KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 31 Ogos 2010

jarang jarang itu bermakna..

hey guys. morning.! salam sahur. hihii.

berkata : aku terfikir tentang sesuatu. penjelasan ataupun alasan.??

awak.
kepala saya sakit.
tapi, saya kuat.
awak jangan risau ye.

sebenarnya,

awak.
saya ada banyak masalah.
saya tak kuat.
tapi, saya taknak awak risau.
jadi, biar la saya tanggung sendiri.

...

awak.
saya gembira bila awak gembira.
saya tak kisah.
asalkan awak boleh ketawa.

sebenarnya,

awak.
saya tak gembira.
ada perkara yang perlu awak tahu.
asalkan awak tanya.
macamana susah pun saya akan cuba ceritakan.

...

awak,
jangan sakiti hati awak.
saya tak suka bila awak susah hati.
saya sayang awak.

sebenarnya,

awak,
hati saya sakit bila lihat awak begini.
tolonglah fikirkan tentang saya.

...

awak,
awak saya akan selalu ada dengan awak.
saya tak pergi mana mana pun.
awak jangan risau ye.

sebenarnya,

awak,
saya rasa nak lari jauh daripada awak.

...

aku seorang yang hopeless. aku tidak pernah mengharapkan apa apa dalam hidup aku. samada kawan, kekasih dan keluarga. tetapi, jika mereka berikan aku sesuatu yang sesekali pernah aku fikirkan tanpa aku pinta. itulah hadiah terindah dalam hidup aku.

nota fikiran : aku selalu ada untuk orang lain. tapi, bila aku perlukan seseorang....aku mencari.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

awak..

Awak..
Masa mula mula kita kenal.
Saya benci kat awak.
Awak buat saya sakit hati.
Saya taknak jumpa awak.!

Saya rimas.!

Tapi, suatu hari awak hilang.
Saya dapat tahu awak bercuti.
Entah kenapa, saya rindukan awak.
Rasa sepi bila awak takde.

Sekarang, kita jadi kawan baik.
Kemana ada saya disitu ada awak.
Kita sering luangkan masa bersama.
Saya gembira ada kawan seperti awak.!

Bila awak dengan dia.
Sesekali hati saya sakit.
Tapi, saya tak kisah.
Asalkan awak bahagia.

Saya rela sakit melihat awak bahagia.
Tapi, tak rela sakit ditinggalkan oleh awak.

Awak..

Saya cintakan awak.
Kalaulah awak cintakan saya.
Pasti saya orang yang paling bahagia.!
Awak..
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 29 Ogos 2010

ada apa dengan cinta

(jup.! urm..hmm..ok. ok. hihi aku dah cukup umur untuk cakap soal ni. haha)

wah.! tajuk memang market.~

ak ada tanya kat sorang member yang disayangi ini. market apa.? mini market.? super market.? nak tahu die jawab apa.? HOT MARKET. hahahaa..boleh la daripada takde.

berbalik ke pangkal jalan.

korang pernah jatuh cinta.?

aku selalu. yela, cuai sangat. itu yang kalau jalan je mesti silap langkah pastu jatuh. hahaha.~ joke XD

serius ni. korang pernah jatuh cinta.?

aku pernah. takde la banyak kali. kadang kadang. tapi selalunya jarang jarang. hahaa.

tapi, guy tu ta pernah tahu dan aku tak bercerita pun. korang ada tau.? tak kan.? maknenya, aku tak cerita kat korang pun. hahaha

soalan aku berbunyi begini ;

kalau kita jatuh cinta. apa yang tak kena ek.?? (hee..macam soalan budak darjah satu.!)

sejak akhir - akhir ni..aku rasa..ada cinta seram. hahaha ada cinta.? owh tidak.~ hmm..ada ke.?? ni la nak tanya korang. aku tak pandai jawab soalan macam ni. selalunya da melepas baru aku sedar. hahaha

nota cinta : tenkiu korang. sayang korang lebih.!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 27 Ogos 2010

siapa Noor Suhadah. . .?

seminggu sebelum tarikh keramat 19 Ogos 2010.
kau asyik mesej aku tak henti.

"kau datang tak.?!"
"kau mesti datang sebelum pukul12 tengah malam."
"aku nak hari khamis kau ada kat sini."

aku buat derk.
aku cakap aku tak boleh datang.
aku beri sejuta alasan.

hati kau sakit.
kau marah marah dan moody.
kau tak tahu, aku memang nak datang.
aku cari duit supaya boleh datang.

petang rabu,
kau mesej lagi.

"weh, kau datang tak.?!"

"aku banyak kerja la.." balas ku.
kau tak tahu, aku sedang bersiap siap utk kesana.
kau marah.
aku marah kau balik.

akhirnya kau minta maaf.

aku tersenyum. aku tak marah kau pun sebenarnya.
aku gurau je. aku nak buat surprise.

first time kita celebrate brithday bersama.
aku tahu kau teruja.
aku pun.!

aku dah datang.!
sebelum hari khamis.
petang rabu.! (^.^)

selamat hari jadi.
aku bukan anak orang kaya.
yang boleh tunaikan segala hasrat kau.
aku tidak punya harta.
aku tak mampu beri barang barang berjenama seperti kawan kau yang lain.
sesekali. aku tak mampu buat kau ketawa seperti kawan kau yang lain
apa yang aku ada..keikhlasan.
apa yang aku mampu cuma ADA disisi kau.
biarpun sesekali aku gagal berbuat demikian.

kau sahabat yang terindah.
aku diduga berkali kali kerana persahabatan ni.
pelbagai halangan aku cuba tempuhi.
sesekali aku jatuh.
tapi, kau buat aku bangun semula.

aku bersyukur apabila kau memilih aku sebagai sahabat kau.
terima kasih.

~.::SELAMAT HARI JADI INDAH::.~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

adik. kau sengal sangat.!

30 minit 10 saat kemudian..

"nah.! aku berjaya cipta record." mira kembalikan puzzle book word search kepada aku.

"lamanya kau buat.!" perli aku.

"lama ke.? mana ada.! setengah jam.!" beliau menafikan sekeras - kerasnya.

"setengah jam.?! aku buat bawah 20 minit je.." beritahu ku dengan bongkak. riak. takbur. (subhanallah..dosa bulan puasa. malam lailatul qadar pulak tu..heee.~)

"bawah 20.?? kau tau tak.? bawah 20, kalau exam math fail tau.! tak boleh support kertas dua langsung.."

speechless.~



nota kaki kiri : ayat kau bila sengal buat aku blur tau.!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

spoil la.!

adeh.! aku panas hati ni.

sayang, ku punya perasaan juga lor. sumetimes leh kawal, selalunya tak boleh. aku bukan gegirl yang boleh cakap selembut habis baik malaikat semua. (ayat keling kan.? kan.? haha)

pendekkan citer. (bersesuaian dgn aku yang tak berapa nak tinggi..)

aku tak suka nak explain banyak kali. since kita kenal untill now, kau sepatutnya dah boleh faham aku. tapi, sampai sekarang kau tak faham langsung. apa yang kau fikir semuanya tak betul dan aku panas hati sangat bila asyik nak explain. in the end, kau tetap akan bagi ayat ;

 "ta pe la...."

 "tw la ak siapa...."

 "yela. da tak nak layan ak lagi..."

ye..! kalau aku beritahu lagi, ayat ayat tu akan semakin panjang. kalau sekali aku terima. tapi da banyak kali kot.

tau tak.?! aku tak suka semua spekulasi kau. sebab langsung tak betul. as a guy, aku rasa ayat yang kau bagi kat aku gegirl sangat dan aku geli. heee..aku selalu jadi mangsa keadaan dan kau tak pernah nak ambil berat pasal keadaan yang merumitkan tu tapi kau terus rumitkan kepala otak aku.

da la rambut aku banyak gugur. botak tau kalau layan karenah kau.

"ish.! aku sapu..ada je rambut. rambut siapa la ni.! wani..! kau cabut rambut kau ye.?!" tengok.?! ibu aku dah start bebel.

"bu..wani an kat sekolah lagi..??"

"jadi, rambut kau la.!" heee..kenapa kah.?! rajin beno aku kantoi an diri aku sendiri..TT___TT

"........." speechless ar..



nota kaki kanan : kawal baran kau. bulan puasa ni.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 26 Ogos 2010

fridge part II

aku mengONLINEkan diri yang bosan. alah, biasa la. house girl. hihii.

nak dipanjangkan cerita, adik bongsu aku..Mira, balik daripada sekolah lebih awal daripada biasa. eh.? dia tak sakit. cuma, balik sebelum pukul2. hihii. yelah, budak skema. balik sekolah lambat daripada student biasa lor. ceh.!

"kau minat kereta ni ke.?" soalan beliau merujuk kepada profile picture fb aku.

"ha'a..tapi, entah boleh je dapat.." yup, ayat aku selalu macam keling. urm.

"jangan macam tu.! kalau kau nak, go for it.! bila kita nak sesuatu, kita mesti dapatkan. kita perlu berusaha. susah macamana pun, kita mesti dapatkan apa yang kita nak.!" berkobar - kobar betul semangat budak ni. join sekali lah.

"yeah.! go girl.~" respond ku dengan bersemangat.

"go.!" balas mira.

aku tersenyum je. mira ke dapur. buka fridge. aku buat tak reti je, yelah bulan puasa. dia mesti kepanasan tu.

"ayong, agak agak lar, kau letak gambar fridge kat profile picture kau tu. yela, fridge ni dah nazak sangat aku tengok. atas je sejuk..bawah ni tak pun.mana tau, leh dapat fridge baru..." kata mira.

terkesima aku depan laptop.


nota kaki kanan : kalau nanti, profile picture aku tu gambar fridge..jangan la tanya kenapa ek.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 24 Ogos 2010

fridge

bulan puasa. cuaca mesti panas. kenapa mesti.?? kerana mesti. hehehee

aku bukak fridge. ibu start meleter.

"hoi.! tak puasa ke.?!" soal ibu.

"tak.." menjawab dengan lemah. yelah..bulan puasa kan.

"..bukan kau dah habis 'datang' ke.??" ibu terus mencelah.

"ha'a.." ringkas tapi tak padat langsung jawapan ni..

"habis tu.?! kau jangan nak ponteng puasa.! nak menggantinya payah nanti.." ibu terus berleter berpunca daripada jawapan tadi.

aku terus membiarkan diri aku dileter tanpa bergerak daripada fridge.

"ayong panas sebenarnya..." kataku selepas selesai sessi leteran ibu tadi.

ibu terus berleter, part II.

hehehe

nota left hand : kan best kalau rumah aku ada aircond.heheheheee
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 19 Ogos 2010

berlian ini bukan kaca. ia benar benar berlian

ces.! manakah aku tahu.?!

telah aku pergi ke kedai pacak gadai. memang dorang percaya sesuangguhnya ia berlian. dan dorang fikir aku nak gadai. no.! no.! no.! ape da..main gadai gadai ni.?!

ayah berpesan :

"wahai prince ku..."

"princess la ayah.!"

"owh maaf. wahai princess ku, sesangat mana pun susahnya diri kamu. jangan lah sesekali kamu menggadai barang barang berharga mu. sesungguhnya ia bukan lah tabiat yang baik dan akan memusnahkan harta mu lalu menambahkan harta si pembeli."
memang la aku tak jadi nak gadai. hihihii..

mana dapat berlian tu.?

huh, susah aku cari (lap dahi yang tak berpeluh) aku pergi sampai ke utara nun jauhnya..semata mata nak cari berlian ni. haha mula mula, aku tak nampak berlian ni. aku fikir kaca. yelah, tak bersinar lagsung. tapi, bila aku belek punya belek. aku pun tertarik. aku ambil tanpa niat untuk mendapatkan keuntungan. jadi, aku tak harapkan apa apa.

whuuu.

ini la berlian tu. hahahahaaa.~

nota right hand : buat masa ni, dia la sahabat aku dan aku berharap kekal untuk selama lamanya. hihihi

Happy Birthday B..!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 17 Ogos 2010

dan sebenarnya

aku ni seorang yang penyayang.

hadeh.! kenapakah buat muka macam tu.?! benar. ini kisah benar. ini betul betul bukan cobaan.

damn.!
yelah, orang..kalau penyayang takkan kata diri dia penyayang rite.? biar orang lain yang menilaikan segalanya.

ok la, berbalik kepada penyayang.

wahai anda anda sekalian, telah terjadi sesuatu kepada aku. apabila ada seekor anak kucing telah tertidur kat dalam enjin kereta aku.! (nanti aku upload picturenya..) subhanallah..punya la comel anak kucing tu. ya.! sangat comel dipandang tapi bukan dipegang.~ whuuu..

aku tak takot. cuma sedikit ngeri disitu. mengenangkan zaman kanak kanak ribena dulu, aku rajin bermain dengan kucing tapi asalkan aku main dengan kucing..ibu mesti marah. lepas ibu marah..aku mesti demam. yelah, doktor pun dok membebel tak sudah. katanya.."berhentilah kamu bermain dengan kucing, kerana bulunya memudaratkan kesihatan kamu.." ceh.! dah macam dalam hadis pulak. hahahaha

itulah,
bila dah membesar ni. (urmm..takde la besar mana pun. hmmm..) entah kenapa, aku jadi takut dengan kucing. jangan la kau dekat.!! bila tergesel je sikit. aku punya melompat sebiji macam aku nampak ular. hahaha susah untuk aku ceritakan dengan detail (geleng kepala). anda bayangkan la sendiri macamana tabahnya aku mengeluarkan anak kucing tu daripada enjin kereta aku.  TT__TT  terduga disitu.

walaupun begitu.! aku sangat suka lihat kucing kucing comel. cuma, jangan la mereka mendekati aku. ataupun aku akan lari tak cukup tanah. huhuu.~ camno nak hilangkan fobia nih.?!


nota left hand : aku tekad. aku sangat tekad. jangan la ada kucing dekat dekat dengan aku. TT____TT

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 16 Ogos 2010

the ugly aki

aku tak kenal dia. aku tak tahu satu pun pasal dia. aku takde pun add dia as fren kat facebook (yelah.! facebook je laman sosial yang aku ada) dan aku memang tak pernah kenal dia.! tapi, video dia buat aku ketawa. aku suka. aku jatuh cinta. aku dah admire kat dia. hahahaha joke XB


i love the mesej. video ni sempoi dan sangat kelakar.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 14 Ogos 2010

header baru

hampir setahun aku membiarkan blog malas ini keBURUKkan. semuanya kerana kemalasan aku dan juga kerajianan aku menambahkan lemak lemak dibadan. hahaha akhirnya aku rajin juga buat satu header baru. kira, agak meriah sikit blog ni. kan.? kan.?


haaa..camne.?? ok tak.?! hehehe picture sape tu.?? owh..itu picture artis korea BoA. aku minat sangat dengan minah genit ni. even die genit..die sangat pandai menari dan tarian die..huish.! memang aku tak leh tiru. hahaha yelah. aku an kayu.

ok la.

jom sahur.!

nota tangan : Selamat Menjalani Ibadah Puasa Bloggers Sekalian..hehehe

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

apabila dia suruh buat. aku pun buat....bodoh.

suatu petang. aku sedang bersuka ria.

dia : belajar la untuk hidup tanpa aku. join la dorang.

aku : yelah. if i can live without you.

dia : boleh la. kena belajar.

aku : ok.!

ces.! aku taknak sebenarnya. apa maksud dia. aku tahu la ajal maut, pertemuan perpisahan semuanya di tangan Tuhan. tapi, tak perlu la suruh aku belajar untuk hidup tanpa dia. memang boleh. tapi, aku taknak lupakan dia. jangan buat aku camni.

dia : kau boleh. mustahil tak boleh.

aku : ya. aku tahu.! baik la. as your wish dear.

owh.! jangan kau fikir aku akan buat.!


nota tangan : aku seorang yang keras kepala dan hati.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 13 Ogos 2010

kisah malam terakhir dibulan sya'baan

seperti yang telah digempakkan pada tajuk diatas. ini kisah sedih, pilu, dasyat pada suatu malam yang tidak dapat di hide oleh seorang makhluk Allah yang berjantina perempuan. beliau tidak menyangka akan menerima nasib begini untuk hari esoknya iaitu hari pertama di bulan Ramadhan.

"kau nak pergi mana.?!" soal si adik apabila menyedari laluan itu bukan laluan yang biasa mereka lalui.

"lalu depan masjid..." jawab si kakak dengan suara kataknya. (batuk, demam, selsema)

si adik mendiamkan diri. sekadar ikut saja kehendak si kakak yang sedang demam.

"aku nak puasa.! esok aku tak boleh puasa." kata si kakak dengan sebak dan sayu.

"alah, kau jangan la nak menangis pasal ni." si adik cuba memujuk.

sebaik sahaja lalu didepan masjid...si kakak bersuara kembali.

"nanti, kita pergi terawih sama - sama okey.?!"

"hmmm...yelah." si adik sekadar melayan karenah si kakak yang sangat mengada - ngada.

"jom lah. aku lapar. aku nak makan...." kata si kakak lagi.

maka berakhirnya kisah malam terakhir dibulan sya'baan itu dengan airmata si kakak yang tidak dapat berpuasa. ini bermakna, puasa tahun ni dia perlu tersengeh sengeh kambing untuk berkata.. "puasa ta penuh pun.." tidak seperti tahun tahun sebelumnya apabila dia berpuasa penuh dan sering berbangga "puasa tahun ni penuh jak..".

nota tangan : memang susah pempuan nak puasa penuh.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 10 Ogos 2010

okey je.!

ini kisah aku dan ibu.

intro : aku dan ibu jarang untuk berbiacara. selalu fighting. kadang - kadang bermesra. btw, i'm always with her. every where, every place, every moment and some part every second T___T (rapat la sangat.!)

tak rimas ke.?!

NO LAH.!

*berani kau cakap yes kalau suka kena duku. TT____TT

ibu,
orang nak sertai contest ini ;


daripada page Mohd Khairuddin ;


dia buat page ni untuk mak dia. mak dia cool giler. hahahaha

ibu,
even kita selalu tak bersependapat dan selalu gak orang rasa malu. tapi you know la your son yang batu ada dalam kepala. mana nak ambil kisah ngat. hal remeh. hahahaha luv u.!

situasi satu ;

lokasi : Tesco Selayang
masa : lebih kurang petang
cuaca : tak tahu sebab dalam shopping mall.
(cerita 18SX)

ibu : ayong, kau saiz berapa.??

aku : saiz apa.??

ibu : bra kau la.

aku : (tersengeh - sengeh malu.) .....

ibu : eh, yang ni cantik.!

tanpa perasaan, dia terus letak itu bra pada aku punya breast.! sudah la, area tu betul - betul laluan orang ramai. ada la beberapa guy ni usha daring je kat aku. aku sangat segan lalu beredar. sorry ibu sebab kena tinggal.

situasi dua ;

lokasi : mana - mana pasaraya.
masa : malam sudah
cuaca : sejuk
(cerita umum)

sedang aku membelek - belek barang makanan ringan untuk dibeli. ibu tiba - tiba hilang. aku takkan panik sebab aku pun selalu menghilangkan diri. bila betul - betul dah lost mula la hp ayah aku berbunyi. "ada mana.?!" hahaha

ibu datang menghampiri aku ;

ibu : ayong, nah.! sedap ni. ibu dah minum dua cawan.

ok. dah dua cawan. ibu menghulurkan secawan kecil minuman yang diberikan kepada sesiapa je untuk rasa pastu kena beli. tapi, ibu rasa je. tak beli pun. huhu

aku : (tersenyum. ambil air tu.)

ibu : sedap kan.?? sekejap. ibu ambil lagi.

adeh.!

ibu : (berkata kepada promoter tu) anak mak cik suka la air ni. beri satu lagi boleh.??

aku tak kata pun aku suka.! promoter itu tersenyum je pandang aku. aku pasti hati beliau bahagia.

situasi tiga ;

lokasi : klinik
masa : 3 petang
cuaca : panas
(cerita umum)

aku demam. aku batuk. aku gastrik. aku cirit - birit. aku sakit. aku dah takde mood nak pergi kolej. aku tak suka jumpa doktor.! tapi perlu jumpa sebab aku perlukan MC ataupun aku dapat NC untuk semester ni. jadi, ibu temankan aku jumpa doktor.

nurse : Khairul Atikah.

aku masuk ke dalam bilik doktor tu dengan sopan. ibu follow up kat belakang. sebaik sahaja duduk dikerusi pesakit. doktor pun memulakan tugasnya. kata doktor tekak aku bengkak teruk. bibir aku pun kering kemerah - merahan. seperti biasa doktor akan bertanyakan soalan - soalan rutin yang terlalu biasa dan takde yang luar biasa.

doktor : ada demam..??

aku : tak kot. (jawapan nak elak dapat ubat demam)

ibu : dah empat hari dia demam.

ok. ibu mencelah. aku pun pandang doktor. ibuku seorang yang peramah.!

aku : sakit perut, cirit birit..

doktor : awak sorang je ataupun satu rumah.??

aku : saya sorang je.

ibu : dia ni tak boleh makan pedas. pagi tadi dia makan sambal.

ok. ibu mencelah lagi. sekali lagi aku ingatkan ibuku seorang yang peramah.!

doktor : kalau macam tu kenapa makan jugak.??

aku yakin..hati doktor ni mesti sedang berbahagia.

aku : (tersengeh - sengeh segan)

ibu : semalam kena gastrik. nak makan susah dia ni............ (kata - kata seterusnya dipotong oleh aku)

ok. sekali lagi ibu mencelah. aku nak ingatkan lagi. ibuku seorang yang peramah.!

*cerita terhenti. kalau aku cerita lagi nanti mengaibkan diri sendiri kerana doktor tu dah taw segalanya pasal aku daripada a to z. rasanya dah khatam kot. tanks ibu. hmmmmmm..~

nota tangan : ibu aku dah siap - siap nak pergi pekan Rawang ni. kedai favorite die kedai RM2. nama je kedai RM2 tapi harga kat situ lebih daripada RM2.! aku pun tak tahu lah. banyak kot koleksi ibu ni. entah apa yang tak cukup lagi. huhuhu aku mandi dulu.!

ibu : ayong. mandi cepat.

ibu dah siap pakai tudung sume kot.! tinggal nak gerak je. huhuhuuu.~ kalau ibu dah siap. dia nak cepat je. hahaha

bye yalls.!

hei jup.! ta best lar kalau aku sorang je citer pasal ibu aku rite.?? hmmm..camni, aku nak tag 7 members yang aku rasa dorang mesti ada cerita lagi best.! teruja la aku. lagi ramai yang join. lagi best.!


pssstt : meh ramai ramai citer pasal mak/mummy/ibu/bonda/mama/umi korang.!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 9 Ogos 2010

aku tak suka surprise dan aku dapat surprise. TT____TT

ini post yang kedua.!
ces.~
letrik ta de time ak menaip.
hilang segalanya.~
TT_____TT

HAPPY BRITHDAY GARLL.~

sangat happy bunyinya. bagi aku, seram sejuk kot. aku ta berapa gemar act. celebrate brithday memang jauh sekali (even every year) i hate that. ye lah, last two years macam2 jadi sampai mengalir la airmata ni. so, agak fobia sikit. birthday aku jela.!

bila tiba je brithday time, aku akan buat bodoh (sangat takut dgn tepung, telor, kek) jadi aku memang tak amik port. taw2, alik rumah dah terhidang kek coklat atas meja. hahaha tanks to my family yang tak jemu2 celebrate walaupun dorg taw aku tak suka. ngee.~

btw, tanks to Noor Suhadah yang bersemangat kemerdekaan betul bila sampai nangis guling2 sebab aku tak bagi dia dtg KL. (iye ke.?? katanya laa.) dan celebration ni betul2 dah cover aku punya moody day. since two days before, iaitu after die balik IPOH. aku menghidap FLU dan DURIAN FEVER huhuhu.~

bersemangat suap kek. besar tol mulut die bukak.! dan itulah kek pertama dan terakhir yang masuk dalam mulut aku. TT____TT


damn.! dis guy try to bagi hidung aku makan.! ces.~


brirthday garl. damn.! ala2 comel ar nih. ngee.~ sengal sangat.!
(kek tu sedap sangat.!)

aku memang tak expect akan ada kek dan lilin dan pisau dan aku. hahaha sebab aku bajet jalan2 je sambil ditemani Noor Suhadah. yolah, masing2 bukannya anak orang kaya.! huhuhu btw, sangat terkejut dan sangat tak jangka. guys.! aku sangat bencikan surprise. so, remember that.

this is my first brithday yang celebrate ngn frens before this TAK PERNAH dan aku pun TAK PERNAH mengharap pape daripada kawan2 aku. huhuhu dapat kad brithday dan ucapan tu biasa lar.~

yang paling kalut nak mengarut itulah, si sweater bintik2. dia yg start the war.!
(sedap kot kek tuh.!)


bukan berlima. ada lagi.! tapi yang lima ni lar paling teruk kena kek TT____TT
(guy berbaju hitam, ak admire sangat dengan muka kau.! siap kau nanti.!)

To ALL FRENS :
sangat sayang korang and thanks sebab bagi aku perkara yang aku tak suka. at least, aku ketawa. tanks sangat. aku paling sayang kau Noor Suhadah.!

patrick star from Suhadah. happy giler.! akhirnya aku dapat.

mulut kata : aku taknak daripada kau.!
hati kata : yes.! yes.! tanks sayang.! sayang kau sangat2.~

motif : nak bagi suhadah jeles sebab aku tengah hot dengan die time nih. hahaha beb.! jujur aku suka sangat hadiah ni.! aku teruja. berbunga2 hati aku.! tanks a lot.!


pssstt : kek tu terlalu sedap tapi aku sakit hati sebab dapat mam sikit je. dorang sume men baling2 kek kat muka. paling sakit hati. baju kesayangan aku tuh.!

nota pendek :
aku paling tua dlm group tu.
aku paling kecik.
so,
hahahaha

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 4 Ogos 2010

hilang

ada sesuatu yang dah hilang.
sesuatu yang aku tak tahu
atau mungkin aku tahu.

satu rasa
yang mungkin takkan kembali.

berubah itu pasti akan menyakiti sesiapa je.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca