KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 1 Mac 2011

kehilangan

Assalamualaikum..tak jawab dosee..

Hei, dalam hidup ni ada banyak cerita. Pertemuan dan perpisahan. Semua yang terjadi adalah lumrah hidup. Dan kita perlu hadapi dengan tenang serta sabar.

Kalau nak ceritakan tentang sakitnya hati, lukanya jiwa memang tak habis. Tapi, aku redha dan cuba untuk tempuhi hari - hari yang menyakitkan ini dengan tabah walaupun sebenarnya aku tak sekuat mana apabila sering kalah dengan airmata sewaktu mengadu rasa pedih kepadaNya.

Sukar untuk aku percaya. Apakah rasa sakit ini akan berakhir ?

Kau sayang sangat dengan beliau dan kau cuba untuk buat beliau bahagia kerana bagi kau beliau adalah sahabat dunia dan akhirat. Tidak pernah terlintas walaupun sedetik untuk buat beliau rasa tidak penting. Tapi, apabila kau saja yang buat begitu tapi tidak beliau ?? Bahagia kah ??

Sehingga kau minta izin untuk bercakap dengan beliau dan beliau sibuk. Kau tunggu sehingga tertidur.

Sehingga kau menghantar hampir sepuluh mesej dan satu sahaja yang beliau balas kemudiaan itu hilang. Kau bersabar dan menunggu.

Sehingga kau berkorban apa sahaja walaupun dihina, dikeji, diherdik dan lebih teruk lagi orang lain mengatakan kau bodoh ! Kau tetap bersabar dan setia disisinya.

Sehingga kau tidak mampu terlelap walaupun seketika pabila beliau bermasalah. Kau menunggu sehingga beliau memerlukan kau dan kau mengharap untuk itu.

Sehinggakan beliau memperuntukkan masa untuk bersama kau dan selebihnya bersama mereka. Sedetik pun kau tidak pernah terfikir untuk melakukan seperti itu. Kau masih bersabar dan biarkan hati kau disakiti.

Sayang ! Sayang teramat sangat ! Kerana sayang, kau berbuat - buat ok ! Padahal hati kau sakit pedih !

Bagi aku, kalaulah mereka itu sahabat dunia akhirat beliau. Pergilah ! Mengadu la segala macam tentang perasaan kau. Cerita la tentang segala masalah kau. Mintalah bantuan daripada mereka. Ini masa yang sesuai. Kerana aku tidak mahu meninggalkan kau sendirian. Aku rela undur diri merawat kepedihan hati sendiri. Datanglah pada aku diketika kau ditinggalkan keseorangan. Tiada pintu lagi yang tertutup rapat.
Bukan mudah untuk meninggalkan orang yang kita sayang. Tapi, kalau orang itu mengatakan perkataan 'sayang' yang tidak berjiwa adalah lebih baik jangan terlalu hanyut atau kau akan menderita nanti. Cukuplah !

Aku cuma ingin muhasabah diri dan mencari kebenaran dalam setiap yang terjadi. Jadi, biarkan aku sendiri. Jika terdetik dihati untuk terus bersabar dan bersabar lagi, tidak mustahil untuk aku kembali tetapi pada ketika itu, aku ingin kau tahu. Aku bukan lagi Khairul Atikah yang kau kenali dulu. Maaf !

p/s : aku takkan update blog ni sehinggalah aku benar - benar terawat !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

5 ulasan:

Zue Cancer berkata...

chill~~~~~~
jgnla macam ni...
kalau ader masalah gtaw la...payah kalau penyakit hati ni..penyakit hati ni mmg payah nak rawat..

Khairul Atikah @ Cik Yuki berkata...

bleh bgtw ke ?? ad ke y nk fhm ? huurmmm..

Khairul Atikah @ Cik Yuki berkata...

bleh bgtw ke ?? ad ke y nk fhm ? huurmmm..

JIJI YU berkata...

muahah member aku dah kena camni...last2 pakwe pompuan sound member aku cakap jgn kaco die..padahal..pompuan tu tkder lak gitau die yang pompuan tu dah ade pakwe.

Shybie Hasliza :) berkata...

babe , gv him time .
masa tu pengubat segalanya.
oke ?
sibukkan diri.
that make u feel better :)