KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Jumaat, 25 September 2009

Dah berhari - hari di hari ini je la..kekekehh !

hadoiyai !


Dah berhari - hari sejak aku dengan dia terpisah,
Dah berhari - hari aku dok layan angan - angan aku tentang dia,
Dah berhari - hari aku dok tergelak sorang - sorang,
Dah berhari - hari aku sedih sorang - sorang,
Dah berhari - hari..

dan

Sepanjang berhari - hari tu,
Aku tetap sorang - sorang (ok aku tipu..ramai orang kat sebelah !)

dan

Dah berhari - hari aku nak call die..
Dah berhari - hari aku nak mesej die..
Dah berhari - hari aku berlari - lari..(yang ni nampak sangat tipu ! aku bukan minah jogging !)

Takdir..
Takdir la menyebabkan segala ni berlaku..
Takdir buat kredit aku tak terTOPUP..
Takdir buat kredit aku terHABIS pulak..
Takdir buat kredit aku ADA tapi jimat sikit ar..

sebenarnye


Rindunye kat budak baju putih !
Rindu sesangat dengan gelagat dia..

Aku paling rindu nak buat dia marah..
Nak kacau die sampai die nangis..

ok !

Aku RINDU SIKIT (bajet ego aq nih) kat baju biru..

My kakak !
Yang selalu gado dengan aku..
Yang aku kutuk2..
Yang aku marah2..
Die suka bebel2..
Die suka marah2..
Die suka giler kalo aku kaco die..(seyez ! aku tak men2..)

siot !

Die tak tahu pun aku kutuk dia..
Lepas ni kompom ar die tau !
(jap, nak order katil kt ICU)

grr...
Dah berhari - hari..

tapi,
HARI NI je aku rindu..

semalam

haram ! sikit pun TAK !

ahahaha

psss : aku asyik mimpikan akak aku je sejak enam tujuh menjak ni..ahahaha

send mesej to akak (019345xxxx) : rindu ko kak ! giler rindu ! CALL ar aku !! aku kutuk2 ko pun..aku sayang gak..! ko masak sedap giler ! sebab makan masakan ko yang sedap giler la aku ni kekadang giler..! ahahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 24 September 2009

singgah sakan !

Raya oh raya !

Buka radio semua lagu raya ! semangat aku memandu sana sini. 1st day memang best, rancak, excited, teruja, gersang ? errr...tertinggal rancangan raya kt tv, panggung !

takpe !

janji dapat jalan raya..drive..drive..drive (al-maklum la driver sepenuh masa !)

Masuk 2nd day,

muka da masam (semuanya 1st day punya story !)

Sama ada aku yang tak sedar atau aku ni muka tak malu atau pun mereka yang tak perasan. Aku pelik dan hairan, kenapa aku tak dapat duit raya ?!

Duit raya ayah bagi pagi tu, buat isi minyak keta. Pi sana, pi sini, isi lagi..isi lagi..lagi..lagi dan lagi ! RM100 takde benda ! da la tengok wayang pun tak dapat. Dompet pulak, duitnya keluar macam air je..isinye takde..uhuhu

Kenapa la dorang tak caye ! umo aku 13 taon arrr ! !




20 taon dlm IC je ! uhuhu


pss : Nama aku dah black list dalam senarai 'duit raya untuk anak buah' cis !!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 22 September 2009

MMS raya untuk sume tapi tak menang pun CELCOM MMS RM1000 tu. ceh !


psss : aku takde ayat2 puitis nak bagi pown ehehe

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 17 September 2009

mesti tengok dan mesti komen sekali ! sekali je. Jangan banyak2 kali. Berkali - kali takpe (^^)


pssss : diambang kehancuran. Baru tadi (17 sept 09 / 3.09am / Thursday) aku cek. Hatiku Hampa ! uhuhuhu duit raya dalam banyangan tadi hilang entah ke mana....(puitis sungguh !)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 16 September 2009

Ramadhan dah nak habis. Syawal pulak dah memanggil - manggil. Apa yang aku dah buat ? ?

Excited kah ? Ya kah ? Tidak kah ? Apa kah ? ? cuma KUKKAH saja yang tahu..(jangan tanya nama timangan sapa. Buat2 tahu saja !)

Grrr...
Dowh ! Sayang sangat rasanya nak tinggalkan Ramadhan. Malasnye nak sambut Syawal.

Kenapa kah kamo berkata begitu wahai Cik Yuki (Bukan Nama Sebenar) ?

Kerana ;

1. Dowh ! Aku suka Puasa !
2. Weh, best woo...Puasa ! Best !
3. Aku cinta sama Puasa !
4. Aku gilakan Ramadhan (Bukan Nama Manusia tapi Betul2 Bulan dlm kalendar)


Asyik2 Ramadhan. Syawal macamana ye ??


OK.

Aku tak benci syawal dan tak juga suka..

Aku tak benci syawal sebab aku sangat suka dan cintakan Syawal kerana aku dah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan syawal (termasuk aktiviti malam awal syawal, gi tengok wayang !)

Aku, tak juga suka syawal kerana aku fedup bila semua orang dapat kad raya, bagi kad raya, beli kad raya, pos kad raya, buat kad raya, conteng2 kat kad raya, makan kad raya..ops ! terlampau sudah...ehehe

itulah,

Inginku tegaskan disini !

Aku takkan buat pape renobecen kat page aku.

Aku takkan buat kad raya guna sume jenis sopwere che'esh (cs) untuk korang.

Aku takkan buat pape..!



Tapi,

Aku akan ucap gak !




S E L A M A T HARI R A Y A AIDILFITRI M A A F ZAHIR D A N BATIN !



korang marah tak ?

BULAN POSE k ! Jangan Marah2 !



Sebenarnya...
Aku telah di hasut.



Ya ! Aku dihasut !
Dihasut



oleh



perasaan



M

A

L

A

S



ahahahahahahahaha


nyanyi2 ~~ selamat..hari raya..kepada saudara serta saudari..setahun hanya sekali..merayakan hari yg mulia ini..dimasa bulan ramadhan...kita berpuasa hingga sebulan..pabila, syawal menjelma..hari raya disambut dgn gembira..selamat..hari..raya !!!




BERHATI - HATI DI JALAN RAYA. JANGAN RACE. JANGAN LUMBA. MAIN KEJAR2 TAKPE. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG... (^^)







pssss : sengal aku ni an..ahahaha panjang betul post aku kali ni...
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 14 September 2009

"BIDADARI DUNIAKU" entri kali ni sangat2 panjang betul !

wah ! cukup sentimental dan mental sekali tajuk di atas. kenapa kah ? kecewa kah ? apa kah ?

pasti lah bukan...!


Semuanya cerita tentang hidup aku yg serba daif dan tidak sempurna ini. (hidup aku je..)


Aku nak jadi sempurna kerana aku tak sempurna,

Kemudian, aku bercita - cita untuk sempurna,
Aku bertemu dengan seorang bidadari dunia,
Kami tidak pernah bersefahaman,
Aku dan dia selalu bergaduh kerana hal kecil,

Karma dunia..

Aku tetap menyayangi dia...
Biar pun dia sering menyakiti hati aku..
Aku ada silap juga..
Pastilah aku pernah menyakiti hati dia..
Jadi,
Deal bukan ?? (Padan muka aku)
Orang luar menerima aku ?
Adakah dia menerima aku seadanya ???
Hanya dia saja yang tahu jawapannya..
Aku ??
Pastilah..redha je..

Dah nama manusia yang tak sesempurna mana,

Biarpun begitu,
Pastilah ada yang kami tak puas hatikan,
Aku pun begitu..agak kurang ajar bukan ?
Dia pula ?
Seperti yang telah aku katakan..
Dia bidadari dunia ku..

Dia hadir untuk menunjukkan padaku..
KESEMPURNAANNYA

Jadi,
Aku boleh mencontohinya..
Ya ! pada pandangan mataku dia sangat sempurna..

Dia.

Dia memiliki segalanya yang aku impikan.
Mestilah,
Dia bidadari duniaku.
Meskipun aku buruk dimatanya,
Dia tetap cantik dimata aku..
Cantik sangat (seikhlas hati ku katakan !)
Dia bukanlah wanita kesayanganku,
Dia bukan sesiapa.
Tapi,tarafnya hampir sama dengan wanita kesayanganku.
Aku juga menyayangi dia..
Aku menjadikan dia idola ku..
Meski pun aku sering menerima pelbagai tomahan.
Pekak tak semestinya bisu..
Jadi,
Aku masih bisa mengatakan...

.......................... <- RAHSIA AKU ! :P

Yang pastinya,

Bidadari duniaku..

dan

Wanita kesayanganku..

adalah dua insan, dua wanita..
kaki bebel..
kaki leter..
kaki jerit...
yang selalu kejut aku bangun sahur...
oOoOo aku masih belum puas bermimpi lagi...
mereka ini...


psss : WANITA KESAYANGANKU = ibuku, BIDADARI DUNIAKU = kakakku



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 13 September 2009

post ni sangat panjang ! kalo korang rajin, baca la. kalo x. komen ja..

tajuk pn da pnjg kan ? ehehehe

guys !
leh x aku nak merunggut ??

http://emo.huhiho.com

about my life and others !

http://emo.huhiho.com

hmm..
aku asyik terpikir, perlu ke aku membebel ? merunggut ? marah ? benci ? dan sebagainya ? adakalanya aku rasa sangat buang masa je keje2 yg aku akan buat ni. tapi, mungkin sbb aku ni seorang yg -ve (rasanya) jadi aku asyik upset jew..kecik ati la, cemburu la, itu la, ini la..hai rumitnya jadi CIK YUKI nih !! benggong !

http://emo.huhiho.com


pasal aku ,
aku adalah aku yg sgt sukar difahami. adakala. ok. selalunya. aku berfikir.
pe hal ko ni minah ?! mental ?! huh..memang aku lebih suka marahkan diri sendiri. (ok ke ?) sebabnya, aku rasa. Tuhan tu dah cukup adil menjadikan aku ni, manusia yg sempurna cuma aku je yg tak pernah menjadi insan yg sempurna.

pasal motivasi diri pulak,
aku ni suka baca buku motivasi tapi mcm xde motivasi dlm diri jew !

people always talk and talk. kalo bisu. aku rasa bosan pulak ! kalo banyak cakap. hati aku sakit. rasanya mungkin sikit lagi kat mental hospital.

they said ; ko ni tak guna la. buat apa pun tak betul !
they said ; ko ni lembab la..ape la yg ko tau ?!
they said ; anak tak guna la ko ni. ko penah ke berbakti dgn keluarga ko ?!
they said ; ko ni teruk sgt. perangai ko buruk !
they said ; ko ni tak leh ditegur la !
they said ; dah 20 tahun tapi kereta pun ayah yg bayar tiap2 bulan !
they said ; dah 20 tahun pun duit belanja ayah yg bagi !
they said ; dah 20 tahun pun makan mak bapak ko yg tanggung !
they said ; dah 20 tahun pun u are nothing ! barang sendiri pun orang lain belikan !
they said ; boros la ko ni !
they said ; mulut ko macam cibai la !
they said ; semua ko buat jadi barang tak guna !
they said ; ko ni penuh dgn alasan la !

dan banyak lagi (buat sakit hati je kalo aku bagitau korang banyak2)

korang rasa aku perlu bagi alasan ke ?
korang rasa apa yg aku buat tanpa alasan ?
korang rasa aku ni tak ikhlas ke dgn idup aku ?


they said...tapi aku membisu.

http://emo.huhiho.com


tapi...

dlm hati, sakit ditusuk2. asal aku menjawab. mulut aku macam cibai ! so , aku diam. biar dorang bising2. ikut rentak dorang sbb DORANG SANGAT AKU SAYANGI walaupun dorang selalu buat aku menangis. ok. aku rasa, aku pun kejam gak sebab kritik dorang and PERNAH buat DORANG NANGIS (kejam syial aku nih !)

apa yg aku nak sgt dorang tau. dorang buat aku rasa 20 YEARS OLD IS SUCK ! I HATE MY OLD NOW !

act, aku MARAH dgn DORANG. sampai hati dorang motivate aku macam ni. kerana dorang aku terperuk kat blog ni. kerana dorang aku asyik buat lawak bodoh je. kerana dorang aku dah takde kawan langsung ! kerana dorang, dunia realiti aku membosankan dan menghampakan. seronoknye dorang tengok aku macam ni..kenapa la dorang langsung tak beri aku peluang menjalani zaman remaja aku ?! kenapa ?! kenapa jadikan aku sesuatu yg tak bernilai pada dorang ?!

http://emo.huhiho.com


20 tahun ;
aku kosong. keje pun dah berenti. nak gi kelas pun, nanti pakai duit ayah aku. KOLEJ macam sial. PTPTN aku dorang guna untuk kepentingan diri ! kete kena isi minyak. meniaga tak jalan. apa pn xnampak. duit pn xpnah bg kat ibu ayah. SAH ! AKU MEMANG TAK GUNA ! betul la kata dorang.

http://emo.huhiho.com


WALAUPUN MACAM TU !
AKU BERJANJI !!!!


SUATU HARI NANTI ;

DORANG akan rasa yang dorang sgt memerlukan aku!
DORANG akan rasa yang aku sangat membantu !
DORANG akan rasa aku sangat berguna !
DORANG akan tahu yang bila aku tiada....DORANG AKAN RINDU...

pssss : DORANG tu bukanlah family aku. tapi org yg aku sayang dan dorang terlalu personal utk aku bagitau dgn lebih terperinci samada SEORANG atau RAMAI (sori)..hmmm...aku rasa malu pulak..mcm MENTAL je aku nih..uhuhu

TOLONG JANGAN GELAKKAN AKU !
F I N I S H

http://emo.huhiho.com

bait - bait kata : manusia sering menilai seseorang itu melalui luaran sahaja. segalanya berlaku tanpa kita sedar. INGAT ! pandangan keluarga terhadap kita tak sama dengan pandangan orang luar terhadap kita. hargailah mereka seadanya !


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 10 September 2009

oOoOoo tak puase yee..

ahaha aku suka bermain dgn tajuk ! eh ?! aku puase la !! belum miss lagi, ok !(akan datang,al-maklum la..!)

sebenarnya, aku nak citer pasal petang tadi.

petang tadi.

petang tadi.

petang tadi.
aku gi area gombak. so ! aku pun ngah cari atm bank a.k.a stesen minyak (senang parking). aku pun lalu depan Taman Tasik Sri Gombak. secara jujur dan ikhlas, tempat tu ada sentimental value..ehehe..nak citer panjang2 sampai esok pun tak abis. (short story) nak singgah, lambat pulak nanti. so, cuci mata sambil layan blues jew. then, aku ternampak sesorang (naaa, xkenal la) tapi disebabkan mata aku tajam. aku nampak beg plastik yang berisi minuman dan makanan...! memang la takde yg pelik..tapi yang bawa makanan tu dah terang2 lelaki (mamat berdua berbaju itam, pakai topi !)

MACAM TAK CAYE ! SEPERTI DIPANAH PETIR SBB AKHIRNYA AKU NAMPAK ! AHAHA !

http://emo.huhiho.com

ok, kenapa aku jadi xcited nk citer ?

sebab..
aku pernah dgr pasal orang ponteng puasa (lelaki) tapi tak pernah nampak kat depan mata! pastu yg buat citer ni menarik, tak sampai 1km dr Taman Tasik tu, betul2 berhadapan dgn Taman tu ada masjid ! are u serious mamat ?? kalo nak buat keje, buat la jaoh2 ! haiiii..dunia..dunia..

T H E_E N D


psss : kalo aku tak pose, aku rasa malu weh ! :p
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 9 September 2009

sembilan = (9) = 6 + 3 = (9) = 7 + 2 = (9)

http://emo.huhiho.com
ahahaha main kira2 pulak an.

mane de !
dah bnyk sngat tajuk 09 - 09 - 09..
jadi aku ubah suai ar cikit ! :p

act , semua orang ckp psl 09 - 09 - 09.
AKU PUN NAK GAK !
http://emo.huhiho.com
keh..keh..keh

Citer aku pasal 09 - 09 - 09 ;

act, kalo tak bukak blog nih, aku pun tak tahu yg hari ni 09 - 09 - 09
al - maklum la..aku ni dah terlajak dah..
igtkan 20 something ahahaha
jaoh tol tarikh aku !
(nampak sangat dah lama tak tengok tarikh ! :p)

ok

sbnarnye tak sabo nak raya..!
sbb tu tarikh tu cepat drpd biasa...
ahahaha

S E L A M A T_H A R I_S E M B I L A N
(pepandai jew !)
http://emo.huhiho.com

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 8 September 2009

aku nak tukar banner ni. Ape pendapat korang ??


ehehe ok x ?
aku nak tukar banner dan juga page layout..
aku rasa, banner ni lebih simple and kena ngan jiwa aku.
dah lama buat tapi tak letak2 lg ehehe

tp..
msh xde idea lagi...ehehehttp://emo.huhiho.com
syg pulak kt banner yg aku guna skrg nih ! ehehe

korang rase la..
banner ni sesuai tak ngan page aq ?
warne pe yg sesuai ??
Ape lagi yg nak ditambah ??
Ape pulak yg nak dibuang ??

ehehehe
bosan lor ngan page skunk !

psss : thank you guys! sbb sudi support kak ngah aku ! ehehe nanti aku bagi adiah ok !


http://emo.huhiho.com

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 7 September 2009

nak mintak tolong lagi !!

ahaha !

aku nak mintak tolong korang sesangat..


just nk pomot blog Kak Ngah aku (lagi), blog die memang santai weh..uhuhu
die orang baru owh..so, korang support ar die ok !


psss : tergesa2 ni..nak berbuka dah !


http://www.emocutez.com

: S e L a m a T B e r B u k a :

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

tolong citer sikit pasal RapidKL

ohoho nampak sangat jelas lagi terang benderang disuluh cahaya matahari. aku ni tak nek bas dah berabad lamanya (Baru 2 bulan tak nek :p)

Aku dengar citer..

ok

aku tipu..
aku baca citer kat blog Miss Ery pasal tambang bas. agak terkejut (tapi belum sempat bertukar jadi beruk lagi) bila baca pasal tambang tuh. betul ke naik sebegitu mendadak sekali ?

(betulkan jika tak betul. kalau dah betul. buat2 la macam tak betul je)
: komen :

tambang RapidKL ;

tempatan (RM1) sehala
bandar (RM2) pergi balik
utama (RM4) pergi balik

masalahnya ;

-aku naik bas BANDAR dan UTAMA untuk pergi balik
-duit poket aku RM10 (jangan mimpi nak nek banyak2!)
-BETUL KE TAMBANG PERGI BALIK AKU RM6 ??
-rakyat malaysia baik hati dan budiman bukan ? kasi kalkulate skali eh..uhuhu :p (aku ni lembab sikit. ok. aku tipu lagi~~ aku lembab banyak) ehehe

tolong la buat aku faham ! aku dah cek website RapidKL (disebabkan aku ni sentiasa lembab) 1 haram jadah pun aku tak faham ok..tolong la terangkan sikit..tq..

psss : aku taknak malu nanti nek bas nak bayar tambang tak tau bape. taknak tunjuk muka terkejot. biar terkejot skunk..jangan terkejot nnt. korang tolong la eh..ehehe
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 6 September 2009

tinggalkan atau biarkan ? ?

uhuhu setelah aku mengedit page aku separuh jalan dulu..baru sekarang aku nak masukkan balik chatbox yang dah lama tak wujud dalam page ni. aku sesangat la kecewa ! dulu...mungkin sekarang juga..

kalo letak chatbox ni bukan de orang yang nak mengkomen pon ! bek tak payah letak..biar la page ni jadi page peribadi jew..tp. de pulak yang asyik mintak2..ok2 aku mengalah. aku tunaikan..

tapi...

korang la decide..

nak tinggalkan..

atau

biarkan..

:) pilihan yang terbaik hasilnya daripada jari2 yang menaip..

renung - renungkan dan selamat memblogging.. <- ada betul ka ???

psss : agak2nya kenapa korang tak suka mengkomen kat blog ini ?

a. awek ! citer ko sume boring la !
b. awek ! page ko buruk k !
c. ape ko merepek ni awek ?!
d. no komen..

aku nk tido ! zZzZzZzzZzZZzzz
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 2 September 2009

1st day pose !

Aduh ! Dah masuk hari ke 12. Aku baru nak citer pasal 1st day pose..adeh!


psss : rajin pulak nak menaip.

perhatian !


cerita ini diilhamkan oleh aku setelah aku membaca dan mengomen entri dalam blog cik ainee !

ini kisah benar ! ;

1 ari. budak cute bangun dari tido. bangun dgn sangat lambat ! pkul11.


budak cute : huh..aku kena service kete. Ngntok la~~~


dia pun pergi cuci muka kt toilet. Pastu lap muka. Pastu tengok muka kt cermin, cute!. Tukar baju dan seluar. Ikat rambut. amik kunci kete, purse, pakai spek. selesai !

dia pun melangkah dengan lemah longlai dan muka mengantuk. start enjin kereta dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang. suka sangat !

drive...
drive...
drive...

sampai !


budak cute : huh ? ramainye orang ramai..hmm (cek purse) la! (tepuk dahi..) tak bawa duit la. RM10, duit upah pun tak cukup. balik la.

selepas membuat keputusan drastik. seperti biasa..

drive...
drive...
drive...

sampai...depan kedai runcit.


budak cute : lapo la ! mak aku tak masak pape pun pagi ni. kejam ! sampai hati dia biar aku tak bekpes!


dengan confident tanpa rasa segan, bersalah dan yakin yang berlevel high. budak cute pun melangkah masuk dengan gagah perkasa ke dalam kedai. seperti biasa, tempat peveret die. R..O..T..I (belek..belek..belek..)

budak cute : huh ? apesal dorang ni pandang2 aku ? takkan dorang tau yang aku tak mandi ?

kemudian, dia pun pandang jurujual berjantina perempuan yang asyik memandang die je. nak tanya tapi malu, nak sapa tapi segan, nak say hi tapi takot. muka jurujual tu garang. budak cute pun berdiri diam sejenak berfikir tentang kekurangan diri.


budak cute : ahh!! lantak la. aku terlalu cute kot. uhuhu


dengan selamba mak die, die terus ambil roti coklat dan bayar kat kaunter. jurukaunter itu berjantina perempuan dan cantik. kakak cantik tersenyum2. budak cute pun tersenyum.


budak cute : kenapa kak ?

kakak cantik : tak boleh puasa ye ?


budak cute membeliakkan matanya yang sepet. menelan air liur dan aksi terakhir..senyum kambing.


budak cute : takde la kak. saya puasa la. ni roti adik saya la.


cover budak cute.

sampai sekarang, pasti kakak cantik tertanya2. adakah adik budak cute dalam kereta ? mana adik budak cute ? betul ke budak cute puasa ?

yang pastinya, hari kedua puasa. budak cute ambil gula2 yang telah sedia ada dalam keretanya. kemudian, budak cute membuka balutan plastik gula2.


halimunan bernama : hei ! kau tak puasa ke ?!


disebabkan terkejut, gula2 yang on the way masuk kedalam mulut budak cute terlambung - mabung berterbangan di awangan dan menghilang. hebat budak cute ! gula2 tak masuk mulut tapi masuk kat saku swetternye.

pagi tadi, mak budak cute bebel2. gula2 dah cair dan binasa dikerjakan oleh kuncu2 Semut Hitam. sebagai denda, budak cute kena cuci baju..uhuhu



T A M A T

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jang...oOoooOrang bujang ! ! !

Jang...oOoOoOrang BuJang...
Mane la perginya kau MAT BUJANG ?!
Aku ni AWEK BUJANG,
dari tadi menunggu kehadiran kau..yang tak datang2.
agak2 bila la kau nak masuk meminang ??

ahaha takdenye..mak aku cakap aku ni tak cukup umur..takleh kawin. Ade ke patut die ckp aku macam tu..(tipu jerk!) bosan weh! aku rasa kekosongan..(dan..dan..) :p
Walaweh! tengok si Kaer ni..die ni takde la ensem sangat (keh3). Tapi, aku tertarik dengan senyuman die. ehehe tengok Dairi AF pun semata - mata nak tengok die gelak2. Aku suka la tengok kawasan mulut dia. lagi2 time die gelak2..sweet lor. Hah~~ kalau nak marah pun tak jadi.. :p
Ni lagi sorang..tapi line die orang len dah masuk. Jadi, dok diam2! aku rasa dia ni pun tak ensem gak..ohohoho tapi aku jatuh cinta dengan senyuman dia sekarang. kira picture ni terbaik la! ehehe (gewdik tol!) aku suka die punya kening, mata, mulut..gigi ? ehehe kire muka dia perfect la..walau pe pun..dagu adik lelaki aku gak yg menjadi pu~jaan ha~tiku! ehehe

secara jujurnya. kalau aku jumpa je ngan mamat2 yg senyuman dorang macamni (yang takde awek kat sebelah die !).

situasi pasti : aku akan berhenti dan memerhati, pastu aku senyum sorang2 nanti kakak aku tarik tangan aku kuat2 (macam tarik rumput berakar serabut) sebab kalau tak aku hilang

p/s : kalau kamu semua jumpa budak pempuan pelik macam ni kat shopping komplex memang sah la itu aku! :P

aku ni takleh pergi shopping sbb nanti aku hilang ahaha..seyez !

ok la..aku nak search MR.CHRMING aku kat GOOGLE. selamat meng-google !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 1 September 2009

kembali daripada cuti yang panjang

mungkin tak galak sangat tapi cukup la nak bagitau yg mood aku dah ok.

ehehe

sengal kn ? yeah ! akhirnya aku bebas dan gembira semula untuk menulis. Akhir2 ni aku bukan la malas nak update blog ni (walaupun memang malas) aku ada. aku ada di OneManga, Youtube, Facebook dan selebihnya. Aku di Microsoft Office. Selain sibuk menyiapkan projek yang tergendala, aku sengaja menyebukkan diri aku dengan membuat 1lagi cerpen. cerpen ? novel ? aku pun tak paham mane 1 ahahaha

lebih mereng bila, aku ni tak suka baca novel dan setiap novel yang aku baca cuma penghujung cerita (bab akhir) selebihnya aku tanya adik aku (kaki novel). Oh ya ! adik aku adalah pembaca setia semua cerita aku. Malah, dia siap simpan lagi koleksi cerita aku kat pendrive die. Terkejut gak bile tengok ada cerita2 aku ! write by Cik Yuki.. (wah ! bangga habis !)

aku rasa bosan dengan page aku nih..ok, nanti aku update ! CS3 aku meragam..nak kena tukar CS4 kot baru die ok. ahahaha nanti aku dah edit picture2 kegemaran aku. aku share ngan korang eh..ehehe

waaaa...bulan2 pose ni, terbau pulak sambal udang. siapalah gerangan hamba Allah ni yang masak sambal udang tak hulur sikit kat umah aku ni..acececeh !

ok la..selamat berpose ! tata !


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca