KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Isnin, 31 Oktober 2011

Cemburu itu universal

Cemburu itu tanda sayang. Kenapa mesti sayang ? kenapa tak benci je terus ? sayang sebab kita taknak orang yang kita sayang, suka, cinta jatuh pada orang lain. Mungkin orang lain tu, adalah orang yang kita tak suka atau mungkin kita tak suka langsung ! Benci adalah perkara yang mustahil. Lagi - lagi, kita dah sayang jadi kita terima dia seadanya. Buruk baik dia. Persetankan semua perkara kerana kita sayang dia. 

Ya ! S.A.Y.A.N.G !

Cemburu itu universal. Tak semestinya untuk orang yang kita cintai. Maksudnya, pasangan kekasih. Boleh jadi, ayah cemburukan anak yang manja betul dengan ibunya (isteri). Adik yang cemburukan abang sayang sangat kat kakak dia. Kakak yang cemburukan adik disayangi oleh adiknya yang lain. Atau kakak yang cemburukan adik dia manja dengan kakak yang lain. Boleh jadi juga atok yang cemburukan cucu yang manja dengan nenek sampaikan nenek terlupa nak buatkan kopi minum petang atok. Apa pun boleh jadi pada satu subjek ! 

C.E.M.B.U.R.U

“Akak kan nak pergi tinggalkan adik ni, pergi la . . boleh adik berjimba - jimba dengan kakak tu . .” - Ayat menyakitkan hati sendiri -.-“


“Owh ! Memang akak nak pergi pun !”

“Yes !!” (Berbisik tetapi dengan lantang)

“Gembira la adik dengan kakak tu !”

“Eh ?! Salah . . adik nak cakap . . alaaaaa . .”

“Takpe, akak pergi tak balik dah !”

“Jangan la . . sayang kakak ni sorang je . . gurau je tadi . .”

*sunyi*

“Akak jealous ke ?”

“Ada la sikit . . akak tak suka adik cakap macam tu !”

“Dah akak suka sangat nak bagi adik kat orang lain . . sebab tu adik cakap camtu . . akak, tak sayang adik dah ke ?”

“Adik rasa ??”

“Adik rasa, semakin hari adik semakin sayang . . tapi, tak tahu la kakak macamana . .”

“Akak pun sayang adik manja ni sesangat . . lain kali jangan cakap macam tu lagi . .”

“Baik ! Sayang akak !” - hugs

Nampak tak ?! Cemburu itu universal. Jangan kata, bila kawan baik dia cemburu dia dengan kawan yang lain dikatakan sebagai gay, lesbian dan sebagainya. Kita tak boleh judge seseorang melalui luaran, perbualan ataupun apa saja. Tuhan pun tak terus menghukum hambaNya yang melakukan kesilapan dan Tuhan juga tak kejam. Dia juga maha pengampun - dah lari daripada tajuk asal.

Yang pasti, dengan cemburu juga bukan bermaksud kita boleh mengawal hidup seseorang tu ikut suka hati kita. Sebagaimana Tuhan beri kita kebebasan untuk memilih, begitu juga dengan orang lain.

Sayangi la apa adanya.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

3 ulasan:

almas alin berkata...

salam kai... how are u? just want to inform that u have been tagged. reply if u have a free time.. take care yunk.. :)

**::CIKNUURUL::** berkata...

salam,.dear,sori lambat terjah balik,.i'd just noticed kt comment entry psl abg ady,.hihi,.siyes,baru terjah balik,.thanks ya,.


cemburu tanda sayang!,.pada sesiapa pun,.ahaks,!

Asyraf Hamasaki berkata...

heaven itu cemburu