KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 15 Julai 2014

Anak Tunggal VS Anak Sulong ( When Family become FIRST and myself LAST)

Ini kisah aku. 

Masa kecik

Aku anak sulong . . aku ada 3 orang adik. Sorang lelaki, dua perempuan. Jarak usia kitorang dua tahun, dua tahun. Umur aku 6 tahun atau 7 tahun macam tu, aku ada adik bongsu. Aku memang kena uruskan dia dari A sampai Z sebab ibu aku bela anak orang (cousin aku jugak).

Sakit je mata aku tengok adik - adik aku ni. Ibu aku pula, asyik - asyik aku. Semuanya aku. Kalau lapar, masak nasi sendiri. Kalau adik lapar, masakkan untuk adik. Kalau pergi taman, kena bawa adik - adik. Jangan nak main je, tengok adik - adik sekali . . last - last aku tak main. Kemudian, bila basikal aku rosak 'meh ayah ajar repair . .' bila basikal adik rosak 'kan ayah dah ajar, tolong la repair kan . .' Bila aku demam 'Tak payah nak berlakon, pergi sekolah . .' bila adik demam 'Adik kau demam, kau pergi jela sekolah . .' tak adil !

Semuanya adik . . adik . . adik . . sebenarnya jeles kot. Aku rasa sangat perlukan perhatian ayah dengan ibu. Yang adik - adik pula jeles dengan aku sebab, you have everything katanya . . 

No !

Sebab masa kecil, apa yang aku nak, aku kena lakukan lebih. Lebih daripada kemampuan aku. Aku buat semua tu sebab dahagakan pujian dan perhatian ibu dengan ayah sebenarnya. Kerana itu, adik - adik nampak aku ni ada macam - macam bakat. 

So, aku agak degil. Aku buat macam - macam perangai yang annoying sampaikan ibu dengan ayah menangis. sorry

Sekarang

Aku anak tunggal. Kenapa tunggal ? Sebab adik - adik aku semua dah besar dan mula ada pekerjaan yang tetap dan sambung belajar. yeayyyy
.
.
yeay ke ??

Suatu ketika dahulu, aku pernah rindukan ibu dengan ayah. Sekarang, tinggal aku dengan mereka je. Bertiga. Bertiga bila adik lelaki aku pergi kerja @ tidur rumah kawan ( kerja kat hospital ) . . 

Suatu ketika dahulu, aku nakal, degil, kuat melawan dan annoying, nonsense pun aku juga. Sekarang, I'm trying to be mature. More relax and ikut je apa yang ibu ayah nak. Walaupun kekadang aku cepat melatah . . hi hi hi

Kekadang terhibur juga hati. Sejak ayah pencen ni, dia duduk rumah asyik nak berkelahi je dengan ibu. Yang jadi tempat mengadu nasib ni, aku la.

Balik kerja, ayah dah tunggu depan pintu dengan wajah sedih. Tengok aku, senyum nak senyum tak. Dia geleng kepala. 'Ibu kau ...' aku malas nak dengar sebab aku penat. Biadap pula rasanya. Lepas aku simpan beg, buka tudung, ambil tuala, baju (sebelum mandi) . . 'Kenapa dengan ibu ?' Ayah aku tersenyum. 'Sakit hati ayah . . . (panjang lah report dia hi hi hi) . .

Kemudian, masuk je dalam rumah . . (depan pintu bilik air) . . ibu datang 'kau jangan dengar cakap ayah kau tu, mana la ibu tak marah . . (panjang lah report dia pula) . .

Tak cukup dengan tu . . mungkin sebab aku takde reaksi sangat. 

Waktu makan pula sambung. Dedua tengok muka aku. Aku pun tengok dorang balik . . ibu memulakan hujah dia . .

'Kau tahu ? Ayah kau ni kerja menyakitkan hati ibu . .'

Ayah menyampok ' . . ala, ibu kau, macam kau tak tahu . .'

Dan terus lah masing - masing mengadu apa yang masing - masing dah buat. Aku ni, tengah makan berhenti makan terus. Terlintas kat fikiran aku . . susah juga jadi anak tunggal ni.

Kelakar kan ? 

Suatu ketika dahulu, aku fikir. Kenapa la mesti ada adik - adik ? Salah dorang, aku yang kena sebat. Sekarang, hmm . . rindu pula dengan dorang . . bila nak balik oi ?!

Suatu ketika dahulu, aku fikir. Aku nak cepat dewasa, nak keluar daripada rumah. Nak ada kerja hebat, nak buat ibu dan ayah bangga. Sekarang, aku taknak apa - apa . .

Ok, tipu kalau kata aku taknak apa - apa. Aku nak kaya. Bukan sebab aku nak pakai segala barang branded or something like that. Aku nak kaya sebab aku nak buat ayah dan ibu bahagia. Aku tak suka tengok muka ayah sedih je. Aku tak suka juga dengar ibu merunggut penat.

Aku cuma anak . . anak yang takde apa - apa selain hutang kereta, PTPTN dan lain - lain. Aku takde simpanan dan kerjaya aku biasa - biasa je. Aku jauh ketinggalan berbanding adik - adik aku. Kalau orang nak buat menantu pun . . bukan menantu pilihan . . reject ! reject  !

Tapi, aku bersyukur sebab Allah SWT masih sayangkan aku dengan peluang yang dia bagi untuk aku melihat ibu dan ayah tua didepan mata. Aku sayang dorang walaupun aku tak pernah cakap. 

Aku bukan taknak bercinta tapi aku belum puas lagi mencintai ibu dengan ayah. Aku bukan taknak keluar daripada rumah tapi aku rasa tanggungjawab aku banyak lagi tak selesai. Aku bukan taknak kawen tapi aku tak jumpa lagi lelaki yang boleh bertolak ansur dengan kedegilan aku ni.

Ibu, terima kasih sebab doakan ayong cepat kaya . . !

Ayah, terima kasih sebab doakan ayong cepat pergi Korea . . . ! (menghalau nampak)

Adik - adik oi . . . jaga diri. Sayang korang sangat . . Tak payah degil sangat eh, aku ni hidup 100 tahun lagi. Aku boleh drive korang mana je korang nak pergi  . . bahaya naik motor ! Lagipun, kakak korang ni, takde la tua sangat ! ada ke cakap aku tua

Kakakku . . rindu lah . . raya ni turun KL taw ! 


Sorry sebab tak sempurna mana . .

| tetiba sebak |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

3 ulasan:

Semut Senyum berkata...

Aku pun sama.. anak sulong,
aku rasa apa yang ko rasa...
Aku pun perempuan..
Aku pun kerja biasa2...
Sama, tapi tak serupa...
Bersyukur sebab orang tua masih ada bersama2 ko..
Aku dah jadi isteri orang.
Kalau ko kawen pun, ade anak nanti, orng tua ko akan lebih hargai ko.
Aku akan berdoa utk ko.
Jodoh kita Allah dah tetapkan.
Aku pun tak cari jodoh sbab aku fikir mcm ko...
Tapi semua kerja Allah.
Dia lebih tahu apa yang kita perlukan..

Aku suka sebab ko positif beb! =D

Semut Senyum berkata...

btw : HAPPY BIRTHDAY TO YOU BEB!

AKU HADIAHKAN DOA UNTUK KO JE LAH YE.. =D

~Saya Buncit~ berkata...

mesti best ade kak mcm ayong ni. :)