KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 17 September 2011

#1 That Day (Kak Amy)


Assalamualaikum . . hello there !

Ini, coretan susulan daripada Kisah 1 dan Kisah 2 . . .

Seperti yang ramai ketahui . . aku sekadar pekerja sambilan dalam sctr kerajaan . . contract aku akan tamat pada 31 Dis 2011 . . aku tak pernah ada perasaan seperti ni selama aku bekerja . . aku tak pernah rasa setakut ini . . seolah - olah . . ajal sudah dekat . . tak putus - putus berdoa . . beramal . . aku betul - betul rasa takut setiap kali mata ini terbuka . . kerana aku tahu, semalam telah berlalu pergi . . hari ini, perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana esok adalah kemungkinan . . esok juga adalah hari baru yang berjalan mendekati tarikh 31 Dis nanti . .

Pertemuan dan perpisahan adalah perkara biasa . . biasa . . hm

Hari pertama bekerja, aku tidak la berminat mana dengan pekerjaan yang ditawarkan ni kerana aku memang berniat untuk sambung belajar . . aku bajet sebulan je nak kerja . . sebab aku tak selesa bekerja dalam kelompok kaum hawa kerana aku rasa dorang tak best . . haha . . itu la persepsi pertama aku setiap kali tahu aku akan bekerja dalam kelompok kaum sejenis ni . .

Melihat dari jauh seorang kecil molek . . orangnya ceria dan murah dengan senyuman . . apabila didekati . . rupanya dia sangat kelakar . . walaupun penggunaan bahasa dia kasar tapi dia seorang yang baik hati . . dan aku tak pernah ambil pusing dengan kata - kata dia kerana kalau nak dibandingkan dengan kaum adam . . lagi teruk kot penggunaan bahasa mereka . . dia . . Kak Amy . .

Sedia maklum, aku tak berminat makan nasi . . seperti mahu makan racun, susahnya untuk aku sentuh nasi . . hari tu, aku sekadar memuji kerana sememangnya itu lauk kegemaran aku . .

"Sedap lauk sardin ni . ." 

Esoknya . . dia datang dengan dua bekas berisi nasi dan lauk sardin lagi . . memandangkan dia sedang mengandung, bersusah payah bangun awal pagi untuk bawakan bekal . . aku makan dengan bersungguh - sungguh . . aku sangat terharu . . terima kasih kak . .

Setiap hari, dia tak berhenti buat aku gelak . . setiap saat ada saja benda yang nak dia usik aku . . ada ketika tu, aku sangat sedih memandangkan aku sedang menghadapi masalah yang memeritkan . . dia . . dia buat aku ketawa sampai airmata ni mengalir . . tahu la, aku ni . . ego . . aku kata aku takkan menangis tapi akhirnya airmata itu mengalir jugak . . aku betul - betul gelak dengan kuat . . sekurang - kurangnya hilang sikit keperitan yang sedang aku alami . . setiap kali aku bersama dia, dia buat aku lupa tentang segala masalah aku . .

Sampai satu masa . . dia menghadapi masalah dengan kandungannya menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja lebih awal dan balik ke pangkuan suami bagi menjalani rawatan susulan . . saat dia pergi adalah saat yang memeritkan . . pada ketika itu . . aku terdiam seribu bahasa . . tidak berkata - kata walaupun sepatah . . dalam hati ni, Tuhan je yang tahu . . Betapa takutnya aku ditinggalkan . . Sewaktu berjalan kaki . . airmata aku terus mengalir . . sememangnya aku seorang yang cenggeng . . pantas aku call sis . . untuk tenangkan hati ni . . aku betul - betul menangis tak henti . . mungkin ramai yang tengok mengatakan aku bergaduh dengan boyfren . . :)


Kali terakhir melihat dia, aku terus tabahkan hati ni supaya tak menangis depan kekawan dan dia . . tapi, bila dia mesej . . aku tetap menangis jugak . . dia kata, dia sayang aku . . dan pesan kat aku . . kalau ada apa - apa masalah, rujuk kat Kak Ekin kerana Kak Ekin boleh dibawa cerita . . waktu dia pesan, dia belum lagi masuk ward . . waktu tu, kali terakhir aku ceritakan masalah aku pada dia dan waktu tu 7hb Julai . . aku clash dengan my boyfie . . dia memang dah tahu, awal ogos dia akan tinggalkan aku . . dia adalah orang yang terapat dengan aku dan hampir semua masalah aku dia tahu . . aku juga tak pernah bosan melayan karenah ibu mengandung tu :)

Aku takkan lupa . . dia dan sis adalah orang terpenting yang beri aku semangat untuk terus hidup kerana aku tak pernah cerita satu pun masalah aku kepada family . . dan ketika tu aku sangat tidak mempunyai sebarang harapan . . luaran memang okey tapi realitinya aku sedang menempuhi kehidupan yang penuh cabaran . . 

Seminggu pertama adalah paling memeritkan kerana hampir setiap masa aku teringatkan Kak Amy . . takde orang kacau aku buat kerja dah . . takde orang nak mengadu hal remeh temeh kat aku dah . . takde orang nak backup aku bila kena buli dengan Ain . . takde orang nak lap airmata aku bila aku menangis . . takde orang nak usik aku sampai aku ketawa terbahak - bahak . . itu la yang aku rasa sepanjang dia takde . . dan sebenarnya . . sampai sekarang aku masih ada rasa yang sama . .

Kak Amy (kiri) dan Kak Ekin

Sekali lagi ketika dalam ward, Kak Amy pesan dengan aku suruh rapat dengan Kak Ekin dan katanya Kak Ekin boleh dengar semua masalah aku dan boleh faham aku . . Sampai sekarang, aku masih rapat lagi dengan Kak Ekin dan aku sangat sayangkan Kak Ekin . .


# Aku yang tulis surat berhenti Kak Amy . . aku sedih sangat . .

psst : nanti aku sambung cerita tentang Kak Hana dan Kak Ekin pulak . . sebab mungkin esok mata aku akan bengkak kalau terus menulis kerana aku tak berhenti menangis . . maaf  . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

2 ulasan:

Zue Sancer berkata...

aik da tuka name cik ejau plak?hehheheh...rindu jugak..zue da jrg o9 la..ni pon ponjam brodband hehhe

Unknown berkata...

semoga segalanya lancar buat sis