Ini bukan lagu Najwa Latif walaupun aku suka lagu tu .. Cerita hari ni, tak menarik pun, aku sakit gusi. Gusi aku membengkak dengan ketara. Mungkin sebab aku tak jaga pantang. Mulut ni, nasi susah nak telan tapi makanan ringan tu, ringan je nak masuk dalam mulut hmm
Aku bangun lewat sebab semalam aku demam, aku kena migrin. Mungkin sebab berjemur tengah panas dan mata aku ni bukan boleh tahan dengan cuaca panas. Sakit sangat. Breakfast pagi ni, ramen soup (megi). Memandangkan aku ta boleh nak mengunyah, memang feeling nak makan ramen tu terbantut habis.
Adikku cuti semester, jadi, aktiviti aku hari ni adalah ...
"Weh, teman aku ke depan jap .."
"Buat pe ?"
"Cari kerja. Ala .. depan ni je"
"Ok.."
KEDAI PERTAMA
Cuaca tengahari ni memang tak boleh disangkalkan dengan akal la, walaupun neraka itu lebih panas tapi .. hangat lah wei, tunggu adikku bertanyakan kerja kosong kat kedai tu .. lama pulak. Cuci mata pun best ni. Kalau nak bershopping memang tak la, duit pun ada RM 2 je ni.
Tetiba, iklan KFC menjengah ke minda. Cuaca yang panas, kalau dapat air pepsi pun best .. nyaman ~
Tanpa berfikir panjang, aku terus menuju ke tempat minuman. Ada macam - macam tapi tetiba aku ternampak sesuatu !
PROMOTION ! PEPSI 345ml RM1
RM 1 der ! Murah kot .. ok, yang ni lah ! yihaaa ~ BAYAR
KEDAI KEDUA
Sambil minum pepsi memang best !
Tetiba, perut aku rasa memulas. Aku cuba habiskan air pepsi ni supaya tak membazir tapi perut aku rasa lain sesangat.
"Haishhh ! Dulu boleh je minum bebanyak. Sebotol tu pun boleh je teguk macam teguk air kosong, tapi sekarang ni .. hmm sakit pulak perut ni !"
KEDAI KETIGA
Sabar jela perut ni.
Aku terus tunggu adikku sampai ke kedai keempat. Kitorang balik rumah bila keputusannya mengecewakan. Yelah, cuti semester harus la semua jawatan part time telah diisi.
(Malam)
Aku solat isyak dalam kesakitan. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Masa aku solat, tak terasa sangat sakit tu. Tapi, memulas tetap terasa. Kekadang rasa macam kena gastrik yang teruk. Sakit yang teramat sangat. Buat masa sekarang, masih ok. Takde la teruk sangat sebab aku minum sikit je. Aku ingat lagi, masa aku buang air tu tengahari tadi, masih banyak lagi.
Aku dah tahu yang aku tak boleh minum air tu tapi kenapa aku minum ? Macamana aku boleh lupa yang aku tak boleh minum air tu ? Hm apa yang aku ingat, fikiran aku melayang jauh. Jauh sangat. Aku sendiri tak tahu.
Sampai bila aku akan jadi macam ni ? Dah buat, lepas tu minta maaf ?? kenapa aku selalu macam ni ?? hm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan