KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 28 Julai 2011

Bila takde lagi definasi "untuk diri sendiri"

Assalamualaikum . . hello there !

Hai . . aku dah takde masa nak bw sangat sekarang ni . . busy bukan main ! hehe penat sebenarnya . . aku cuba curi - curi masa untuk berblogging . . sebab takde tempat lain dah aku nak luahkan apa yang aku rasa selain disini ! hehee

Urm . . aku sedang menjalani fasa hidup yang baru . . hyep ! bukan kawin lah ! malah, aku dah kembali single :( hmm . . mungkin aku tak sesuai untuk menjaga orang lain buat masa ni kerana hidup aku tertumpu untuk keluarga aku . . sekarang, aku dah mula rasa macamana ayah aku rasa . . nak cari sesuap nasi untuk keluarga . . tak mudah ! ^^

Apa yang aku sedang belajar sekarang ni adalah . . berusaha untuk sentiasa tenang dan senyum tak kira apa pun masalah yang datang . . yelah, nak jadi contoh yang baik ni bukan mudah . . kalau yang tak elok tu, cepat je orang nampak . . hehehee

Tahu apa yang berlaku ? Aku memilih keluarga aku . . ^^ . . aku rasa, ni la masa yang terbaik untuk aku bahagiakan ibu dan ayah . . masa yang terbaik untuk aku balas jasa dorang walaupun aku masih belum ada kerja tetap . . insyaAllah . . aku sedang berusaha untuk itu . . tapi kekadang sunyi jugak single ni . . hahaha

Macamana dengan cita - cita aku ? Urm . . takpe, biar adik - adik aku berjaya dulu . . baru aku follow dorang . . ^^ . . errr . . aku tak cenggeng lagi ! aku kuat ! sebab aku tahu, Allah sayang aku sebab tu Dia uji aku dengan pelbagai ujian ^^ . .


Dan . . walaupun sis aku jauh . . sekali je dia hadir . . dah cukup untuk mengembirakan aku untuk tempoh masa yang panjang . . malah, aku bersyukur kerana mempunyai teman sepejabat yang giler best ! pejabat bukan tempat yang merunsingkan malah aku sangat suka pergi kerja ^^ walaupun kerja banyak tapi penat aku berbaloi . . ^^ . . rasa seronok bila bekerja untuk keluarga nih . . ^^


Doakan aku lebih kuat . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

7 ulasan:

My Name is Mar berkata...

Bila umur makin meningkat, tanggungjawab juga semakin besar..
Waktu kecil dulu tiada langsung tanggungjawab..
Kini dah dewasa, tiba giliran kita untuk melunaskan tanggungjawab kepada orang lain..

Follower Beriban Tapi Tak ada Orang Join Segmen/Contest

rara pinkmafia berkata...

no worries dear.ada yg lain yg lagik baik utk mu.sbr eh.

Nizam Ijam berkata...

erm.... InsyaAllah... xlama single tu.. :) saya doakan :)

suriani azwan berkata...

tuhan tu maha adil...MYBE ADA HIKMAH DISEBALIK APA YANG TERJADI...insyaallah da lagi yang terbaik untuk awak...

mummysyafie berkata...

akak plak dah hilang keseronokkan kerja kat sini..huhuh..tapi bila ingatkan rezeki tuk anak2..terpaksa redah jugak lah yer.

Eazy Izzuddin berkata...

saya doakan juga..
:)

bighagenjo berkata...

:)