KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Jumaat, 23 September 2011

Typical Days #2

Assalamualaikum .. Hello there !


Morning guys . . Its 6.45 am . . Dah punch pun . . hehehe semalam tidur lambat ! 11.50 pm baru betul - betul lena sebab sebelum tu layan mesej dengan Kak Ekin . . hot topic, jadi . . semangat nak bermesej tu lebih daripada tidur . . pftt . .


Oit ! Hari - hari jumpa pun, still nak bermesej ke ? Ouhh . . same like orang bercinta jugak . . balik dating terus mesej . . so, lebih kurang jela kan ?? Kalau ikutkan, memang macam takde point je nak text die . . tapi, die sentiasa ada topic untuk dibincangkan . . kalau text, panjang sikit . . kalau bercakap kurang . . weh ! die memang agak pendiam tapi bila dah bercakap . . perghhh ! meninggalkan memori berharga okey ?! hahaha 

Let's talk about yesterday . . yaayy !

"Hari ni, takde citer best ke ??"
"Hmm . . citer apa ?"
"Asyik buat kerja je . . takde ke nak citer something . ."
"Citer apa ?"
"Takpe la . ."


Pastu, die dok gelak . . okey, Kak Ekin ni memang suka gelak . . kalau aku citer tak kelakar pun dia gelak . .


"Uikk ?! Kai nak buat apa tadi ?! Alahai . . tengok ! dah lupa . ."


Itu penyakit aku yang tak dapat dibendung lagi, bila buat kerja tetiba ada orang ganggu . . memang aku lupa apa nak buat . .yang Kak Ekin dah gelak tak hingat sampai muka die merah . . dem !


"Cepat la kai . . takde citer best ke ??"
"Ala . . akak nak citer tentang apa ??"


Okey, semalam memang kitorang lebih fokus pada kerja yang bertimbun - timbun sampai tak borak sangat . . dah tu, ada jamuan raya pulak . . so, masing - masing dok busy ambil gambar . . kalau ada award untuk Penampilan Paling Selekeh . . aku la selayaknya memenag trofi award tu . . hahahaa 

Orang lain, taknak kalah pakai high heels macam - macam style dah tu dok dalam toilet betul - betulkan tudung . . memperagakan baju raya masing - masing . . aku relax je . . pakai selipar fipper dan baju kurung biasa . . hahaha memang tak lah !

"Cepat la kai . ."
"Uh . . oke . . oke . . pada zaman dahulu kala . ."
"Ah ! tak nak ! tak nak ! tu mesti citer boring . ."
"Eh, dengar la dulu . ."
"Oke  . . oke . ."
"Pada zaman dahulu kala, ada seorang budak ni . . bila sekali pandang dari jauh  semua orang akan berkata dengan gairah-nya-wahh ! cutenye die . . cutenye . . takde sorang pun yang boleh menafikan ke-cute-an budak tu-tapi, untuk dua kali pandang, orang cuma akan tersenyum je dan kali ketiga pandang orang buat - buat tak nampak kat dia . . hari tu, bos dia suruh dia asingkan kayu balak, kayu arang dan kayu api . . dia pun asingkan la . . ikut cakap bos dia . . dia pun asing punya asing punya asing . . last - last baru dia sedar . . dia sebenarnya tak kenal mana satu kayu balak, kayu arang dan kayu api . . akak rasa, apa yang berlaku lepas tu .. ?"


Okey . . Start daripada plot budak cute lagi Kak Ekin dah dok gelak - gelak merah muka . . aku tak cerita dalam keadaan kelakar pun . . seyes nih . . memang budak tu tak reti bezakan mana satu kayu balak, kayu arang dan kayu api . .


"Dia susun la balik . ."


Tergelak - gelak dia menjawab . .


"Salah . . salah . . kan dia da asingkan kayu - kayu tu . . bila dia ngadu kat bos dia dalam keadaan panik, bos dia pun relax je letak label kat kayu - kayu tu . . sebab kayu - kayu tu dah di asing kan . . nape akak gelak lagi ni ?? mane ada kelakar citer ni ??" -_-'


Kak Ekin berhenti gelak . . aku rasa la, dia nak jaga hati aku je tu . . sebab tu la dia gelak . . -_-"


Uhh . . aku main hentam je citer tu pun  . . hahaha


Oke, gotta go . . banyak kerja menanti  . . be continued . .


*Kak Ekin ni tak sampai - sampai lagi . .*


*Everyday I miss my sis . . T-T*


#Bos Poyo tidur pulak pagi ni . . so sweat with his bantal bucuk . . hahaha . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 22 September 2011

Typical Days #1

Assalamualaikum .. Hello There !

Hey ! Gud Morning alam semesta . . last nite, kononnya set alarm untuk bangun dan mandi before 5.30 am tapi as usual aku ambil masa 30minute untuk betul - betul wake up from my bed and go to bathroom . . memang macam haram bila berangan - angan nak bersiap selayak puteri tapi kena rushing jugak . . mengejar waktu solat subuh dan traffic . . haishhh !!

Lastly . . bersiap macam nobita lambat ke sekolah . . rambut tak dapat nak blow dengan sempurna, kalau sempurna nanti memang mencarut la dalam kereta sebab sangkut jam . . i hate traffic jam in the morning . . keadaan tu akan membuatkan hari aku spoil sangat . . So, aku lebih rela bangun awal daripada asyik tidur dan mengamuk sepanjang 26km . . with 40 - 60 km/j . . damn it ! muntah ! muntah !

Aku rindu sangat nak update blog ni . . rindu nak blogwalking . . rindu nak mengomen . . arghhh !! banyak sangat rindu . . lately, aku asyik OT dan betapa di office until 8 pm . . lepas bercinta dengan Kak Ekin for 15minute dalam kereta ke rumah dia . . 9 or 9.20 pm aku sampai rumah then mandi and solat isyak . . after that, ambil my 2nd princess balik kerja . .10.30 pm tenaga dah all out . . just buka lappy untuk check jobmalaysia je . . dah tu . . 11 pm dah check in atas katil untuk tidur . . time tu, aku dah sakit ! takdenye nak berjaga lewat malam T-T

Today, aku tak sabar nak sampai office and now here i am . . whops ! sorry ! it not b'coz my poyo bos tu *tapi heaven jugak kalau kacau bilaukan hidup dia hahaha* arghhh !! aku fikir apa ni ?! jangan benci orang sangat khai . . nanti jatuh cinta . . mati ! 

Ok ! ada 2 reason . . 1st # Wanna meet my beloved and lovely sis - Kak Ekin, Kak Ati, Kak Lenny and not forget to Kak Amy and Kak Hana . . they are still in my mind . . 2nd # Tak sabar nak update my blog - act, every morning otak aku sangat fresh untuk mengupdate blog but kerja yang berlambak kat office membuatkan aku sangat excited untuk menyiapkan seawal 6.40 am hahaha wtf ! pekerja permanent pun tak serajin aku . . gov sangat rugi kalau still nak reject aku setiap kali interview . . bodoh sebab asyik ambil kaum kerabat sendiri yang semuanya style cipan malas ! hahaha 

Woo . . 7.33 am already . . late for finish my work . . gotta go . . bye !

Oh ! Continued later . .

# Rindu kat page Mummy Syafie sampai termimpi - mimpi . . hahaha




aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 17 September 2011

#1 That Day (Kak Amy)


Assalamualaikum . . hello there !

Ini, coretan susulan daripada Kisah 1 dan Kisah 2 . . .

Seperti yang ramai ketahui . . aku sekadar pekerja sambilan dalam sctr kerajaan . . contract aku akan tamat pada 31 Dis 2011 . . aku tak pernah ada perasaan seperti ni selama aku bekerja . . aku tak pernah rasa setakut ini . . seolah - olah . . ajal sudah dekat . . tak putus - putus berdoa . . beramal . . aku betul - betul rasa takut setiap kali mata ini terbuka . . kerana aku tahu, semalam telah berlalu pergi . . hari ini, perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana esok adalah kemungkinan . . esok juga adalah hari baru yang berjalan mendekati tarikh 31 Dis nanti . .

Pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa . . biasa . . hm

Hari pertama bekerja, aku tidak la berminat mana dengan pekerjaan yang ditawarkan ni kerana aku memang berniat untuk sambung belajar . . aku bajet sebulan je nak kerja . . sebab aku tak selesa bekerja dalam kelompok kaum hawa kerana aku rasa dorang tak best . . haha . . itu la persepsi pertama aku setiap kali tahu aku akan bekerja dalam kelompok kaum sejenis ni . .

Melihat dari jauh seorang kecil molek . . orangnya ceria dan murah dengan senyuman . . apabila didekati . . rupanya dia sangat kelakar . . walaupun penggunaan bahasa dia kasar tapi dia seorang yang baik hati . . dan aku tak pernah ambil pusing dengan kata - kata dia kerana kalau nak dibandingkan dengan kaum adam . . lagi teruk kot penggunaan bahasa mereka . . dia . . Kak Amy . .

Sedia maklum, aku tak berminat makan nasi . . seperti mahu makan racun, susahnya untuk aku sentuh nasi . . hari tu, aku sekadar memuji kerana sememangnya itu lauk kegemaran aku . .

"Sedap lauk sardin ni . ." 

Esoknya . . dia datang dengan dua bekas berisi nasi dan lauk sardin lagi . . memandangkan dia sedang mengandung, bersusah payah bangun awal pagi untuk bawakan bekal . . aku makan dengan bersungguh - sungguh . . aku sangat terharu . . terima kasih kak . .

Setiap hari, dia tak berhenti buat aku gelak . . setiap saat ada saja benda yang nak dia usik aku . . ada ketika tu, aku sangat sedih memandangkan aku sedang menghadapi masalah yang memeritkan . . dia . . dia buat aku ketawa sampai airmata ni mengalir . . tahu la, aku ni . . ego . . aku kata aku takkan menangis tapi akhirnya airmata itu mengalir jugak . . aku betul - betul gelak dengan kuat . . sekurang - kurangnya hilang sikit keperitan yang sedang aku alami . . setiap kali aku bersama dia, dia buat aku lupa tentang segala masalah aku . .

Sampai satu masa . . dia menghadapi masalah dengan kandungannya menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja lebih awal dan balik ke pangkuan suami bagi menjalani rawatan susulan . . saat dia pergi adalah saat yang memeritkan . . pada ketika itu . . aku terdiam seribu bahasa . . tidak berkata - kata walaupun sepatah . . dalam hati ni, Tuhan je yang tahu . . Betapa takutnya aku ditinggalkan . . Sewaktu berjalan kaki . . airmata aku terus mengalir . . sememangnya aku seorang yang cenggeng . . pantas aku call sis . . untuk tenangkan hati ni . . aku betul - betul menangis tak henti . . mungkin ramai yang tengok mengatakan aku bergaduh dengan boyfren . . :)


Kali terakhir melihat dia, aku terus tabahkan hati ni supaya tak menangis depan kekawan dan dia . . tapi, bila dia mesej . . aku tetap menangis jugak . . dia kata, dia sayang aku . . dan pesan kat aku . . kalau ada apa - apa masalah, rujuk kat Kak Ekin kerana Kak Ekin boleh dibawa cerita . . waktu dia pesan, dia belum lagi masuk ward . . waktu tu, kali terakhir aku ceritakan masalah aku pada dia dan waktu tu 7hb Julai . . aku clash dengan my boyfie . . dia memang dah tahu, awal ogos dia akan tinggalkan aku . . dia adalah orang yang terapat dengan aku dan hampir semua masalah aku dia tahu . . aku juga tak pernah bosan melayan karenah ibu mengandung tu :)

Aku takkan lupa . . dia dan sis adalah orang terpenting yang beri aku semangat untuk terus hidup kerana aku tak pernah cerita satu pun masalah aku kepada family . . dan ketika tu aku sangat tidak mempunyai sebarang harapan . . luaran memang okey tapi realitinya aku sedang menempuhi kehidupan yang penuh cabaran . . 

Seminggu pertama adalah paling memeritkan kerana hampir setiap masa aku teringatkan Kak Amy . . takde orang kacau aku buat kerja dah . . takde orang nak mengadu hal remeh temeh kat aku dah . . takde orang nak backup aku bila kena buli dengan Ain . . takde orang nak lap airmata aku bila aku menangis . . takde orang nak usik aku sampai aku ketawa terbahak - bahak . . itu la yang aku rasa sepanjang dia takde . . dan sebenarnya . . sampai sekarang aku masih ada rasa yang sama . .

Kak Amy (kiri) dan Kak Ekin

Sekali lagi ketika dalam ward, Kak Amy pesan dengan aku suruh rapat dengan Kak Ekin dan katanya Kak Ekin boleh dengar semua masalah aku dan boleh faham aku . . Sampai sekarang, aku masih rapat lagi dengan Kak Ekin dan aku sangat sayangkan Kak Ekin . .


# Aku yang tulis surat berhenti Kak Amy . . aku sedih sangat . .

psst : nanti aku sambung cerita tentang Kak Hana dan Kak Ekin pulak . . sebab mungkin esok mata aku akan bengkak kalau terus menulis kerana aku tak berhenti menangis . . maaf  . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 14 September 2011

Pertemuan dan perpisahan

Assalamualaikum . . hello there !

Dalam hidup ni, tiada apa yang kita jangka  . . pertemuan dan perpisahan adalah lumrah hidup yang tak dapat dielakkan lagi . . apa yang penting . . mati itu pasti . . 

Siapa sangka, orang yang kita tidak punya keinginan untuk mengenalinya menjadi orang yang paling rapat dalam hidup kita. Orang yang kita kebuntuan untuk rapat menjadi orang yang paling penting dalam hidup kita. Orang yang kita cuma memerhatinya dari jauh menjadi orang yang paling kita sayang . .

Hari ni, aku sangat blues . . sayu . . dan kepura - puraan . .

Blues bila aku rasa tak mahu jalani satu hari ni . . nak skip, boleh ? nak berhentikan masa, boleh ? 

Sayu bila aku rasa cuma mahu sekejap berenggang tapi akhirnya aku jadi pilu dan rindu yang teramat sangat kepada dia . .

Kepura - pura  . . bila aku gelak dengan kuat . . padahal dihati ini ingin teriak . . menangis sekuat hati . . 

Hari ni, aku belajar untuk hidup tanpa mereka semua . . namun, terlalu banyak keindahan dan kegembiraan yang mereka semaikan dalam hidup aku menyebabkan . . sehari tanpa mereka . . aku rasa sakit hati yang teramat sangat . . rindu yang sangat derita . .

Berkali - kali aku katakan pada mereka "Kai rindu akak la . . " 

"Akak ada je kat sebelah ni . . takkan rindu lagi kot ?"

"Rindu sangat . ." Aku membalas dengan senyuman . . merenung wajah masing - masing . . menahan airmata . . Ya . . Aku rindu sangat . . 

Sudah la itu, aku terlalu rindu saat - saat kami bersama dulu . . aku tak mahu masa terus berjalan . . tapi, apa kan daya aku cuma manusia biasa . . 


*Kak Amy dah bersalin baby boy . . 12 Sept 2011 . . alhamdulillah . . semuanya selamat . . 

Airmata mengalir . . otak aku penuh dengan persoalan . .  Nanti, Kak Ekin akan rindu aku tak ? Kak Ati nanti akan tersenyum sesorang tak bila ingat kat aku ? Kak Leny akan teringat kat aku tak ? . . Kak Amy tu sudah pasti . . selepas sebulan lebih tanpa dia, aku tahu . . ada masa dan ketika dia mencari aku bertanya khabar berita, dia masih boleh buat aku gelak . . Kak Hana pun macam tu . . aku tak sabar nak jumpa Kak Hana . . aku rindu saat kami bertiga dulu (Aku, Kak Hana & Kak Ekin) . . banyak perkara yang buat airmata rindu ni mengalir . . Tak sabar nak pergi tengok 'anak buah' . . jumpa Kak Amy kat Kedah nanti . . 

Owhhh !! Aku benci perpisahan . .

Yang Pasti . . Aku Akan Rindu Mereka . . 

Mereka ! Terbaik dalam hidup aku !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 9 September 2011

Hakikat Sebenar

Assalamualaikum .. hello there !

Ini realiti ! bukan mimpi ataupun angan - angan . . aku kat office ! belum balik lagi . . best la bos poyo tu tak datang hahaha dapat jugak cerita something kat korang kan, ni namanya mengulor ! . . aku dah banyak hari tak jumpa ayah dengan ibu . . balik rumah je dorang tidur . . adik aku pun ! itu lagi lah . . kalau takde rancangan korea dia tu takdenya dia nak overnite . . hmm . .

errr . . merepek apa ni ah ?? (terketar - ketar taip ni sbb ada orang pandang ... heeee)

BYE !!!


psss : sebenarnya, aku rindu dorang . . err . . oke la bye !






SORRY MEREPEK ! Heeee ~
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 8 September 2011

Surat Perpisahan

Assalamualaikum . . hello there !

Hmm . . dah lama sangat aku tak update blog. Sebelum dan selepas raya . . aku busy je kat office . . kerja tak pernah habis . . ^^

Hari ni, aku buat 3 surat berhenti milik kawan - kawan aku . . entah la, hanya Dia Yang Maha Mengetahui perasaan aku ketika itu . . airmata ni, aku tahan . . taknak bagi dorang nampak betapa sedihnya aku dengan perpisahan . .

Bermula dengan Kak Amy . . diikuti oleh Kak Hana . . sebak rasa bila menaip nama masing - masing . . rasa nak lari jauh - jauh . . taknak dorang tinggalkan aku . . tapi, aku tak boleh selfish kan ? hm . . mereka telah temui jalan permulaan hidup mereka, aku tak berhak untuk menghalang mereka . . kan ??

Sekarang ni, aku lebih matang . . walaupun rasa sebak yang teramat sangat . . hati ni hancur luluh . . tapi, aku tak perlu tunjukkan . .

Lepas tulis surat berhenti Kak Ekin . . (ini special kes ! Dia saja nak kena kan aku padahal dia tak berhenti . . menangis hati aku time ni) . . hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa . . terketar - ketar jari aku menaip nama dia . . aku asyik menelan air liur sampai kering tekak kerana menahan rasa . . sebaik sahaja surat di-print, aku ke tandas untuk menenangkan hati . .

Kemudian, aku gagahkan kaki aku untuk melangkah keluar . . bersemuka dengan rakan - rakan yang lain . . hati ni masih rasa sebak . . sebaik turun untuk sarapan, aku dapat mesej daripada Kak Hana . . aku betul - betul nak menangis time tu . . jadi, aku decide untuk buat surat Kak Hana dulu . .

Perasaan yang sama . . kenapa aku yang buat 'surat perpisahan' ni ? . . Sebaik sahaja surat di-print, kali ni . . airmata aku tak dapat ditahan lagi . . aku ke bilik solat sepantas mungkin kerana airmata ni dah nak jatuh daripada kelopak mata aku . . kesedihan yang tak tergambar dek kata - kata dan cerita . . hm

"Tolonglah airmata . . berhenti mengalir . . tolonglah . . jangan macam ni . ." Aku sering menangis dengan perpisahan . . aku benci perpisahan . . aku takut dengan pertemuan . .

Selepas beberapa minit berkurung dalam bilik solat . . aku melangkah keluar untuk berikan surat tersebut kepada penyelia aku . . 

Kalau la diberi peluang . . aku nak waktu dulu terhenti . . dan aku nak lalui hari yang sama berulang - ulang kali . . aku sayang Kak Ekin, Kak Hana, Kak Amy . . entah apa yang jadi kat aku kalau takde dorang . . mungkin aku takkan ketawa macam sekarang . . mungkin juga aku takkan ketawa sampai menangis . . Khai sayang kakak - kakak Khai dan Khai tak berhenti mendoakan kebahagiaan dan kejayaan korang . . Khai takkan lupakan korang sebab korang baik sangat . . terima kasih . .

*rindu sis . . sangat - sangat ! hm

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 1 September 2011

Suatu Perasaan

Assalamualaikum .. Hello there !

Sejak akhir ini, aku sering bermimpi . .
Suatu perasaan yang menyakitkan  . .

Sejak akhir ini, dia hadir dalam igauan . .
Suatu perasaan yang membunuh . .

Sejak akhir ini, dia muncul dalam angan . .
Suatu perasaan  . . . 

hmmm . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca