KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Ahad, 23 Oktober 2011

Adakah untuk selamanya ? | JIWANG

Assalamualaikum . . hello there !

Esok kerja lagi . . malam ni, makin menjadi - jadi pulak batuk aku ni . . super teruk-lah, dah makan ubat tapi still batuk lagi . . pergi klinik ? huishh . . semua tu pakai duit . . hm

Petang tadi, aku dan Kak Ekin ber-mesej sampai la sekarang ni haa . . biasanya kitorang stop mesej bila masing - masing nak tido . . eceh ! macam orang bercinta pulak kan ? aku pun tak tahu, ada je topik yang kitorang nak text . . jadi. tak bosan dan aku pun mesej dengan dia sorang je . . single kan . .

"Kak, pelik tak ? kai tak minum ais, sikit - sikit air suam tapi batuk, kan ?"

"Pergi klinik, jumpa doktor . . "

Jawapan aku sama macam intro tadi

*batuk*

"Kenapa kai sayang akak ?"

"Kai sayang seseorang tak perlukan sebab, yang kai tahu, kai sayang akak . ."

"Akak dah sayang kai, entah macamana hujung tahun nanti . . hmm"

"Entah . ."

"Takpe, jauh dimata dekat dihati . ."

"Yelah . ."

"Kalau demam lagi, esok tak payah datang office . ."

"Tak nak !"

"Kenapa ?"

"Kalau akak taknak cakap dengan kai takpe, janji akak ada kat sebelah kai . ."

"Yelah, akak taknak buat kai sedey lagi . ."

"Sape suruh akak baik sangat ?! kai terharu . . tahu . ."

"Entah la, akak pun tak tahu kenapa . . hehehe . ." - baca sini

Boleh pulak kan ? Aku salahkan dia baik sangat dengan aku sampai aku touching tadi . .

Sebenarnya

Setiap hari aku fikirkan hal yang sama . . mostly, setiap hari aku bekerja . . masa aku lebih banyak kat office daripada kat rumah . . jadi, kami selalu bersama . . dia ibarat bayang - bayang aku begitu juga sebaliknya . . kalau aku ke 7e sesorang, mesti kakak 7e tu tanya "Mana kakak besar ?" tergelak aku, sebab hari tu Kak Ekin tak datang . . memang sunyi giler hidup aku sepanjang hari tu . .

"Kenapa nak pergi 7e ?? Owh . . nak jumpa kakak kecik la tu . ."

Perli Kak Ekin

"Tak la, nak topupkan akak kan ?"

Rasa macam comel je mereka berdua . . dalam diam, Kak Ekin dok menyebut pasal Kakak kat 7e tu yang sampai sekarang ni aku tak tahu nama dia . . macam tu juga dengan kakak kecik tu . . yang Kak Ekin ni jadi kakak besar . . apa ke comel dorang ni . . haha pastu, Kak Ekin dok perli - perli aku suruh kerja kat 7e . . (ketawa besar)

Dalam diam

Aku dah jadikan Kak Ekin idola aku . . entah macamana, aku banyak berfikir untuk jadi lebih matang dalam hidup ni . . aku rasa dia perempuan yang melayu terakhir ! bertuah bakal tunang dia . . sebabnya, susah nak jumpa perempuan kampung kat KL ni . . kebanyakkan dorang murtad sebab bila datang KL, konon nak jadi orang KL. 

Berbeza dengan Kak Ekin yang masih berbaju kurung, bertudung kemana saja dia pergi . . adore sangat dengan dia sampai aku pun terfikir nak berbaju kurung je lepas ni . . dia pun banyak buat aku berubah . . jadi lebih sabar . . beriman dan bercakap benda benda baik saja . . aku terharu sebab dia tak pandang keburukan aku . . tak penat menegur aku . . dia banyak mengubah cara hidup aku yang dulu entah apa - apa

Aku pun rasa pelik . . macamana perempuan kampung macam Kak Ekin tu boleh jadi idola aku . . tapi aku tahu itu kenyataannya . . dia, Tuhan temukan dengan ku untuk tunjukkan aku sesuatu yang tak aku duga . . betul kan ? 

Aku berjanji untuk berubah dan aku berubah . . insyaAllah untuk selamanya . . tolong doa kan aku ye . . amin

Sudah la membebel panjang . . aku nak tidur . . esok kerja . . | END |


| Siapa pun yang hadir dalam hidup aku, tidak pernah aku gantikan dengan sesiapa sebelum ni kerana bukan mudah untuk aku menyayangi seseorang dan bukan mudah untuk melupakan seseorang itu |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

4 ulasan:

F. berkata...

cik yuki..
keje gov ker?
ader keje koosng? ngeh!

p.s:kem slm kat k.ekin :P

Nasz berkata...

baguslah. berubah utk jadi lebih baik. k?

Unknown berkata...

makan madu campur asam limau

fat berkata...

hepi xmo sdey2..