KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 28 Julai 2011

Bila takde lagi definasi "untuk diri sendiri"

Assalamualaikum . . hello there !

Hai . . aku dah takde masa nak bw sangat sekarang ni . . busy bukan main ! hehe penat sebenarnya . . aku cuba curi - curi masa untuk berblogging . . sebab takde tempat lain dah aku nak luahkan apa yang aku rasa selain disini ! hehee

Urm . . aku sedang menjalani fasa hidup yang baru . . hyep ! bukan kawin lah ! malah, aku dah kembali single :( hmm . . mungkin aku tak sesuai untuk menjaga orang lain buat masa ni kerana hidup aku tertumpu untuk keluarga aku . . sekarang, aku dah mula rasa macamana ayah aku rasa . . nak cari sesuap nasi untuk keluarga . . tak mudah ! ^^

Apa yang aku sedang belajar sekarang ni adalah . . berusaha untuk sentiasa tenang dan senyum tak kira apa pun masalah yang datang . . yelah, nak jadi contoh yang baik ni bukan mudah . . kalau yang tak elok tu, cepat je orang nampak . . hehehee

Tahu apa yang berlaku ? Aku memilih keluarga aku . . ^^ . . aku rasa, ni la masa yang terbaik untuk aku bahagiakan ibu dan ayah . . masa yang terbaik untuk aku balas jasa dorang walaupun aku masih belum ada kerja tetap . . insyaAllah . . aku sedang berusaha untuk itu . . tapi kekadang sunyi jugak single ni . . hahaha

Macamana dengan cita - cita aku ? Urm . . takpe, biar adik - adik aku berjaya dulu . . baru aku follow dorang . . ^^ . . errr . . aku tak cenggeng lagi ! aku kuat ! sebab aku tahu, Allah sayang aku sebab tu Dia uji aku dengan pelbagai ujian ^^ . .


Dan . . walaupun sis aku jauh . . sekali je dia hadir . . dah cukup untuk mengembirakan aku untuk tempoh masa yang panjang . . malah, aku bersyukur kerana mempunyai teman sepejabat yang giler best ! pejabat bukan tempat yang merunsingkan malah aku sangat suka pergi kerja ^^ walaupun kerja banyak tapi penat aku berbaloi . . ^^ . . rasa seronok bila bekerja untuk keluarga nih . . ^^


Doakan aku lebih kuat . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 27 Julai 2011

Terima Kasih

Assalamualaikum . . hello there !

Aku sepatutnya dah tidur . . memandangkan kesihatan aku tak menentu malam ni, tapi aku terjaga dan aku nak beritahu ada perkara yang mengembirakan hari ni . . hal tu hampir membuatkan aku menangis . . heee

Pagi tadi, aku dapat sesuatu yang aku minta dari sis . . bila dengar, aku rasa nak menangis. Aku tahan airmata dan sangat terketar lutut dibuatnya kerana terharu . . mungkin bagi sesetengah orang perkara tu merepek merapu tapi aku tak sangka dia betul - betul bagi ^^ tersenyum sampai ke telinga . . hehee 

Bukan kesempurnaan yang aku minta, cukup la sekadar apa yang ada . . terima kasih Tuhan kerana berikan dia kepadaku . . terima kasih kakak sebab sudi melayan karenah aku . . 

Alhamdulillah . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 23 Julai 2011

hi tweetblog . . Kepenatan

Assalamualaikum . . hello there !

Lamanya aku tak bw . . promise nak buat tapi aku sesangat busy . . weekend keje, keje, keje . . yelah . . nak raya ni. Lagi - lagi, banyak perkara datang . . sengaja menguji aku . . terima kasih tuhan, sebab sayangkan aku. Heeee . .

Masa aku untuk online pun terhad sangat ! "MukaBuku" pun, aku online via phone je . . kalau balik rumah tu, online kejap sementara tunggu isyak . . pastu, aku blackout . . hehe kerja penat sangat padahal dok office je kan . . tapi, kalau otak ni banyak fikir pun . . salah satu punca penat jugak . . hehee . . harus la banyak fikir sayang oi . . dah kerja ni, kena fikir logik tak logik . . aku dah macam duduk dalam kelas account and math. aduh ! 

Btw, aku sesangat suka dengan kerja aku . . enjoy sesangat ! tapi . . . lepas ni, kak amy takde . . ada tak orang yang nak release-kan stress aku ? huh ! dia sangat best oke ! lawak giler ! aku suka bila dia bising . . macam tengok maharaja lawak . . bila dia meroyan memang gelak terbahak - bahak aku dibuatnya . . kekadang dia nonsense tapi, nonsense dia tu menghiburkan . . *tersenyum sendiri dah*


Layan la lagu ni . . err . . aku sebenarnya suka sangat lirik lagu ni . . "disisimu aku terdiam seribu bahasa . . dihatiku bergetar sejuta rasa . . namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu . ."

Mungkin aku seorang yang sangat ego, jadi . . susah untuk aku luahkan apa yang aku rasa . . aku cuma menulis tapi, siapa je yang baca ??

Aku sayang ibu dan ayah . . adik - adik . . sis . . aku sayang dorang sangat . . aku cuma berharap suatu hari nanti aku boleh ucapkan . . bukan asyik bagi mesej je ^^ 





#sebelum terlewat

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 20 Julai 2011

soalan yang tiada jawapan

Assalamualaikum . . hello there !

Kerana sayang sangat, kita tak mampu untuk menyakiti hatinya . . apatah lagi untuk buat dia bersedih . . sememangnya, aku bukan jenis macam tu . . akan ku jaga hati orang yang aku sayang sebaik mungkin, cuma ada ketika, aku terleka dan secara tidak sengaja aku telah mengguriskan perasaan insan yang aku sayang . . untuk itu . . aku minta maaf . .

Kerana cinta juga, kita tak sanggup melukakan hati yang sungguh dicintai . . apatah lagi hati itu milik kita . . yup ! aku sangat tak boleh nak sakitkan hati tu . . ada kala aku terleka dengan kecintaan sehingga menghiris hati . . aku minta maaf . .

Kerana cinta dan sayang juga la aku tidak mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa tapi, cukup la aku beritahu bahawa hati aku sakit sangat . . dan luka tu masih belum pulih tapi dah ditoreh sekali lagi . . secara luarannya terlihat benar salah aku . . tapi, soalan aku cuma SATU . . kalau sekali, kau dah rasa sakit sampai kau boleh kata apa saja . . bagaimana aku rasa apabila menerima berkali - kali dari kau ??

Aku jujur . . aku ikhlas dan aku sangat - sangat cinta . . kau tahu ? Aku gagal hilangkan kesedihan kau dan aku sangat - sangat berduka cita . . kau tahu ? Aku menangis setiap malam kerana rindukan kau . . kau tahu ? Aku menangis kerana terlalu takut untuk kehilangan kau . . kau tahu ? Aku kepenatan, keletihan . . kau tahu ? 

Apa yang kau lihat tentang aku ?? hm.

Apa minta maaf . . bagi kau mudah tapi, sukar untuk aku . . kau lihat aku ketawa . . tapi dalam diri ni, hati ni . . hanya tuhan yang tahu . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 18 Julai 2011

Budak Langit Ke Tujuh

Assalamualaikum . . hello there !

Acchuummmm ! uhuk ! uhuk ! errr . . maafkan saya, nampaknya saya terkena selsema bersin bersin lagi -.-" (bercakap dalam nada Nabil tiru suara Detective Mauri)


Hari yang indah dan panas menjadi punca saya mempunyai bibir yang kering tetapi bukan itu yang nak saya ceritakan sebenarnya..

Pada suatu zaman yang dikenali zaman 'meraban' dimana manusia - manusia dizaman itu sebilangannya suka merapu meraban . . errr . . sila percaya ! -.-

Di zaman itu juga terdapat seorang budak perempuan yang tahap cute ciptaan tuhan itu tidak dinafikan lagi, malah ibunya sering kali tersenyum sinis bangga melahirkan anak secute beliau . .

Dipendekkan cerita sebelum perasaan riak, takbur, bongkak dan sombong menguasai diri . . uhuk ! uhuk ! maksud saya . .  beliau . . maka, lebih elok hendaknya (ceh ! ayat ! macam citer hikayat pulak . . haha) kita terus ke babak seterusnya . .

Walaupun dilahirkan sebegitu sempurna, tetapi budak ni mempunyai tahap ego yang sangat tinggi sehingga tidak tercapai akalmu untuk memikirkan tentang hal itu . . malah, tahap kedekut die . . aduhai . . kalah Haji Bakhil . . woooo . . sila seram oke . . 

Untuk menghebatkan plot cerita ini, dikisahkan . . beliau ego untuk mengaku perasaan beliau . . tetapi, jika seseorang itu ternyata akalnya lebih tinggi daripada budak ini maka dengan mudahnya orang itu dapat memendekkan ketinggian egonya   -.-" (apa aku merepek ni ??)

Bagi menghangatkan story . . budak ni sesangat la kedekut dengan . .  errr . . acaner nak citer ehh ?? hm . . dia kedekut dengan . . urmm . . kata . . arr . . kata . . hm . . sejenis perbuatan yang . . yang . . err . . yang dilakukan oleh . . orang . . . errr . . ala . . senang citer . . perkara ni ada empat huruf . . satu perkataan . . satu sebuatan . . kalau dibaca . . M . . U . . A . . H ataupun, dizaman moden kini lebih dikenali dengan pelbagai huruf-huruf baru dibelakangnya . . sepert MUAXX . . MUACHHH . . dan sebagainya . . 

Errr . . beliau digelar budak langit ke tujuh merujuk kepada tahap kedekut dan ego beliau . . -.-"

Yee . . sangat susah untuk menjelaskannya heeee -_-

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 17 Julai 2011

dugaan

Assalamualaikum . . hello there !

Hmm . . entah apa dugaannya hari ni . . bb aku jatuh ! rosak ! T___T aku sangat sayangkan bb tu . . sebab aku tahu susah payahnya aku cari duit untuk dapatkan bb tu . . entah la, tangan aku hari ni tak berapa kuat . . YaAllah ! berikanlah aku ketabahan . . sudah la, entah bila aku punya kemampuan untuk hantar ke kedai bb tu T___T menangis pun tak guna . . hmm aku, cuai . . 





p/s : semoga tuhan makbulkan doa aku dan sis kembali kuat . . amin

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Bila awak takde

Assalamualaikum . . hello there !

Apa la rasanya bila awak takde ?
Sehari pun saya rasa demam dan sangat sakit !

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya moody dan sangat rasa tertekan . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya asyik nak call awak untuk borak - borak je . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya asyik sebut - sebut nama awak . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Entah saya malas nak fikir dah . .

-.-"

Aku memang senang nak rapat dengan seseorang tu tapi bila berpisah . . susah !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca