KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Ahad, 16 Mei 2010

datang dan pergi

jujur dalam hidup aku sangat membosankan. bukan merunggut ! urm...

aku ada kawan tp cuma di alam maya. realitinya aku tidak reti berborak secara lisan. apabila berdepan. lidahku kelu seribu bahasa. hidup aku cuma ada seorang sahaja kawan berborak..bergaduh dan bermanja. Noor Suhadah Rahmatullah adalah satu - satunya kawan yang masih ada disisi aku. buat masa ni, dia boleh terima aku seadanya dan aku berharap hingga akhir.

sunyi bukan kepalang. aku cuma menghabiskan masaku didepan laptop. study and tlg family aku. itu saja. sosial life langsung takde. sebulan sekali pun belum tentu aku keluar ke Times Square untuk shopping ataupun tgk wayang. bosan..bosan..bosan. bila kali terakhir aku keluar ? 1 Mei yg lalu. aku pergi shopping dengan Noor Suhadah.

Noor Suhadah bukan orang KL tapi orang IPOH. rindu sangat kat dia. jarak memisahkan kami. buat kami tiada banyak masa untuk bersama - sama. jika masing - masing ada kesempatan, samada aku atau dia akan turun IPOH @ KL. urm...

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 13 Mei 2010

apa yang ada dalam kotak fikiran..

aku tak boleh tidur hampir semalaman. Bukan kerana ada masalah (kalau ikutkan memang ada masalah,cuma aku tak suka berfikir tentang itu) tak tahu apa lagi yang tak kena. ada banyak perkara yang menganggu fikiran aku.

aku dah mula bosan asyik di kolej. tak sabar rasanya untuk bekerja. arghhh!! lambatnya habis. sumpah 3 tahun lama sangat (padahal tinggal lagi beberapa bulan je lagi) macamana ? perlu ke aku sambung study lagi untuk ke peringkat yang lebih tinggi ? untungnya student seperti aku memang menjadi buruan syarikat - syarikat besar. yela, dah terbukti sendiri apabila senior2 aku mulai sibuk dengan kerjaya masing - masing ! adoii..cepat la habis !

Part time job. aku dah tinggalkan kerana prestasi pembelajaran aku semakin teruk apabila dalam kotak fikiran aku ketika itu cuma ada..DUIT..DUIT..DUIT..sehinggalah aku abaikan pelajaran dan asyik bertungkus - lumus mencari duit. mewahnya bukan sahaja seketika malah aku tidak gembira dan sekarang menambahkan beban difikiran aku bila aku perlu belajar lagi !!

semalam, aku tak rasa kawan baik aku dalam keadaan yang okey saja. aku tahu ada yang tak kena bila dia merunggut panjang. aku menjadi bisu. kelu seribu bahasa. apa yang perlu aku beritahu dia pada ketika itu ? masalah yang aku sendiri tidak mampu untuk menolongnya. dalam kotak fikiran aku ketika itu cuma...kalaulah aku boleh beri dia apa yang dia nak !

ambil ayah balik dari kerja, belikan hadiah untuk hari ibu (mungkin dah terlepas tapi belum terlambat lagi bukan ?) ibu aku ada banyak permintaan yang tidak boleh ayah tunaikan. kadang - kala ayah murung dan buat - buat gembira. aku tahu apa yang dia fikirkan. dan pada ketika itu dalam fikiran aku..kalaulah aku boleh beri dia apa yang dia nak !

sememangnya banyak lagi hal yang buat aku berfikir begitu !

dalam hati aku cuma ada ;

Arghhh !!!! kalaulah aku dah habis belajar !!!!


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 7 Mei 2010

kembali sebentar !

hyep ! aku terlalu sibuk menguruskan hari hari yang padat dengan segala macam aktiviti membuatkan masa untuk untuk berkarya di laman blog sendiri terlalu terhad..

huh ?!

ok.

tipu saja. apa bahasa la ??

Kenyataannya aku kekeringan idea untuk menconteng sesuatu yang baru kat blog aku ni yang dah sedia maklum usangnya teramat sangat hu hu hu

Aku sedang berbahagia didalam menghadapi pelbagai dugaan dunia. Al - maklum la makin dewasa. nak pikir pasal kerja, study..kawin..ish3! tu takde lagi dalam kepala otak aku yang kecik ni ha ha ha apa yang boleh aku mengarutkan. Memanjangkan lagi isi kandungan post kali ni ialah...add la aku di facebook kerana aku terlalu rajin disana. ha ha ha daaa...

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca