KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 12 Jun 2010

Pukul 4 Pagi Memikirkan Hal Yang Remeh Lagi

Post ni sangat panjang ! Kalau rasa malas nak baca sila ke post seterusnya. Klik Sini

Masih belum tidur lagi. Semua ni kerana susah hati dengan perkara - perkara yang sepatutnya remeh tetapi aku rasa sangat besar ! penting ! dan penting ! Ditemani oleh playlist lagu - lagu kegemaranku membawa aku melayan fikiran aku. Masih jelas ingatan aku tentang hari itu. Aku benci sekali. Tapi, aku redha. Biarkan..

"Kalau kau halang aku balik awal awal. aku tak balik la ! cuba kau halang aku.." katanya.

Aku sekadar memandu diam. Lalu, memberi pelbagai alasan bodoh kenapa aku tak halang dia pulang. Sedangkan didalam hati.."jangan la balik.."

Tak tahu apa yang tak kena. Hati aku berat untuk belikan dia tiket. Hendak kata tiada duit tetapi aku tak mampu. Nak kata malas pergi beli tapi itu pun aku tak mampu.

"Cuba la kau halang aku..." kata - kata itu masih terngiang - ngiang ditelingaku.

Ah ! siapa yang tak berfikir panjang ?! Aku sepatutnya menambah satu lagi hobi aku iaitu 'buat dia sakit hati' Ya..! aku banyak buat dia sakit hati sewaktu dia berada disampingku. Bila dia harus pergi, aku cuma mendiamkan diri. Sedikit pun aku tak halang. Hati aku sakit !

Bila dia membuat pilihan. Aku terus hilang arah tujuan. Aku terus menerus menyakitkan hati dia. Aku tak suka dia buat pilihan. Biar apa pun terjadi. Aku tak peduli tentang aku, bagi aku tiada siapa perlu memilih aku dalam hidup mereka (jika perlu). Aku sedia mengalah. Bukanlah bermakna aku benci tetapi aku tahu..pilihan itu sesuatu yang sukar.

Siapa yang mampu ? Aku terpaku apabila melihat dia berada didalam gerabak train itu. Sebak menyelubungi dada tetapi EGO buat aku sekadar berdiri kaku, melihat dan terus menerus menyakitkan hati aku.

"Kau pergi, hubungan kita akan terputus di sini. Jadi, jangan la pergi !" Entah apa yang aku merapu ?! semua itu desakkan akal aku yang telah buntu untuk memujuk dia tak pergi. Ketika itu kami sudah berada di hentian Sg.Buloh.

"Lepas ni, kau boleh la berseronok tanpa aku.."katanya lagi.

"Kau merepek apa ? Kau la yang akan berseronok. Yelah, dapat jumpa Dia..." Dia cuma terdiam. Hubungan dia dengan Cinta sememangnya tidak seperti pasangan lain. Ah ! sekali lagi aku menyakitkan hati dia.

"Kau jangan cari pasal dengan aku boleh tak ?!" Marahnya dia pada aku.

"Aku peduli apa ?!" Lihat la. Ego-nya aku.

"Yeah..Yeah..dapat balik.." Tiba - tiba dia bersorak, sengaja mahu menyakitkan hati aku.

"Yelah ! Balik la. Berbahagia la..biar aku sesorang kat sini. Biar ! Dia lebih penting !" WTF ?! apa la yang aku merapu sekali lagi. Kali ini dia buat muka. Orghhhh!

"Bukan macam tu la..."

"Dah..dah ! aku tak suka dengar alasan.." Ego-nya diriku ini.

"Ah, nanti kau akan tahu la.." Katanya lalu menoleh ke arah lain. Bosan barang kali kerana melayan sikap aku yang sama saja seperti anak kecil dan kalau lah aku tak ego pasti dia tak balik hari ni dan masa kami banyak untuk bersama. Sungguh ! aku kebosanan disini. Jika ada dia, ada la tempat aku bermain dan menyakitkan hati dia.

Train dah sampai. Aku cuma mendiamkan diri. Aku sekadar memeluk tubuh melihat kelibatnya disebalik jendela. Sebaik sahaja train bergerak meninggalkan aku. Aku terus termenung. Ah ! Apa yang aku fikirkan ? Macam tak biasa pulak ! Tapi, lutut aku berasa lemah sekali. Aku terduduk. Terus memerhati sehinggalah train itu hilang daripada pandangan aku.

'jg diri..' entah kenapa. Aku tak mampu menaip sebarang mesej. Aku berdalih. 'betul ke train kesana ?' dia membalas dengan cuak 'kau..biar betul' aku tersenyum 'hah! betul la. ok. jaga diri' balasku. Hati aku sebak tapi terus berdiam. Aku mengambil train lain untuk balik ke rumah.

Malam hari, dirumah.

Ah ! Lagu apa yang aku dengar ni ?! Fikiran aku terus teringat padanya. Airmata aku tak semena - mena mengalir. Dada aku sakit sangat ! Aku terus menangis dan menangis. Gila ! Takkan la berasa sunyi sampai begini !? Aku menoleh. Ya..! Dia memang dah balik.

'Serius menyesal aku balik !' tiba - tiba dia menghantar text bernada marah. 'npe ni tbe2?' soalku yang sememangnya telah tahu puncanya. 'siapa lagi ?!' balas dia. 'relax sudah !' aku sekadar membalas ringkas. 'kau memang tak faham kn ? malas la !' dia terus marah. 'urm..sbr la' aku masih membalas ringkas. 'hmm ok la aku nk mandi' dia memberi alasan. Aku tahu dia marah.

Itulah ! aku biarkan dia balik. Maknanya, aku biarkan hati dia terus terluka. Aku tak boleh buat apa - apa pun ! Dah la hati aku sakit. Hati dia terluka. Sejak dari itu, kami terus menerus bergaduh. Ada saja isunya. Dia pula dengan masalahnya. Aku dengan masalah aku. Masing - masing hilang diantara dua persimpangan. Dia terus mengelak, begitu juga dengan aku. Tapi, aku tahu dia perlukan aku. Jadi, aku bersiap sedia dengan apa - apa kemungkinan walaupun sesekali aku berputus asa dan buntu.

Akhirnya dia berterus - terang tapi dalam tangisan ! Aku tak mampu mencoret cerita tentang keperitan hatinya. Sungguh !

Sekarang, semuanya kembali dalam keadaan sedia kala. Alhamdulillah. Dia semakin ceria. Tapi, aku tahu dia masih mengharapkan Cinta itu kembali. Aku yakin, dia masih menyayangi dan aku juga yakin dia masih bersedih. Aku sekadar buat apa yang termampu asalkan dia tak bersedih lagi. Jika Cinta itu masih bertaut. Aku doakan agar dia bahagia. Cukuplah ! sekadar mahu lihat dia bahagia. Tolonglah bahagiakan dirinya..


Luv.Khairul Atikah

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: