KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 20 Disember 2011

Aku . . tak boleh

Assalamualaikum . . hello there !

Aku selalu tersangkut dengan kisah - kisah semalam. Cepatnya aku hidup dalam kenangan. Selain belajar daripada kesilapan, aku juga belajar untuk menjadi lebih baik. Tapi, tak semua perkara aku boleh lakukan dengan baik. Ada perkara bukan bakat aku. Bermakna, aku tak boleh buat.


Aku . . tak boleh nak pujuk orang yang merajuk. Lagi - lagi, aku ni kuat merajuk juga. So, ada waktu aku sendiri tak tahu samada aku ni perlu di pujuk atau tak ?

Aku . . tak boleh simpan duit. Aku pemurah. Yang teramat sangat. Sangat ! Ada je duit, minta la aku mesti bagi. Sampaikan, aku sendiri takde duit nak makan dan pergi kerja. Hmm. Tapi, takde siapa tahu dan takde siapa yang faham kecuali . . dia . .

Aku . . tak boleh mencintai seseorang setulus hati aku. Jika berlaku, bermakna aku sanggup makan hati daripada buat dia sakit hati. Hm. Mungkin, dia juga tetap sakit hati dengan aku. Aku boleh merana dan sebut nama dia setiap hari . . apabila celik ja mata ini . . nama dia.

Aku . . tak boleh hidup tanpa orang yang aku sayang. Aku rela jadi nonsense dimata dia daripada dia takde disisi aku. Bila dia takde, hidup aku kosong. Kali itu, hanya ada Tuhan dan Aku. Kali itu. Tiada la senyum tawa tapi hanya seorang budak yang sombong, moody dan annoying. Mungkin.

Aku . . tak boleh terlalu mengambil berat tentang orang lain. Kalau aku buat, akan  ada yang rimas. Kan ? Aku membebel suruh buat itu ini. Aku selalu fikir semua tu untuk kebaikan tapi aku tak sedar yang aku buat orang rimas. Betul tak ?

Aku . . tak boleh melakukan sesuatu perkara dengan betul. Pasti ada salah ja. Jadi, aku perlu ditegur setiap masa !


Lihat la, itu baru sedikit. Kalau kau dah kenal aku, kau akan tahu. Aku ni sangat memerlukan kau disetiap masa aku. Cuma, mulut ini je tak pernah betul mengucapkannya. Selalu berkata - kata dalam nada suata yang kasar dan menyakitkan hati. Maafkan aku.


Sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

3 ulasan:

Nazz@Purple berkata...

kira ego la ni eh..?

adibahrisha berkata...

be positive dear!

Q - my story?? berkata...

jika kamu rse tu yg terbaik utk kamu, teruskn.. kerane tu idup kamu.. sblm tu munasabah diri kamu, adekah kamu wat keputusan yg btl..