KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 20 Julai 2011

soalan yang tiada jawapan

Assalamualaikum . . hello there !

Kerana sayang sangat, kita tak mampu untuk menyakiti hatinya . . apatah lagi untuk buat dia bersedih . . sememangnya, aku bukan jenis macam tu . . akan ku jaga hati orang yang aku sayang sebaik mungkin, cuma ada ketika, aku terleka dan secara tidak sengaja aku telah mengguriskan perasaan insan yang aku sayang . . untuk itu . . aku minta maaf . .

Kerana cinta juga, kita tak sanggup melukakan hati yang sungguh dicintai . . apatah lagi hati itu milik kita . . yup ! aku sangat tak boleh nak sakitkan hati tu . . ada kala aku terleka dengan kecintaan sehingga menghiris hati . . aku minta maaf . .

Kerana cinta dan sayang juga la aku tidak mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa tapi, cukup la aku beritahu bahawa hati aku sakit sangat . . dan luka tu masih belum pulih tapi dah ditoreh sekali lagi . . secara luarannya terlihat benar salah aku . . tapi, soalan aku cuma SATU . . kalau sekali, kau dah rasa sakit sampai kau boleh kata apa saja . . bagaimana aku rasa apabila menerima berkali - kali dari kau ??

Aku jujur . . aku ikhlas dan aku sangat - sangat cinta . . kau tahu ? Aku gagal hilangkan kesedihan kau dan aku sangat - sangat berduka cita . . kau tahu ? Aku menangis setiap malam kerana rindukan kau . . kau tahu ? Aku menangis kerana terlalu takut untuk kehilangan kau . . kau tahu ? Aku kepenatan, keletihan . . kau tahu ? 

Apa yang kau lihat tentang aku ?? hm.

Apa minta maaf . . bagi kau mudah tapi, sukar untuk aku . . kau lihat aku ketawa . . tapi dalam diri ni, hati ni . . hanya tuhan yang tahu . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: