KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 14 September 2011

Pertemuan dan perpisahan

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam hidup ni, tiada apa yang kita jangka  . . pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup yang tak dapat dielakkan lagi . . apa yang penting . . mati itu pasti . . 

Siapa sangka, orang yang kita tidak punya keinginan untuk mengenalinya menjadi orang yang paling rapat dalam hidup kita. Orang yang kita kebuntuan untuk rapat menjadi orang yang paling penting dalam hidup kita. Orang yang kita cuma memerhatinya dari jauh menjadi orang yang paling kita sayang . .

Hari ni, aku sangat blues . . sayu . . dan kepura - puraan . .

Blues bila aku rasa tak mahu jalani satu hari ni . . nak skip, boleh ? nak berhentikan masa, boleh ? 

Sayu bila aku rasa cuma mahu sekejap berenggang tapi akhirnya aku jadi pilu dan rindu yang teramat sangat kepada dia . .

Kepura - pura  . . bila aku gelak dengan kuat . . padahal dihati ini ingin teriak . . menangis sekuat hati . . 

Hari ni, aku belajar untuk hidup tanpa mereka semua . . namun, terlalu banyak keindahan dan kegembiraan yang mereka semaikan dalam hidup aku menyebabkan . . sehari tanpa mereka . . aku rasa sakit hati yang teramat sangat . . rindu yang sangat derita . .

Berkali - kali aku katakan pada mereka "Kai rindu akak la . . " 

"Akak ada je kat sebelah ni . . takkan rindu lagi kot ?"

"Rindu sangat . ." Aku membalas dengan senyuman . . merenung wajah masing - masing . . menahan airmata . . Ya . . Aku rindu sangat . . 

Sudah la itu, aku terlalu rindu saat - saat kami bersama dulu . . aku tak mahu masa terus berjalan . . tapi, apa kan daya aku cuma manusia biasa . . 


*Kak Amy dah bersalin baby boy . . 12 Sept 2011 . . alhamdulillah . . semuanya selamat . . 

Airmata mengalir . . otak aku penuh dengan persoalan . .  Nanti, Kak Ekin akan rindu aku tak ? Kak Ati nanti akan tersenyum sesorang tak bila ingat kat aku ? Kak Leny akan teringat kat aku tak ? . . Kak Amy tu sudah pasti . . selepas sebulan lebih tanpa dia, aku tahu . . ada masa dan ketika dia mencari aku bertanya khabar berita, dia masih boleh buat aku gelak . . Kak Hana pun macam tu . . aku tak sabar nak jumpa Kak Hana . . aku rindu saat kami bertiga dulu (Aku, Kak Hana & Kak Ekin) . . banyak perkara yang buat airmata rindu ni mengalir . . Tak sabar nak pergi tengok 'anak buah' . . jumpa Kak Amy kat Kedah nanti . . 

Owhhh !! Aku benci perpisahan . .

Yang Pasti . . Aku Akan Rindu Mereka . . 

Mereka ! Terbaik dalam hidup aku !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: