KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 20 Disember 2011

Aku . . tak boleh

Assalamualaikum . . hello there !

Aku selalu tersangkut dengan kisah - kisah semalam. Cepatnya aku hidup dalam kenangan. Selain belajar daripada kesilapan, aku juga belajar untuk menjadi lebih baik. Tapi, tak semua perkara aku boleh lakukan dengan baik. Ada perkara bukan bakat aku. Bermakna, aku tak boleh buat.


Aku . . tak boleh nak pujuk orang yang merajuk. Lagi - lagi, aku ni kuat merajuk juga. So, ada waktu aku sendiri tak tahu samada aku ni perlu di pujuk atau tak ?

Aku . . tak boleh simpan duit. Aku pemurah. Yang teramat sangat. Sangat ! Ada je duit, minta la aku mesti bagi. Sampaikan, aku sendiri takde duit nak makan dan pergi kerja. Hmm. Tapi, takde siapa tahu dan takde siapa yang faham kecuali . . dia . .

Aku . . tak boleh mencintai seseorang setulus hati aku. Jika berlaku, bermakna aku sanggup makan hati daripada buat dia sakit hati. Hm. Mungkin, dia juga tetap sakit hati dengan aku. Aku boleh merana dan sebut nama dia setiap hari . . apabila celik ja mata ini . . nama dia.

Aku . . tak boleh hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku rela jadi nonsense dimata dia daripada dia takde disisi aku. Bila dia takde, hidup aku kosong. Kali itu, hanya ada Tuhan dan Aku. Kali itu. Tiada la senyum tawa tapi hanya seorang budak yang sombong, moody dan annoying. Mungkin.

Aku . . tak boleh terlalu mengambil berat tentang orang lain. Kalau aku buat, akan  ada yang rimas. Kan ? Aku membebel suruh buat itu ini. Aku selalu fikir semua tu untuk kebaikan tapi aku tak sedar yang aku buat orang rimas. Betul tak ?

Aku . . tak boleh melakukan sesuatu perkara dengan betul. Pasti ada salah ja. Jadi, aku perlu ditegur setiap masa !


Lihat la, itu baru sedikit. Kalau kau dah kenal aku, kau akan tahu. Aku ni sangat memerlukan kau disetiap masa aku. Cuma, mulut ini je tak pernah betul mengucapkannya. Selalu berkata - kata dalam nada suata yang kasar dan menyakitkan hati. Maafkan aku.


Sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 18 Disember 2011

Sekali Lagi

Assalamualaikum . . hello there !

Kalau lah mulut ini boleh berkata - kata, meluahkan apa yang terbuku didalam hati . . entah apa yang akan jadi ? Yang pasti, kau akan pergi bila tiba masa itu nanti dan aku . . akan kembali menjadi seperti apa yang sering aku lalui sebelum ini . . melayari hari - hari suram . . memikirkan tentang kehidupan yang sebegini singkat.

Kau tahu ?

Aku tak mahu kau tinggalkan aku sendiri . . tak mahu kau hilang daripada fikiran . . lenyap daripada pandangan mata . . pergi jauh daripada diri ini . .

Sekali lagi . .

Kita perlu berpisah dan kali ini . . mungkin lama atau mungkin selama - lamanya . . aku tak mahu itu ! tahu ? aku tak ingin itu ! tolonglah aku merayu padaMu Tuhan . .






Jangan Pisahkan kami . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 13 Disember 2011

Tiada tajuk

Assalamualaikum . . hello there !


8.44 PM - Waktu ni, aku masih di pejabat lagi. Bahu aku dah lenguh sebenarnya. Mata aku pedih, asyik menatap monitor daripada tadi. Tapi, takpe. Aku tak kisah. Ini rezeki aku untuk tahun ni. Tahun depan, aku nekad untuk kejar cita - cita aku . . tak kira susah mana pun. Tak kisah kalau ada yang nak ketawakan aku lagi. Alah, aku dah lali jadi bahan ketawa bila setiap kali bercakap tentang cita - cita.

Hmm . . sejak akhir - akhir ni, aku banyak mengeluh. Entah. Kekadang, aku tak sedar pun tapi aku tahu aku banyak mengeluh. Selera makan aku pun entah ke mana. Sampaikan kena gastrik. Tapi, takpe. Aku kan kuat . . hehehe

Aku mungkin takkan online untuk jangka masa yang lama. Hmm . .


Semoga berjumpa lagi . . ^^





| Aku tak dapat senyum |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 24 November 2011

T-ara Cry Cry MV

Assalamualaikum . . hello there !

Masa yang dinantikan berakhir juga . . daripada fourth album T-ara Black Eyes . .


Akhirnya T-ara buat comeback pada 18 November di Music Bank . . wahh ! Sememangnya orang yang busy seperti aku ni tak dapat tonton secara live. . maka, ehsan youtube dapat la aku berjimba - jimba dengan lagu baru dorang berjudul "Cry Cry"

Aku memang tak sabar nak tunggu MV dorang yang release pada 31 Oktober 2011.

T-ara ni memang suka buat mini-drama untuk setiap lagu baru dorang . . MV kali ni febret aku !


Dalam MV CRY CRY . . Jiyeon digandingkan dengan pelakon yang super hebat Cha SeungWon . . kesinambungan daripada MV kali ni akan disambung dalam MV lain dorang berjudul "Lovey Dovey" yang aku pun tak tahu bila akan keluar ^^ weee . .


Aku memang gilakan Jiyeon dan Eunjung !! so, kalau rajin . . layan la kegilaan aku ni yer . . chow !

Cry Cry (Dance Version)
Cry Cry (Ballad Version)
Comeback 111118 on Music Bank


| Bulan kemurungan . . hmmm |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 21 November 2011

Maafkan Aku

Assalamualaikum . . hello there !

Sebenarnya, dalam hidup aku . . aku selalu menyakitkan hati orang yang aku sayang . . buat mereka terluka dan menangis . . terasa hati dan bersedih . .


Ya !

Itu aku . .




Aku tak tahu nak minta maaf bagaimana lagi . .

Aku tak tahu . .

hmmmm



kecewa dengan diri sendiri . . bye




|Aku nak pergi jauh daripada hidup mereka semua supaya aku tak menyakiti mereka lagi |


T______________T

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Lambat !

Assalamualaikum . . hello  there !

Hari ni, aku lambat !!!!!!

Bangun pukul6.10 . . sampai office, punch pukul6.55

Dari Rawang pukul6.30 . . sampai air panas selayang (turun bukit rawang) pukul6.35 . .

Kat masjid negara pukul6.49 . .







Aku tak tahu macamana aku drive ?? Tapi, jalan tadi memang jam . . cuma, aku tak tersangkut kat Pasar Borong . . eh ?? Semua orang lambat ke ??




pssstt : banyak la caci maki aku dapat pepagi ni kan ? hawaw la aku drive tadi, itu sudah tentu. Betul tak ?? urmmm . . sorry . .


| Menangis - nangis call Kak Ekin sebab bajet sampai pukul7.15 . . lambat owh ! Cari parking, sure lif penuh. Pastu punch pun pukul8.15 camtu. Padahal dah sampai office sebelum pukul8 hm |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 17 November 2011

SEKEJAP . . dalam dialek kelantan ??

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam perjalanan pulang selasa yang lepas, macam biasa . . aku balik dengan Kak Ekin dan Mas. Perjalanan kami seperti biasa . . ada je perkara yang nak didebatkan . . lagi - lagi kakakku tu . . suka sangat usik adik dia sampai rasa nak gigit orang je aku ni dibuatnya . . heee !

Oke ! this is the point . . sedang kitorang berdebat, aku ni macam biasa la . . mempraktikkan dialek kelantan ni yang aku cuma tahu pun 2 perkataan je

(Perbualan sebelum tu, dirahsiakan . . padahal lupa )

Aku : Ye . . "menta" . . "menta" . . Ish ! Geramnya dengan kakakku sorang nih !

Kak Ekin : Mas, awak nak tahu tak ? Khai ni kalau cakap kelantan yang dia pandai sebut 2 perkataan je "menta" dan "tahu" . . yang lain dia tak "tahu"

Mas : "Menta" tu apa kak ?!

Kak Ekin : Sekejap . . (menjawab sambil tersenyum kambing . . geram je aku tengok dia time ni . . gelakkan aku la tuh . . grrrr)

Mas : . . . . . . . (masih belum pick up lagi) "menta" tu apa kak ??

Aku : Sekejap . .

(sunyi sepi)

Mas mula tak senang duduk . .

Mas : Akak ni buat apa busy sangat, Mas tanya . . "menta" tu apa ?

Aku dan Kak Ekin dah saling berpandangan dan kemudian masing - masing gelak tak ingat dunia . . terganggu pemanduan aku disebabkan budak ni sorang . . hahaha aku masih tak boleh lupakan situasi ni . . memang terkena sangat Mas waktu ni . .

Salah kitorang jugak sebab tak jelaskan betul - betul pada Mas . . kesian dia jadi bahan kitorang malam tu. Sampai Mas ni tertanya - tanya "Aku tak buat lawak pun, asal korang gelak ?!" . . aku la yang paling jahatnya sebab tak habis - habis gelakkan dia. Aku memang jahat bab ni . . hahaha

Seyes ! Kalau la Mas ni takde, aku rasa sunyi la dunia aku . . selalunya, kalau dia moody pun aku still boleh gelak lagi . . kejam kan aku ni ? heee . . aku rasa, dia pun sama je kot sebab dia kata muka aku ni lawak, muka tak serius langsung (macam penah dengar je ayat ni) . . aku marah, gelak . . aku menangis, gelak . . aku sedih, gelak . . eh ? menta ! sebenarnya dia nak cakap aku ni gila ke ?! ceh !! kenapa baru sekarang aku terfikir sebab ni ?! adeh ! siap dia nanti . . aku nak tanya dia ?! (garang nih)




pssst : sebenarnya, aku tak tahu eja "menta" tu camne . . belasah jela ! korang faham tak ?? huhu

| Mas takde . . takde la gelak tawa dalam hidup aku . . Kak Ekin takde . . takde la dapat aku rasa kasih sayang seorang kakak lagi . . hmm . . |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

BoM - Without You (Translation lyrics)

Assalamualaikum . . hello there !

Tieah !!!!

Hmm . . aku memang nak jerit nama tu kuat - kuat tapi nanti ada orang cakap aku gila . . hahaha

Oke . . entry ni, autopublish . . entah jadi ke tak autopublish ni ? first time buat . . time entry ni dipublish . . mungkin aku tengah breakfast dengan member dan kak ekin . . melepaskan rindu . . hehehe mungkin juga, aku sedang menjamah tomyam yang aku buat. Yup ! Tomyam fevret aku . . hmm rindunya tomyam yang mak long buat . . nyum ! nyum !

Aku nak share dengan korang salah satu lagu fevret aku . . kalau sesiapa yang kenal, tahu, aku ni suka sesebuah lagu bukan kerana siapa penyanyinya tetapi melody dan lirik . . ini yang terbaik ! daripada ballad group BoM . . group KPOP baru . . ini, first debut dorang . . layan . . ^^



I see you waving your hand
And I put a smile on my face
Can you tell that my heart is different from yesterday?

Last night, I stayed up all night
And I was determined to say these words
And now I want to say it all

At one point you came to me
As if you were a magnet and smiled at me
And you stayed by me
Sometimes like a friend
Sometimes like a mother
I loved you crazily, more than anyone in this world
You, who I couldn't have
You, who I loved- you have lived in my heart
So I always cry and I don't know how to leave
I can't... I can never...
I really didn't know back then
I thought it would be ok

Even if I live without you
Even if I eat without you
I thought I could live without you
I thought I could forget all the times that I loved you
As if I would live for a long long time

I wonder if you sometimes think about me too
I wonder if you remember it all like I do
I thought everything would be ok but it's so hard right now
I need to erase, I need to erase it all

Even if I live without you
Even if I eat without you
I thought I could live without you
I thought I could forget all the times that I loved you
As if I would live for a long long time

(As if I would live in fear because you aren't there)

I’m Sorry Cause I love you

You need to be happy, you really need to be happy
Although I have nothing
If you are happy, I will just stay by you and look at you
For a long (long) long (long) time
As if I would live by you forever

For a long long time, by your side




| Lyrics lagu ni, best kan ?! haruslah ! khas untuk Kak Ekin yang akan meninggalkan aku tak lama lagi dan juga Tieah yang jauh nun diseberang laut sana . . tenkiu sebab sudi kawan dengan aku ! |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Kpop - Music Bank 111104 (Top 3)

Assalamualaikum . . hello there !

04.11.11 - Music Bank berlangsung dengan jayanya . . dan aku rasa teruja sebab semua lagu memang best ! Banyak lagu baru yang tak dinafikan sesangat la memukau aku . . (walaupun tengok siaran ulangan je T___T) . . hari ni baru dapat update

#1 D-NA/The Boss - Lady

daebak ! aku gilakan suara si Hyunmin ! walaupun si Karam hensem sesangat ! hehehe *gila*

#2  BEG - Cleansing Cream

Lagu ni lebih best daripada sixth sense . . seyes ! *ringtone hp ku ! hehehe*

#3 SNSD - The Boys

Tak tahu nak cakap . . mereka memang kegilaan aku sejak zaman genie, gee, hoot, oh ! dan zaman - zaman akan datang . . hehehe gegirl sangat kan aku nie ?? heee



| Aku kepenatan . . perlu rehat ! nanti la, aku update cerita yang lebih berfaedah . . hehehe tc guys ! take care Tieah !! bye |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 16 November 2011

Dimanakan ku cari ganti

Assalamualaikum . . hello there !

11.11.11 - Tarikh keramat . . sah Kak Ekin menjadi tunangan orang . . aku happy untuk dia . . happy sesanggat sampai aku menggeletar, jantung berdenyut kencang, darah tinggi, mual, pitam . . semua ada . . semua tu terjadi bila macam - macam aku lalui semata - mata untuk dia . .

First time aku tengok dia pakai make up "uih ?! cantiknya . ." tapi sekarang . . aku sedar, aku lebih suka Kak Ekin tanpa make up . . "lagiiiii . . cantik !" hehehee 

Eh . . korang mesti bosan kan ? Asyik - asyik nama Kak Ekin . . hmm . . maafkan aku eh . .

Esok, aku akan tinggalkan Kak Ekin pulak . . hmm . . sebab aku kena hantar Wani sambung belajar di Melaka . . 

Urm . . oke la. Taknak cerita pasal Kak Ekin dah . . Meh layan lagu - lagu P.Ramlee . . lagu kegemaran yang aku selalu dengar sebelum tidur . . -_-' 


Dengar 
Oh jeritan batinku
Memekik - mekik
Memanggil - manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Dikau tiada . .

Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh ! Dengarlah
Jeritan Batinku


Hendak ku nangis
Tiada berair mata

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya





pssst : aku suka lagu versi baru ni . . lebih menusuk dikalbu gitu . .

| Kak Ekin selalu suruh aku cari pengganti dia . . tapi sebenarnya dia tak tahu yang tempat dia tak terganti . . aku bukan jenis mudah menerima dan mudah melupakan . . dia SATUnya kakak yang buat aku rasa AKU ADA KAKAK |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 9 November 2011

Pakcik ! Tolong belajar untuk hormat orang lain . . hmm

Assalamualaikum . . hello there !

Sebelum aku melabuhkan tirai hari yang memenatkan . . aku nak share kat korang satu perasaan yang sangat menyedihkan . . ketika tu, aku memang rasa nak menangis . . dalam hati aku tertanya - tanya ;

"Eh ? kenapa orang tua ni bersikap camni ?!"

Ini satu situasi yang agak menyedihkan bagi aku . . lebih lagi, aku berpuasa . . ada sebuah restoran ni, agak femes kat office aku . . femes dengan sikap pemilik dan pelayan yang selalu ambil mudah dengan kehendak pelanggan . . disebabkan aku ni ikut member, malas nak merunggut setiap kali dorang makan kat situ . . since environment kat situ pun agak tenang . . hmm boleh la . .

Apa yang buat aku sedih . . bila aku minta dengan cara baik . .

"Bang . . boleh tukar channel tak ? Saya nak dengar azan . . saya puasa hari ni . ."

20 minit kemudian

Masih belum tukar channel lagi . . T___T

Dari tadi, aku diam je sambil perhatikan sikap pakcik - pakcik (mungkin kekawan pemilik kedai ataupun pelanggan tetap yang duduk nak minum air je TAK MAKAN) yang kurang ajar . . bila kitorang buat permintaan untuk kali ke - 4 dapat jawapan ;

"REMOTE ROSAK LA DIK. ."

Aku terus bersabar . . tapi memang rasa nak menangis . . sambil curi dengar perbualan dorang . .

"Buat bodoh je . . dorang nak tengok tv la tu . ."

"Dorang bukan puasa pun . . buat tak tahu je . ."

Tapi

Entah apa hidayah yang salah seorang dapat . .

"Eh, dia betul - betul puasa la. Tengok tu, air pun tak minum lagi . . tukar channel la . ."

(time ni, channel 411 I think . . tengah play scene beromen ! biasa la citer omputih)

So, salah sorang yang kurang ajar tadi bangun pergi tukar channel . . boleh pulak ?! . . terus berkumandang azan maghrib . . sayu tak sayu hati aku ? Kalau tadi, tak tukar channel . . time maghrib dosa dok datang kat aku . . sebab berharap sangat dorang tukar channel . . hmm

Sedih lagi . . Pukul7.10 baru makanan sampai . . aku sampai kat kedai tu Pukul6.30 camtu . . mana aku nak makan lagi . . kejar solat lagi . . rushing gila aku tadi . . bila dorang tengok kitorang dah push dorang baru la nak laju sikit kerja tu . . hmm

Kalau tak kerana semua kedai dah tutup . . aku takkan makan kat situ . . ! Dah la cekik darah . . tak sopan pulak tu . . hmm

Aku tak kisah la apa dorang nak cakap . . nak buat . . kubur masing - masing . . tapi, sebagai orang tua . . yang dah memang kubur kata mari . . tolong la respect sikit aku yang berpuasa ni . . bukannya aku minta amalan dorang pun . . hmm kecewa !

Memang terduga sangat aku hari ni . . alhamdulillah . . aku berjaya kawal kemarahan, cuma rasa kecewa je tak dapat dibendung . .


pssst : restoran ni pilihan TERAKHIR aku . .

| Maafkan saya budak baru belajar . . |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 8 November 2011

Shahir - Pendam ( MV / LIRIK )

Assalamualaikum . . hello there !



Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya



Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah...
Aku pergi
Tiada hampa di hati

Aku yang mengejar bayang cinta...



| Aku tak boleh tidur ! Teringat tentang lagu ni, tetibe . . lagu ni memang slow tapi lirik die mendalam sesangat . . mendalam je, ok . . takde maksud tersirat . . hehe layan lah |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 6 November 2011

Kenapa bertemu untuk berpisah

Assalamualaikum . . hello there !

Hmm

Hari ni, dah 4 hari Kak Ekin balik kampung . . maknanya, dah 4 hari aku ditinggalkan . . ada lagi 7 hari . . lamanya . .

Entah kenapa . . aku rindu die sesangat . . tapi, aku taknak mesej die . . sebab aku rasa sebak setiap kali mesej die . . airmata ni asyik nak mengalir je . . hmm . . entah kenapa, kali ni aku rasa kehilangan sangat . . itu la, pada mulanya aku fikir sehari dua lagi oke la aku ni . . boleh je hidup tanpa die . . hm sebenarnya . .



Aku kena tempuh 7 hari lagi . . azabnya . .

Tapi

Macamana untuk tempuh selamanya nanti ?

31 Dec 2011

Die dah balik Kelantan . . ah ! dalam Malaysia je, bukan ke mana pun ! Tapi . . ada ke masa aku dengan dia lagi ? Kalau die menangis, ada ke aku nak lap airmata die lagi ? Kalau aku down, ada ke die nak bagi aku semangat lagi ? Kalau aku menangis, ada ke die untuk menangis sekali dengan aku ? Jauh kot . . aku tahu hubungan jarak jauh macamana . . |menangis|



"Pergi la ! Kai oke je bila akak takde nanti . . boleh la berjimba - jimba di 7e dengan jayanya . ."


Beri la aku kekuatan . . Ya Allah !

|menangis|
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 5 November 2011

Bila aku cuti . .

Assalamualaikum . . hello there !

Finally, bulan ni akan tercipta la rekod . . aku bercuti lama . . hehe setelah berhempas pulas bekerja membanting tulang daging semua, aku akan cuti dengan lamanya . . eh ?! bukan diberhentikan tapi, cuti raya . .

Ini la masanya untuk menghabiskan waktu terluang didepan lappy . . (baru dapat dok depan lappy 6.06 pm) hehehe hari ni, aku puasa ! Alhamdulillah . . berjaya mengharungi ujian mendatang walaupun adik aku, Wani dok syok mengunyah keropok sebalang depan aku . . haishhh ! Sengaja ke apa dia ni ?!

JANGAN MEMBEBEL PANJANG

Aku tak tahu nak update apa . . tetiba teringat yang aku ada di-Tag dulu . . hehe meh sini korek rahsia pasal aku yang pemalas ni . . 

Jom !

Ini dia Tag daripada Cik Almas beliau ni adalah rakan sekolah aku dulu . . missing u garl !

1.  Apakah nama panggilan/manja korang ? Tak kire la fmly or kawan2.
Family panggil Ayong, kekawan panggil Khai

2. Wane febret korang adalah Purple, Coklat dan Merah !

3. Bila bosan je, apa yang selalu korang fikir ?
Takde nak fikir pape . . dok termenung pastu blur . . aku fikir apa tadi ?? hahaha

4. Aktiviti yg korang nk buat tapi tak dapat nak buat sampai sekarang ialah ....
Ialah . . . . . entah la . . hehehe

5. Korang suke ke KPOP2 nih ? Kumpulan febret korang ?
SUKA yaww ! Shinee, Girl Generation, SuJu, T-ara, Ukiss, 8eight, Beast !! Yeayyy !! *excited*

6. Apa perangai orang yg korang tak suka ?
Judge orang lain melalui luaran je tanpa kenal orang dulu camne ! hasihhh !

7. Apa gadgets yang paling korang nak ?
iPhone ! Senang nak update blog dimana saja . . hehehe

8. Blaja or bekerja sekarang ? di mana ?
Kerja. Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan . . yawww !

9. Lebih suka berkawan sesama jantina atau sebaliknya ?
Dedua . . tak kisah mana - mana asalkan bukan kawan makan kawan.

10. Lebih suka duduk seseorang atau reramai dlm satu bilik ?
Sesorang . . senang nak berfikir.

11. takde soalan . . 
Err . . oke . . bye !





pssst : Jenuh menaip satu per satu soklan die bagi sebab tak leh copy paste . . huhuhu

| Tanks ye Almas, sebab bagi aku kerja . . huhu buntu lak bila kena duduk rumah ni . . |



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 3 November 2011

hari ini . . #1

Assalamualaikum . . hello there !

Pukul 9.10 : aku hantar Kak Ekin kat Hentian Putra. Bas gerak pukul9.30 . . bye ~




Pukul 1.10 : boleh pulak aku menangis time makan ! Sadis !! Selama  ni,dia selalu suap aku makan setiap kali aku tak berselera (aku memang tak suka makan nasi) . . aku rindu sangat . . 



T_______T





Dah 4jam berpisah . .



*sign*





| Tengah update daripada PC Kak Ekin sambil - sambil buat kerja yang berlambak sangat |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Salah tafsir

Assalamualaikum . . hello there !

Kadang - kadang, kita tak berniat nak minta tolong sekadar meluahkan rasa susah semata - mata untuk meringankan beban yang terasa. Tapi, bila orang salah tafsir dan mula membuat pertikaian bukan - bukan. Hati ni rasa sakitnya, beban tu makin bertambah. Lebih teruk lagi, orang itu adalah orang yang rapat dengan kita dan sepatutnya menghulurkan bantuan tanpa kita pinta.





T_____T








| Susah nak cari tempat untuk meluahkan rasa . . 10 hari Kak Ekin takde depan mata . . dengan sape aku nak mengadu lepas ni ?? |


psst  : baru 10 hari, belum selamanya lagi . . nampaknya, blog jela tempatnya . . boleh ke ?? Sorry . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 31 Oktober 2011

Cemburu itu universal

Cemburu itu tanda sayang. Kenapa mesti sayang ? kenapa tak benci je terus ? sayang sebab kita taknak orang yang kita sayang, suka, cinta jatuh pada orang lain. Mungkin orang lain tu, adalah orang yang kita tak suka atau mungkin kita tak suka langsung ! Benci adalah perkara yang mustahil. Lagi - lagi, kita dah sayang jadi kita terima dia seadanya. Buruk baik dia. Persetankan semua perkara kerana kita sayang dia. 

Ya ! S.A.Y.A.N.G !

Cemburu itu universal. Tak semestinya untuk orang yang kita cintai. Maksudnya, pasangan kekasih. Boleh jadi, ayah cemburukan anak yang manja betul dengan ibunya (isteri). Adik yang cemburukan abang sayang sangat kat kakak dia. Kakak yang cemburukan adik disayangi oleh adiknya yang lain. Atau kakak yang cemburukan adik dia manja dengan kakak yang lain. Boleh jadi juga atok yang cemburukan cucu yang manja dengan nenek sampaikan nenek terlupa nak buatkan kopi minum petang atok. Apa pun boleh jadi pada satu subjek ! 

C.E.M.B.U.R.U

“Akak kan nak pergi tinggalkan adik ni, pergi la . . boleh adik berjimba - jimba dengan kakak tu . .” - Ayat menyakitkan hati sendiri -.-“


“Owh ! Memang akak nak pergi pun !”

“Yes !!” (Berbisik tetapi dengan lantang)

“Gembira la adik dengan kakak tu !”

“Eh ?! Salah . . adik nak cakap . . alaaaaa . .”

“Takpe, akak pergi tak balik dah !”

“Jangan la . . sayang kakak ni sorang je . . gurau je tadi . .”

*sunyi*

“Akak jealous ke ?”

“Ada la sikit . . akak tak suka adik cakap macam tu !”

“Dah akak suka sangat nak bagi adik kat orang lain . . sebab tu adik cakap camtu . . akak, tak sayang adik dah ke ?”

“Adik rasa ??”

“Adik rasa, semakin hari adik semakin sayang . . tapi, tak tahu la kakak macamana . .”

“Akak pun sayang adik manja ni sesangat . . lain kali jangan cakap macam tu lagi . .”

“Baik ! Sayang akak !” - hugs

Nampak tak ?! Cemburu itu universal. Jangan kata, bila kawan baik dia cemburu dia dengan kawan yang lain dikatakan sebagai gay, lesbian dan sebagainya. Kita tak boleh judge seseorang melalui luaran, perbualan ataupun apa saja. Tuhan pun tak terus menghukum hambaNya yang melakukan kesilapan dan Tuhan juga tak kejam. Dia juga maha pengampun - dah lari daripada tajuk asal.

Yang pasti, dengan cemburu juga bukan bermaksud kita boleh mengawal hidup seseorang tu ikut suka hati kita. Sebagaimana Tuhan beri kita kebebasan untuk memilih, begitu juga dengan orang lain.

Sayangi la apa adanya.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rindu

Assalamualaikum . . hello there !

Hidup aku penuh dengan tanda tanya
Sayang aku ke ?
Rindu aku ke ?
Penting ke aku ni ?
Salah aku ke ?
Mana silap aku ?
Ada ke aku dalam hati tu ?
Semuanya soalan yang tidak berjawapan
Yang pasti,
Aku rindu sangat !
Pasni ada yang marah kalau aku bercakap lagi.
Tapi aku tetap nak bercakap lagi.
AKU RINDU !!
Mana dia pergi ?
Kenapa dia pergi ?
Untuk apa dia pergi ?
Dia dah benci aku ke ?
Dia tak sayang aku ke ?
Aku ada buat salah ke ?
Kenapa dia hilang ?
Kenapa tak beritahu aku ?
Semua soalan yang tidak berjawapan
Yang pasti,
Aku sakit sangat !
Pasti ada yang marah kalau aku bercakap lagi.
Tapi aku tetap nak bercakap lagi.
AKU RINDU !!
Dah lama aku tunggu
Kenapa tak call balik ?
Kenapa tak balas mesej ?
Kenapa tak pick up call ?
Kenapa ?
Kenapa ?
.
.
.
.
.
.
.
Masih menunggu










| Sis . . adik awak rindu kat awak sesangat . . maafkan dia kalau dia buat awak terasa hati . . lupakan dia kalau dia buat awak rasa benci . .|

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 25 Oktober 2011

Biarkan aku tidur

Assalamualaikum . . hello there !

Pepagi lagi, aku dah mamai . . ingatkan hari ni hari minggu. So, aku nak bangun lewat sikit. Bila azan subuh baru aku sedar yang hari ni bukan hari minggu . . 

Habuannya, aku mengantok sesangat . . 7.20 am . . aku sangat mengantok !












| Sejak bila ada hari minggu dalam hidup aku ni ? |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 24 Oktober 2011

Pilihan terakhir | JIWANG

Assalamualaikum . . hello there !

Semakin hari, semakin terasa waktu berjalan


Demam aku dah kebah sejak semalam, tapi entah kenapa tetiba isyak tadi aku demam balik. Migraine. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu.

Batuk dah hilang sikit tapi kahak masih banyak, tekak masih payau tak rasa apa . . (sedang tahan muntah. angin kot)

Hari perpisahan semakin tiba

Kak Ekin jangan nak merepek ! Akak bukan pilihan yang terakhir dan Kai tak pilih akak pun untuk hadir dalam hidup kai . . kai sayang akak sangat - sangat . . | END |



| Sedih bila Kak Ekin cakap camtu . . |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 23 Oktober 2011

Adakah untuk selamanya ? | JIWANG

Assalamualaikum . . hello there !

Esok kerja lagi . . malam ni, makin menjadi - jadi pulak batuk aku ni . . super teruk-lah, dah makan ubat tapi still batuk lagi . . pergi klinik ? huishh . . semua tu pakai duit . . hm

Petang tadi, aku dan Kak Ekin ber-mesej sampai la sekarang ni haa . . biasanya kitorang stop mesej bila masing - masing nak tido . . eceh ! macam orang bercinta pulak kan ? aku pun tak tahu, ada je topik yang kitorang nak text . . jadi. tak bosan dan aku pun mesej dengan dia sorang je . . single kan . .

"Kak, pelik tak ? kai tak minum ais, sikit - sikit air suam tapi batuk, kan ?"

"Pergi klinik, jumpa doktor . . "

Jawapan aku sama macam intro tadi

*batuk*

"Kenapa kai sayang akak ?"

"Kai sayang seseorang tak perlukan sebab, yang kai tahu, kai sayang akak . ."

"Akak dah sayang kai, entah macamana hujung tahun nanti . . hmm"

"Entah . ."

"Takpe, jauh dimata dekat dihati . ."

"Yelah . ."

"Kalau demam lagi, esok tak payah datang office . ."

"Tak nak !"

"Kenapa ?"

"Kalau akak taknak cakap dengan kai takpe, janji akak ada kat sebelah kai . ."

"Yelah, akak taknak buat kai sedey lagi . ."

"Sape suruh akak baik sangat ?! kai terharu . . tahu . ."

"Entah la, akak pun tak tahu kenapa . . hehehe . ." - baca sini

Boleh pulak kan ? Aku salahkan dia baik sangat dengan aku sampai aku touching tadi . .

Sebenarnya

Setiap hari aku fikirkan hal yang sama . . mostly, setiap hari aku bekerja . . masa aku lebih banyak kat office daripada kat rumah . . jadi, kami selalu bersama . . dia ibarat bayang - bayang aku begitu juga sebaliknya . . kalau aku ke 7e sesorang, mesti kakak 7e tu tanya "Mana kakak besar ?" tergelak aku, sebab hari tu Kak Ekin tak datang . . memang sunyi giler hidup aku sepanjang hari tu . .

"Kenapa nak pergi 7e ?? Owh . . nak jumpa kakak kecik la tu . ."

Perli Kak Ekin

"Tak la, nak topupkan akak kan ?"

Rasa macam comel je mereka berdua . . dalam diam, Kak Ekin dok menyebut pasal Kakak kat 7e tu yang sampai sekarang ni aku tak tahu nama dia . . macam tu juga dengan kakak kecik tu . . yang Kak Ekin ni jadi kakak besar . . apa ke comel dorang ni . . haha pastu, Kak Ekin dok perli - perli aku suruh kerja kat 7e . . (ketawa besar)

Dalam diam

Aku dah jadikan Kak Ekin idola aku . . entah macamana, aku banyak berfikir untuk jadi lebih matang dalam hidup ni . . aku rasa dia perempuan yang melayu terakhir ! bertuah bakal tunang dia . . sebabnya, susah nak jumpa perempuan kampung kat KL ni . . kebanyakkan dorang murtad sebab bila datang KL, konon nak jadi orang KL. 

Berbeza dengan Kak Ekin yang masih berbaju kurung, bertudung kemana saja dia pergi . . adore sangat dengan dia sampai aku pun terfikir nak berbaju kurung je lepas ni . . dia pun banyak buat aku berubah . . jadi lebih sabar . . beriman dan bercakap benda benda baik saja . . aku terharu sebab dia tak pandang keburukan aku . . tak penat menegur aku . . dia banyak mengubah cara hidup aku yang dulu entah apa - apa

Aku pun rasa pelik . . macamana perempuan kampung macam Kak Ekin tu boleh jadi idola aku . . tapi aku tahu itu kenyataannya . . dia, Tuhan temukan dengan ku untuk tunjukkan aku sesuatu yang tak aku duga . . betul kan ? 

Aku berjanji untuk berubah dan aku berubah . . insyaAllah untuk selamanya . . tolong doa kan aku ye . . amin

Sudah la membebel panjang . . aku nak tidur . . esok kerja . . | END |


| Siapa pun yang hadir dalam hidup aku, tidak pernah aku gantikan dengan sesiapa sebelum ni kerana bukan mudah untuk aku menyayangi seseorang dan bukan mudah untuk melupakan seseorang itu |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 22 Oktober 2011

rajuk aku

Assalamualaikum . . hello there !

Aku merajuk

Aku kena marah tadi

Padahal aku dah tahu yang dia takde mood dan ada masalah lain

Tapi

Entah kenapa aku touching bila dia marah aku suruh makan tadi . .

"Mana ada akak marah . . suruh makan taknak . ." - yela, memang macam semalam aku kenal dia kan ?? hm dan aku ni pun, asyik nak merajuk je semenjak demam ni . .

Tapi

Rajuk aku tak lama pun . .

Memang salah aku la, degil ! suruh makan tak mahu . . sebab tu dia suruh jugak aku makan . . kalau dia tak marah, ada aku nak pergi makan ??

Rajuk aku sekejap je . .

Bila dia pergi ambil air suam dan ubat bagi aku makan . . pastikan aku makan ubat dulu sebelum dia pergi solat . . hm


TERHARU - aku tak tahu la macamana nak hidup tanpa dia lepas ni . . lepas ni, Kak Ekin akan balik ke Kelantan :( maknanya aku dah takde kakak lagi . . takde orang nak dengar aku membebel . . suruh aku berhenti menangis . . aku dah takde kawan nak bergaduh . . takde orang nak pegang tangan aku bila aku berjalan, melintas jalan, berlari . . takde yang meneman aku kemana je aku pergi . . takde lah bayang bayang aku lagi . . takde dah pasni . .


Aku sedey sangat . . sebab tu aku asyik nak merajuk jer dengan dia . . hmm





| Dah la semalam aku suruh dia pergi . . |



- menangis -
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

kenapa baik sangat ?

Assalamualaikum . . hello there !

Seperti yang ramai sedia maklum, telah aku war - war kan sebelum ni betapa DEMAM-nya aku . . sampaikan tahap aku tidur tak lena hampir seminggu . . aduh ! benci gila ! tapi, aku sendiri tak berapa suka makan ubat :(

| Tak suka ubat |

| Tak suka sakit |

Kat situ pun dah faham betapa menggedik aku ni. Lebih tahan berpura - pura sihat daripada kena makan ubat. Punca je kena marah selalu.

| 1 jam kemudian |

Aku memang camni, taip separuh, bw separuh. . haish !

Camni

Macam biasa, aku masih bekerja walaupun aku demam . . sebabnya, aku tak suka duduk rumah . . rasa lagi sakit kalau cuti . . baik aku kerja je . . tapi, kat office aku sesangat la tak bermaya . . ada la masa tertentu sampai aku tertidur kerana tahan sejuk dan rasa tak sedap badan . .

Kat office, Kak Ekin yang jaga aku . . dia dok membebel sebab aku susah nak makan ubat . . datang pulak penyelia aku, Ilah bawa ubat batok woods . . since dia pun demam jugak, so kira sharing is caring la kononnya . . aku tertewas disitu ! 

Aku makan ubat - hasil kerjasama Kak Ekin dan Ilah . . haish . . aku benci der ubat batok ! memang rasa sejuk je peparu aku ni . . menangis !

Pastu, sampai petang pulak aku tertidur lagi . . tetiba aku dah diselimutkan bagai - entah siapa yang selimutkan aku pun aku tak sedar . . dalam dok mamai - mamai datang pulak abangku, Aimi Fazril. 

"Ahh . . nak suruh aku minum air suam la nih" - bisik hati aku. Dah kalau dulu, time aku sakit ex-boyfe dok bising suh minum air bebanyak sebab tu la aku berfikir camtu.

Sebenarnya

Dia dan Ain masukkan panadol soluble dalam air tu !! HUH dapat la aku air berubat tu . . nak menangis ! tapi paksa juga minum . . entah bila dia pergi 7e pun aku tak tahu . . erk ! 

Penangan daripada u-ubat tersebut . . aku semakin pulih . . panas badan dah takde

CUMA

Batok tak hilang lagi !

Sakit dada ku | END |

Jadi, nampak tak ? betapa teruknya perangai aku bab makan ubat nih ? Huhu tolak sana sini, last dapat jugak . . kena makan ubat jugak . . btw, TERIMA KASIH kat semua yang care pasal aku tadi . . aku sayang korang sesangat, ikhlas dari hatiku . . terharu sangat 

Siti Nurul Ashikin - sian dia tadi membebel sebab adik dia ni degil sangat takmo makan ubat, sian dia pergi 7e belikan roti dan milo untuk adik dia walaupun adik dia takde selera (hargai sangat), sian dia sebab kena suap adik dia makan nasi supaya adik dia makan walaupun sikit (rasanya banyak kot aku makan tadi) TQ kakakku !

Jangan baik sangat dengan aku . . nanti aku berat hati nak tinggalkan semua orang T___T

Saat camni, aku tak sangka ramai yang berbuat baik dengan aku dan aku rasa bersalah sangat sebab susahkan mereka tadi . . TERIMA KASIH sekali lagi | BYE |


| Nuar bawa balik pil selsema bila dia tahu aku demam . . ceh ! ubat lagi ! haishhhh |



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 20 Oktober 2011

bertajuk tapi tak beridea | merapu

Assalamualaikum . . hello there !

Aku demam

Tak boleh disorokkan lagi bila kena bebel dengan adik tadi

"Kau tak payah tipu la . . bibir kau pucat . . kau sakit kan ?!"

"Tak lah . ."

"Makan la sikit pastu makan ubat. Aku ada beli air oren . . minum la . ."

Aduh ! Rasa bersalah yang teramat sangat . . uit ! sebenarnya rasa bersalah bila menyusahkan setiap orang yang aku sayang setiap hari tahu ?!

Hari ni macam dirancang - rancang je

Hujan turun dengan lebatnya seolah mengiringi tangisan hatiku (cewah)

Aku pun basah bermandikan hujan . . pffttt

Dengar hotfm tetiba ada nasihat penaja supaya buang everything about your ex ! start new life without him . . pastu, dorang play lagu Bila Cinta by Gio . . adoi ! 


Malas nak cerita panjang . . tapi untung la sebab masih ada orang yang menyayangi aku . . sentiasa ada disisi aku pada waktu camni . . syukur alhamdulillah . . owh . . kamu kamu juga . . terima kasih !




flu ! camne nak tido dengan lena ni ?! hmm | END |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada tajuk

Assalamualaikum . . hello there!

Lunch hari ni, aku stay kat office je. Tak mampu keluar makan, so aku minta tolong kakak kesayanganku Kak Ekin tapau nasi kosong je sebab ibu ada bekalkan lauk sambal tempe kegemaranku. Kalau ikutkan memang tak lalu makan, tapi kesian kat ibu yang dah bersusah payah masak semalam tapi balik kerja aku tak makan pun. Aku demam - selera makan pun kurang.

Entah la, nampak je gagah perkasa tetapi sebenarnya lembik. Baru diuji sikit terus jatuh sakit -.-" sebenarnya, aku memang camni. Tak boleh kuat - kuat sangat memandangkan kesihatan pun tak menentu. Penyakit lama pun tak pulih sepenuhnya . . 

Okey

Think positif . . mungkin sebab terlalu penat, 3 bulan kerja tanpa cuti pastu drive ke Kelantan dan Terengganu. Balik je terus kerja non-stop lagi sebab tu la sakit.

Tapi

Sebenarnya . . dah beritahu kan ? Alah ! Baru first time putus cinta aku dah mabuk camni ?! -sila gelakkan aku- dulu, aku jadi pendengar kepada masalah kekawan aku sampai aku jadi seorang yang sangat memilih untuk couple. Sekarang, rasakan sendiri . . learn from mistake . . 

Kesimpulannya, aku masih tak mampu untuk bahagiakan sesiapa selagi aku sendiri tak bahagia lagi . .

Sorry bagi entry merepek lagi . . nak beritahu yang aku ni tengah demam ja | END |

pst : tanks to ain yang sudi teman aku time lunch camni . . sangat kau budak !





Malas nak bercinta dah . . kalau la umor 24 tahun masih single . . aku serah kat ibu je untuk carikan jodoh buat anaknya ini . . hahaha YA ! memang aku kolot ! | BYE |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Masih diparas normal | PUTUS

Assalamualaikum . . hello there !

Sejujurnya, aku seorang yang kurang sifat yakin diri dan lemah daripada segi mental dan fizikal. Punca aku duduk terperap disatu sudut tanpa menantikan sesiapa pun. Punca aku tak berjaya meluahkan penulisan yang baik kerana takut tiada yang membaca. Punca aku tak suka berbicara kerana bimbang tiada siapa yang faham. Punca aku lambat mengenali orang baru dalam hidup aku kerana takut tidak mahu dikenali.

Itu aku.

Aku.

Sering menyimpan rasa sehingga makan diri. Cuba untuk berubah tetapi tidak mempunyai bimbingan. Mencuba sesuatu yang baru dengan yakin diri paling rendah. 

Ya ! aku la tu.

Hari tu, masih ingat lagi dia bagi text putus (langsung) aku terdiam seribu bahasa. Tak terkata. Tak terluah. Paling teruk. Rasa sakit, sebak, derita tetapi airmata tak mengalir. Biarpun dia text berkali - kali. Itu ini. Aku tidak membalas walaupun satu. Biarkan hati sakit sendiri. Sembuh sendiri. Namun, ada satu perasaan mengatakan dia akan kembali.

Bila dia kembali, aku tak tahu apa yang tak kena tapi aku tahu itu bukan petanda yang baik. Aku tidak mahu membuat perjelasan berulang kali sedangkan aku seorang yang tidak bijak berkata - kata. Sembur sana sini akhirnya aku yang salah. Baik mendiamkan diri tapi dalam hati . . SAYANG TAK TERHINGGA . .

Tahu, kini dia milik orang lain . . selepas DUA MINGGU BERPISAH . . padahal aku dah jangka . . biarpun dia kata dia hanya ada aku . . biarpun aku terluka sedikit sewaktu terlihat gambar wanita lain dalam simpanan dia . . text . . eh-aku sangat terluka . . tapi, aku tidak membiar dia melihat kerana aku mengenali dia . . aku mahu dia gembira . . namun, aku tahu aku bukan orang yang selayaknya untuk membahagiakan dia . . AKU TERLUKA . .

Mencintainya selama 5 TAHUN, memilikinya selama 10 BULAN, kehilangannya SEUMUR HIDUP . . AKU SAKIT . . - ini paling sakit -

Mereka kata, aku masih diparas normal apabila mampu tersenyum. Makan dengan selera. Tidur lena. Mandi masih basah.

Sedangkan, aku terluka teruk. Peluru itu tepat mengenai paras dada. Memusnahkan sekeping hati yang tulus ikhlas menyayangi. Ya ! Betul la katanya, semua berpunca daripada aku. Biarpun aku tertanya - tanya, salah ke patah perkataan aku malam itu ?? Ada ke yang dia tak faham ?? Atau ini memang yang dia mahu ?? Bosan barang kali ??

Cinta ini menyakitkan aku . .

Luarannya, aku nampak gagah. Bergurau senda. Ketawa terbahak - bahak. Menari-nari. Berlari gembira. 

Sebenarnya, aku sedang menderita. Sakit. Demam.

YA ! aku la tu.

Aku sedang putus cinta !

Maaf kerana bagi korang baca entry yang kusut dan entah apa-apa . . | END |



somehow I love you . . I never can say it rightly . . GudBye lover . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday - In Heaven - JYJ

Assalamualaikum . . hello there !


Adakah kita akan bersama disyurga nanti ?
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 18 Oktober 2011

Cuti cuti Malaysia

Assalamualaikum . . hello there !

Jenuh aku memikirkan title yang sesuai tapi jelas kelihatan aku sangat kesempitan idea . . jadi, guna la idea Kak Leniy . . (amik daripada tittle album dalam facebook beliau)

Last week 9 - 14 Oktober . . aku, Kak Ekin, Kak Atie dan Kak Leniy telah pergi bercuti, berpoya - poya, berjimba - jimba setelah TIGA BULAN BEKERJA 7 HARI SEMINGGU TANPA CUTI ! hehe rajinkan kami ?? 

Selama seminggu kami melepak kat KELANTAN dan TERENGGANU . . sini den nak koba kat ekau sumo . . sekarang ni, den dah jatoh habis dah . . habis lah sobab den dah jatuh cinto kek TERENGGANU nih . . den dah bagitau ibu ayah den tak mau layie tinggal kek KL ni . . den nak stay kat TERENGGANU sano . . tapi (KL TERUS . . tak pandai cakap nogori sebenarnya . . haha lahir je kat sana) BERSYARAT . . 

"Ayong . . kau boleh keja dan stay kat sana tapi jangan kawin dengan orang sana . ." - Angah

"Awat ?!"

"Sebab jauh sangat . . " - Angah

"Ibu setuju !" - Ibu

"Iter pun setuju !" - Alang

"Ayah tak setuju . . kolot la korang anak beranak ni . ." - Ayah

"Ayong setuju dengan ayah !"

"Adik ikut je kau nak ke tak nak . . kau yang kawin . . " - Adik

" . . . . "

Ye ! Adik aku memang camtu ! hahaha

Adoi ! Dah TERceloteh panjang . . meh aku nak citer tentang kat sana . . hehe

Kak Ati dan aku yg FIRST melepak kat Pantai Irama Bachok.
Waktu ni, aku dan Kak Atie sedang selfish ! Excited weh ! Kat KL mana ada laut ! Haha kitorang tinggalkan Kak Ekin dan Kak Leniy pastu kitorang berjimba - jiba ditepi pantai . . baju pun tak tukar lagi weh !

HOBI - menconteng pasir
Disebabkan sampai dah petang, kitorang balik je rumah terus tidur tak ingat . . aku yang drive tapi dorang yang penat . . haha selalu camtu . . esoknya baru pergi menconteng pasir sambil pakai KAIN BATIK ! aku suka kerja gila ni ! hahaha tak payah usha pelik sangat boleh ?!

Ala . . lupa nama tempat ni -_-"
Dah tu, gi jejalan kat KB . . pergi Pasar Wakaf Che Yeh . . dan lain - lain . . banyak aktiviti kat KELANTAN yang best - best tapi aku tak dapat join ! -.-"

Hari Rabu . . wordless day . . haha dok melepak kat rumah . . AKTIVITI FAVORITE AKU !! yela, aku dah drive je sejak bekerja ni . . duduk rumah la paling heaven ! hehehehe suka sangat !

YANG PENTING aku dah menconteng kat setiap pantai yang aku berhenti ! HAHAHA

Hari Khamis, pepagi lagi lepas breakfast kami terus gerak ke TERENGGANU ... Aku excited kerana DUA SEBAB . . 

1. Highway ke TERENGGANU lalu tepi pantai . . sepanjang jalan kan ?! hahaha
2. Entah la . . rasa nak menjerit je sepanjang drive tu sebab excited sangat !

Sampai kat TERENGGANU je . . kitorang stop kat Pantai Batu Sepuloh (mungkin kot sebab tak tengok signboard pun time ni) . . TERUJA sangat sebab view dah la cantik pastu FIRST TIME tengok pasir putih dan air laut yang jernih weh !! *jakun*

Konon nak angkat Kak Atie campak kat laut
HAHAHA
Exicted berlari pergi ke persisiran pantai !
YEAY !
Dapat call :( *hate this moment*
baru nak enjoy jup . . hmm
Me with Kak Atie !
Kak Leniy, Kak Ekin dan Kak Atie !
SAYANG KORANG SEPENUH JIWA 
Kitorang stay 1 malam je kat TERENGGANU . . sedey ! Sebab aku tak expect pun TERENGGANU best ! Hahaha . . so, sampai je kat TERENGGANU kitorang pergi la melawat tempat sepatutnya yang menarik kat sana . . sumpah best !
Betulkan ?
Aku yang drive stabil lagi tapi orang lain yang penat
HAHAHA
AT MUZIUM TERENGGANU . .
Kak Ekin ni asyik nak geram je dengan aku HEHE 
Kak Atie dan Kak Leniy memang tak dapat dipisahkan
bagai pokok pinang dibelakang mereka HAHAHA 
Disebabkan kitorang tak puas berjalan, balik rumah . . mandi . . pastu kitorang keluar balik berjimba - jimba dengan jayanya . . cuma . . sayang - bateri camera lupa nak cas ! damn ! Aku memang akan beli bateri extra pasni ! hishhh !

SAYANG MEREKA !
tak lupa juga Kak Leniy <3

Yang Bertanggungjawab buat aku sedey malam tu
:(
Hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku malam tu . . sedey sangat . . memang kalau takde dorang, aku akan menangis sekuat hati . . mungkin ini percutian yang terkahir kami . . lepas ni, masing - masing akan bawa haluan sendiri . . corak lukisan hidup sendiri . . sedey . . doa aku semoga dorang semua sentiasa gembira dan berjaya dalam hidup . . amin

THANKS SISTER'S
for make this happines moment in my life !
Perasaan aku, AKU TAKNAK BERPISAH DENGAN SESIAPA boleh ?! AKU NAK DORANG SELAMANYA BERSAMA AKU boleh ?! kalau la masa boleh berputar balik, aku nak dorang hadir dalam hidup aku sejak awal lagi . . 

Ini la percutian yang terindah dalam hidup aku . . saat aku tak rasa aku keseorangan atau ditinggalkan . . aku bahagia sangat waktu ni . . terima kasih Tuhan kerana menyayangi kami . .

TERIMA KASIH KAKAK KAKAK KU !
SAYANG KORANG !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 6 Oktober 2011

bila akal . . .

Assalamualaikum . . hello there !

Bila akal tidak dikepala
Bila iman tidak menguasai diri
Bila akal dikuasai setan
Bila semuanya tidak dapat dikawal badan

Kau !
Kau !
Kau !

Menjadi mangsa prejudis manusia berkepala kejam
Menjadi mangsa tomahan hati yang hitam

Aku !
Aku !
Aku !

Melenting disebalik ketenangan diri
Memberontak disebalik senyuman
Memaki mencaci dengan sumpah seranah
Hipokrit lah dunia !!

Ini yang ketiga . . tak kala akal mulai senak
Fikiran mulai kusut . .
Nadi mulai terhenti . ..


Ahh !! Aku serabut !!



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Bila Ginjal Menari nari #awkward morning

Assalamualaikum . . hello there !

Permulaan pagi yang sangat ginjal err . . maksud aku ganjil . . seperti biasa, seorang ibu mengejutkan anaknya bangun daripada tidur . . dengan penuh kesabaran dan istifar panjang kerana seperti biasa juga adalah menjadi rutin untuk beliau menguatkan iman didada apabila mengejut anak yang liat seperti getah bangun daripada tidur . . setelah 20minit dikejut baru-lah anak itu benar - benar bangkit daripada tidurnya . . 

Mandi dan bersiap - siap untuk ke pejabat, solat subuh adalah perkara wajib ditunaikan sebelum memulakan hari yang . . . ginjal ganjil . .

Usalli fardhaz subhi raka'ataini adaan lillahi ta'ala

dengan niat, supaya tidak lupa bertemu dengan Yang Maha Esa suatu hari nanti . . 5 waktu menjadi panduan hidup . . berusaha untuk tidak tertinggalkan walaupun sewaktu . . hidup untuk mati . . itu la tagline hidup anaknya . . bersiap untuk ke pejabat . . mengambil apa yang patut . . melangkah keluar daripada bilik . .
tiba - tiba langkah terhenti . .

Eh ?! kenapa rasa macam pelik je ni ? Bisik sekeping hati lalu berpatah balik masuk ke dalam bilik . .

Laa . . aku tak kemas katil lagi !

Sangat ganjil bila tiga hari lepas katilnya dikemaskan oleh seorang kakak . . weh ?! apesal aku ni bermadah helah pepagi ni ?! ginjal ganjil weh !! hahaha

Tiga hari Kak Ekin kemaskan katil bila bangun dari tidur . . itulah, dah dimanjakan . . nasib baik tak terus pergi kerja . . kalau tidak memang ada budak yang kena bebel balik kerja nanti . . pfftt ! Ini la akibat kalau ada kakak . . dimanja sampai terlupa tanggungjawab hahaha patut la adik - adikku sangat mengada - ngada selama ni . . 

kbye !


 
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca