KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 9 Julai 2014

mimpi, angan - angan, impian, cita - cita dan cinta

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Mimpi.

Ada orang jarang untuk bermimpi. Bahagianya hidup kalau tak bermimpi. Sebab, aku tak pernah miss walaupun sehari untuk tidak bermimpi. Setiap hari aku bermimpi. Kata kawan - kawan, aku banyak fikir. Mungkin. Ya. Tidak. heh. Aku takut bermimpi. Aku takut dengan mimpi yang membahagiakan. Aku takut dengan mimpi yang membuatkan aku rasa bahagia kerana sebaik sahaja aku bangun dari tidur, aku akan menangis. Menangis. Kejam. Kenapa mesti mimpi ?

Angan - angan.

Berangan ? Aku selalu berangan. Aku akan berangan bila aku rasa sunyi. Kadang - kala, memandu sendirian sambil mendengar lagu - lagu korea. Walaupun lagu Mr. Mr. Walaupun lagu Boys In Luv. Walaupun lagu Overdose. Akhirnya aku akan kesunyian juga dan sekali lagi, apabila lagu Have You Ever Cry (Zia) berkumandang dan aku akan terus menangis.Jadi, aku akan berangan. Tersenyum. Ketawa. Rasa lucu. Sendirian. Bila aku tersedar. Aku kembali rasa sunyi. Kejam. Marah. Kenapa mesti berangan ?

Impian.

Aku ada impian. Bak kata orang impian tinggi menggunung. Tahu kah ? Betapa bersyukurnya aku kerana disayangi. Allah SWT sangat menyayangi aku. Kerana semakin tinggi aku mendaki gunung tu, semakin jauh aku dari puncak. Kecewa. Kadang - kala aku menjadi kejam, jahat, hina dan keji. Aku cuma manusia biasa yang tidak lari daipada sifat buruk. Hati yang hitam. Segalanya itu, kadang - kala buat aku rasa putus asa. Bila aku mendonggak, berhenti dan bernafas. Aku rasa sangat marah. Kenapa mesti ada impian ?

Cita - cita.

Cita - cita terlalu jauh dari aku. Meletakkan diri aku pada level terbawah. Nampak tak ? Aku seorang yang tidak berkeyakinan diri. Aku sangat merendah diri. Ada ketikanya aku berfikir, dimana aku berada kini segalanya ... adakah kerana aku tidak mempunyai cita - cita ? Kenapa mesti ada cita - cita ?

Cinta.

Satu perkataan yang bermakna komitmen. Satu perkataan yang memerlukan perhatian. Satu perkataan yang dikongsi oleh dua orang. Satu perkataan yang boleh jadi kepada derita atau bahagia. Satu perkataan yang aku dah drop dua tahun dulu. Kerana aku sedar, aku tidak mampu untuk membahagiakan sesiapa dengan perasaan cinta itu. Kenapa mesti ada cinta ?

Kasih dan sayang. Wang dan ringgit. Tangis dan tawa. Jari dan Keyboard.

Semua yang saling berkait menuju pada satu, iaitu Cinta Abadi. 

YaAllah, kembalikan aku kepadaMu adalah anugerah terindah bagiku tapi janganlah biarkan aku sendirian melalui liku - liku ini kerana aku tidak mampu dan aku bukan lagi sekuat dulu.

Kim Jang Woo - Memory

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: