KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Ahad, 9 Januari 2011

TVXQ - Keep Your Head Down

owhhh..aku sangat tak sihat secara tiba - tiba. entah silap makan apa..sampai dah 3 kali muntah. aduhhh sangat tak selesa perut aku ni. hmmm..

pape pun, aku nak buat review tentang music video terbaru daripada kumpulan TVXQ yang dulunya berlima dan sekarang ni dah tinggal YunHo dan ChoiKang setelah JeJung, YuChun dan JunSu menubuhkan kumpulan K-Pop yang baru iaitu JYJ. aduhhh kesian..aku takde la minat dorang ni sangat tapi layan jugak lagu - lagu dorang.

ramai yang mengharapkan dorang ni kembali bersatu. pape pun, kita doakan yang terbaik untuk dorang. smileee ;)

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 7 Januari 2011

Mereka Kata..

salam readers.

sejujurnya aku sangat bodoh dan tak tahu macamana nak join segmen ni tapi aku main belasah jela ek. ikut kefahaman aku. sambil menjadikan blog ini sebagai rujukan rasmi. terima kasih awak.!


BA tulis dalam blog beliau pastu aku baca..mula - mula, letakkan header blog sebagai trademark pastu link ke entri ni last sekali buat kata laluan kepada korang TIDAK KURANG daripada 100 patah perkataan. artinya...lebih pun takpe kan.? kan.? huhu *belasah jela.!*

sebenarnya..inilah idea menggunung yang hilang sebentar tadi.! aegooo..~

biasa la, manusia ni tak pernah puas dan mempunyai pelbagai nafsu *baca dengan nada serius* jadi mereka sangat suka mengkritik, mengata dan segalanya 'meng' dijadikan punca idea untuk berbicara. seperti ;

mereka kata...aku sangat berbakat dalam bidang penulisan novel "wehh..kalau jual novel kau ni. kaya.!" masalahnya, aku menulis bukan untuk duit. aku sekadar suka - suka menulis malah aku tidak berbakat dalam mengolah cerita. TT__TT

mereka kata...aku sangat berbakat membuat blog. header blog la. edit blog la. "weh.! kau punya blog smart ar. pandai kau buat an..." aku cuma tersenyum. tersipu - sipu merendahkan diri yang dah sememangnya rendah.!"...blog ni untuk apa ek..?" pulak dahhh. aegooo..perlu la aku explain tentang blog ni..huhuhu

mereka kata...aku ni kelakar "wehh, kau ni kelaka la. pandai kau olah cerita. tergelak aku tengok." nampak sangat kau tak baca cerita aku. sebenarnya kau gelakkan title post aku tu an.? an.? TT___TT takpe, aku tak kisah..

mereka kata..aku ni popular. ini yang aku paling tak terima. aku popular disebabkan BEN ASHAARI lah.! semuanya berlaku secara tak sengaja. aku terbuka blog beliau. aku tak kenal beliau pun. tetiba je, aku tengok traffic aku meningkat popular *poyo* start jam tu la aku buat research tentang beliau. hehehe *aku tak jujur sangat an..??*

mereka kata...aku sangat cute. ini lagi aku tak leh tak terima. terima kasih ! hehehehe

jadi, biar apa pun mereka kata. walaupun aku berpura - pura tak peduli. padahal, aku nangis teresak - esak pastu makcik pujuk, habis kedit dia pujuk aku. hahaha aku tak kisah korang nak cakap apa pun. aku tak kisah.;) smileee..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat

salam membaca bloggers sekalian. rajin betul korang ni blogwalking. sila doakan supaya aku lebih rajin daripada kalian semua. hihihi *sebenarnya merajuk dengan nuffnang* aku dan mengarut adalah dua perkara yang telah menjadi satu yang mana takkan dapat dipisahkan oleh sesiapa pun *tabiat..*

sebenarnya, aku mengaku..tadi idea menggunung tapi bila dah blogwalking semuanya jadi macam blur dan mula berada didalam kegelapan. arghhhhhh..!!! *tarik - tarik rambut dengan manja supaya tak putus dan botak.!* untuk redeem balik kecuaian aku kerana TERlupa nak cerita apa tadi, meh aku share something dengan korang.

Perpisahan Ini


disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa di hati
mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
ku terima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua
hanya sementara

corus ;
hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
inginku miliki lebih darimu

mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
ku terima perpisahan ini

perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi biar ku sendiri

sebab utama aku berminat dengan lagu ni BUKAN kerana aku telah berpisah.! TIDAK..! tapi corus lagu ni yang memang tangkap leleh T__T melody pun best jugak. memang dorang ni pencipta yang berbakat. enjoy the song ;) smileee..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 6 Januari 2011

cara sampaikan kasih sayang dengan berjaya

assalamualaikum readers sekalian.

sesungguhnya, saya disini sangat berasa bangga menggunung kinabalu semegah banjaran titiwangsa dan sebongkak badang akhir sekali secantik Lisa Surihani. Walaupun aku takde la sepopular Hanis Zalika dan blog picisan ini tidak la menjadi bahan rujukan semasa namun aku bebangga dengan rakan bloggers sekalian yang berjaya menjejaki blog ini dengan jayanya..terima kasih dan sila tepuk tangan untuk diri sendiri, akan ku balas jasa kalian dengan menjelajah blog kalian apabila aku punya kelapangan didada ;) *sebenarnya, aku lebih selesa jadi silent readers.*

ok. habis sudah ucapan pembuka kata panjang tol.!

nahh..ini cerita pendek je. aku sangat sibuk tapi hampir setiap malam aku akan adakan sedikit masa untuk contact orang - orang tersayang. hahaha gila skema aku malam ni.!

untuk sesiapa yang dah kenal sangat dengan bff aku dan bagi yang tidak kenal, korang akan kenal dia jup lagi. she is my gorgeous friend, also a good friends. nice to being her bestfriend forever. sometimes, dia jadi sangat gila sebab dapat kawan yang gila macam aku. even dia nak tidur pun aku tak bagi and paksa dia dengar cerita aku. *gila kejam an..haha*

hubungan jarak jauh memaksa aku untuk paksa dia ada facebook. hahahaha

aku suka buat dia bengang tapi dia lebih suka buat aku bengang. selalunya dia menang, aku kalah sebab aku suka mengalah. bila dia dah naik moody tu, aku pula naik seriauuuu.! hahaha

lihat la. memang part ni kebijaksanaan dia. bila aku dah blur, aku buat macam ni. ini dinamakan sebagai gali lubang kubur sendiri. harap maklum.

walaupun macam tu, dia pandai sangat pujuk aku dan tau apa kelemahan aku TT__TT paling penting tiap kali aku tipu dia..KANTOI..tak.! sesiapa je yang aku tipu *aku tak pandai menipu*

so, makcik.! walauapapun terjadi. orang sayang makcik ketat2 jugak.! ;)
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 5 Januari 2011

pujangga seorang perempuan

awak..
saya hidup dalam satu angan - angan
dalam angan - angan yang tiada harapan
saya jalani dengan senyuman
segalanya demi sebuah kehidupan

awak..
saya bukan bidadari syurga
mampu menemani setiap masa
saya bukan perempuan berharga
menjadi pujaan malaya
saya bukan seorang pujangga diraja
yang bijak berkata indah
saya juga bukannya sempurna mana
cuma dipandang sebelah mata

asalnya,
saya cuma seorang yang biasa..
namun punya hati untuk cinta..
kasih sayang itu perlu ada..

kini,
semuanya menjadi luar biasa
tanpa saya sedar
tanpa saya pinta
tanpa saya impikan

saya benar - benar telah jatuh cinta..

terima kasih awak ;)
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

beliau seorang pelaut

2011 !

harghhh..awal tahun, sudah semestinya aku sangat busy menjadi driver ayah aku. tugas aku, drive daripada Rawang-Selayang-KL-Banting-Klang owhh..takde la jauh perjalanan perjalanan hahaha *over sudah* biasa la awal - awal tahun camni, bayar bil. bayar cukai dll..hehehe

sesungguhnya aku takde idea langsung nak bagi citer and bagi korang baca TT__TT owh ye..sejujurnya aku sangat penat. hehehe boleh tak.? bagi aku tidur jap..?? jap je ye..jap je huhu kalau aku tidur lama sangat, kejutkan la ye. hahaha


nahhh bro kadet aku dah turun kapal.

jap.! selain jadi driver ayah. aku juga membahagikan masa untuk membahagiakan bro kadet aku untuk pergi melepak kat bukit bintang ataupun lebih kiut dikenali sebagai BB. hahaha nanti, aku dah tak penat dan free..aku akan citer kat korang apa yang menarik oke.!

tenkiu sebab sudi follow aku. hehehe aku akan berusaha follow korang alik ;)


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 3 Januari 2011

saya speechless bukan kerana sakit tekak !

what happen to me.?! apa yang sedang berlaku pada aku.! tulis sesuatu cepat.! cepat.! cepat sebelum terlambat.! hoh tidakkk..! mana yang patut aku lakukan dulu.?? aku tak biasa semua ni. hoh..Khairul Atikah..tolong jangan cepat takbur. bongkak atau riak..tolong jangan ! katakan sesuatu..!

maaf..saya speechless..

saya..aku..hmm..speechless..

saya..tak.! aku cuma niat nak usha sambil kecewa...

TAPI

tiba - tiba ada 167 followers pastu ada 7comment *oke ar tu daripada takde. syukur.!*

siang tadi, aku takde mood langsung nak update pape. owhh takpe la blogwalking je. tapi, berapa banyak sangat la page nak pergi. komen situ sini. dah. out.! aku demam. suara takde. aku pun tidur.

malam ni...sangat teruja. tolonglah abaikan kalau korang rasa aku mengarut tapi dengan rasa rendah diri dan gembira aku mengucapkan terima kasih bebanyak kat korang yang sedang menaikkan semangat berbelog aku. terutama kepada Ben Ashaari  kerana tanpa beliau siapa la perempuan ini..TENKIU world.!

psssttt ; aku terima kasih sangat sebab beliau betul - betul buat aku kembali teruja..terima kasih juga pada mereka yang support aku.! ;)) smileee...

masih teruja dan mungkin ayat - ayat aku berkecamuk kerana hati aku turut berkecamuk. arghhhh..!! rasa sangat teruja..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca