! Yelah, kalau ikotkan..aku sangat perlukan beliau disisi aku sekarang ni. Nak berborak, bercerita. Melegakan sikit perasaan yang gundah gelana.

Tapi,

Aku taknak menyusahkan dia lagi. Aku taknak dia tau betapa teruknya aku, walaupun dia dah tahu. Aku rasa, aku dah banyak menyusahkan hidup dia. Yelah, jadi kawan aku ni bukan senang. Macam - macam karenah. Macam - macam pe'el ! Semua dia layan, kalau sesetengah orang tu. Aku dah kena tinggal ! Kesian dia ;(



Oleh itu,
Makcik ! Nek rindu makcik ! Call ar nek, kedit nek ta de ! Tak kan ta paham - paham kot ! T.T

p/s : aku ni pun, bukannya dia baca pun blog aku ni T.T hmmm..
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 16 Februari 2011

We Got Married

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hai lagi ! Korang dah makan ? Jangan lupa makan tau ! kalau korang takde selera ataupun nak tambahkan selera makan tu, boleh la korang pergi kat page Cik Zue ni. Beliau sangat suka makan. Aku lah yang selalu terpengaruh bab nak makan ni daripada beliau. hihi meragau cari makanan yang beliau makan semata - mata nak rasa gak ! hahaha page wajib singgah bila online !

oke selesai mukadimah panjang !

Sesiapa yang minat sangat dengan dunia k-pop dan mengikuti segala perkembangan k-pop, korang akan tergolong dalam peminat k-pop yang tegar. Aku sanggup potong wimax sebab nak add on astro channel khas k-pop yang aku tak sure channel berapa lagi. lupa sudah.

We got married adalah rancangan realiti tv korea yang tak berapa nak realiti sangat yang popular di Korea. Aku suka tengok sebab aku suka berangan. Haha oke !

Untuk season II ni, aku suka ketiga - tiga couple iaitu Adam's Couple, Kuntoria Couple dan Sweet Potato Couple / Goguma Couple.

Adam Couple - aku suka dengan dorang ni ! sebab ada impian nak dapat lelaki macam Jo Kwon dorang sangat sweet dan sangat kelakar. Ga In selalu dapat layanan yang baik daripada Jo Kwon dan Ga In sangat rajin melayan sifat manja Jo Know. Yang bestnya..Ga In ni lebih kurang macam aku. Tak alert ! haha TAPI dorang dah 'bercerai' setelah menjadi 'suami' dan 'isteri' selama 1 tahun 5 bulan ! (digugurkan daripada rancangan WGM) pasangan paling lama dalam WGM nih ! sejak season I lagi. *oke, aku nangis masa dorang nak berpisah tu sebab Jo Kwon sangat romantik dan sweet giler..*

Tonton episod terakhir mereka T.T :

Goguma Couple - Siapa yang minat Girl Generation dan CN Blue korang automatik akan minat couple nih ! sama macam aku ! kalau korang tengok couple ni macam couple budak sekolah je tapi aku suka dengan cara dorang. YongHwa sangat respect dengan SeoHyun dan melayan SeoHyun dengan baik ! Aku suka lelaki macam ni. Dia tak berlebih - lebih dan sudi ikut cara SeoHyun yang baru first time 'dikahwinkan' tapi dalam dunia realiti beliau, ini first time beliau 'couple' ! *gadis macam SeoHyun patut dicontohi oleh gadis - gadis Malaysia*

Kuntoria Couple - Dorang ni memang paling aku suka sebab style dorang sejibik macam real husban and wife ! Nickhun 2PM ni betul - betul dah jatuh cinta dengan Victoria f(x) ! Untung gila Victoria ni dapat lelaki yang charming dan caring macam Nickhun. Nickhun juga sangat alert ! Menyebabkan aku sangat suka lelaki macam beliau walaupun aku akan rimas sikit. Nickhun sangat bertuah jugak sebab Victoria ni sangat pandai memasak ! Apa saja yang Nickhun suka, mesti beliau masakkan..huh ! untung !

Oke ! Done !

Aku nak melayan WGM ni sekali lagi. Sebab aku sangat tak sabar untuk tunggu next week, episod baru. Rancangan terbitan iMBC ni bersiaran secara langsung setiap sabtu. Jadi, hari ahad. Pihak yang berwajib telah upload untuk tontonan fans dorang melalui laman web tertentu atau mungkin lambat sikit. Buat masa ni, belum ada laman web yang khusus untuk rancangan ini selain laman web iMBC shj.

Jom tonton sama - sama ! (klik link name couple untuk ke page tersebut) aku sarankan korang guna page Dailymotion untuk tonton.

p/s : tonton sambil berangankan bro kadet
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 15 Februari 2011

Broadband oh broadband

Assalamualaikum..tak jawab dosee..


Hai korang ! rajinnya korang blogwalking. Tenkiu sebab support budak malas ni, aku sangat menghargai korang seadanya ;)

Aku tak dapat nak blogwalking ataupun nak update post (time create post ni pun aku pakai Microsoft Word and paste kat New Post) sangat susah bila wimax buat hal. Bukan je nak loading New Post lama, nak blogwalking pun susah. Even, nak leave comment kat shoutbox pun rasa sangat terseksa ;( tak sukanya bila jadi macam ni (dah 2 hari)

Kecewa.kecewa.kecewa

Next month bulan terakhir aku guna wimax. Aku dan ayah dah decide untuk potong je wimax ni. Dah tak larat membayar sampai 2 wimax and streamyx. Haha memang gila ! Semuanya kerana kami anak beranak gila internet, lebih – lebih lagi..kami pengunjung utama laman sesawang youtube. Kalau kongsi 1 connection, buffering lama gila !


Pengalaman menggunakan broadband ni. Streamyx menjadi pilihan.

P1 Wimax..ikut mood, ada ketika oke je. Ada ketika, memang sakit jiwa ! (bukan pengguna wimax 4G. So, tak tau 4G tu apa citer) monthly pun RM200 termasuk wiggy (wiggy langsung tak boleh guna). So, 2 wimax dah RM300 hurmmm..

Lagipun, memang patut pun potong sebab sekarang ni cuma tinggal 3 user je. Ayah adalah user untuk malam dan adik user untuk petang. Aku, user tegar ! hik.hik.hik.

My 2nd brother user hujung minggu (balik dari asrama, jadi hujung minggu aku mengalah) and my 3rd sister pulak cuma pengguna facebook, itu pun seminggu sekali dia online.

2 tahun menjadi pengguna maxis broadband. 1 broadband 4 PC (used router)..memang terbaik ! bulan – bulan bayar RM49 je. Tapi, masuk tahun ke-2..maxis mula buat hal sebab dorang nak promote product baru (yang baru, paling lower pun RM68 per month). purata penggunaan 20 : 24


6 bulan pengguna celcom broadband. Tempoh menjadi seorang yang penyabar dan puasa youtube. RM68 per month. Habuk pun tarak ! Bawak pergi kolej pun takde coverage padahal tengah – tengah ibu kota dan tak jauh je daripada menara celcom ! huh ! Purata penggunaan 2 : 6

2 bulan pengguna digi broadband. Rugi ! Purata penggunaan 0 : 2
Bagi aku, semuanya sama je. Mungkin lokasi rumah aku (Rawang) agak jauh daripada KL (26 km) adalah punca utama kepada susah nya nak dapat coverage.

Kenapa ambil masa yang lama untuk pakai Streamyx ?!
Sebabnya, aku register untuk mohon Streamyx Jan 2010 tapi TM call Okt 2010. Aku dah start give up bila satu bulan je, tiap – tiap minggu pergi TM point untuk tanya perkara yang sama.

Paling benggang tu, tiba – tiba je dorang call cakap nak masukkan line phone. On the way pulak tu ! tak ke gila ?! Waktu tu aku tengah kerja, ayah dan ibu aku keluar. Adik – adik kat sekolah. Memang mintak tangguh lah. Ayah sampai ambil cuti lusa tu sebab nak tunggu dorang datang pasang ! Sangat tak teratur betul management dorang. Huhu

Tapi, line streamyx boleh dipuji. Lagipun, cuma RM60 per month. Takde buffering ! Laju dowhhh !

p/s : selalu jeles ! sebab ayah pengguna streamyx ! hahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 13 Februari 2011

Jom Main Sudoku Puzzle !

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hai readers ! Tenkiu for alls yang rajin follow my nonsense page ! aku sentiasa hargai korang ! huhu sorry, aku bukan artis ! aku tak sombong ! InsyaAllah aku akan berusaha untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik dan mempunyai identiti sendiri sebab aku pun tak suka nak ciplak hak milik orang lain ! aku nak, my entry is mine ! hahaha poyo je aku ni.


Heh ?! ape bende lah ni ?? sampai tisu tandas pun ada puzzle sudoku ??

Oke ! aku faham ! derr ! tak semestinya dalam toilet je orang main sudoku oke ?! bythehighway, aku suka main sudoku ! suka sangat ! orang yang main sudoku ni seorang yang hebat ! why ?! sebab time sangkut jam pun boleh main what ?! hahaha oke. tak kelaka pun.


Sebagai seorang yang pelupa ! aku memang tak ingat bila masa aku jatuh cinta kat game puzzle sudoku ni tapi yang aku ingat, aku bermula daripada pc game. Lepas tu, aku belajar sendiri . . sampai la aku boleh selesaikan buku expert dalam masa 5 bulan. sila kecewa sekarang ! haha ingat senang ke ?!! oke. tipu.

ini hobi aku dimasa lapang !

tapi, tak jugak hahaha aku selalu leka main sudoku ni sampai ada yang marah. memandangkan aku dah rajin duduk kat dapur sekarang ni, so..sudoku letak kat meja. internet kasi off..dapur gas je yang on . . tapi . . tak bermakna aku tak main puzzle ni lagi. still oke ! macam contoh diatas tadi, time drive.

puzzle ni sebenarnya bagus. boleh elakkan penyakit nyanyuk dan lain - lain (nanti free, aku share) korang patut try. Perlu ingat, jangan mudah give up ! kalau korang fokus dan berusaha, pasti akan jumpa jalan penyelesaian. Gud Luck !


p/s : sebenarnya, duduk kat dapur lebih baik. takde la asyik kena bebel je. kikiki.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Bad Behave !

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Special tanks for Cik Fyqa sebab sudi jadi followers ke 30000 ! yeahhh ! sweet tol orangnya. blog beliau gak menarik ! paling aku suka dengan background song..hehehe bytheway, tanks to followers yang lain jugak sebab sudi support budak malas dan bagi sokongan untuk aku menjadi lebih rajin ! rajin lagi ! TENKIU..LOVE YOU ! MUAXXXX !

v(~.~)v

Hi korang ! rajin betul korang ni merayap ye. btw, tanks sebab sudi menjenggah page budak malas ni. *senyum segan*

oke,

just nak bercerita.

setiap orang ada perangai buruk. tipu la kalau takde. bukan nak bukak pekung didada ataupun nak show yang aku ni bagus sangat ada perangai buruk ni. tak ! tapi, aku nak jadikan ini sebagai ingatan kepada diri aku sendiri dan mungkin boleh jadi pengajaran pada korang.

jujur.

aku sedang berusaha untuk ubah sikap aku. yang buruk - buruk ni aku taknak ! nak yang baik - baik je. tapi, mustahil la nak jadi sebaik malaikat an ?! hahaha bagus la kalau aku boleh berubah. malas nak bebel panjang.

situasi yang sering berlaku ;
(menangguh kerja, pelupa and ego)

aku rindu beliau (tak kisah la sesiapa je) hati ni sayu je. 'arghhh rindu lah !' then, tengok hp. kredit mesti lah ada. damn ! aku tak boleh kalau takde kredit ! hahaha belek je hp, baca mesej - mesej lama yang aku simpan (hobi aku baca sent item hahaha) lepas habis baca. letak balik hp kat tempat asal.

in the end, tak mesej la orang tu sampai la orang tu mesej aku. baru aku ingat ! aku ada niat tadi nak main mesej tapi terbantut dek leka baca mesej lama.

bila berlaku hal macamni. mula la orang yang berkenaan rasa terabai dan tak dihargai. 3 perkara buruk sekaligus ! saya minta maaf ye ! hmm...

satu cukup la weh ! kalau aku listkan bebanyak sampai esok pun tak habis !

so, apa bad behave korang yang selalu berlaku dan korang nak ubah benda tu.? and ada apa - apa motivate untuk aku ? hihihi tenkiu sebab sudi share.


p/s : sentiasa rindu ! cuma tak berjaya luahkan dengan betul ! MAAF !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 12 Februari 2011

Hans Hanis Contest : Gunakan Imaginasi Anda



Aku ni jarang nak join contest. kalau aku join pun sekadar suka - suka dan kerana niat nak update blog ni. hahaha act, Hans adalah member blogger yang sering berkunjung ke page aku. tak mengenali beliau dengan rapat tapi beliau seorang yang menyenangkan dan entry beliau walaupun panjang tapi aku masih boleh baca sampai habis. haha !

jom baca imaginasi cinta aku ! ;P


Hans seorang jejaka yang menjadi idaman ramai wanita gara - gara lakonan hebatnya yang persis superstar Bollywood iaitu Shah Rukh Khan serta superstar Rajnikanth. Sebut sahaja filem apapun yang dibintangi oleh beliau pasti filem itu akan meletup dan mencapai tahap box office walaupun kadang - kadang beliau hanya memegang watak tambahan yang kemunculannya tak sampai pun 10 saat. Memang begitu ramai pengarah filem yang berebut - rebutkan si Hans untuk berlakon di bawah produksi mereka sehinggakan setiap poster filem mereka pasti diletakkan wajah Hans walaupun Hans masih belum memberi kata putus untuk berlakon dengan mereka. Ini membuatkan Hans bersikap takbur, angkuh, sombong, bongkak, berlagak dan sebagainya lagi kerana tahu khidmatnya ditagih ramai pihak. Namun segalanya berubah apabila pada suatu hari......

Hans ditinggalkan oleh teman wanitanya iaitu Deepika Padukone setelah 5 tahun bercinta tanpa pengetahuan umum. Deepika ataupun nama manja beliau D, mula tidak tahan dengan sikap Hans yang telah berubah sejak beliau mengecapi populariti secara mendadak. Malah, Hans sering mengabaikan dirinya dan asyik berpoya - poya dengan artis wanita lain.

"Kalau kau nak pergi, kau pergi ! setakat perempuan macam kau..petik jari je aku boleh dapat penganti !" kata Hans dengan bongkak.

Mendengar kata - kata Hans membuatkan airmata D mengalir hiba. D melangkah keluar dengan perasaan kecewa. Namun, jauh disudut hatinya beliau terlalu mencintai Hans. Langkah D terhenti. Tidak mampu rasanya untuk dirinya meninggalkan Hans tapi hatinya tidak dapat menanggung lagi apabila sering terguris dan disakiti dengan kata - kata Hans.

10 minit kemudian,

Hans masih lagi duduk merenung ke arah pintu. Hans yakin, D akan berpatah balik seperti biasa. Tetapi, tidak pernah pula D mengambil masa yang lama untuk berpatah balik. Hans menarik nafas kecewa. "Arghhhh ! Bodoh !" Jerit Hans lalu mencampakkan gelas ditangannya ke dinding. Semuanya kerana ego ! Airmata Hans mengalir kesal.

D mengambil keputusan untuk bercuti bagi mencari ketenangan ke Seoul, Korea.

Di Seoul, D sering bertemu dengan pemandu teksi muda yang menghantarnya ke hotel iaitu Nickhun. Nickhun seorang pemuda yang sederhana dan bekerja sambilan sebagai pemandu teksi untuk menyambung pengajiannya dalam bidang seni pentas. Mempunyai paras wajah yang comel, lelaki berkacukan cina dan thai ini sangat manis apabil tersenyum.

Sepanjang di Seoul, D ditemani oleh Nickhun. Nickhun mengingatkan lagi D kepada Hans yang dikenalinya 5 tahun dulu. Setelah seminggu meninggalkan Mumbai, hati D terlalu merindui Hans.

Di Mumbai, Hans mula tidak tentu arah. Menanti panggilan daripada D. Sikap Hans bertambah teruk. Hans mula panas baran dan tidak hadir ke lokasi pengambaran. Keadaan Hans bertambah teruk apabila timbul pelbagai cerita negatif tentang Hans di akhbar, berita dan majalah.

Meskipun hatinya terlalu merindui D namun tidak sedikit pun perasaan egonya hilang.

"Kau akan kembali pada aku !" Jerit Hans didalam biliknya. Keadaan Hans sangat tidak terurus. Perkara itu membimbangkan sahabat baik Hans merangkap managernya Lisa Surihani ataupun lebih dikenali sebagai Lisa.

"Kau tak boleh macam ni.." Nasihat Lisa, menghampiri Hans dengan tenang.

"Aku cintakan dia.." Beritahu Hans.

Hans dan Lisa berkawan sejak mereka dipangku sekolah menengah lagi. Oleh kerana terlalu rapat, hanya kepada Lisa sahaja Hans boleh bercerita segalanya.

"Jadi, kau perlu dapatkan dia kembali.." Lisa cuba memberi rangsangan kepada Hans.

"Tidak..dia perlu kembali kepada aku tanpa aku pinta.."

"Kau tak boleh selamanya ego macamni.." Pujuk Lisa lalu menatap wajah Hans secara berdepan. Rambut Hans diusap dengan perlahan. Hans dibelai seperti anak kecil.

"Apa orang lain akan kata nanti ??" Ternyata ego Hans masih ada, pelbagai perkara dijadikan alasannya.

"Mereka dah berbicara tentang perkara ni sejak dulu lagi. Kau tak perlu nak ambil peduli tentang semua tu.."

"Macamana dengan kerjaya aku ??"

"Hans.." Tangan Hans digenggam dengan ikhlas. "Selagi kau ada aku..tentang kerjaya kau, kau tak perlu bimbang. Aku tahu, D sedang menunggu kau. Kau perlu dapatkan dia kembali. Percaya pada aku..." Nasihat Lisa sambil tersenyum. Ternyata hanya Lisa yang mampu melembutkan hati Hans.

Di Korea..

"Macamana kalau Hans datang untuk pujuk awak ?" Soal Nickhun.

"Itu adalah perkara yang paling membahagiakan.." Jawapan D membuatkan Nickhun tersenyum lebar.

"Kalau itulah yang awak rasa, teruskan merasainya. Saya yakin, dia akan datang untuk dapatkan awak.." Memandang wajah Nickhun membuatkan hati D berasa sangat tenang. D menggeleng perlahan kerana D tahu Hans sentiasa dengan egonya. Nickhun sekadar tersenyum. "Percayalah.." Ujar Nickhun lagi.

Seminggu kemudian, Hans mengambil keputusan untuk mendapatkan D kembali. Ditemani oleh Lisa, mereka terbang ke Seoul, Korea. Sebaik sahaja sampai di Seoul, secara kebetulan Hans dan Lisa bertemu dengan Nickhun. Oleh kerana sering terlihat wajah Hans diwallpaper handphone D, tanpa menyoal panjang Nickhun membawa mereka ke hotel tempat D tinggal. Malah, Nickhun turut membawa mereka ke depan pintu bilik D. Sikap Nickhun membuatkan Hans berasa curiga.

"Siapa dia ??" Soal Hans apabila D asyik tidak mempedulikan dirinya. "Jadi, inilah punca kau ke sini ?!" Marah Hans.

"Hans.." Panggil Lisa, cuba untuk menenangkan Hans kerana Lisa terlalu masak dengan setiap tindak tanduk Hans.

"...untuk tenangkan fikiran konon !"

"Diam !" Marah D. "Cukuplah dengan apa yang berlaku antara kita selama ni. Kau patut berterima kasih dengan Nickhun.."

"Owh ! jadi, nama dia Nickhun lah ?! Bodoh punya jantan !"

Pang !

"Cukup Hans ! Cukup ! apa yang kau dah janji dengan aku sebelum kita bertolak ke sini ?!" Tanpa Hans duga, buat pertama kalinya dia dilempang oleh Lisa. Ternyata kesabaran Lisa ada tahapnya. "Kalau kau masih mahu aku jadi kawan kau, tolonglah jangan buat D macam ni. Bagi D peluang untuk jelaskan segalanya.."

Suasana menjadi sepi seketika. Lisa beredar keluar untuk berikan waktu kepada Hans dan D berbincang.

"Maafkan aku.." D bersuara. Hans memandang wajah D. "Aku rasa ini yang terbaik untuk kita. Aku dah tak mampu lagi.."

"Adakah kerana lelaki tu ??"

"Tak. Aku dah buat keputusan ni selepas berfikir panjang."

"D..."

"Kenapa ?! Kenapa kau tak halang aku pergi ?! Kenapa kau biarkan aku terus rindukan kau ?! Hati aku terlalu sakit..maafkan aku. Aku tak mungkin kembali kepada kau.." Airmata Hans mengalir. Lidahnya menjadi kelu.

"Aku faham..." Kesal. Namun, Hans sedar. Keputusan itu adalah yang terbaik untuk D..Hans tidak mampu lagi menyakiti hati D. Hans tahu, dia bukan yang terbaik untuk membahagiakan D..

Hans dan Lisa kembali ke Mumbai. Hans hanya mendiamkan diri sepanjang penerbangan mereka.

1 tahun kemudian

Karier Hans berjalan seperti biasa.  Lisa masih menjadi manager Hans dan juga kawan baik Hans. Sikap Hans berubah dengan ketara. Hans menjadi seorang yang rendah diri dan sopan melalui pertuturannya. Malah, Hans tidak lagi terlibat dengan aktiviti sosial yang berlebihan. Kini, Hans lebih fokus kepada kerjayanya.

Hans turut merangkul anugerah pelakon lelaki terbaik, mengalahkan pencabar terdekatnya iaitu Shah Rukh Khan dalam 56th Filmfare Awards 2011.

"Lisa. Tanks sebab selalu ada dengan aku.." Ujar Hans dengan senyuman.

"Kita kan kawan.." Jawab Lisa seperti biasa.

"Boleh tak kita jadi, lebih daripada tu ?? Aku tahu perasaan kau. Maafkan aku sebab abaikan perasaan tu.." Kata Hans lagi. Lisa tidak menduga akan mendengar kata - kata itu. Perasaan yang dipendam sejak sekolah lagi berbalas tanpa diluahkan..

D mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana ingin melanjutkan pelajarannya di Korea.  Walaupun telah setahun putus, perasaan cinta D terhadap Hans tidak pernah luput malah tiada sedikit pun niat untuk membuang kenangan cinta mereka. D masih lagi solo dan masih belum bersedia dengan sebarang hubungan yang serius.

Manakala, Nickhun telah tamat belajar dengan cemerlang dan kini menganggotai kumpulan k-pop yang popular di Korea iaitu 2PM. Walaupun begitu, D dan Nickhun masih berhubung dan berkawan baik.

T H E____E ND

Contest Ini Dianjurkan oleh Hans dan turut ditaja oleh :-


1) Blogger Khairul Farhan (RM50)
2) Adzlan (RM20)
3) Matjoe (RM30)
4) Blogger Jue (Lomo Lens 35MM @ RM55)
5) Miecyber (RM20)
6) Bean Moreno (RM30)

Trivia :
  • Aku hampir gila sebab perlu search kat internet tentang artis Bollywood.
  • Secara peribadi, aku tak berapa reti eja nama Shah Rukh Khan. Lebih gila lagi, aku tak tahu langsung tentang dunia Bollywood..
  • Aku kenal Deepika melalui Noor Suhadah dan Google.
  • Aku tak boleh eja nama Deepika sebab tu aku letak D je haha !
  • REKOD ENTRY AKU YANG TERPANJANG pernah aku buat.
  • Aku mengambil masa 4 jam duduk depan Laptop (9mlm - 1pagi) untuk siapkan entry ni (sambil tengok tv. hahaha) 
  • CREADIT TO : Nayeem Shah Rahmatullah dan Google for info tentang Bollywood.
  • SPECIAL THANKS TO : Amirul Syahmi yang sabar melayan karenah aku yang TERlupa nak text beliau sebab terlalu leka dengan entry nih ! T.T
  • Aku tahu Hans minat giler dengan Lisa Surihani so, aku bagi dorang happy ending. hahaha
  • Cerita ni inspirasi daripada lagu Dadali - Disaat Aku Mencintaimu
p/s : Aku join sebab aku berminat dengan Lomo Lens 35MM ! hahahaha

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 11 Februari 2011

Just The Way You Are


Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She's so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don't see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she'd let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She's so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you're searching for
Then just stay the same

So don't even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you're amazing
Just the way you are
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are

And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

hai bloggers ! thanks sebab sudi singgah page buruk ni dan sudi meninggalkan komen korang ! if aku tak busy, aku akan singgah page korang serta merta oke ! ;)

damn !

ape kes ni ?! kenapa tiba - tiba ada lagu 'Just The Way You Are' ? haha oke, honestly aku agak mamai disini. mesti ramai awek yang mengharap boyfriend korang bagi lagu ni kat korang kan ? hahaha lately, beliau suka sangat bagi lirik lagu ni kat aku walaupun aku pernah cakap kat beliau 'aku tak suka lagu ni.' tapi beliau still bagi jugak. thanks sayang.

oke, hari ni 1st time aku dengar lagu ni sampai habis. selalunya kalau keluar kat hotfm pun..aku akan tukar suriafm pastu beliau tukar balik hotfm. aku tukar balik suriafm. pastu, beliau tukar lagi sampai aku fedup nak tukar dah, so..terpaksa tebalkan telinga untuk dengar lagu yang aku tak suka. hahaha gila baikot betul aku kat lagu ni an ?? hahaha seyes aku tak suka lagu ni. if adik aku play on PC dia pun aku akan cakap 'lagu spesis apa la kau play ni. bingit telinga aku.' haishhhh !

secara jujur. lirik lagu ni langsung tak sama dengan aku (T.T) sila kecewa sekarang ! hm. aku memang tak chantek ! cute tu ada lah (~.~) tapi aku tak tahu kenapa beliau suka bagi aku lagu yang aku tak suka. lagu yang aku suka (selamat malam - Faizal Tahir) taknak pulak beliau bagi ! huh.

btw, tenkiu sayang sebab terima aku seadanya..really appreciated that ♥ . . tolonglah happy selalu oke !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 7 Februari 2011

100 bloggers diperlukan

JOM JOIN!

kebosanan melanda ! so, nak join ini ! cuma 100 orang diperlukan. siapa cepat, dia dapat ! yeay ! hahahaha klik widget diatas untuk join ! ;)
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 6 Februari 2011

aku bukan yang terbaik

assalamualaikum..tak jawab dosee..

hai guys. sorry lah. lama sudah tak update. sebenarnya aku memang busy dan selebihnya kebuntuan idea. Nak lepak kat Group Sahabat Blogger pun takde mood. mana nak ada mood kalau cuma online untuk setengah jam je ?!! mengikut purata julat, aku sentiasa online cuma bukan dalam tempoh yang lama. paling lama pun satu jam. huhuhu

oke. let's read my story for today.

i'm feel sad for my friend yang ada problem. so, aku tak tahu nak cakap apa. kalau ikutkan aku malas sangat nak masuk campur. bukan taknak peduli tapi aku taknak beliau salah anggap lagi. aduhai. aku tahu, aku bukan yang terbaik. aku cuba untuk buat yang terbaik tapi aku rasa apa aku buat semua sia - sia. dia tak perlukan aku. hm lagipun, dia dah cukup besar untuk tentukan hidup dia. masalah kecil tu, aku yakin dia boleh settlekan tanpa aku.

*honestly, aku takut if dia dalam kesedihan. aku sayang dia sangat !*

i'm feel empty and missing .. actually, dah kehilangan beliau lama sangat tapi what can i do ?? beliau ada life beliau sendiri. jadi, aku cuma boleh ada bila beliau perlukan aku sahaja. yup ! aku bahagia kalau beliau sentiasa memerlukan aku. kerana aku sentiasa memerlukan beliau.

*if kawan kau tu seorang yang bermasalah..kejamlah kau kalau nak cerita masalah kau kat dia rite ?? sebab kau akan sakit hati juga bila dia akan cakap kau mengarut..better kau diam and pretending happy. soalnya, sampai bila aku boleh berpura - pura ?!*


oke. need some advice. korang rasa, aku sebenarnya terlalu rindukan beliau ? aku tak boleh tatap gambar beliau lagi sebab, aku akan ada naluri nak text beliau je ! makneny, aku sedang mengganggu beliau hm ;( aku sedih bila dia cakap dia fedup dengan aku hmm..


i'm feel upset for my life. seperti yang aku katakan, aku bukan yang terbaik. aku tolong, tak tolong. aku keluar, tak keluar. aku makan, tak makan. pasti ada je complain yang aku dengar. even aku dah limitkan social life aku sampai seminggu berperap dalam rumah. still ada suara sumbang jugak ! hm sakit jiwa gak tapi malas nak ambil port.

today, i'm baking kek coklat kukus .. oke, aku sangat sibuk dengan family aku. so, aku rushing. so, busy. kira, memang busy. helping my ibu lah. then, hantar adik aku ke asrama dia. rushing balik rumah untuk buat cake and doing some housewife work..aku cuma tolong je. saya seorang yang rushing petang ni.


lastly, rushing tu jadi sia - sia. aku rasa, lebih baik tak payah rushing. aku punya lah risau tentang keadaan dia tiba - tiba dia oke dan nak pergi melepak. oke ! kat sini, aku kena faham yang dia bosan. tapi, dia kena faham jugak yang dia perlu cepat sihat supaya aku tak risau. dan tak keluar sebab hujan ! ;( siapa la aku untuk menegur kan ?


kerana..aku bukan yang terbaik..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 4 Februari 2011

demam dan cawan yang pecah !

assalamualaikum..tak jawab dosee..

hai readers..apa cerita korang this week ?! owhhh aku masih mengalami masalah dengan wimax yang super slow dan kebuntuan idea untuk menulis. haha sebenarnya banyak tapi macam tak boleh nak publish je..

hari ni,

aku demam lor ! takde la teruk sangat tapi bila batuk tu rasa macam nak pecah jugak la otak ni ! flu tak ingat bila aku tak boleh nak tidur sebab sesak nafas.

hari ni,

mood ibu aku tak berapa nak baik. alahai..biasa la. kalau dapat anak notty macam aku ni, mood ibu mana yang oke an ?! hahaha then, adik ibu aku datang rumah. seperti biasa, aku mengambil tugas membasuh pinggan dan cawan lah.

dibantu oleh adik aku, dengan aku yang mamai sikit sebab kepala pening dan bahu sakit. aku cuci cawan dan aku telah berjaya pecahkan 2 cawan !

kejadiannya seperti ini ;
  1. cawan yang telah disabun tu terlepas daripada tangan..dek kerana licin time nak membilas..prangg !
  2. cawan yang telah dibilas, nak letak kat tempat yang sepatutnya..sekali, terlepas daripada tangan..prangggg !
oke !

aku berjaya menambahkan level moody ibu aku.! tahniah kepada diri sendiri ! huhuhu

niat asal nak tolong kutip cawan yang pecah, suddenly..serpihan tu tercucuk kat jari. disebabkan rasa sakit, cawan yang pecah satu lagi kat tangan kiri, aku lepaskan...zapppp! luka tapak tangan kiri aku !

tahniah !
sakit wehhhhh !! T.T

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 2 Februari 2011

ini bukan cerita dongeng !

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hai readers ! aku tak dapat nak blogwalking sejak minggu ni. aku sangat busy plus wimax slow macam siput pig ! oke..~ who's goes gathering last week ?! tahniah ! sebab aku tak pergi pun. T___T oke. sorry sebab tak pergi eh amal.! lama kot dia merajuk dengan aku ! huhuhuhu...hurmmmm...

oke. lupakan kisah lalu ! mulakan hidup yang baru. hahaha
Ini, ini ada sebuah cerita ! ;)

pada suatu tahun sebelum 2011.

pada ketika movie khurafat masih dlm pembikinan tetapi filem avatar tengah hangat dipasaran..bila wilayah biru mula menguasai Malaysia dengan sale celcom blackberry RM88 ! gila kentang !

namun, pada kala itu, aku seorang pemalas untuk beratur panjang ! oke ! aku tipu ! aku sayang duit RM88 tu haha di waktu, masa, saat, jam itu aku asyik membanggakan lagi mark zuckerberg dengan bersosial di laman so-sial beliau iaitu FB ataupun lebih pemes sebagai MukaBuku..

pergi kelas FB !
dalam kelas FB !
dlm bas FB !
turun bas FB !
keje FB !
lunch FB !
balik keje FB !
sebelum tidur FB !
makan sambil berFB !
segalanya FB !

kira, aku dan FB seperti isi dan kulit2nya. ya ! sangat tak mampu dipisahkan ! dan aku telah mempengaruhi ketagihan ini kepada Noor Suhadah, anak Rahmatullah. beliau marah aku "BOLEH TAK BENTI MEN FaceBook ?!" eleh ! pastu, beliau punya ketagih, kalah aku... ;( nak je aku pulak cakap macam tu..haha

 tapi.

JANGAN !

sebab kalau tak kerana ketagihan beliau, takde la aku bertemu dengan the hottie Nour Eira Edora ! hahaha sekarang ni lebih popular dengan nama Sara Aqila. katanya, ini nama sebenar..artiny, NEE bukan nama sebenar..cewahhh ! dah macam penulis berita at paper pulak ! hahaha

mula2. aku kenal dia. oke. she quite nice and also pretty but gila ke aku nak puji semua tu depan Noor Suhadah ?! memang aku gali lubang kubur sendiri la kan..haha btw, now..she don't care anymore. dah berjuta kali aku cakap. taik telinga pun dah cair kot ! haha

oke..jauh da menyimpang.
1st time she call me..on call kot ! tak ke kelu lidah ! otak pun rasa nak terkeluar ! punya la gugup aku dibuatnya..haha she told me that...she is couple with jejaka berkaca mata shahid ali ! oke..tipu aku tak terkejut. terkejut dan time tu rasa nak terjun bangunan ! gila ke ?! aku ingatkan dengan ehem..ehem.. hahaha btw, sweet couple hihi

another reason i like to being her cute sister *perasan pulak aku nih* adalah..RAHSIA ! erkkk ! no ! no ! takmo bagitau ! takmo ! ini rahsia negara. hanya aku je yang tahu..

by the highway... ;P

aku happy sebab kenal Sara Aqila. aku sebenarnya nak ada seorang kakak ! macam dah dapat ! hahaha suka gila ada orang care pasal aku..huhu sayang ?? sayang lah ! tapi aku tak tahu berjaya atau tak aku berdepan dengan beliau nanti ! gila ! aku ni dah la pemalu tahap kambing tak pernah mandi punye..aduhaiii.

beliau sekarang ada kat Dubai. kerja lah ! Human Resources Executive kat Nobu Atlantis Palm Jumeirah, Dubai. hahaha credit to her FB info ;P 
she is really pretty rite ! love u sis ! muaxxx !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 1 Februari 2011

Mari Kenal Diri Saya

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

eh ?! CNY tu apa ?! owhhh Chinese New Year..hahaha baru tau tadi ! ;P

actually, aku diTAG oleh cik ika. Tenkiu ehh cik ika. rajin tol beliau ni main tag - tag camni. hahaha by the hyperacting...Tenkiu ehhh ! ;)

Malulah nak cerita tentang aku ni haha

Apakah Status Anda
  • Single but not available. Harap Maklumat ! haha

Ceritakan Tentang Diri Anda
  • Hai..saya Khairul Atikah ataupun Cik Yuki. seorang yang pendiam, pelupa, pemalu dan pemalas. Done ! 4P untuk aku. hahaha

Ceritakan Tentang Blog Anda
  • Link blog ni inspirasi from my beloved cousin, cik cipun then aku tambah 'z' kat hujung meaning of penghujung hidup aku and 'malas' refer to my bad behave hahaha
  • Blog ni lebih kepada cerita - cerita tentang hidup aku, runggutan aku, bebelan aku, kawan - kawan aku. semuanya tentang aku. hehehe
  • Aku ingat nak change link tapi rasa macam tak perlu kot ! ;P
Pendapat Anda Mengenai Blog
  • Aku masih belum berpendapatan lagi melalui blog ni. nuffnang terlalu slow untuk bertambah earning nye hahaha
  • Blog ni best untuk orang yang suka membaca seperti aku ! ;)
Nasihat Kepada Kawan - Kawan Yang Baru Nak Buat Blog
  • Buatlah blog yang berilmu. mudah untuk aku belajar renovate blog aku ni supaya kemas sikit. hahaha
Nyatakan Keunikkan Blog Anda
  • Tiada ;)
Sampai Bila Nak Tulis Blog dan Impian Dalam Dunia Blog
  • Sampai berjaya cash out money daripada nuffnang ! hahaha *joke* sampai akhir waktu ! ;)
Gotchhaaa ! ANDA DITAG ! hahaha siapa suruh rajin sangat baca ;P
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca