Hai . . aku dah takde masa nak bw sangat sekarang ni . . busy bukan main ! hehe penat sebenarnya . . aku cuba curi - curi masa untuk berblogging . . sebab takde tempat lain dah aku nak luahkan apa yang aku rasa selain disini ! hehee
Urm . . aku sedang menjalani fasa hidup yang baru . . hyep ! bukan kawin lah ! malah, aku dah kembali single :( hmm . . mungkin aku tak sesuai untuk menjaga orang lain buat masa ni kerana hidup aku tertumpu untuk keluarga aku . . sekarang, aku dah mula rasa macamana ayah aku rasa . . nak cari sesuap nasi untuk keluarga . . tak mudah ! ^^
Apa yang aku sedang belajar sekarang ni adalah . . berusaha untuk sentiasa tenang dan senyum tak kira apa pun masalah yang datang . . yelah, nak jadi contoh yang baik ni bukan mudah . . kalau yang tak elok tu, cepat je orang nampak . . hehehee
Tahu apa yang berlaku ? Aku memilih keluarga aku . . ^^ . . aku rasa, ni la masa yang terbaik untuk aku bahagiakan ibu dan ayah . . masa yang terbaik untuk aku balas jasa dorang walaupun aku masih belum ada kerja tetap . . insyaAllah . . aku sedang berusaha untuk itu . . tapi kekadang sunyi jugak single ni . . hahaha
Macamana dengan cita - cita aku ? Urm . . takpe, biar adik - adik aku berjaya dulu . . baru aku follow dorang . . ^^ . . errr . . aku tak cenggeng lagi ! aku kuat ! sebab aku tahu, Allah sayang aku sebab tu Dia uji aku dengan pelbagai ujian ^^ . .
Dan . . walaupun sis aku jauh . . sekali je dia hadir . . dah cukup untuk mengembirakan aku untuk tempoh masa yang panjang . . malah, aku bersyukur kerana mempunyai teman sepejabat yang giler best ! pejabat bukan tempat yang merunsingkan malah aku sangat suka pergi kerja ^^ walaupun kerja banyak tapi penat aku berbaloi . . ^^ . . rasa seronok bila bekerja untuk keluarga nih . . ^^
Doakan aku lebih kuat . .