KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 13 Oktober 2009

cerita ni takde tajuk....

“Mak ! cepat mak..! Adam dah lambat ni..!” Selesai sahaja bersarapan, Adam asyik bertempik.

Apa yang melucukan, Adam tidak pandai mengikat tali leher. Ok! Harap muka je macho tapi tali leher pun tak reti ikat. Aku cuma melihat wajah lucu Adam yang asyik cuba mengikat tali lehernya. Entah apa – apa cara dicubanya tapi satu pun tidak kelihatan kemas. Fail!

“Mak !!” Adam terus menjerit lagi.

“Haish! Bingit tau..” Aku terus bangun menghampiri Adam. Dengan sukarela, aku membantu Adam mengikat tali lehernya. Berdebar – debar juga jantung aku bila menghampiri Adam. Ish..gemuruh je agaknye.

“Ait !” Adam marah aku menyentuh tali lehernya. “Mak !” monyet betul la mamat ni.

“Macam budak kecik la ! Gedik. Diam..” Aku terus berdegil untuk membantu Adam mengikat tali lehernya. Adam cuba menghalang lagi tapi kali ini tangannya aku pukul. Mata aku dan Adam bertentangan dengan disengajakan oleh aku. Aku cuma mahu pastikan dia tidak mengganggu aku mengikat tali lehernya.

Kalau dah lelaki tetap lelaki. Adam tersenyum sinis, dia sangka aku telah tergoda ? Mimpi jela. Aku takkan tergoda biarpun rupa parasnya menggoda. Selagi tiada satu pun bahagian wajahnya ada didalam ingatan aku selagi itulah aku belum jatuh cinta lagi dengan dia. Aku mengangkatkan kening dengan pandangan yang sinis lalu menjerut leher Adam sebagai tanda selesai sudah tugas aku.

“Oit ! you nak bunuh I ke ?!” Marah Adam sambil melonggarkan tali leher yang ketat tadi.

“Macam tu niat asalnya tapi tak jadi la..” Aku kemudiannya terus duduk dimeja makan untuk menyambung sesi mencekik aku yang tergendala tadi.

Adam kelihatan marah sangat lalu mengambil sut yang diletakkan dikerusi meja makan tanpa mengambil beg laptopnya. Aku perasan tapi malas nak ingatkan dia. Lagipun, dia langsung tak berterima kasih. Membentak ada la.

“Haish!” Sebaik sahaja masuk kedalam kereta, Adam keluar semula kerana beg laptopnya tertinggal. Entah sejak bila, perkataan rungutan ‘haish’ mula digunakan oleh Adam. Ternyata pengaruh kehadiran Avril terlalu besar dalam diri Adam. Adam berlari masuk semula kedalam rumah dengan marah.

“Bukan nak tolong ingatkan I !” Marah Adam.

Aku saja buat – buat pekak. Sementara memandang tali leher Adam yang senget dan tidak kemas. Aku tak tahu lelaki senget apa la dia ni. Mungkin dia terperangkap didalam badan lelaki gagah dan macho. Aduh !

“Haish! Tunggu..tunggu !” Aku berlari anak mendapatkan Adam “Kalau nak pakai tie pakai la elok – elok. Kalau tak, jangan pakai !” Aku membetulkan kedudukan tali leher Adam. Kemudian, membutangkan kedua – dua butang leher kemejanya supaya tali leher tadi tidak berganjak daripada kedudukan asal. Hmm..puas hati aku! Eh ? mamat ni “Rambut..” Aku terus mengambil helaian rambut Adam yang gugur dibahu kananya. Lalu aku memerhatikan kepala Adam. Anak rambut Adam berselerak. Menjadi tabiat, aku mengambil sedikit gel dirambut Adam yang masih belum kering lalu aku betulkan anak rambut mamat monyet yang selekeh ni.

“Siap ?” Soal Adam dingin.

“Perfect..!”

“Thank you..muaahh!” Adam mencium pipi Avril. Avril membisu kaku.

Kurang ajar ! hilang kesucian pipi aku !

“Woi..! Woi..! Monyet..!” Marah betul aku dengan mamat ni. Berani betul dia cium pipi aku. Sesuka hati dia je. Jatuh saham mas kahwin aku. Kalau mak aku tahu memang habis aku dikerjanya cukup – cukup. Dia pergi macam tu je. Takde rasa bersalah langsung ! Huh!

pssst : salah satu babak kegemaran aku dlm novel yang aku tulis sendiri. aku suka menulis tapi aku rasa tak yakin pulak sebab takut jalan cerita tak sampai ehehe jgn gelak k..!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

10 ulasan:

Aben berkata...

laaaaaaaaa...........
khusyuk aku bace..ghupenye nobel...
aiyooo..

-igat da kawen td...-
:P

Cik Yuki berkata...

ahaha ko rse tertipu ke ?

mustahil la aq nk citer psl dri aku ahaha lgipn aq xkwin lag arr!!

aida manap berkata...

napa nama pompuan dia avril? avril lavigne ka???
bubuhla nama melayu sikit..peah ke, joyah ke...

Aben berkata...

sguh rase tetipoo...
aben tetipu tipu la yuki...hihihihi
-rentak tipoo tetipah-

ble maw kawen ha?
-jgn lupo jmpot sey mkn nasi myak-

Cik Yuki berkata...

aida manap ;

sbnrnye kebuntuan. xtau nk bg nama ape ahaha
peah..mcm pnh dgr je nme tu. tp dimana ya?? :p

Cik Yuki berkata...

aben ;

lmbt lg..aq kawin lepas ko kwin ehehe

joegrimjow berkata...

waaa
bestnye
ada jual ke?

Aben berkata...

hohoho..kalo gtu...esok sey kawen...
so..lusa..cik yuki plak kene kawen...ok....

Cik Yuki berkata...

aben ;

huh ? mne leh ben!
esk rabu..lusa khamis.org xde cuti.
sabtu ah..
aku kawin ari ahd..k!

set! ahaha

Cik Yuki berkata...

joe :

ade jual ke?? uhuhu
xdela joe..ni sy yg tulis sendiri..
ade ke org nk terbitkn?? ahaha