KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Isnin, 31 Oktober 2011

Cemburu itu universal

Cemburu itu tanda sayang. Kenapa mesti sayang ? kenapa tak benci je terus ? sayang sebab kita taknak orang yang kita sayang, suka, cinta jatuh pada orang lain. Mungkin orang lain tu, adalah orang yang kita tak suka atau mungkin kita tak suka langsung ! Benci adalah perkara yang mustahil. Lagi - lagi, kita dah sayang jadi kita terima dia seadanya. Buruk baik dia. Persetankan semua perkara kerana kita sayang dia. 

Ya ! S.A.Y.A.N.G !

Cemburu itu universal. Tak semestinya untuk orang yang kita cintai. Maksudnya, pasangan kekasih. Boleh jadi, ayah cemburukan anak yang manja betul dengan ibunya (isteri). Adik yang cemburukan abang sayang sangat kat kakak dia. Kakak yang cemburukan adik disayangi oleh adiknya yang lain. Atau kakak yang cemburukan adik dia manja dengan kakak yang lain. Boleh jadi juga atok yang cemburukan cucu yang manja dengan nenek sampaikan nenek terlupa nak buatkan kopi minum petang atok. Apa pun boleh jadi pada satu subjek ! 

C.E.M.B.U.R.U

“Akak kan nak pergi tinggalkan adik ni, pergi la . . boleh adik berjimba - jimba dengan kakak tu . .” - Ayat menyakitkan hati sendiri -.-“


“Owh ! Memang akak nak pergi pun !”

“Yes !!” (Berbisik tetapi dengan lantang)

“Gembira la adik dengan kakak tu !”

“Eh ?! Salah . . adik nak cakap . . alaaaaa . .”

“Takpe, akak pergi tak balik dah !”

“Jangan la . . sayang kakak ni sorang je . . gurau je tadi . .”

*sunyi*

“Akak jealous ke ?”

“Ada la sikit . . akak tak suka adik cakap macam tu !”

“Dah akak suka sangat nak bagi adik kat orang lain . . sebab tu adik cakap camtu . . akak, tak sayang adik dah ke ?”

“Adik rasa ??”

“Adik rasa, semakin hari adik semakin sayang . . tapi, tak tahu la kakak macamana . .”

“Akak pun sayang adik manja ni sesangat . . lain kali jangan cakap macam tu lagi . .”

“Baik ! Sayang akak !” - hugs

Nampak tak ?! Cemburu itu universal. Jangan kata, bila kawan baik dia cemburu dia dengan kawan yang lain dikatakan sebagai gay, lesbian dan sebagainya. Kita tak boleh judge seseorang melalui luaran, perbualan ataupun apa saja. Tuhan pun tak terus menghukum hambaNya yang melakukan kesilapan dan Tuhan juga tak kejam. Dia juga maha pengampun - dah lari daripada tajuk asal.

Yang pasti, dengan cemburu juga bukan bermaksud kita boleh mengawal hidup seseorang tu ikut suka hati kita. Sebagaimana Tuhan beri kita kebebasan untuk memilih, begitu juga dengan orang lain.

Sayangi la apa adanya.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rindu

Assalamualaikum . . hello there !

Hidup aku penuh dengan tanda tanya
Sayang aku ke ?
Rindu aku ke ?
Penting ke aku ni ?
Salah aku ke ?
Mana silap aku ?
Ada ke aku dalam hati tu ?
Semuanya soalan yang tidak berjawapan
Yang pasti,
Aku rindu sangat !
Pasni ada yang marah kalau aku bercakap lagi.
Tapi aku tetap nak bercakap lagi.
AKU RINDU !!
Mana dia pergi ?
Kenapa dia pergi ?
Untuk apa dia pergi ?
Dia dah benci aku ke ?
Dia tak sayang aku ke ?
Aku ada buat salah ke ?
Kenapa dia hilang ?
Kenapa tak beritahu aku ?
Semua soalan yang tidak berjawapan
Yang pasti,
Aku sakit sangat !
Pasti ada yang marah kalau aku bercakap lagi.
Tapi aku tetap nak bercakap lagi.
AKU RINDU !!
Dah lama aku tunggu
Kenapa tak call balik ?
Kenapa tak balas mesej ?
Kenapa tak pick up call ?
Kenapa ?
Kenapa ?
.
.
.
.
.
.
.
Masih menunggu










| Sis . . adik awak rindu kat awak sesangat . . maafkan dia kalau dia buat awak terasa hati . . lupakan dia kalau dia buat awak rasa benci . .|

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 25 Oktober 2011

Biarkan aku tidur

Assalamualaikum . . hello there !

Pepagi lagi, aku dah mamai . . ingatkan hari ni hari minggu. So, aku nak bangun lewat sikit. Bila azan subuh baru aku sedar yang hari ni bukan hari minggu . . 

Habuannya, aku mengantok sesangat . . 7.20 am . . aku sangat mengantok !












| Sejak bila ada hari minggu dalam hidup aku ni ? |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 24 Oktober 2011

Pilihan terakhir | JIWANG

Assalamualaikum . . hello there !

Semakin hari, semakin terasa waktu berjalan


Demam aku dah kebah sejak semalam, tapi entah kenapa tetiba isyak tadi aku demam balik. Migraine. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu.

Batuk dah hilang sikit tapi kahak masih banyak, tekak masih payau tak rasa apa . . (sedang tahan muntah. angin kot)

Hari perpisahan semakin tiba

Kak Ekin jangan nak merepek ! Akak bukan pilihan yang terakhir dan Kai tak pilih akak pun untuk hadir dalam hidup kai . . kai sayang akak sangat - sangat . . | END |



| Sedih bila Kak Ekin cakap camtu . . |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 23 Oktober 2011

Adakah untuk selamanya ? | JIWANG

Assalamualaikum . . hello there !

Esok kerja lagi . . malam ni, makin menjadi - jadi pulak batuk aku ni . . super teruk-lah, dah makan ubat tapi still batuk lagi . . pergi klinik ? huishh . . semua tu pakai duit . . hm

Petang tadi, aku dan Kak Ekin ber-mesej sampai la sekarang ni haa . . biasanya kitorang stop mesej bila masing - masing nak tido . . eceh ! macam orang bercinta pulak kan ? aku pun tak tahu, ada je topik yang kitorang nak text . . jadi. tak bosan dan aku pun mesej dengan dia sorang je . . single kan . .

"Kak, pelik tak ? kai tak minum ais, sikit - sikit air suam tapi batuk, kan ?"

"Pergi klinik, jumpa doktor . . "

Jawapan aku sama macam intro tadi

*batuk*

"Kenapa kai sayang akak ?"

"Kai sayang seseorang tak perlukan sebab, yang kai tahu, kai sayang akak . ."

"Akak dah sayang kai, entah macamana hujung tahun nanti . . hmm"

"Entah . ."

"Takpe, jauh dimata dekat dihati . ."

"Yelah . ."

"Kalau demam lagi, esok tak payah datang office . ."

"Tak nak !"

"Kenapa ?"

"Kalau akak taknak cakap dengan kai takpe, janji akak ada kat sebelah kai . ."

"Yelah, akak taknak buat kai sedey lagi . ."

"Sape suruh akak baik sangat ?! kai terharu . . tahu . ."

"Entah la, akak pun tak tahu kenapa . . hehehe . ." - baca sini

Boleh pulak kan ? Aku salahkan dia baik sangat dengan aku sampai aku touching tadi . .

Sebenarnya

Setiap hari aku fikirkan hal yang sama . . mostly, setiap hari aku bekerja . . masa aku lebih banyak kat office daripada kat rumah . . jadi, kami selalu bersama . . dia ibarat bayang - bayang aku begitu juga sebaliknya . . kalau aku ke 7e sesorang, mesti kakak 7e tu tanya "Mana kakak besar ?" tergelak aku, sebab hari tu Kak Ekin tak datang . . memang sunyi giler hidup aku sepanjang hari tu . .

"Kenapa nak pergi 7e ?? Owh . . nak jumpa kakak kecik la tu . ."

Perli Kak Ekin

"Tak la, nak topupkan akak kan ?"

Rasa macam comel je mereka berdua . . dalam diam, Kak Ekin dok menyebut pasal Kakak kat 7e tu yang sampai sekarang ni aku tak tahu nama dia . . macam tu juga dengan kakak kecik tu . . yang Kak Ekin ni jadi kakak besar . . apa ke comel dorang ni . . haha pastu, Kak Ekin dok perli - perli aku suruh kerja kat 7e . . (ketawa besar)

Dalam diam

Aku dah jadikan Kak Ekin idola aku . . entah macamana, aku banyak berfikir untuk jadi lebih matang dalam hidup ni . . aku rasa dia perempuan yang melayu terakhir ! bertuah bakal tunang dia . . sebabnya, susah nak jumpa perempuan kampung kat KL ni . . kebanyakkan dorang murtad sebab bila datang KL, konon nak jadi orang KL. 

Berbeza dengan Kak Ekin yang masih berbaju kurung, bertudung kemana saja dia pergi . . adore sangat dengan dia sampai aku pun terfikir nak berbaju kurung je lepas ni . . dia pun banyak buat aku berubah . . jadi lebih sabar . . beriman dan bercakap benda benda baik saja . . aku terharu sebab dia tak pandang keburukan aku . . tak penat menegur aku . . dia banyak mengubah cara hidup aku yang dulu entah apa - apa

Aku pun rasa pelik . . macamana perempuan kampung macam Kak Ekin tu boleh jadi idola aku . . tapi aku tahu itu kenyataannya . . dia, Tuhan temukan dengan ku untuk tunjukkan aku sesuatu yang tak aku duga . . betul kan ? 

Aku berjanji untuk berubah dan aku berubah . . insyaAllah untuk selamanya . . tolong doa kan aku ye . . amin

Sudah la membebel panjang . . aku nak tidur . . esok kerja . . | END |


| Siapa pun yang hadir dalam hidup aku, tidak pernah aku gantikan dengan sesiapa sebelum ni kerana bukan mudah untuk aku menyayangi seseorang dan bukan mudah untuk melupakan seseorang itu |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 22 Oktober 2011

rajuk aku

Assalamualaikum . . hello there !

Aku merajuk

Aku kena marah tadi

Padahal aku dah tahu yang dia takde mood dan ada masalah lain

Tapi

Entah kenapa aku touching bila dia marah aku suruh makan tadi . .

"Mana ada akak marah . . suruh makan taknak . ." - yela, memang macam semalam aku kenal dia kan ?? hm dan aku ni pun, asyik nak merajuk je semenjak demam ni . .

Tapi

Rajuk aku tak lama pun . .

Memang salah aku la, degil ! suruh makan tak mahu . . sebab tu dia suruh jugak aku makan . . kalau dia tak marah, ada aku nak pergi makan ??

Rajuk aku sekejap je . .

Bila dia pergi ambil air suam dan ubat bagi aku makan . . pastikan aku makan ubat dulu sebelum dia pergi solat . . hm


TERHARU - aku tak tahu la macamana nak hidup tanpa dia lepas ni . . lepas ni, Kak Ekin akan balik ke Kelantan :( maknanya aku dah takde kakak lagi . . takde orang nak dengar aku membebel . . suruh aku berhenti menangis . . aku dah takde kawan nak bergaduh . . takde orang nak pegang tangan aku bila aku berjalan, melintas jalan, berlari . . takde yang meneman aku kemana je aku pergi . . takde lah bayang bayang aku lagi . . takde dah pasni . .


Aku sedey sangat . . sebab tu aku asyik nak merajuk jer dengan dia . . hmm





| Dah la semalam aku suruh dia pergi . . |



- menangis -
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

kenapa baik sangat ?

Assalamualaikum . . hello there !

Seperti yang ramai sedia maklum, telah aku war - war kan sebelum ni betapa DEMAM-nya aku . . sampaikan tahap aku tidur tak lena hampir seminggu . . aduh ! benci gila ! tapi, aku sendiri tak berapa suka makan ubat :(

| Tak suka ubat |

| Tak suka sakit |

Kat situ pun dah faham betapa menggedik aku ni. Lebih tahan berpura - pura sihat daripada kena makan ubat. Punca je kena marah selalu.

| 1 jam kemudian |

Aku memang camni, taip separuh, bw separuh. . haish !

Camni

Macam biasa, aku masih bekerja walaupun aku demam . . sebabnya, aku tak suka duduk rumah . . rasa lagi sakit kalau cuti . . baik aku kerja je . . tapi, kat office aku sesangat la tak bermaya . . ada la masa tertentu sampai aku tertidur kerana tahan sejuk dan rasa tak sedap badan . .

Kat office, Kak Ekin yang jaga aku . . dia dok membebel sebab aku susah nak makan ubat . . datang pulak penyelia aku, Ilah bawa ubat batok woods . . since dia pun demam jugak, so kira sharing is caring la kononnya . . aku tertewas disitu ! 

Aku makan ubat - hasil kerjasama Kak Ekin dan Ilah . . haish . . aku benci der ubat batok ! memang rasa sejuk je peparu aku ni . . menangis !

Pastu, sampai petang pulak aku tertidur lagi . . tetiba aku dah diselimutkan bagai - entah siapa yang selimutkan aku pun aku tak sedar . . dalam dok mamai - mamai datang pulak abangku, Aimi Fazril. 

"Ahh . . nak suruh aku minum air suam la nih" - bisik hati aku. Dah kalau dulu, time aku sakit ex-boyfe dok bising suh minum air bebanyak sebab tu la aku berfikir camtu.

Sebenarnya

Dia dan Ain masukkan panadol soluble dalam air tu !! HUH dapat la aku air berubat tu . . nak menangis ! tapi paksa juga minum . . entah bila dia pergi 7e pun aku tak tahu . . erk ! 

Penangan daripada u-ubat tersebut . . aku semakin pulih . . panas badan dah takde

CUMA

Batok tak hilang lagi !

Sakit dada ku | END |

Jadi, nampak tak ? betapa teruknya perangai aku bab makan ubat nih ? Huhu tolak sana sini, last dapat jugak . . kena makan ubat jugak . . btw, TERIMA KASIH kat semua yang care pasal aku tadi . . aku sayang korang sesangat, ikhlas dari hatiku . . terharu sangat 

Siti Nurul Ashikin - sian dia tadi membebel sebab adik dia ni degil sangat takmo makan ubat, sian dia pergi 7e belikan roti dan milo untuk adik dia walaupun adik dia takde selera (hargai sangat), sian dia sebab kena suap adik dia makan nasi supaya adik dia makan walaupun sikit (rasanya banyak kot aku makan tadi) TQ kakakku !

Jangan baik sangat dengan aku . . nanti aku berat hati nak tinggalkan semua orang T___T

Saat camni, aku tak sangka ramai yang berbuat baik dengan aku dan aku rasa bersalah sangat sebab susahkan mereka tadi . . TERIMA KASIH sekali lagi | BYE |


| Nuar bawa balik pil selsema bila dia tahu aku demam . . ceh ! ubat lagi ! haishhhh |



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca