KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 13 Mei 2010

apa yang ada dalam kotak fikiran..

aku tak boleh tidur hampir semalaman. Bukan kerana ada masalah (kalau ikutkan memang ada masalah,cuma aku tak suka berfikir tentang itu) tak tahu apa lagi yang tak kena. ada banyak perkara yang menganggu fikiran aku.

aku dah mula bosan asyik di kolej. tak sabar rasanya untuk bekerja. arghhh!! lambatnya habis. sumpah 3 tahun lama sangat (padahal tinggal lagi beberapa bulan je lagi) macamana ? perlu ke aku sambung study lagi untuk ke peringkat yang lebih tinggi ? untungnya student seperti aku memang menjadi buruan syarikat - syarikat besar. yela, dah terbukti sendiri apabila senior2 aku mulai sibuk dengan kerjaya masing - masing ! adoii..cepat la habis !

Part time job. aku dah tinggalkan kerana prestasi pembelajaran aku semakin teruk apabila dalam kotak fikiran aku ketika itu cuma ada..DUIT..DUIT..DUIT..sehinggalah aku abaikan pelajaran dan asyik bertungkus - lumus mencari duit. mewahnya bukan sahaja seketika malah aku tidak gembira dan sekarang menambahkan beban difikiran aku bila aku perlu belajar lagi !!

semalam, aku tak rasa kawan baik aku dalam keadaan yang okey saja. aku tahu ada yang tak kena bila dia merunggut panjang. aku menjadi bisu. kelu seribu bahasa. apa yang perlu aku beritahu dia pada ketika itu ? masalah yang aku sendiri tidak mampu untuk menolongnya. dalam kotak fikiran aku ketika itu cuma...kalaulah aku boleh beri dia apa yang dia nak !

ambil ayah balik dari kerja, belikan hadiah untuk hari ibu (mungkin dah terlepas tapi belum terlambat lagi bukan ?) ibu aku ada banyak permintaan yang tidak boleh ayah tunaikan. kadang - kala ayah murung dan buat - buat gembira. aku tahu apa yang dia fikirkan. dan pada ketika itu dalam fikiran aku..kalaulah aku boleh beri dia apa yang dia nak !

sememangnya banyak lagi hal yang buat aku berfikir begitu !

dalam hati aku cuma ada ;

Arghhh !!!! kalaulah aku dah habis belajar !!!!


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: