KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 18 Ogos 2009

lost

sesingkat ceritanya.


adakalanya kita membenci, marah dan tak suka. tapi, semua tu hadir untuk seketika. tanpa kita sedar yang diri ini terlalu menyayangi dan inginkan dia dalam hidup kita. takut kehilangannya sehinggalah kita seperti bermimpi di dunia realiti yang fana ni. aku sedang kehilangan dan kehilangan ni membuatkan aku jadi tak menentu seketika. sukar untuk menerima realiti yang sebenarnya dia dah tak ada lagi dalam hidup aku. ya! susah sangat!

bila difikirkan balik...

kenapa bila dia ada aku seperti tidak menghargai dia. itu. ini. semuanya tak kena. bergaduh dengan dia. cari pasal dengan dia. sampaikan satu tahap. aku rasa sangat terseksa dan ingin dia hilang dalam hidup aku! asyik merunggut saja.

akhirnya..

ok. dia dah pergi. dah takde kat depan mata lagi. dah hilang daripada hidup aku. so..? apa lagi yang aku nak..? bukan ke aku patut happy..? buat celebrate besar - besaran..? wtf! bila aku kena buat keputusan drastik. dan asyik berfikir. kenapa aku buat macamni..? kenapa aku perlu meratapi padahal aku sendiri sedar yang aku ni dah disakiti dan puas bersabar dalam hal ni. aku sepatutnya bersyukur dengan ketentuanNya.

inilah lumrah manusia dan dunia..

yang datang akan pergi. yang baik akan berubah menjadi sebaliknya. malah yang jahat juga mungkin boleh berubah menjadi lebih baik ataupun sebaliknya. dan mulut manusia tidak pernah berhenti untuk bercakap. memberitahu ketidakpuasan hati. merunggut dan sebagainya. hanya kerana mulut. hati boleh disakiti. hanya kerana mulut. hati boleh menangis. hanya kerana mulut. hati hilang deria mendengar dan membuat keputusan yang terburu - buru. [hasutan syaitan]

aku redha..

mungkin inilah keputusan disebalik semua ujian yang Dia berikan kepada aku dulu. inilah keputusan yang sepatutnya aku buat bertahun dahulu. inilah yang Dia inginkan dalam hidup aku dan aku yakin, Dia tahu apa yang Dia lakukan. Dia tahu ada yang lebih baik untuk aku tentang kehilangan ini.

yang perlu diketahui ialah..
aku menyayangi engkau meskipun engkau sering menyakitkan hati aku.
aku menyayangi engkau meskipun engkau membenci diriku ini.
aku menyayangi engkau meskipun engkau tak yakin dengan kasihku.
aku menyayangi engkau meskipun engkau menghina diriku.
aku menyayangi engkau meskipun aku pernah menyakiti hati kau.
aku menyayangi engkau meskipun dunia membuang engkau.
aku menyayangi engkau selagi terkandung hayat dek badan.
aku menyayangi engkau sekalipun aku engkau buang.
tempat kau di hati ini. tidak akan berganjak sedikit pun.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

1 ulasan:

Am berkata...

be strong babe...
pengalaman bley mengajar kita erti kehidupan...
Cheer up...
Am pun suka baca manga