KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Isnin, 7 Jun 2010

apa yang patut aku buat ?

dah lama tak update, bila update tub2 bertanyakan soalan merepek meraban kn? huhuuu teruk tol aku nih. hmmm....

entah la, aku tunggu masa yang sesuai untuk mengubah sesuatu yang hilang dalam hidup aku ni. aku cuba isi dengan pelbagai cara. aku cuba pelbagai kaedah tetapi tetap sama. tetap kosong. akhirnya, aku kat sini bertanyakan pada kalian semua tentang aku..urmmm..

aku tak tahu apa yang aku buat. aku nak tengok kawan baik aku bahagia tapi aku tak sanggup tengok dia menderita juga. apa yang harus aku buat ? sepatutnya hati aku berat sangat tapi entah kenapa, dengan ikhlasnya aku dah berikan dia pelbagai buah pilihan yang terbaik pernah aku fikirkan. aku tak tahu kenapa aku jadi begitu ikhlas sekali. aku tak tahu apa dah jadi dengan ketegasan aku. ini bermakna aku mempertaruhkan perasaan dia sekali lagi malah aku mempertaruhkan masa depan dia juga.

aku taknak fikir yang negatif lagi selain berharap buah pilihan itu berhasil menjadikan dia lebih bahagia. lebih bahagia. itu yang aku fikirkan..tapi aku tak tahu kenapa aku masih berfikir..apa yang patut aku buat ???

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: