Hari ni, aku penat yang teramat sangat. Hati ni pulak resah gelisah. Tapi, nasib baik ada rakan sekerja yang selalu buat aku lupa tentang masalah remeh (remeh ke ??) tu. Mereka merupakan penyelamat kepada mood aku sebenarnya.
Pagi yang dimulakan dengan perasaan yang berbau busuk !
Niat nak tidur awal dah terbantut sejak semalam. Disusuli dengan niat nak bekpes orang kaya iaitu McD pun terbantut dek kerana kupon hilang entah kemana ?! Drive terus pergi office, bila dah pusing berkali - kali memanglah minyak kereta tu berkurangan . . fill . . sampai office teramat la awal daripada biasa kerana saja drive lelaju ! Lagipun, nak elakkan jam kat jalan kuching dan depan pasar borong tu . . tidur dalam kereta, dapat pulak mimpi yang tak best ! sesak nafas bila bangun tidur . . seawal pagi tu, aku dah rasa penat yang teramat sangat . . melangkah longlai ke office . .
Tak cukup tidur !
Padahal, dihati ni berperasaan tak best ! Difikiran merapu merepek !
Terlupa yang diri ni bermasalah . . kerana ada kekawan. tenkiu !
Balik kerja, keluar parking je dah jam . . memang dah jangka . . rupanya ada excident kat depan PWTC menghala ke ibukota . . tak tahu apa citer, aku terus call ayah and bagitau yang aku lewat sikit sebab sangkut jam . . (aku menipu sebenarnya, aku cuma nak make sure yang excident tu bukan beliau ! hahaha) . . drive lelaju dalam keadaan mengantuk, jalan clear sebab masih ramai yang tersangkut kat KL tu ! Berkali gak rasanya hampir terbabas . . hmmmm . .
Buat pertama kalinya !
Aku balik rumah dan terus tidur atas katil tanpa peduli apa - apa, nasib baik ibu bermood baik dan tak bising. Tidur dengan nyenyak selama 15minit dan bangun pukul6.45 . . mandi, bersiap untuk keluar balik ke low yat . . ayah nak beli barang komputer untuk kawan beliau . . dah la ayah demam, mustahil la aku kejam sangat nak biarkan beliau naik bas ?! Takpe la, aku gagahkan juga sedikit tenaga untuk beliau . . sedikit itu, tak mampu membalas balik hampir seluruh hidup beliau membesarkan budak degil ni ;)
Penat tak hilang lagi !
Dah balik pun . . aku nak keluar ni, ambil Wani balik kerja . . ;) thanks ya sebab sudi kepenatan membaca . . andai aku dapat bw . . hmmmm . . maaf ya . .