haaa..ini la yang aku nak beritahu. aku dah selidik dengan bersungguh.sungguh. aku dah buat macam.macam kajian. malah, aku siap masuk ke dalam lab sekolah adik aku untuk buat kajian yang lebih terperinci tentang kekalahan pasukan feveret aku german dengan menggunakan segala tabung uji didalam makmal itu supaya kesahihannya terbukti benar.
selepas aku kaji demi kaji demi kajian aku buat. sah.! kekalahan german pada spain semalam iaitu 0-1 (haiya.! tepuk dahi terus.!) bukanlah berpunca daripada si Paul sotong kurina yang berlagak pemes. kononnya dia rasa dia lebih pemes daripada cristiano ronaldo ataupun mesut oezil atau mungkin juga miroslav klose dan tak mustahil juga si lionel messi yang dikatakan sebagai pemain world cup sebenar. haha
(gila hebat aku taip nama penuh dorang an. hehe credit to FIFA page.!)
semuanya berpuca daripada...
.
.
.
.
.
.
.
.
jup..selak.selak alik kertas kajian saiz A4 td.
.
.
.
.ok.
.
.
dan puncanya ialah.
.
.
.
.
.
.
.
aku
der.! aku tertidur semalam..yang aku ingat semalam, german sepak bola je. belum sempat pas kat member team lain aku dah tamat siaran. TT__TT aku tak sengaja wahai thomas mueller.! aku memang nak tengok. aku siap kunci alarm untuk bangun. bila da bangun, aku siap peluk spongebob untuk pastikan aku tak tidur tapi ternyata spongebob tu terlalu empuk untuk di peluk. (alasan.!)
aku adalah aset penting pada kemenangan german. kesahihannya terbukti sewaktu german lawan serbia. kenapa kalah.? sebab aku tidur..! huhu aku betul.betul kecewa. jangan risau wahai sayangku david villa. aku akan support team sayang sehabis baik dan janji tak tidur dah. (haa..curang sudah.!) hahaha
pssst : apa.apa pun german tetap di hati. 4tahun lagi yeah.! aku akan pastikan aku tak tidur.






