Terdetik sesuatu dalam hati aku. Apakah segalanya akan sama seperti dulu ? Mungkinkah kita mampu untuk mengharungi masa akan datang bersama ? Aku tak mampu untuk memuaskan hati semua orang, tak mampu untuk jadi yang terbaik, tak mampu untuk menjaga hati dan aku juga tak mampu untuk memilih, apatah lagi untuk memiliki.
Ada suatu ketika, aku tergamam seribu bahasa. Tidak berkata - kata. Hanya mendiamkan diri. Apa yang orang lain cakap, aku terima. Tapi, sakitnya hati ni Tuhan saja yang tahu.
Dalam hidup aku, keutamaan aku ada keluarga aku tapi dalam pandangan keluarga aku, keutamaan aku adalah kawan - kawan aku. Hati ni sedih. Ada ketika, tiada sesiapa yang mendengar apa yang ingin aku katakan. Aku tidak mahu bersedih memikirkan tentang kegagalan hidup aku kerana aku tak mahu adik - adik rasa dipersalahkan. Aku tahu, adakalanya rasa kecewa membuatkan aku mula buka cerita. Semua salah aku. Aku sedar yang aku tidak layak menjadi role model. Model kepada kegagalan adalah aku .. hm
Aku sangat memerlukan seseorang yang memahami aku. Faham situasi aku. Sudi mendengar segala yang aku merepek tanpa terus memperkecilkan aku. Aku sangat menghargai orang itu. Dia ta jemu mendengar apa yang aku cuba beritahu. Dia juga sudi mengelap airmata aku. Aku memang nampak ceria, tabah dan kuat diluar tapi sebenarnya aku sangat lemah. Siapa yang tahu tentang ni ?? Kakak aku !
Ya .. aku bukan kakak yang baik untuk adik - adik aku. Mungkin aku tak pernah tunjukkan kepada sesiapa jadi tiada siapa yang perasan. Aku terus dipersalahkan itu ini. Aku hanya mendiamkan diri. Itu sahaja yang aku mampu buat. Aku nak semua orang bahagia. Tapi sebenarnya, aku lah yang buat mereka tak bahagia ....
1 ulasan:
Sabar ek... mesti ade hikmah disebalik kejadian...
Catat Ulasan