Entah la, sakit hati..geram..marah. macam - macam faktor yang ada ni buatkan aku lebih bersemangat untuk menulis entri yang baru uhuhuHarry Potter.Sebagai peminat pelakon utama Harry Potter ataupun Daniel Radcliffe
(wutever..), aku adalah peminat siri movie Harry Potter. Aku juga menyimpan semua koleksi filem Harry Potter dan menonton di panggung adalah semestinya
(aku asyik mengkayakan si Daniel je, aku tak kaya - kaya pun..wahahaha).Untuk episod kali ni, sama macam pandangan orang lain.
Rugi beli tiket! aku dah rasa macam tonton drama melayu yang membosankan dan tergantung
(tak semua drama melayu teruk sebab aku minat drama melayu ehehe). Lebih menyakitkan hati, selepas sejam pertama aku dah mula resah and rasa sangat ringan ke kaki untuk melangkah keluar dari panggung
(aku sepatutnya tonton Skrip 7707.shit). Kalau tak silap hanya
3 babak aksi yang lainya semua dailog soalan. siapa the half-blood prince
(wutever..)..? pasal cinta monyet yang takde jalan penyudah. huh! kire bosan sangat..sangat la..adeh!
2nd time rugi lepas Selamat Pagi Cinta uhuhu
APM (Anugerah Planet Muzik).Firstly ucapan tahniah kepada artis Malaysia dan Singapore yang berjaya. Indonesia..? Tahniah juga lagi - lagi hasil untuk majlis berprestij itu agak berjaya. uhuhu bukan nak mengutuk, kena faham situasi kat sana juga. jadi, ia bukan satu masalah besar bagi aku, yang penting majlis tu berlangsung dengan lancar dan artis2 Malaysia dan Singapore dapat pulang dengan selamat.
Aku cuma
TERkecil hati bila membaca tentang nasib artis2 kat sana yang berkongsi bilik dan lain - lain.
(kalau boleh, taknak ungkit sebab ia boleh mendatangkan pergaduhan jadi itu bukan keinginan aku..uhuhu). Lebih bingung bila aku tengok persembahan stacy yang gila mantap tapi alih - alih kamera shot kat penari latar..?? apehal nih..? tapi, aku tak terkejut langsung bila Faizal Tahir menyanyi, yang lain takde respond sebab aku masih percaya yang artis Malaysia masih belum dikenali dengan dekat lagu - lagu mereka di tanah seberang. Jadi, itu bukan hal yang besar. Yang paling penting, aku suka dengan persembahan Faizal Tahir dan Stacy !
Aku mengaku yang aku bukanlah mengikuti terlalu dalam tentang entertainment so aku tak patut ulas pepanjang. uhuhu. mungkin agak ganjil bagi aku bila menonton acara APM di tv, tak se
GAH sewaktu acara di Malaysia dan Singapore. tapi, aku kena sedar akan perbezaan setiap acara tu. lagi - lagi latarbelakang negara yang berbeza.
Namun, aku tabik pada Indonesia kerana mampu untuk menjayakan acara tu. walaupun, aku dah
TERyakin yang acara tu takkan berlangsung dengan baik dan ia terjadi ... ops!
P/S : sekadar pandangan peribadi saja.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca