KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 12 Julai 2014

Review : Doctor Stanger

Dunia masa kini dalam, dunia Cik Yuki (이유키) memang sedang kegilaan kepada drama - drama korea ni. 

Ok, camni. Minggu lepas, baru je habis drama Doctor Stanger. Ai bagi 4 bintang !


Doctor Stanger berkisah tentang Park Hoon. Park Hoon dilahirkan di Korean Selatan tetapi membesar dibumi Korea Utara apabila ayah dia Park Cheol ni dipergunakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang kejam si Jang Seok Joo dan ramai lagi lah ( emosi pulak bila cakap tentang orang jahat ni ). Mak Park Hoon pun jadi mangsa kekejaman Seok Joo ni.

Park Hoon


tak payah ensem sangat, hilang fokus nak tulis entry

Setelah melalui pelbagai rintangan dan latihan di Pyongyang Medical University, Park Hoon menjadi genius thoracic surgeon. Sampaikan dia boleh lakukan pembedahan dalam gelap. Semua tu hasil tunjuk ajar daripada Park Cheol dan pengalaman, setelah terpaksa membunuh ramai pesakit selama 5 tahun. tragis !

Di Korea Utara, Park Hoon ni bercinta dengan Jae Hee.


SATU ni jela memori Park Hoon dengan Jae Hee . . kena tarik telinga


Tengah syok bercinta nak kawen bagai, tetiba Jae Hee kena tangkap oleh tentera Korea Utara. Kemudian, dorang jumpa balik tapi dalam keadaan Jae Hee koma dan perlu lakukan pembedahan. Nak bestkan citer, Park Hoon ni la yang kena lakukan pembedahan dan dia kena bunuh salah seorang daripada pesakit yang dipertanggungjawabkan iaitu ayah Jae Hee atau Jae Hee. 

Park Cheol 


Park Cheol ni sayang sangat dekat Pak Hoon dan dia tahu yang Park Hoon takkan tinggalkan dia. Jadi Park Cheol ni sanggup mati kena tembak sebab nak suruh Park Hoon lari dengan Jae Hee dan hidup bahagia. Park Cheol mati, tinggalkan wasiat kat Park Hoon ".. From now on please don't forget that you are a doctor .."

Park Hoon larikan diri dari Korea Utara dengan bantuan kawan Park Cheol.

Pendekkan citer ;

Di Korea Selatan, Park Hoon ni ada klinik sendiri dan dia sanggup buat macam - macam jenis kerja sambil - sambil merawat orang untuk kumpul duit bagi bawa Jae Hee ke Korea Selatan ( time ni Jae Hee kena tangkap dah ). Kira Park Hoon ni tak lupakan janji dia dengan Park Cheol. Sampaikan Park Hoon sanggup terima upah 50sen untuk bedah seorang pesakit yang tak dapat perhatian daripada pihak Myungwoo University Hospital. ( ada la sorang budak minta tolong ). 

Dia ada adik angkat Lee Chang Yi yang asyik panggil dia Hyung !

Bora memang comel hehehe

Di Myungwoo University Hospital ni Park Hoon berjumpa dengan 돌팔이 Dulpali doctor iaitu Oh Soo Hyun.

Dulpali @ Dr. Oh Soo Hyun


Oh Soo Hyun ni, doktor yang kuat belajar tapi still tak berapa nak mahir dalam bilik bedah. Sepanjang pekenalan dengan Park Hoon, banyak yang Dulpali ni belajar. Teknik - teknik pembedahan yang dia takkan dapat belajar dari dalam buku. Malah, Dulpali belajar erti seorang doktor yang sebenar daripada Park Hoon.

ok stop !

Off topic sikit . . . I like quack couple ni . . . Dulpali dengan Water Boy ( Park Hoon ) memang comel gila. Dari first meet sampai ke sudah. Memang tak habis bergaduh manja gitu.

bila Dulpali down dengan ayah dia, Water Boy sentiasa ada untuk menenangkan Dulpali.

First meet . . kena lempang . . auchh 

ark ! Water Boy cover dedua pipi supaya tak kena lempang tapi . . . haish 

Quack Couple story

Dulpali selalu kena usik dengan Water Boy

Dulpali belajar dengan Water Boy

Water Boy kena baling dengan besen !

Ok done !

On topic balik ye . . So, dekat Myungwoo University Hospital ni ada seorang doktor muda yang berbakat iaitu tunang Dulpali. Dr. Han. 

Han Jae Joon


Genius daripada Harvard University. Tujuan Dr. Han masuk Myungwoo Hospital sebab nak balas dendam sebenarnya tapi dia ni rasa tercabar dengan kehadiran Park Hoon kerana skill yang Park Hoon ada, dia takde dan Dulpali pula suka kat Park Hoon sampai sanggup reject dia.

Jeles la tu, sape suruh sombong taknak ajar Dulpali sebelum ni pastu asyik merendah - rendahkan Dulpali.

Alah ! stressnya muka . . Water Boy relax je pun . . hehe

Park Hoon mabok, terpelok Dulpali. Jeles la si Jae Hee . . 

Dulpali kena reject dengan Water Boy.

Dalam jahat Dr. Han ni sebenarnya dia cintakan Dulpali.

Endingnya . . . happy ending lah.


Tapi, aku tak happy ! Owh ! Kenapa la Dulpali dengan Water Boy tak bersatu ?! Hmm tak dinafikan sebenarnya drama ni lain daripada yang lain. Kalau daripada segi jalan cerita tentang bidang kedoktoran tu memang macam biasa, perfect la kot.

Perjalanan drama ni ( kisah cinta ) lebih kepada hubungan mesra Dulpali dan Water Boy sebenarnya. Malah, bila Dulpali kena reject ( pun turut rasa sakit juga la ) lebih terasa daripada Jae Hee punya penderitaan sebab agak serabut sikit dengan watak Jae Hee ni. Terlalu menderita. Dia terlalu protect Park Hoon sampaikan nampak hubungan Park Hoon dan Dulpali nampak happy couple.

Jadi, tak dinafikan la sampai ada Team Fans Quack Couple . . . hehehe . . . sampai aku pun sebenarnya mengharapkan Water Boy dan Dulpali bersama. Tapi, kejam la kan kalau Jae Hee dah protect Park Hoon kaw kaw tetiba Park Hoon bercinta dengan Dulpali. Biasanya, kalau betul. Mesti dorang matikan watak Jae Hee. Hehehe dasyat aku ni ! tahu dah jalan ceritanya. kalau la Jae Hee mati . . 

Panjangnya cerita kan ? Oit ! Tak baca sampai habis la tu !

Guenchanha ! 괜찮아 . . .

Aku faham . . kekadang susah nak habiskan membaca . . dah habis singkat aku buat pun tak boleh nak baca . .  hehehe gurau.

Gumawo ! 고마워 . . 





Credit : Pakcik Google Kacak 

| Tak sabar nak tunggu drama It's Okay, That's Love. Selain debut lakonan D.O EXO, lakonan Gong Hyo Jin lebih menarik perhatian aku |


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: