KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 9 Julai 2009

jika aku seorang traveler

hari ni, aku bangun lambat. sangat lambat! pukul10. seperti biasa, aku tergesa - gesa untuk ke kolej.

Duit Poket ; RM12.10

Aku pergi ke pejabat pos untuk pos barang. (pos laju ; RM5.60) kemudian, aku ke 7eleven untuk topup, memandangkan nilai kredit aku RM0.00 (topup ; RM5) akhir sekali, aku naik bas rapid macam biasa (bas ; RM2).

Baki ; RM0.50

Sampai kt CM (Central Market) ;

Secara seriusnya, aku sangat buntu! weh, tambang paling murah ke kolej aku pun RM0.70 sekarang ni aku kekurangan RM0.20. adeh! hampeh sangat..aku dah tak meniaga kerana takde mase jadi aku takde pendapatan dan aku, hidup berdikari atas kaki sendiri.

Mudah saja, aku cuma perlu berjalan kaki. ok kan..? Cuaca agak baik. Ya, baik sangat. Jadi, jalan kaki takde masalah langsung. Untuk elakkan rasa penat, aku menikmati setiap lagu yang ada dalam MP4 aku.

Secara jujurnya, aku asyik berfikir tentang duit (masih kat area CM). Kalau aku takde duit, mean esok aku takleh pergi kolej. Takkan aku nak ketuk akak aku yang tak bekerja gak..? Aku takde la kejam sangat..hmm rasa hiba..

(sambil dengar lagu, aku melangkah jerk..aku ingat, pusing2 KL dulu la sebab kelas pun belum start lagi. temu janji pun lambat lagi dan selebihnya aku telah kelewatan jadi, kehadiran "zero")

aku masuk kat area DAYA BUMI. agak kelakar sebab aku tak jumpa jalan keluar. pastu, aku melintas kat landasan keretapi KL. ops! JEJANTAS landasan keretapi KL. aku terfikir sesuatu.

lagak aku seperti seorang pengembara.Macamana kalau aku jadi seorang pengembara..??

aku pun teruskan perjalanan, aku mesej ayah aku. dia je orang yang ada dalam kepala otak aku time aku susah ni..ayah kata, dia nak pergi ke BANK RAKYAT JLN PARLIMEN mungkin. Owh, kebetulan dengan haluan aku, jadi aku pun terus je berjalan melalui segala pelusuk sehinggalah menembusi ke MASJID NEGARA. aku ternampak omputih yg dtg bercuti. Dorang nampak sangat bebas. ehehe "aku juga seorang pengembara sekarang!" anganku..

disebabkan, aku terlalu bijak. jadi, aku melalui jalan yang salah. sepertinya aku telah berpatah balik dan melalui DATARAN MERDEKA. adeh!

kat dataran ; Ramai omputih dok excited dengan tiang bendera tertinggi didunia dan juga kolam air pancut yg sememangnya ada sejak zaman jajahan inggeris dulu (realitinya, aku baru tahu tadi) uhuhu

aku terfikir. aku rasa bebas. adakah aku seorang pengembara sekarang ?

aku terus berjalan (MP4 masih memainkan lagu2 kegemaran aku) aku melalui depan KELAB DIRAJA SELANGOR, ramai orang kaya disitu. pakai kereta besar. aku terfikir, kalau aku pengembara..?

aku sampai ke destinasi yang dituju dan berjumpa dengan ayah. aku berjalan dengan ayah semula ke CM dan kami berborak. aku dapat rasa sesuatu...BEBAS..TENANG..GEMBIRA. aku tertanya2, adakah aku suka mengembara..? aku juga bertanya jika aku seorang pengembara..??

aku dapat duit poket dari ayah ; RM22. syukur!

aku mula sedar. aku suka mengembara. aku nak mengembara. sejak aku hidup. aku rasa sunyi, terkongkong dan tak gembira. aku takde kawan, ada tapi tak ramai dan kebanyakannya untuk seketika. aku tak tahu.

(aku ada darah gemuruh bila berdepan dengan orang ramai sebab tu aku pakai earphone dan dengar lagu bila ada orang ramai didepan mata aku)

bosan bersosial di layar tenet ni..! cian aku..uhuhu

aku dah pasang niat ; aku NAK mengembara, aku AKAN mengembara dan aku MESTI mengembara. mungkin BUKAN SEKARANG tapi NANTI tidak mustahil ehehehe
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

4 ulasan:

~MaNjAmAS~ berkata...

hye..akak pon suke mengembra2 nih!

ANDA MUSYKIL????!!!??? berkata...

lalu lalang kt blog2...
then tbce blog awk...

besh gak...
so i flow u...

.v.a.n.e.L.L.a berkata...

ang nak mengembara mana?

bawak ak skali la wey.

ak terer baca map.

BHAHAHAHA.

:DD

Miyuki,TheCombatButler berkata...

manjamas :
mengembara rsa bebas! ahaha

anda musykil :
yeke..? adeh! tq. malu la pulak..ahahah

vanella :
aq nk mengembara kat seluruh dunia..!
bgus2! jom join aq!! ahaha