KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Ahad, 26 Jun 2011

cerita weekend budak malas

Assalamualaikum . . hello there !

Mengantok !


Bila mengantok . . perasaan bercampur baur . . bangun taknak bangun . . mandi taknak mandi . . pergi taknak pergi . . serupa itu garfield yang gemok lagi pemalas bersantai dengan tonggek kat atas katil . . sumpah pemalas nauzubillah min zalik !

"Ayong . . bangun ! dah pukul berapa ni ?!"

erk ?! terkejot aku ! mata tak buka pun tapi telinga dok gagah mendengar . . tangan teraba - raba tanpa cahaya cinta cari baby bawah bantal . . takde ! relax . . ce cari bawah selimut . . takde ! relax lagi . . cari bawah onewsara . . takde ! BANGUN ! bukkk ! kepala terhantuk kat katil dua tingkat tuh . . sialan . . terbuka jelas sudah mataku . . ahh ! sakit kepala ta penting . . yang penting where is my baby ?! #eceh . .! speaking korea pepagi ^.~#

owhhh . . aku charge malam tadi . . lupa pulak . . erkk . . tengok jam kat dinding . . ?? DAMN ! pukul7.30 pagi kot !! agak lah hari minggu camni kena bangun pepagi jugak !! ahhhh !!! aku dah bangun solat tadi kn . . bagi la chance tidur sampai esok pagi ke . . erk ?! maksud aku . . sampai selepas pukul11 pun jadi lah . .

"Ayonggggggg !!!"

"Yeee . . yeee . . bangun dah ni . ." entah kenapa mata macam ada gam gajah je ! melangkah dengan penuh sopan, pi ambik towel . . tengok toilet, ada orang . . ayah mandi kot . . hehehehee *tersenyum macam setan* ada chance sambung tidur jap sementara tunggu ayah habis mandi . . #owhh ayah . . jika kamo menyayangi anakmu ini . . mandi la lama sikit#

"Katil tu jangan lupa kemas . . "

"Haaa . . tengah kemas ni . ." letak towel kat muka . . landing atas katil balik dengan wajah beriman *macam citer P.Ramlee*

"Ayong . . bangun la . . kemas umah ni . . nak basuh baju . . bla bla bla bla bla . ."

"Ye ibu . . kan ayah tengah mandi tu . ."

"Ayah kau dah sejam lebih keluar dari bilik air tu . . rambut dia pun dah kering . . bila kau nak bangun ?!"

ehhh ?! bukan aku baru nak landing ke tadi ?? mungkin aku bermimpi tadi. gagahkan badan bangun . . *zanggg* ayah keluar dari toilet dengan penuh berdedikasi . . cisss !! aku kena kencing dengan ibu pepagi nih !!! arghhhhh !!!


"Bangun la . . lap kipas . . lap cermin . . korang bukan nak bersama ngan ibu . ." (weh ! live kot ayat ni . . hahaa ye . . ibu ku syurga ku . .)

"Ayong !! mandi lah ! iron baju . . dah pukul berapa nih ?!"

erk ?! aku bukan ta mau bersamamu . . macam iklan digi tu . . sat lagi, kalau aku bersatu padu seperti molikul2 zarah . . berdarah lah . . cat rumah . . cat pagar . . tukar lampu . . pasang langsir . . dll . . ibu ku cerewet . . aku ada dua pilihan je . . kau tolong ibu kemas rumah dulu atau kau jangan keluar hari ni ?! selalunya aku tak tolong kemas pun aku dapat keluar . . camne ?? camni . .*tersenyum macam seth tan*

"adik . . aku bagi kau RM5 . . iron baju aku dan dua peket coklat nips ! extra 2 peket chipsmore more coklat more taste ?! apa macam ??"

hahahaa sebab tu la aku sayang beno dengan adik aku nih . . tu la untungnya jadi kakak heheee

"ah !! aku tak peduli . . chipsmore ke . . nips ke . . RM5 ke . . kau buat kerja kau sendiri ! banyak lagi kerja aku kau tahu tak ?! semua aku nak buat"

erkkk ?? -.-"

*dia membebel lebih panjang dari ibu*


1jam kemudian . .


"weh, kau tak keluar ke ??" budak demok ni ! banyak soal pulak . .

"Lambat dah . ."

"Eh ?! pergi la . . tapi dengan syarat . . belikan aku 'benda yang boleh dibuka dan terus makan' . ." *shining face*

sabar kai . . sabar .

"eh . . adik kan ikut perangai kakak . ." *shining face lagi*




#pemalas la tuh#







jup . . sweet pulak ibu ngan adk aku ni . . hahahahaa

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 24 Jun 2011

Mcflurry Oreo

Assalamualaikum . . hello there !

ehsan abgGoogle

owhhh ! ni yang aku tak puas hati, apesal dalam picture ni berlambak askem die ?! sampai nak keluaq dah ! -.-' aku beli kat selayang mall hari tu, punya la kedekut budak tu bagi ! uh ! benci r . . tak feel makan kalau tak puas hati . . (".)

erkkk ??

eh ?? termerunggut pulak . . hehee . . dari petang tadi aku nak sangat mcflurry oreo ni . . oke, aku tipu . . sebenarnya setiap hari aku nak . . heheee . . aku rasa macam nak keluar sekarang je . . tapi, agak - agak ibu aku bagi tak ?? macam tak je . . ayah aku ?? errr . . memandangkan aku tak pandai berterus - terang . . jadi camni . .

"ayahhhhh . . ayongkan . . errr . . takde pape lah . ." aku pun blah camtu je . . padahal . . nak mintak ayah backup . . heee . . ni haa . . ayah dok panggil - panggil . . "ayong nak apa ?? cakap la terus terang . ." huhuuu malas lah pulak nak drive memalam ni . . dengan mengantok lagi . . tapi . . aku nak sangat nih !!

cepat fikir . . cepat fikir . . cepat khaiiiiii !!

uh ? banyaknya oreo . . . glup !

(-.-)"

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat . .

Assalamualaikum . . hello there !

Woot ! Woot ! Buat apa tuh ?? Huuu . . hari ni (jumaat), aku sangat malas nak jalan sebab aku rasa better aku duduk kat office je . . lagipun, aku dah terhidrat ! semua dah keluar . . masuk, belum lagi . . erk ?! *apa aku merepek ni ??* camni, aku muntah pagi tadi . . 3x . . kali ke-4 dah takde apa nak keluar heheee semuanya kerana aku makan over limit ! teng kecik tapi, entah kenapa pagi tadi aku punya selera nak makan macam - macam ! padan muka aku . . hohohooo *pitam*

*MAAF SEBAB BUAT SEMUA ORANG PANIK ! SEBENARNYA, AKU LEBIH PANIK TAPI TIME TU AKU TAK LEH NAK BAGITAU YANG AKU OKE !*

Boleh tak aku nak cerita tentang kasih sayang ?? Sorry eh kalau bosan . . hehee tapi, aku nak citer jugak !

Aku ni, seorang yang sangat ego . . aku susah nak tunjukkan kasih sayang aku kat seseorang tu tapi, taip boleh la . . kekadang, aku tulis surat . . heee . . kalau la aku tulis je surat atau text sape - sape . . dorang mesti call aku . . dorang panik . . macam adik aku hari tu, "weh ?! kau kenapa ?! jangan la buat aku susah hati . . esok aku exam !" huhuu aku tak bermaksud pun nak buat die camtu . . aku cuma nak beritahu je -.-"

Overall . . kalau aku cuba sampaikan 'kasih sayang' mesti ramai yang ingat aku ni buang tebiat -.-" sumpah aku tak pandai . . lepas bagitau, mesti malu tak ingat !! pastu aku fikir, 'eh ? apa aku merepek ni ?' . . hurmm . . 

Lagi satu, aku ni susah sangat nak sayangkan seseorang tu . . tapi, bila aku sayang . . aku tak pandai nak tunjuk . . lagi - lagi, kalau depan mata . . dalam mesej tu . . berduyun - duyun perkataan sayang yang die dapat . . tapi bila depan - depan . . ?? punoooh ! *pernah ar sekali buat, merah telinga* rasanya, sampai ada yang kata aku tak sayang dia ! aku sayang sangat sebenarnya -.-

Disebabkan, aku ni selalu sangat no heart feeling . . aku sangat lambat nak biarkan diri aku menyayangi orang lain . . tapi, lepas apa yang dia dah buat untuk aku dan bila tuhan dah buka kan pintu hati ni . . baru aku sedar betapa beruntungnya aku memiliki dia . . seorang kakak yang sangat - sangat baik hati dan penyayang . . ! Memang la aku sayang tapi sekarang ni aku lagi . . lagi . . lagi . . lagi . . dan sejuta kali lagi lebih sayang dia . . ! 

Sayang sis sangat - sangat !! Untunglah dapat kakak yang memahami adiknya dan sangat - sangat untung sebab kakak dapat adik yang cute *perasan!* lebih menguntungkan lagi bila aku rasa macam dia ni kakak kandung aku pulak . . sorok la apa pun, tau je die . . buat la apa pun . . dapat je die hidu . . hilang camne pun . . jumpa  je dia . . pergi la mana pun . . ada je die *dalam hati* . . sebenarnya, masa sis call aku nak cakap camtu la !! ape aku pergi cakap benda lain pulak tadi ?? haishhh !

*aku mengarut panjang lebar . . jauh panggang dari ayam aku merepek tadi* hahahahahaaa agaknya, dia dapat tak apa sebenarnya yang aku nak cakapkan walaupun aku merepek . . ?? -.-


Sejujurnya, aku sangat sayang !!



*nak mcflurry oreo -.-*
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 16 Jun 2011

sejuta kali maaf

Assalamualaikum . . hello there !


Ingat tak kucing yang aku jaga tu ?? Nazak dah . . macam nak mati . . aku pun tak tahu nak buat apa . . daripada pandangan mata . . macam ada yang dia nak beritahu tapi tak terlarat . . tak terluah . .










Korang, tolong doakan aku tabah oke ?! Sangat perlukan . . aku tak mahu nampak tak happy . . aku taknak siapa pun risau . . aku oke je . . cuma, aku berharap . . semuanya akan kembali seperti sedia kala . . amin

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 15 Jun 2011

hari yang slow . .

Assalamualaikum . . hello there !

Nak baca tentang kucing yang aku jaga tu lagi ? Errr . . taknak ?? :( hmmm . . tapi, aku nak citer jugak . . urmm . . tak payah ?? hurmmm . . yela . .

Tapi an, pagi tadi kucing tu asyik menggigil kesejukkan je . . pastu an, die macam sakit pale je tadi . . eh ?! camne aku tau pale die sakit ?? hahaa ntah . . ntah  . . aku main agak je . . heee . . dah tengok kucing tu buat apa pun taknak, asyik tidur je . . sama macam aku time kena migrain je . . uhuk !

So,
Hari ni, kerja berlambak kat office ! Sesangat banyak kot . . aku ni, slow motion je buat kerja . . huh . . tak berapa nak sihat lah . . so, sesangat lambat aku buat kerja . . tapi, esok ! aku nak siapkan sekurang - kurangnya 10 fail !! selebih - lebihnya . . 20 . . itu pun kalau takde pape kes . . kalau ada tu yang bosan . . huuu . . tapi aku sangat suka dengan kerja aku !! ^^



Tu je citer merepek hari ni . . BYE !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 14 Jun 2011

extra kuat

Assalamualaikum . . hello there !

Erkkk . . aku rasa sangat pelik la dengan title entry kali ni . . hurmmm *ahhh ! lantak la . .* ^^

Hyeeee . . korang ingat tak aku citer pasal kucing semalam ? Errr . . aku bawa kucing gi klinik . . telinga kena jangkitan pulak . . now, si kucing ni sesangat la lemah tapi nampak sangat semangat dia kuat walaupun kekadang tu tengok macam lemah je sampai asyik bermanja - manja, macam nak mengadu sesuatu tapi takde suara yang keluar . . uhuk . .

Nape kucing ni sakit ?? sebab die kena serang dengan anjing hari tu . . kuat betul anjing tu menyalak . . huu biasa la, anjing kan pantang nampak kucing . . lagi - lagi, kucing ni bukan lawan anjing pun . . huu dayus tol anjing - anjing zaman sekarang ni . . erkkkk . . ^^ peace





Err . . maafkan saya *ala - ala nabil detective conan* besh la background music blog nih ! hahaha BYE ! ^.^

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 13 Jun 2011

Janji Kuat !

Assalamualaikum . . hello there !

Hyepp ^^

Hurmmm . . macamne nak mulakan eh ?!?

Tau ta ?! Sejak akhir - akhir ni, ada kucing tu sakit . . so, aku busy tolong kucing tu . . sebab tu la aku dah lama tak update blog ni . . err . . cian kucing tu . . macam - macam sakit die . . ^^ . . pape pun, aku dah bawa kucing tu gi klinik dan dia akan kembali pulih ^^ trust me !


Maafkan aku kerana tidak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintaiku
Kerana semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua isi hatiku













T-T

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 11 Jun 2011

Bila Penat . . Aku Malas ^.^

Assalamualikum . . hello there !

Siapa penah rasa sangat penat sampai-kan bila korang melangkah tu rasa mengantok yang teramat sangat . . pastu, korang stop dan duduk . . boleh plak korang tertidur !

Siapa ? Siapa ?

Aku la, siapa lagi . . hohooo . . penat uh . .
Bulan ni, aku menghabiskan hampir 85% masa didalam kereta 10% kat office dan 5% lagi kat rumah . . sampaikan aku rasa nak ambil sehari cuti ! aku nak duduk kat rumah je . . huuu . . oke, semua tu takkan tercapai . .

Aku pergi mana ??

Acenni, rumah aku dan tempat kerja . . jauh ! jauh ! jauh sangat ! . . huuu . . oke tipu je, jauhnya tak la sangat setakat RAWANG-KL je tapi kalau sepanjang jalan tu jam jer . . hampir 2jam jugak la nak sampai rumah -.-'


Hujung mingu pulak, drive pergi kenduri kawin, drive untuk ayah . . lil bro aku tuh pulak dok main cop hari munggu aku . . hehee . . layan jela karenah beliau . . tapi sebenarnya aku rasa macam tak menyempat je nak ber-honey-moon . . lebih cian kt kesayangan hati hamba . . beliau dah turun darat seminggu . . dating pun tak sempat . . huu . . family first . . ^^

Pastu an, spoil giler ! bila tetiba ada serangga apa entah masuk dalam telinga -.- sangat-sangat sakit oke ! dan aku terpaksa pretend oke walaupun sakit . . pastu, klinik yang ada boleh tutup pulak ! hurmmm . . sakit dah kepala aku . . nangis lah sesorang dalam bilik mandi tuh . . sakit gilerr !

Camne aku handle sume tu ? Ni haa . . update blog . . *mengadu la konon ^^* . . main FAKEbook . . chatting-chatting . . tidur 5minit tadi . . hohooo 5minit ?? bangun je . . nak pecah pale wehhh ! hahahaa

Oke la, aku nak keluar ni . . lil bro kesayanganku itu nak beli barang lagi sebab petang tadi tak sempat . . pastu, nak hantar member die kat asrama balik . . hehee . . ini je cerita bosan untuk kali ni . . sorry eh, update kisah yang membosankan . . kui . . kui . . jangan marah haaa ~.~

~ cute Onew Shinee ~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 2 Jun 2011

bukan sekadar ayat

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam kehidupan seharian korang . . mesti akan berjumpa dan mengucapkan pelbagai perkataan yang mengharukan . . betul tak ?? semua tu, korang lakukan dalam sedar atau tak . .


Salah satu ayat yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian . . huu . . aku jarang gunakan ayat ni . . sebab bagi aku ayat ni sangat berharga . . bukan sesuatu yang mudah untuk aku lafazkan kecuali aku benar - benar sayang . .

Bila aku dah sayang seseorang tu, maknanya aku sayang setulus hati aku . . andai kata suatu hari nanti takdir kami bukan untuk bersama . . tidak pernah sesekali perasaan sayang itu hilang . . cuma . . aku tidak mampu untuk kembali . . aku tiada daya untuk jelaskan . . aku sayang . .


Apa yang aku katakan  . . bukan sekadar ayat yang jadi bahan perisa manis kata . . jika aku tak sayang . . aku takkan balas kata sayang itu . . itu aku !

Aku tak kisah dengan apa yang berlaku . . setiap kedukaan tu, aku percaya ada pengakhiran yang baik . . jujur la dengan diri sendiri . . jujur la dengan kata hati . . jujur dengan semua orang disekeliling kita . . jangan suka bermain dengan kata - kata nanti badan binasa . . hargai la setiap apa yang ada didepan mata . . lafaskan la dengan keikhlasan bukan kepura - puraan . . mungkin ayat itu mampu membunuh . . berhati - hati lah jangan sampai memburukkan keadaan . .



*aku masih munasabah diri*

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca