KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Jumaat, 18 Jun 2010

bila yang di impikan tercapai

huhuu.~

sangat lah rajin diriku mengupdate blog aku petang ni (tak macam petang) akhirnya penantian berakhir dengan happy ending bila dah cukup 100 orang follow blog yang membosankan ini (sah.sah.ad yang menyesal..ngee.~)

berbalik kepada niat asal. aku sangat kemalasan nak update blog ni tapi entah bila aku add Cik Intan ni kat facebook then aku terperasan dia ada blog. so, aku just blogwalking tanpa niat baru aku teringat. dia ni la yang aku admire giler suatu ketika dulu konon nak jadi blogger cam die r. page gempak..de banyak benda baru. pastu tenet kena potong..haram aku nak teruskan niat aku. hahaa.~ hangit.hangit tahi lembu. grr.~

tettt.~

niat memang ada nak tambah lagi tapi taknak mendesak. hehee.~ lagi pun, dah nama owner pemalas. so, orang len punya blog ada icon bling.bling.~ pastu ada link color.color.~ pastu ada yang macam.macam.ada pun ada juga. huhuu.~ jadi memang jauh panggang dari api la an kalau bercita - cita nak naikkan trafik blog ni secara drastik. anjakan paradigma pun belum tentu ada yang berminat an.

jadi,
biarkan diriku ini berjinak-jinak dulu dengan segala aksesori blog ni (yay! apesal korg puny blog ada lagu..blog aku sunyi ???!!) pastu biar la aku bersihkn kekaratan di otak ni dulu. letak minyak pelincir yang baru supaya lebih lancar pembelajaran aku. huhuu.~ ala..semua tu agar blog aku nampak indah.~

paling penting ! motivated diri untuk lebih RAJIN daripada MALAS. ngee..~



pssst : Noor Suhadah. aku rindu kau !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

jangan tanya aku lagi

Jangan tanya aku kenapa..


ada ramai lelaki.
cuma satu ku cintai.
cuma setia pada satu.
tapi bila kau sia - sia kan aku.
aku penat.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 17 Jun 2010

dan akhirnya aku terdiam

aku cakap aku bahagia.
kau kata TAK.
dan akhirnya aku terdiam.

aku cakap aku gembira.
kau kata TAK.
dan akhirnya aku terdiam.

aku cakap aku ok !
kau kata TAK.
dan akhirnya aku terdiam.

kau tahu ?
hanya kau yang mampu buat aku terdiam.
hanya kau yang tahu aku berpura - pura.
hanya kau yang tahu laranya hati aku.

kini.
kau tiada lagi.
untuk katakan TAK.
kau tiada lagi.
untuk pulihkan semangatku.
kau tiada lagi.
untuk buat aku ketawa.

kau..
buat aku terdiam dan berfikir.
boleh ke kita kembali seperti dulu.?
kau..rindu aku.?

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 14 Jun 2010

sakit

AMARAN ! post ini sangat beremosi !


aku benci.rasa sakit.
lebih sakit daripada kehilangan kekasih.
sakit yang teramat sangat.
sakit yang terus membunuh.
tiada lagi airmata.
tiada lagi esak tangis.
semuanya sedang remuk.
di HATI..
aku tak suka !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 13 Jun 2010

kenduri kawin aku...ngee~

Chooi ! mustahil la aku kan. calon pun takde lagi (muka patrik star sedih) tadi aku pergi weding someone.

wedding sape yek ? urm..wedding kawan ibu aku. punya anak daa..anak die yang kawin bukan die. hehee aku ni bukan la jahat sangat der..nakal tu ader la.

time makan bersuap tu tetiba je aku terfikir sesuatu.

"der..kat atas meja tu ada ayam..ikan..udang..sotong..apesal la kau suapkan bini kau nasi kosong jew ? jangan la camtu...pasni entah bila lagi la nak suap bini tu kan..??"

ehemm..lelaki la katakan..hahaaa aku tak bermaksud SEMUA LELAKI taw..cuma JARANG - JARANG (bak kata ahli nujum pak belalang lah !) jom main game ni...wee~

KALAU LA....

KAWIN nanti. aku akan mintak die suapkan aku udang goreng tuh ! BUANG KULIT YE SAYANG..(sambil tersenyum manja) *ngee~ nk muntah lak.

KALAU LA....

Noor Suhadah..nak sangat an jadi pengapit aku ek ?? bagus..bagus..baca plan aku ni bebaik supaya kau tau apa tugas kau nanti.

- yelah, biasanya kalau we~wedding ni meja makan pengantin ar paling sOodaap makanannye. Jadi, kau kena pastikan pinggan aku nanti tak kosong taw. aku nak IKAN SIAKAP tu. aku nak AYAM yang sE'eko tu. potongkan ! masukkan dalam pinggan aku. haaaa jangan lupa feveret aku UDANG tu..buang kulit taw..

kalau tak nanti tuan rumah yang abiskan. aku taknak melepas ~ (selalu buat keje ni time wedding ke~cousin aku..) aku takmo nanti dorang tunggu depan meja pengantin tu sebab nak melahap udang size XXL tu. (yela, barang mahal tuuu)


ingat tau ! huhuu


KALAU LA...

cukup la..aku penat tergelak ni..huhuuu~



pssst : takleh nak jual minyak sebab market takde. ngee~
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 12 Jun 2010

cerita hujung minggu yang belum sampai penghujungnya..~

KECEWA thp gaban bhai ! semuanya gegara Celcom 3G WAP. memang sial la benda haram tuh! entah bila pulak aku setting ke situ ?! nak menangis aku menopap at last mesej Noor Suhadah tak sampai 20sen. tinggal RM0.00 (T______T) sakit ati ! da r itu je penghubung aku dan dia. makan ati dowh (rasanya Noor Suhadah lagi makan ati kot dpt kwn mcm aku..uhuk !)
(muka gatal. time muda mudi ini..wee~)
So, aku bukan aje over nite tapi over to aftenon to evenin and mungkin to nunite alik (tak tito lagi ni der..) kedit punya pasal.aku MengOn9 hiburkan ati nih.grr~.hadoiyai.so, dengan badan yang tak sihatnye..urm..forget it !

Hari ni, adik aku. Dak Wani (no3) telah mengotakan janjinya untuk masak. Ngee~ bangun lambat die. ibu aku dah wt muka.huhuuu.sebab itulah aku tak suka nak berayat manis dengan ibu aku tu.asl die dah bangun je dari tido sume kena bangun juga.kalo lambat habis la.bukan jiran sebelah je.jiran blok sebelah pun boleh dengar die leterkan anak - anak gadisnya..

hari ni aku terkecuali kerana AKU BANGUN AWAL !! hahaa (sebenarnya tak tido..shhhh~) so, awal - awal lagi aku dah siapkan keje aku supaya tak kena bebel. ibu aku cerewet dowh. hanya Dak Wani je rajin layan karenah die. Itu pun nangis die tadi sebab kena lecture (T___T) cian kot.

Dak Mira (bongsu a.k.a kakak KAMI) die bebangun terus pergi basuh baju. asalkan ada kerja, takde la ibu aku bebel. hahaaa. Dak Nuar (No2) tido ! dia telinga tebal. ibu aku bebel la camne pun kalo dia kata dia taknak bangun. jangan harap dia nak bagun. huhuuu~ btw. sumenya berjalan dengan lancar.
(rindu Noor Suhadah larrr)

hari ni pepagi lagi dia da bagitau aku yang dia AKAN BUSY YANG TERAMAT SANGAT SANGAT dan SANGAT. urm..rindu dowh ! tapi takpe, aku faham. cuma agak riso sebab die pun still demam lagi. budak tu rajin naw~ buat keje umah ! kalo die dah menapak kat umah orang tu lagi la die rajin. lambat la baik demamnye kalo camtu. huhuuu~ (berlagak tak riso.) relax sudah ! (fake) (!___!)

tenet ni memang jeles r dgn aku.!

kalo korg baca nada macam moody je..MEMANG PUN ! sebab tenet ni kejap ADA kejap TAK ! memang TAK ah kalau cam gini. ponat den nak kena reset.reset dan reset lagi. grrr ~

pssttt : rerasanya aku paling bersemangat update blog bile bulan JUN ah. cuba berpaling pada tahun lalu. bulan JUN paling banyak post entry an ? huhuuu kalo camni, kena cari fren name JUN ah mesti lagi bersemangat (ayat menyakitkan ati NoOr Suhadah lagiii...mck ! gurau k !) uhuk ~

Luv, Khairul Atikah

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Pukul 4 Pagi Memikirkan Hal Yang Remeh Lagi

Post ni sangat panjang ! Kalau rasa malas nak baca sila ke post seterusnya. Klik Sini

Masih belum tidur lagi. Semua ni kerana susah hati dengan perkara - perkara yang sepatutnya remeh tetapi aku rasa sangat besar ! penting ! dan penting ! Ditemani oleh playlist lagu - lagu kegemaranku membawa aku melayan fikiran aku. Masih jelas ingatan aku tentang hari itu. Aku benci sekali. Tapi, aku redha. Biarkan..

"Kalau kau halang aku balik awal awal. aku tak balik la ! cuba kau halang aku.." katanya.

Aku sekadar memandu diam. Lalu, memberi pelbagai alasan bodoh kenapa aku tak halang dia pulang. Sedangkan didalam hati.."jangan la balik.."

Tak tahu apa yang tak kena. Hati aku berat untuk belikan dia tiket. Hendak kata tiada duit tetapi aku tak mampu. Nak kata malas pergi beli tapi itu pun aku tak mampu.

"Cuba la kau halang aku..." kata - kata itu masih terngiang - ngiang ditelingaku.

Ah ! siapa yang tak berfikir panjang ?! Aku sepatutnya menambah satu lagi hobi aku iaitu 'buat dia sakit hati' Ya..! aku banyak buat dia sakit hati sewaktu dia berada disampingku. Bila dia harus pergi, aku cuma mendiamkan diri. Sedikit pun aku tak halang. Hati aku sakit !

Bila dia membuat pilihan. Aku terus hilang arah tujuan. Aku terus menerus menyakitkan hati dia. Aku tak suka dia buat pilihan. Biar apa pun terjadi. Aku tak peduli tentang aku, bagi aku tiada siapa perlu memilih aku dalam hidup mereka (jika perlu). Aku sedia mengalah. Bukanlah bermakna aku benci tetapi aku tahu..pilihan itu sesuatu yang sukar.

Siapa yang mampu ? Aku terpaku apabila melihat dia berada didalam gerabak train itu. Sebak menyelubungi dada tetapi EGO buat aku sekadar berdiri kaku, melihat dan terus menerus menyakitkan hati aku.

"Kau pergi, hubungan kita akan terputus di sini. Jadi, jangan la pergi !" Entah apa yang aku merapu ?! semua itu desakkan akal aku yang telah buntu untuk memujuk dia tak pergi. Ketika itu kami sudah berada di hentian Sg.Buloh.

"Lepas ni, kau boleh la berseronok tanpa aku.."katanya lagi.

"Kau merepek apa ? Kau la yang akan berseronok. Yelah, dapat jumpa Dia..." Dia cuma terdiam. Hubungan dia dengan Cinta sememangnya tidak seperti pasangan lain. Ah ! sekali lagi aku menyakitkan hati dia.

"Kau jangan cari pasal dengan aku boleh tak ?!" Marahnya dia pada aku.

"Aku peduli apa ?!" Lihat la. Ego-nya aku.

"Yeah..Yeah..dapat balik.." Tiba - tiba dia bersorak, sengaja mahu menyakitkan hati aku.

"Yelah ! Balik la. Berbahagia la..biar aku sesorang kat sini. Biar ! Dia lebih penting !" WTF ?! apa la yang aku merapu sekali lagi. Kali ini dia buat muka. Orghhhh!

"Bukan macam tu la..."

"Dah..dah ! aku tak suka dengar alasan.." Ego-nya diriku ini.

"Ah, nanti kau akan tahu la.." Katanya lalu menoleh ke arah lain. Bosan barang kali kerana melayan sikap aku yang sama saja seperti anak kecil dan kalau lah aku tak ego pasti dia tak balik hari ni dan masa kami banyak untuk bersama. Sungguh ! aku kebosanan disini. Jika ada dia, ada la tempat aku bermain dan menyakitkan hati dia.

Train dah sampai. Aku cuma mendiamkan diri. Aku sekadar memeluk tubuh melihat kelibatnya disebalik jendela. Sebaik sahaja train bergerak meninggalkan aku. Aku terus termenung. Ah ! Apa yang aku fikirkan ? Macam tak biasa pulak ! Tapi, lutut aku berasa lemah sekali. Aku terduduk. Terus memerhati sehinggalah train itu hilang daripada pandangan aku.

'jg diri..' entah kenapa. Aku tak mampu menaip sebarang mesej. Aku berdalih. 'betul ke train kesana ?' dia membalas dengan cuak 'kau..biar betul' aku tersenyum 'hah! betul la. ok. jaga diri' balasku. Hati aku sebak tapi terus berdiam. Aku mengambil train lain untuk balik ke rumah.

Malam hari, dirumah.

Ah ! Lagu apa yang aku dengar ni ?! Fikiran aku terus teringat padanya. Airmata aku tak semena - mena mengalir. Dada aku sakit sangat ! Aku terus menangis dan menangis. Gila ! Takkan la berasa sunyi sampai begini !? Aku menoleh. Ya..! Dia memang dah balik.

'Serius menyesal aku balik !' tiba - tiba dia menghantar text bernada marah. 'npe ni tbe2?' soalku yang sememangnya telah tahu puncanya. 'siapa lagi ?!' balas dia. 'relax sudah !' aku sekadar membalas ringkas. 'kau memang tak faham kn ? malas la !' dia terus marah. 'urm..sbr la' aku masih membalas ringkas. 'hmm ok la aku nk mandi' dia memberi alasan. Aku tahu dia marah.

Itulah ! aku biarkan dia balik. Maknanya, aku biarkan hati dia terus terluka. Aku tak boleh buat apa - apa pun ! Dah la hati aku sakit. Hati dia terluka. Sejak dari itu, kami terus menerus bergaduh. Ada saja isunya. Dia pula dengan masalahnya. Aku dengan masalah aku. Masing - masing hilang diantara dua persimpangan. Dia terus mengelak, begitu juga dengan aku. Tapi, aku tahu dia perlukan aku. Jadi, aku bersiap sedia dengan apa - apa kemungkinan walaupun sesekali aku berputus asa dan buntu.

Akhirnya dia berterus - terang tapi dalam tangisan ! Aku tak mampu mencoret cerita tentang keperitan hatinya. Sungguh !

Sekarang, semuanya kembali dalam keadaan sedia kala. Alhamdulillah. Dia semakin ceria. Tapi, aku tahu dia masih mengharapkan Cinta itu kembali. Aku yakin, dia masih menyayangi dan aku juga yakin dia masih bersedih. Aku sekadar buat apa yang termampu asalkan dia tak bersedih lagi. Jika Cinta itu masih bertaut. Aku doakan agar dia bahagia. Cukuplah ! sekadar mahu lihat dia bahagia. Tolonglah bahagiakan dirinya..


Luv.Khairul Atikah

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca