KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 17 Oktober 2009

aku dan tanggungjawab (post ni agak panjang. baca bila rajin..buat derkk bila malas ahaha)

aku cuma manusia biasa. yang sering melakukan kesilapan dan dosa. (perghh!! emosi dowh!) secara jujurnya tak baik pun.

aku anak sulong.
punya tanggungjawab.

hmm..selain daripada itu, aku ada dua keluarga. keluarga angkat dan keluarga kandung. dua2 penting. sangat penting. tapi, kalau diberi pilihan mesti la aku pilih untuk keluarga kandung ahaha wt..

aku sanggup lakukan apa saja untuk kedua2 keluarga aku. aku gembira dengan pemberian tuhan. aku bahagia. aku puas.

7.00pg
aku hantar ayah dan nuar pergi kerja. kemudian, aku ke taman perdana untuk tidur sekejap, hilangkan penat sebab semalam, aku tak cukup tidur.

9.00pg
dah tak boleh tidur. matahari dah naik. panas! so aku baca paper and dengar lagu.

11.00pg
aku ambil ayah, aku kena bawa dia pergi ke Subang untuk ambil geran rumah.

1.00ptg
adik aku, nuar. dia kata, dia tak sihat so aku kena balik rawang nak ambil dia balik rumah. lagipun, dia memang makan kt rumah (jimat) sebab dia kerja sepanjang hari. masuk pukul7.30pg hingga 11.00mlm. aku bawa ayah sekali memandangkan dia masuk kerja pukul2.45

2.00ptg
aku hantar nuar ke tempat kerja balik. aku berkejar ke KL balik sebab nak hantar ayah pergi kerja kalau lambat nanti, marah pulak bos dia. aku dah janji dengan ayah nak bawa dia pergi jumpa penyewa pukul8.30 mlm so aku ambil dia balik kerja pukul5.30 nnt.

3.00ptg
aku ke kolej untuk uruskan hal pelajaran aku. aku ingat aku nak tukar kos tapi tak jadi sebab pointer aku takde la teruk macam yang aku sangkakan. cgpa 2.89 rasanya aku kena kerja keras sikit. hmm

3.30ptg

akak aku call. dia sakit. nak balik ipoh. mula2 aku ragu2 nak tolong sebab aku dah janji dengan ayah tapi bila dibincang balik ternyata ayah boleh mengalah.aku decide untuk hantar akak ke ipoh. aku tak sampai hati nak biarkan dia memandu sorang2. lagipun, mesti dia dah makan ubat. apa - apa jadi nanti..aku mesti rasa bersalah sangat.


4.15ptg
kitorang gerak pergi ipoh. aku drive. aku tak makan lagi sejak pagi tadi. agak lapar jugak tapi nasib baik perut aku takde keluarkan sebarang melodi genre metal. ahaha akak tidur time dah nak sampai ipoh sebab dia dah makan ubat. tu la perkara yang merisaukan aku kalau aku biarkan dia balik ipoh sorang2. hmm..

7.00mlm
lambat kitorang sampai ipoh sebab hujan sepanjang lebuhraya. lagipun, jalan jam. yang pasti pinggang aku dah sakit. tangan kanan aku kejang sikit sebab sejuk tapi no hal la sebab aku ni kuat dan gagah perkasa ehehe

8.00mlm
aku kena jumpa sue. kawan baik aku. siot! aku rindu dia sangat. 1stly, taknak jumpa sebab aku kejar masa nak balik KL tapi dia macam dah merajok je. ehehe pujok..pujok..

9.00mlm
aku dapat tiket balik KL. tension sebab pemandu lambat 10minit. 10minit sangat berharga! aku takot tak sempat ambil nuar nnt.

11.00mlm
aku sampai pudu. sakit pinggang. takleh tidur sebab bas dipandu laju sangat dan pinggang aku sakit pulak. aku tahan teksi, nak ambil kereta kat bangsar. nuar dah call. nasib bek abang (giler kau! ensem nak mampos pemandu teksi ni. muda2 lagi dah pandai cari duit ahaha) teksi bawa laju giler. menggeletar gak badan aku ni.

"bang, abang hebat ar memandu. tak payah laju2. rumah saya tak lari. ahaha lagipun, saya ni belum kawin lagi bang. insurans pun takde ni.."

15mnit je dah sampai rumah. ahaha

11.45mlm
aku kena panaskan enjin kereta pulak. aduh lambat ar macam ni..! giler laju abang teksi drive. abang teksi pesan ;

"tak kisah bawa laju, asal kita kawal kereta jangan kereta kawal kita"

berbekalkan pesanan gila tu, aku pun menggila kat jalanan. aku drive selaju mungkin (120km/j paling laju pon. takde la laju pun ehehe). cilok sana, cilok sini. fuh! tak sangka aku berbakat memandu macam orang syial ahaha

12.00mlm
sampai rawang. jalan nak masuk rawang tu aku sangkut dengan kereta viva hitam. rasanya dia masih memegang lesen P lagi (ahaha bongkak cial) lambat aku dibuatnya sebab one way..aduh!

12.01mlm
nuar dah balik! benggong!

12.15mlm
disebabkan aku menyialkan diri aku dengan menjadi hantu jalanan, aku drive slow daripada pekan rawang untuk balik rumah. penat..

12.30mlm
aku tak mandi, tak tukar baju. aku ambil bantal. aku cas hp. aku lapar tapi aku malas nak makan. aku TIDO!

berakhirlah cerita tentang tanggungjawab aku. aku terfikir, bertanggungjawabkah aku ? ahaha bukan nak berbangga diri tapi nak bagitau kenapa aku ni single sampai sekarang. korang bagitau..saat bila aku nak bercinta ? lagi 1, korang bagitau aku bila aku nak bersosial ? aku cuma bersosial dijalan raya je. ahaha

aku bahagia biarpun aku penat. aku belajar untuk adil dengan kedua2 keluarga aku. aku mungkin nakal dan mungkin tak dapat nak membantu dengan memberikan mereka wang atau kemewahan tapi aku berhasrat yang suatu hari nanti aku boleh beri dorang kemewahan. aku seyez! ehehe

psst : aku tak pentingkan makan sebab aku seorang yang pemalas. makan pun malas. ahaha ok la aku nak keluar ni. semalam punya janji kena redem hari ni ahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

8 ulasan:

cik intan (◡‿◡✿) berkata...

.bestnyee
.pndai drive
.i bru je blajar drive
.tu pun bwk 60km/j
.hehe~ ;p

Cik Yuki berkata...

ala. nnt dah lama2 mungkin cik intan lagi hebat drive daripada sy! ehehe

Cik Dila berkata...

sangat2 bertanggungjawab..hehe.kagum2!

aben berkata...

wohoo....
jom kite lumba kalo jumpa...ok?

-jgn kete yg kawal kite..-
mcm ayat sey je tu..
hihihi

pergai giler kamu mmg sama ngan saye...tp yg beza nya...kamu x kuat mkn n kamu pndai...
^.^ y

Cik Yuki berkata...

cik dila ;

ahaha da mmg tggjwb an.. :p

Cik Yuki berkata...

aben ;

ok! bg no plat kete. den kejo! ahaha kalah..blnje k!

AIDA MANAP berkata...

psstt cik yuki,

bagus ada perasaan sebegitu, tapi jgn sehingga membebankan diri sendiri..kamu tu dahla kecik sangat...tak cukup makan...nanti dtg umah paklong kak ngah paksa kamu makan bebanyak nanti..:D

Cik Yuki berkata...

ahaha ok